Showing posts with label Religious. Show all posts
Showing posts with label Religious. Show all posts

Batas-Batas Yang Perlu Dijaga Di Rumah Mertua Atau Di Kampung

Assalamualaikum semua!

Baru-baru ni ramai yang tag saya dalam artikel yang viral pasal isu tidur berlonggok kat kampung dan rumah mertua tu.
(Walaupun sebenarnya lebih ramai yang tag pasal isu lowyat. Hmm.)
-____-

Memula malas nak layan, sebab sebenarnya dua tahun lepas saya pernah tulis pasal ni.
Boleh KLIK SINI kalau nak baca.

Tapi tetiba ada sorang kawan saya ni tanya soalan yang sama.


Ok cool please, babe.
Pakai tudung je kot.
Bukan suruh pakai telekung siap usung tasbih 24 jam.
;D

You can do it, insyaAllah!

Sebenarnya isu ni bukan kat rumah atau kampung mertua je,
kat kampung sendiri pun sebenarnya ada bukan mahram TANPA KITA SEDARI.
Pakcik-pakcik kita, sepupu-sepupu lelaki kita, suami-suami adik beradik kita, semua tu bukan mahram bagi kita.
Kat mana-mana pun, kalau ada bukan mahram kena la jaga aurat.

So jangan ingat kat rumah keluarga suami (mertua) je kena jaga aurat ye.
Di rumah keluarga sendiri juga.

Dan bagi saya, ada betulnya apa yang ditulis dalam artikel viral tersebut,
iaitu dalam hal aurat isteri ni suami kena mainkan peranan lebih.
Kenapa?
Satu, dosa isteri, suami yang tanggung. There's no excuse.
Sebab Allah yang dah tetapkan begitu.
Dan bukan setakat dosa isteri sahaja. Dosa anak-anak perempuan juga.

Dua, suami kan ketua keluarga, so perlu ada sense of leadership.
Mengarahkan isteri untuk menutup aurat itu adalah hak suami, dan isteri wajib ikut.
Sebab?
Rujuk balik point nombor 1.

Tiga, syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami.
Bukanlah bermaksud kau tengok tapak kaki suami terus nampak syurga.
Atau kau hidu tapak kaki suami terus terhidu bau syurga.
 -____-

Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, jaga maruah dan patuh kepada suaminya
maka dia layak masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

So hakak-hakak sekalian (termasuk diri saya sendiri),
taknak ke masuk syurga ikut sesuka hati?
Buat macam rumah sendiri.

So layakkan lah diri kita dulu,
patuh kapada suami supaya lengkap syarat untuk kita dapat privilege tersebut.
Tapi ye lah kan, soal menjaga aurat ni bukan sesuatu yang mudah.
Terutama untuk kita orang perempuan.

Rasa macam lahaiiii perlu ke nak tutup lengan, tutup kaki bagai.
Adik/Abang ipar aku bukan stim pun tengok lengan aku ni.
Dah la berlipat, siku hitam pulak tu.
Kaki pun berbulu.
Ahh tak yah tutup ahhh.

Tak.
Ini bukan soal adik ipar kau stim ke tak stim.
Ini soal peraturan tuhan.
Soal bekalan kita sebelum sorang-sorang duduk dalam kubur nanti.
Malaikat takkan tanya sama ada adik ipar kita stim ke tak stim tengok lengan kita yang berlipat siku hitam tu.
Malaikat akan tanya, kita ikut ke tak perintah Allah suruh tutup aurat depan bukan mahram.
Dan saat itu aurat kita akan jawab,  
"Si polan ni TAK IKUT perintah Allah. Dia biar aku terdedah depan bukan mahramnya ketika makan durian beramai-ramai. Dah la gelojoh, babad tersembul."

Dan ketika itu,
mana kau nak lari?
-____-

 Saya sendiri pun masih BANYAKKKKK kekurangan dan lubang-lubang yang perlu ditutup.
Saya juga langsung tak sempurna.
Bukan juga orang yang tiptop dalam memelihara aurat.
Tapi insyaAllah saya cuba.
Dan dengan menulis pasal benda ni hari ni,
saya harap saya dapat ajak lebih ramai kaum wanita untuk memperbaiki diri.
TERMASUKLAH SAYA SENDIRI.

Dan sentiasa juga ingatkan suami-suami kita, supaya selalu monitor aurat isteri.
Sebab dalam soal aurat isteri, ada bahagian suami.
Terdedah aurat isteri, isteri berdosa, suami juga berdosa.
Tertutup aurat isteri, isteri dapat pahala, suami pun dapat pahala.
:)

Honestly, dulu pun saya jenis yang endah tak endah.
Dalam rumah mertua pakai ketat-ketat, tak pakai tudung.
Bertepuk bertampar dengan adik beradik lelaki suami.
Sebab diorang pun jenis suka bergurau.
Orang bergurau, takkan kau nak duduk tercegat pulak kan. ;D

Dan bila di rumah keluarga saya pula, adik perempuan saya dibiarkan tak pakai tudung,
dan suami saya pun rilekkk je pakai seluar pendek.
Ye lah kan, mentaliti kami masa tu macam,
"Kamonnnn we are family. There's nothing to hide. Even lutut hitam pun, no need to hide also."

Gitu la keibaratannya.
Jahil betul masa tu.
Perangai macam budak-budak.
Dan saya akui, faktor kawen awal juga mungkin mempengaruhi.
Darah muda dan rebellious orang kata.
Hmm -..-

Tapi selepas setahun dua kawen, dah ada ilmu sikit-sikit.
Dah matang sikit.
Dah sedar mana betul mana salah.
Dah sedar apa akibat setiap perbuatan.
Saya mula buat perubahan dan suami mula tegas.

Tak perlu perubahan yang terlalu drastik, takut-takut kita cepat lose the spirit.
One baby step at a time.
Takde la hari ni free hair, tetiba esok turun makan tengahari kat rumah mertua terus pakai niqab nampak kening je.
Memang mak mertua kau terus azan 4 penjuru kang. ;D

Slowly but surely.
And keep the spirit burning.
InsyaAllah kita akan menuju kesempurnaan dalam menghijab aurat.

Saya nak share 4 tips yang kita boleh sama-sama praktikkan bila balik kampung terutama sempena musim perayaan ni.
Dan of course di musim-musim lain jugak.



1) Bab Aurat

Dalam bab ni, saya dan suami selalu pegang ini,
"Kalau di rumah keluarga saya, saya yang kena mainkan peranan lebih.
Kalau di rumah keluarga suami, suami yang kena mainkan peranan lebih."

Maksudnya, kalau ada apa-apa yang kurang manis di rumah keluarga saya,
contoh adik perempuan saya tak menutup aurat ke,
saya yang kena bertanggungjawab untuk attend and tackle adik saya WISELY supaya menjaga aurat.

Kalau saya tengah masak kat dapur dengan adik perempuan saya,
saya akan ingatkan suami supaya tak masuk ke dapur.
Kalau nak masuk jugak, inform dulu.
Dan adik saya akan get ready tutup apa yang patut, sebelum saya izinkan suami saya masuk dapur.
That's how saya menjaga aurat adik perempuan saya dan pandangan suami saya di rumah keluarga saya.

Dan perkara yang sama perlu dipraktikkan di rumah mertua, tapi kali ni suami lah yang kena memainkan peranan.
Contoh, kalau tetiba adik beradik lelaki suami saya muncul, dan saya tengah tak pakai tudung,
suami saya yang akan berlari ambik tudung dan campak kat muka saya. ;D
Yes kitorang memang hardcore like that haha.

Tapi pernah jugak beberapa kali suami saya terlupa.
So saya akan whatsapp dia untuk ingatkan.
Walaupun masa tu duduk sebelah-sebelah je hahaha.
Then dia akan berdesup ambik tudung. Kalau tak jumpa tudung yang proper, towel yang dicampaknya.
-_____-

Bagi kami, ia lebih appropriate dan sedap dipandang bila suami yang lebih menjaga aurat isteri di rumah keluarganya.
Dan isteri lebih perihatin tentang aurat suami atau adik beradik perempuannya bila berada di rumah keluarga isteri pula.

So kesimpulannya, bab aurat ni sebenarnya bukan sahaja tanggungjawab individu.
Tetapi tanggunjawab bersama.
Sama-sama saling menjaga.
Sama-sama saling menyokong.
Baru menjadi.

Dan kalau semua orang faham dan hormat hak masing-masing,
there should be no problem walaupun kena menutup aurat dalam rumah setiap masa.
:)


2) Bab Bersalam

Bab ni pun sama.
Selain adik beradik ipar berlainan jantina,
kita (isteri) jugak tak boleh salam dengan bapa-bapa saudara sebelah suami.
Dan suami tak boleh salam dengan mak-mak saudara sebelah isteri. 
Sama juga dengan nenek-nenek dan atok-atok saudara (adik beradik kepada atok nenek kita),
juga haram bersalam.
Walaupun adat kata KENA SALAM tanda hormat,
takpe, kita slowly educate mereka dan bawa budaya islam dalam adat keluarga kita.

Yang penting, tak perlu bermasam muka,
dan tak perlu gaduh jika dakwah kita tak diterima.
Bak kata ustaz harun din, berdakwah ni tak perlukan kekerasan,
cuma perlu menegur secara berhemah dan menjaga perasaan orang.

Dan blog ni pun salah satu cara lah sebenarnya.
Tegur secara haluihh namanya.
;D

Dan dalam bab bersalam ni, ada cabarannya jugak.
Especially bila ada orang (bukan mahram) hulur tangan nak bersalam dengan kita.
Haa macam mana?

Benda ni ada khilaf pendapat.
Ada pendapat kata harus sambut, sebab nak jaga air muka orang tersebut,
Tapi ada juga kata, haram sebab bukan mahram.
Dan dah banyak ustaz yang saya dengar, diorang kata ambillah mana-mana pendapat pun.
Tiada masalah.
Namun sebaik-baiknya CUBA untuk tidak bersalam.

Kalau saya,
contohnya kalau ada bapa saudara (sebelah suami) dah hulur tangan, saya akan sambut.
Tapi later, saya akan minta suami untuk remind orang tu.
Kalau rasa takde kekuatan nak remind, next time saya akan buat la apa-apa bahasa tubuh yang
mungkin orang akan faham.
Contohnya, letak kedua-dua tangan kat belakang ke,
atau angkat tangan sedikit, dan anggukkan kepala sambil senyum seolah-olah cakap,
"Sorry. Kita tak boleh bersalam."
Atau kalau susah sangat, jauhkan diri dan elakkan berpandangan.
Acah-acah tak perasan la hahaha.

Tapi itu kalau yang pangkat bapak-bapak atok-atok la.
Kalau yang adik beradik ke sepupu sepapat ke yang umur lebih kurang, cakap je direct.
Ok je insyaAllah.
Saya dengan adik beradik lelaki suami pun dah alert sikit bab ni, dan diorang pun dah faham alhamdulillah.
Walaupun kengkadang terlupa jugak pastu tersalam pastu eh astaghfirullahhhh batal wuduk.
;D



3) Bab Bermalam

Kat rumah mertua saya bilik limited.
Kat rumah keluarga saya pun bilik limited.
Kat kampung mertua saya bilik limited.
Kat kampung keluarga saya pun bilik limited.

Saya dan suami dah hadam hakikat ini,
tapi ia bukanlah alasan untuk kami tidak bermalam atau berkampung di rumah keluarga.
Tapi macam mana nak bermalam dalam masa yang sama nak menjaga batas-batas ni semua?
Ye la kalau dah adik beradik dalam 6-7 orang, mana nak dapat rumah yang ada 7-8 bilik kan? 
Lain la kalau mak mertua kita ialah rosmah.
Sorang nak lapan bilik pun bolehh. ;D

Jadi bila semua rumah pun bilik limited,
maka agak impossibru untuk kita mengubah rumah itu supaya meets our needs,
supaya senang nak solat, senang nak mandi, senang nak tukar baju, senang nak sarung spenda,
senang nak tidur membongkang, senang nak breastfeed anak, etc.
Maka kita kena fikirkan cara supaya kita boleh bermalam dengan selesa bersama keluarga tanpa melanggar hukum syarak dan menyusahkan orang lain.

So ini antara pilihan yang boleh diambil mengikut hierarki.

1) Pilih satu bilik khas di rumah keluarga untuk penempatan kita laki bini dan anak-anak.

2) Kalau takde bilik atau tak cukup bilik, pilih satu bilik untuk bini-bini, dan satu bilik lagi untuk suami-suami.
Takpun suruh suami-suami tidur je depan tivi diorang lagi sukaaa. ;D

3) Kalau tak boleh jugak asingkan bilik mengikut jantina, tidur lah bercampur pun asalkan aurat terjaga.
Pakai je tudung serkup tu, baju lengan panjang dan tilam kena jarak-jarakkan.
Kang tutup aurat tapi bontot bergesel pun jahanam jugak. ;D

4) Kalau isteri tak selesa tidur pakai tudung, cari lah mana-mana hotel bajet ke, homestay ke, yang berdekatan.
Bak kata suami saya, jangan kisah sangat bab duit kalau itu yang terbaik untuk pelihara agama.
Tabik hormat ke kanan hormat kepada suami sendiri. Heheh.

5) Kalau tak mampu jugak bayar hotel bajet atau takde hotel yang berdekatan, tak perlu bermalam di kampung.
Tidur rumah sendiri je. Pepagi gerak balik kampung, malam sikit balik rumah sendiri, pada hari yang sama.

6) Kalau taknak balik hari, tak larat travel, nak jugak bermalam di kampung,
 kembali kepada point nombor 1.
Baca semula dan pilih lah mana-mana keputusan yang terbaik.
:D

By the way, benda ni nampak remeh bagi sesetengah pihak terutama orang-orang kampung kita yang
dah terlalu selesa dengan adat dan cara hidup mereka.
Padahal diorang ni bukanlah jahil agama sebenarnya,
cuma kadang-kadang bagi diorang nampak mesra dan seronok bila ramai-ramai bermalam sama-sama.
Ye lah jarang dapat berkumpul ramai-ramai camni, sekali sekala tidur sama-sama apa salahnya.
Untuk dua-tiga malam je pun.

Tapi tolong fikir semula.
Sebab malaikat kiri kanan kita tak pernah berhenti mencatit baik buruk kita.
Patuh ingkar kita.
Salah betul kita.
Walaupun untuk 2-3 malam yang kita anggap terkecuali itu, namun tidak bagi dua malaikat ini.

So ikhtiarkanlah walau macam mana sekali pun.
Dahulukan perintah Allah.
Fahamkan tuan rumah.
Kalau itu rumah mak ayah kita, kita cakaplah kat diorang dengan cara yang paling baik.
Bukan kita taknak memeriahkan suasana. Lagi meriah, lagi best kan?
Tapi biarlah meriah yang Allah pun suka.
:)

Terutama kepada para isteri yang breastfeed anak.
Jangan beriya sangat kot ye pun konfiden ikut konsep "nursing in public is every mother-child's right".
Memang la. Tapi aset tu.
Aset tu jaga. Mahal tu, bro.
Tak patut dedah kat orang yang tak layak melihatnya.
Laki kau bayar berpuluh ribu wang hantaran untuk tengok benda tu.
Orang lain takkan dapat tengok free je?
;D



4) Leceh la nak jaga semua ni. Macam mana nak cari kekuatan?

Jangan macam tu.
Kita buat semua ni bukan untuk orang lain.
Tapi untuk diri sendiri.
Sebab dalam kubur nanti kita sorang-sorang. Kena libas pun sorang-sorang.
 Mungkin kejap lagi kita mati? 
Dan kita sedang dalam keadaan kita tidak memelihara agama?

Na'uzubillahi minzalik.

Banyakkan membaca atau dengar kuliyah untuk tambah ilmu agama.
Supaya kita lagi gerun nak buat benda yang tak betul. 
Dan lagi seronok nak buat benda yang betul.

Tak pernah terlambat untuk baiki diri, insyaAllah.

Islam ni mudah sebenarnya.
Cuba dulu. Mesti boleh.
Biarpun berubah perlahan-lahan.
Step by step.
Allah ambil kira semua IKHTIAR kita tu, walaupun baby steps.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi lengan nampak.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi jarang.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi main salam je ngan semua lelaki.
Tapi at least, kita sedang MENCUBA.
Allah tahu. Dan mintalah pertolongan Dia supaya segala urusan kita mudah.

Yang penting, hari ni lebih baik dari semalam.
Dan esok, lebih baik dari hari ni.
InsyaAllah.

:)


p/s: Di kesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!
Minta maaf ye kalau sebelum-sebelum ni saya pernah mengguris perasaan korang.
Tak kisah la melalui perkataan ke, penulisan ke atau perbuatan.
Saya pun manusia yang selalu lupa diri. Bajet bagus padahal tak bagus langsung. -..-
Mohon maaf zahir dan batin, hujung rambut ke hujung kaki.
Dan satu lagi, ketupat rendang jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman.
*tetiba*

Selamat Hari raya, semua!
Makan ketupat kat rumah mertua kang, pinggan jangan lupa basuh!
:D

Tips melatih diri dan keluarga amalkan doa-doa harian sebagai rutin.

To be honest, saya ni takde la alim mana.
Berjubah dan bertudung labuh bukan bermakna sempurna iman. Kan?
Masih banyak benda yang perlu diperbaiki.

Sebagai seorang ibu kepada amanah Allah yang bernama Ashraf Haikal tu pun,
saya masih belum sempurna dalam menerapkan amalan sunnah dalam jiwa anak.
Kadang-kadang makan pun lupa nak baca doa.
Pastu kena sound dengan Haikal.
Hmm.
I know.
My bad.
-_____-
 
Tapi I always find ways to be a better me,
 to be a better "home-maker" yang mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
Saya juga macam ibu-ibu lain yang sentiasa nak jadi contoh terbaik kepada anak-anak.
 =)

So sebelum layak untuk jadi contoh yang baik, kita sendiri dulu kena jadi baik.
Diri sendiri dulu kena baiki.
Baru lah layak dilihat oleh anak sebagai teladan dan contoh yang baik.
Kan?

So sekarang ni, saya cuba mulakan dengan peringkat yang paling mudah.
Iaitu mengamalkan doa-doa harian dalam setiap rutin harian.
Mula-mula memang merangkak la.
Sebab kadang-kadang lupa. Kadang-kadang malas.
-____-

Tapi orang kata, slowly.
But surely.
Kan?

So nak tahu apa yang saya buat?
Saya print semua doa-doa harian, dan tampalkan di tempat-tempat yang sepatutnya kita recite doa tersebut.


Doa naik kenderaan, tampal dalam kereta.
Sebelum tekan pedal minyak, baca doa dulu.


 Doa pakai baju dan buka baju, tampal kat almari baju.
Sambil-sambil suami katup butang baju kerja tu,
 boleh baca doa pakai baju.
Pagi-pagi dah dapat pahala sunnah.
:)

 
 Doa masuk/keluar tandas, tampal kat entrance toilet.


 Doa tengok cermin, tampal kat cermin la. 
Takkan kat tayar basikal pulak kan.
Heheh.

Ok tak kelakar.


 Doa tidur dan bangun tidur, tampal kat kepala katil.


 Doa sebelum/selepas makan, tampal kat tudung saji.
Hahaha.


 Doa lembutkan hati (anak dan suami), tampal kat tempat buat air.
Supaya nanti sambil bancuh kopi boleh jampi hembus-hembus fuh kanan fuh kiri fuh jangan la ada pompuan lain cium kolar baju laki aku fuh fuh.
;D


Doa keluar /  masuk rumah, tampal kat pintu utama rumah.
Kang senang laki balik kerja je, selak pintu selak langsir terus nampak doa dan baca.
Baru lah melangkah masuk dan peluk anak bini.
Bini peluk lama sikit please.
;D


Banyak lagi doa-doa lain yang boleh diamalkan sebenarnya.
Tapi untuk permulaan ni cukup lah ini dulu.
InsyaAllah bila dah jadi amalan nanti, dah hafal, dah boleh amalkan spontaneously tanpa tengok teks,
boleh la tambah doa-doa lain pula.

Best tau.
Bila setiap benda nak buat kena baca doa dulu.
Baca sama-sama dengan anak.
Kadang-kadang sampai nak berlumba-lumba siapa yang baca dulu.

Saya pernah kena sound dengan Haikal sebab lupa baca doa keluar tandas.
Ye la bila dah lega tu semua benda lupa kan kahkah.

So tetiba Haikal datang siap bercekak pinggang,
"Mama belum baca doa keluar tandas lagi. Baca cepat. Nanti syaitan bergayut kat bontot."

Amboi.
Makcik-makcik sangat perangai kau kan.
Maka saya pun baca dengan nada seperti didenda.
;D

Korang pun try la.
Cara yang seronok untuk sama-sama amalkan sunnah dalam rumahtangga.
Ustaz kata, rumah pun akan tenang je bila selalu amalkan sunnah.
Takde la hantu banyak sangat dalam rumah tu kang. :P

Mana saya dapatkan semua doa-doa ni?
Search je kat Google Images "doa-doa harian".
Berlambak keluar.

Tapi jangan main ambik dan print je.
Kena tengok dulu source nya sahih ke tak.
Okay?
:)

Salam Jumaat,
Dan semoga bermanfaat.

Eh rhyme pula.
:D

"Agar kamu mencapai TAQWA."

Kitorang kan, lepas sahur mesti tak boleh tidur dah.
Bukan sebab jadual padat dengan amal ibadah (amboih).
Tapi sebab Haikal.
Ye, budak tu, bila kitorang bangun sahur, dia mesti terbangun sekali. -..-
So bila dia dah terjaga tu ofekosss lah aku pun tak boleh tidur dah.
So dari pukul 4.30 pagi sampaiiiiiiiiii pukul 11 pagi, aku kena layan dia.
Tepat 11 pagi, dua-dua tidur. Tidur sampai pukul 1.30 petang.
Oh syokkkkk~
;D

Itu pun kena bangun sebab nak solat zuhur dan bagi Haikal lunch.
Kalau tak, mahu pukul 7.35pm kang baru bangun.
Teluk Intan berbuka pukul 7.37, so bangun dua minit awal untuk senduk nasi. Kahkah.

Biasanya sesambil aku layan Haikal lepas sahur tu, aku akan tengok ceramah agama kat youtube.
Ye la pepagi subuh takkan nak layan hindustan pulak. 
Mana larat nak berguling celet-celet dahi. Puasa kan. ;D

Pagi tadi aku tengok video Shaykh Ahsan Hanif.
Tentang bulan ramadhan.
Aku rasa dalam banyak-banyak video yang aku tengok, 
video dia paling terkesan dalam jiwa.
Tak tahu kenapa aku rasa macam dia tengah cakap pasal aku.
Macam dia bercakap depan muka aku.
Macam dia bercakap DENGAN aku.
Macam, aku pun tak paham kenapa aku boleh kusyuk gila dan tak ngantuk langsung masa tengok.
-_____-

Korang pun patut dengar ceramah dia. Memang best.
Padat, and the way he delivers his words. Sangat brilliant dan paduuu!

Tu yang aku nak share sikit kat sini.
Dalam video yang aku dengar pagi tadi, intipati dia ialah ramadhan.
Bukan bazar ramadhan ye. -..-
Tapi BULAN RAMADHAN.


Ceramah dia in english.
So aku translate lebih kurang ikut bahasa aku la k.

Kata Shaykh Ahsan Hanif,
"Kita ni, bila sebut puasa, bila sebut Ramadhan, perkara pertama dalam otak ialah,
tak boleh makan tak boleh minum. Oh mesti penat gila. Oh habis la kalau cuaca panas. Oh mesti tak larat nak pergi kerja. Oh ini oh itu. Semua yang kita fokuskan cuma pada fizikal. 
Sedangkan kita lupa TUJUAN dan ROH ramadhan itu sendiri. Yang sepatutnya difokuskan adalah, SPIRITUAL."

 Macam dalam firman Allah yang popular:

Surah Al-Baqarah, Ayat 183.
Maksudnya:
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu mencapai taqwa."

AGAR KAMU MENCAPAI TAQWA.

Bukannya,
agar kamu mencapai berat badan ideal so that baju raya muat ngam-ngam tiada secebis pun isi terkeluar.
Bukannya,
agar kamu dapat detox kulit dan badan so that bersewi-sewi di pagi waye. -..-
Bukannya,
agar kamu mengerti lapar dan dahaga.
Bukannya,
agar kamu ingat orang gaza.
Bukannya,
agar kamu kepenatan dan boleh tidur sepanjang hari.

Tapi,
AGAR KAMU MENCAPAI TAQWA.

Fahamkan dalam-dalam.
 Howwww to capai taqwa tersebut.

Lihat orang-orang sebelum kita.

Imam Malik r.a. tak henti-henti menyampaikan hadis dan ayat Qur'an DI BULAN RAMADHAN.
Said Ibn Jubair khatam Qur'an setiap dua malam DI BULAN RAMADHAN.
Abdullah Ibn Umar r.a. beribadah sepanjang malam DI BULAN RAMADHAN, dan tak berbuka puasa kecuali ada orang miskin yang menemaninya makan.
Imam Az-Zuhri baca Qur'an dan bersedekah, DI BULAN RAMADHAN.
Mu'adh r.a. sebelum pemergiannya berkata, perkara yang paling dirinduinya ialah berpuasa di hari yang panas terik, DI BULAN RAMADHAN.

Semuanya berlumba-lumba nak beramal ibadah.
Kenapa?
Kenapa sampai sanggup tak tidur tak makan sebab nak beribadah?
Sebab mereka faham maksud "AGAR KAMU MENCAPAI TAQWA" tadi.
So di bulan ramadhan, dalam otak mereka cuma ada Allah.

Bak kata Shaykh Ahsan Hanif,
"Hanya di bulan ramadhan, Allah menghujani kita dengan berjuta-juta ganda ganjaran. Ganjaran tersebut ibarat titisan-titisan air hujan. Sangat susah nak tangkap sebab ia terlalu kecil. Tapi kalau kita duduk tadah, kita akan dapat banyak. Boleh ke kita pergi kat hujan, nak tangkap 3-4 titis je? Tak boleh.
Kita kena duduk situ, fokus, ambil masa, sabar sambil tadah setiap titisan itu. That is how we should see the month of Ramadhan. Kena hayati, duduk, luangkan masa, untuk Allah. Punya pemurah Allah nak bagi banyakkkkkkkk ganjaran, kenapa kita taknak duduk sekejap, ambil masa, tadah sebanyak mana titisan yang kita boleh tadah. Ingat, hujan itu datang hanya bulan ini sahaja!"

"Hanya di bulan Ramadhan, Allah bagi Lailatul Qadr. Satu malam, yang lebih baik dari 1000 bulan. Satu malam, yang lebih baik dari 83 tahun! Allah nak bagi peluang untuk KITA SEMUA. Yang jahil mahupun yang alim. Dengan beribadah pada satu malam sahaja (iaitu Lailatul Qadr), kita dapat ganjaran beribadah selama 83 tahun. MaasyaAllah."

Hmm.
Korang rasa macam mana?
3 minggu Ramadhan dah berlalu.
Agak-agak dah berapa titis hujan yang berjaya kita kaut?

Aku,
macam satu titis pun belum.
T___T

Jujur. 
Aku sentap dengan video pagi ni.
Ramadhan bersisa TUJUH HARI sahaja lagi.
Harap masih belum terlambat.
Harap masih banyak titis-titis hujan yang boleh ditadah.

Ramadhan, please don't go. 
T____T

Felixia Yeap, just let them talk.

Aku jarang cerita pasal orang lain (selain keluarga) dalam blog ni.
Tapi tak tahu kenapa, pasal Felixia Yeap ni tetiba aku rasa macam terpanggil.

Aku betul-betul tak faham kenapa ramai sangat yang dengki dan tak puas hati dengan amoi ni nak masuk islam.
Ok sebab dia kecoh.
Pakai tudung pun nak kecoh.
Pergi masjid pun kecoh.
Nak masuk islam pun kecoh.
Mimpi nama Rania pun kecoh.
Kan?

HELLO ITU KAN BENDA BARU UNTUK DIA. 
Teruja.
Normal lah.

Kalau awak, suatu perkara baru berlaku dalam hidup.
Sambut bayi pertama, contohnya.
Pun awak akan kecoh satu dunia kan.
Mengandung kecoh.
Beli barang baby kecoh.
Masuk labour room kecoh.
Dah beranak kecoh.
Anak mula merangkak kecoh.
Kecoh sampai ke sudah.

Hello. Orang lain pun ada anak juga.
-____-

Same situation dengan Felixia Yeap ni.

 Bila aku tengok ada sesetengah pihak yang terlalu negatif, aku macam...
Why laaaaaa kau tak suka orang tu nak masuk islam???

Actually aku semacam faham apa sedang dia lalui.
Sebab aku pun dibesarkan oleh seorang muallaf.

Mama aku yang dulunya bernama Corazon Lucero Cuaresma (Now Fatimah),
seorang yang sangat berpegang teguh dengan agama Kristiannya.
Tapi Allah pilih dia untuk "bertemu jalan pulang" dan kembali kepada fitrah (islam).


Dan yes, perjalanan mama sebagai seorang saudara baru agak berliku.
Lebih kurang sama macam kes Felixia.
Penghijrahan mama diterima baik oleh keluarga dia yang bukan Islam,
tapi dicemuh dan dipandang hina oleh sesetengah orang yang mengaku islam itu sendiri.

Aku ingat lagi dulu.
Masa mama nak mendalami islam.
Dia cari sendiri tempat nak mengaji Qur'an. Cari tempat nak belajar agama.
Cari kawan-kawan yang boleh membantu.
Cari buku-buku terjemahan Qur'an, Hadis, Doa dan sebagainya.
SEMUANYA DENGAN INISIATIF SENDIRI.

Korang rasa tak keazaman dan kecintaan mereka orang-orang muallaf ni terhadap islam
adalah jauhhhhh lebih hebat dari kita yang dah semulajadi islam?
Malu kan?
SEPATUTNYA MALU.

Aku nak share beberapa pendapat lah walaupun aku sendiri ni pun ilmu agama takat buku lali je.
Bukan nak mengajar.
Cuma nak CUBA cerahkan mana-mana yang malap dalam otak melayu.
Cuba je.
Otak melayu bukan senang nak adjust.
Jadi saya cuba. KOT-KOT BOLEH.

 Ok camni.


Satu, kita semua tahu. Hidayah itu milik Allah. 
Dan ALLAH PILIH kepada siapa Dia nak bagi.
Dan orang yang dipilih itu pastinya BUKAN CALANG-CALANG.
Pernah terfikir kenapa kita yang lahir memang dah islam ni, semacam tak dapat hidayah Allah.
Masih tak rasa yang kita ni bertuhankan Allah.
Nama islam tapi tak mengamalkan islam.
Kenapa?
Kenapa Allah tak pilih kita untuk diberi hidayah? Kenapa?
Tepuk dahi, tanya iman.



Dua, kisah Umar Al Khattab.
Siapa tak kenal Umar Al Khattab? 
Yang sebelum pengislamannya adalah sorang yang bengis, kejam, perangai tak rupa manusia,
tanam anak perempuan hidup-hidup, bunuh-membunuh.
Tapi DIPILIH OLEH ALLAH untuk diberi hidayah.
Dan finally dia jadi orang yang paling hebat mempertahankan Islam,
lebih hebat dari orang yang memang dah Islam itu sendiri.
So siapa kita nak judge pilihan Allah?



Tiga, kalau dengan pendedahan kisah Felixia Yeap ni boleh menarik lebih ramai mengenali Islam,
apa salahnya??
Ya, dia menggelabah cipan duk canang pasal islam kat social media.
Duk canang selfie tutup aurat kat social media.
Walaupun dia sendiri belum islam.
Kan?
Hey gelabah-gelabah dia pun, dia canang benda baik!
Mungkin itu cara dia berdakwah, biarlah.
Bukan ke setiap wali Allah (orang beriman) itu pendakwah? 
Kita semua. Pendakwah. Wajib berdakwah.
Tak payah tunggu jadi ustad ustajah. Ikut cara masing-masing.
Kalau Felixia tu tak dapat menyentuh hati orang melayu islam untuk tutup aurat sekalipun,
at least dia membuka hati keluarga dan kawan-kawan cina dia untuk lebih kenal islam.

Kamonnn...siapa yang menggelabah cipan sekarang? 
Ya awak. Bukan dia.
-____-



Empat, awak kata dia mempersendakan agama kita sebab acah-acah tutup aurat walaupon belum peluk islam?
Eskiusmi??
Dalam Qur'an ada sebut, orang pompuan kalau nak berjaya, TUTUP AURAT.

Surah An-Nuur, Ayat 31:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

 Felixia Yeap dah menyahut seruan ayat ni.
Awak bila lagi?
Bila nak berjaya?
-..-



Lima,  semalam dia dah masuk islam.
Dia kata dia rasa seperti dia dilahirkan semula.
Itu punnnnnnn ada yang tak puas hati.
Memang. Memang muallaf ibaratnya seperti bayi baru dilahirkan.
Suci bak kain putih.
So??

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :
"Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya." (Al-Bukahri) 



Enam, agak kelakar bila scroll down news feed FB dan nampak orang share links seperti,
"Gambar Felixia Yeap terdedah dan mengejutkan."
"Felixia Yeap berbikini."
"Felixia Yeap berkemban di parti tertutup"

BAHAHAHAAHAHAHAHA.

Awak kata dia attention seeker sebab pakai tudung pun nak show off.
Tapi awak tu mother of attention seeker sebab buka aib orang (yang dah bertaubat) semata-mata nak naikkan pageviews blog?
Bang, itu memang kerja bangang bang.
Kalau saya letak gambar lama abang yang paling aib sekali, abang suka?
Gambar abang tengah sunat, dengan tajuk: "Abang terkangkang."
Suka?

-______-



Tujuh, kenapa perlu dengki dan berburuk sangka.
Kenapa tak sokong dan doakan?
Secara lojik, kita islam dan Felixia nak ikut cara kita. 
Patutnya kita sokonglah.

Macam orang PAS nak masuk BN.
Kemain bangga buat press conference, "Doploh orang ahli PAS sertai BN".
Amboi lebih-lebih pulak sokong kalau bab itu.
Tapi bila orang nak masuk Islam, kita perli, kita aibkan. -..-

 Surah An-Nasr, Ayat 1-3:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."


Dear Felixia Yeap,
I'm not a big fan of you.
I don't really know who you are.
 Tapi disebabkan orang-orang melayu-mengaku-muslim mengherdik awak.
Menyindir awak.
Tak semena-mena saya jadi penyokong awak. Sejak bila saya pun tak tahu.
You remind me of my mother. She struggled just like you. 
But now all the patience, istiqomah, and efforts have finally paid off.
She becomes a good example of muslim not only to us (her family) but to other muslims as well.
She is very active with her persatuan-persatuan surau and mostly she's the leader.

Betul. Allah pilih kepada siapa untuk diberikan hidayah.
Bukan calang-calang orang.
And Felixia, Alhamdulillah you're one of them.
=)

Saya harap dengan perkongsian yang sikit ni, akan meniup semangat dalam jiwa awak.
Untuk lebih mendalami Islam.
Untuk lebih kenal Allah.

Please know, Allah sangat baik dan Dia takkan tinggalkan awak selagi awak tak tinggalkan Dia.
You will grow stronger and better than those people yang berkokok tak sudah-sudah.
Ah just let them talk.
Because at the end of the day, they'll realize you're becoming better than them.
Satu hari nanti, tak mustahil mereka yang akan mencontohi awak. 

Surah Al-Kauthar 108, Ayat 3:
"Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (orang beriman), dialah yang terputus. "

Please, never lose faith. Keep strong. Keep praying.


YOU ARE ON THE RIGHT TRACK, FELIXIA.
ALHAMDULILLAH.

4 cara mengawal kemarahan dan kegarangan heheh.

Kalau dibandingkan dengan hubby, aku lebih garang dan pemarah.
Tapi bagi aku, sifat camni bukan la satu kelebihan atau sesuatu yang patut dibangga-banggakan.
Sangat awkward bila aku dengar sesetangah orang bangga dengan sifat pemarah dia.

Contoh macam,
"Pergh aku memang garang gila dengan anak-anak. Semua anak-anak takut dengan aku. Jangankan nak minta mainan, nak peluk aku pun takut. Kalau diorang buat perangai, aku libas je dengan getah paip."

-_____-

Derrr...
Itu bukan garang.
Itu bangang. -..-

Ada satu kisah. Ada seorang lelaki menemui Rasulullah saw dan berkata,
“Wahai Rasulullah, ajarkan kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya kepada syurga dan menjauhkan saya dari neraka”.

Nabi jawab ringkas je,
“Jangan luahkan kemarahanmu."
(HR. Thobrani, Shohih)

Kamonnn..
Anak-anak ni tak perlu dididik dengan kegarangan pon sebenarnya.
Sebab fitrah manusia tu sendiri memang lembut dan penuh kasih sayang.
Pernah ke Rasulullah suruh didik anak libas dengan getah paip?
Ada?

Dah tu bangang lagi kenapa? -..-

Aku cukuppppp sensitif bila isu camni timbul.
Nak-nak kalau dalam news feed Facebook. Tak fun langsung la Facebook sekarang.
Sikit-sikit dera. Sikit-sikit bunuh.
Macam yang budak lapan tahun kena rogol budak 12 tahun la, budak kena penggal kepala la.

Adoi.

Teresak-esak aku depan komputer.
Nak-nak pulak tengah mengandung ni. Kan lain macam sikit emosi dia.
Tengok Haikal nangis pon aku boleh ternangis sekali. T___T

Sekarang kalau tengok facebook aku tengok notification je.
Kalau ada, check. Kalau takde, tutup facebook.
Tak kuat nak tengok news feed.

Nasib baik ada instagram. *tetiba*
;D


http://instagram.com/rajiahnasir

Tapi lega betul bila ada instagram ni. Lebih tenang.
Cuma aku tak faham kenapa kena hashtag hashtag hashbrown panjang-panjang.
Menjulingkan mata sahaja. -___-

Ok berbalik kepada isu mengawal kemarahan tadi.
Aku sendiri pun sebenarnya dalam proses nak melatih diri.
Biasa la since jadi ibu ni, kemarahan selalu dilampiaskan (hamboih) kepada anak.
Takkan nak lampias kat suami pulak.
Kang dengan kau-kau sekali terlampias sama.

Biasa lah. Dia macam culture shock tau.
Masa anak dara, hidup kau sorang je.
Manage diri sendiri, hidup sendiri, tanpa gangguan.
Tapi bila dah kawen, ada suami dan anak.
Masing-masing ada kehendak dan kitaaaaa jugak yang nak kena manage.
So hidup macam ter-distracted serba sedikit. ;D
Maka kesabaran akan lebih teruji.

Macam kita baruuuuu nak rehat, tetiba
"Mamaaaa Haikal nak berakkkk."
"Mamaaaa stokin papa sebelah lagi hilanggg."
"Mamaaaa Haikal nak lukis spongebobbbb."
"Mamaaaa, papa tak jumpa boxer. Mama pinjam keee??"


Haih dua orang tu. -___-

Kengkadang kita elokkk tengah solat, tetiba anak main tarik-tarik telekung.
Headbanging lah kau sambil baca fatihah.
Bangun dari sujud, tetiba dah free hair.
Eh eh rasa macam aku tutup aurat dah before solat tadi. Camane boleh free hair tetiba ni??
Anak punya kerja. -..-

See?
Mana tak terlampias nya kemarahan kau kan.
So bagi menjamin peribadi yang lebih mulia dan positif (eceh),
aku ada discover 4 cara untuk buang sifat marah secara perlahan-lahan.
;D



1. Classify kemarahan.

Kemarahan ada dua classification.
Marah yang bijak atau marah yang bangang. ;D

So each time aku rasa nak marah, aku akan tanya diri,
"Kemarahan aku ni marah bijak atau marah bangang?"

Contoh macam situasi anak tarik telekung tadi.
Anak baru dua tahun. Belum reti duduk diam.
Belum reti sabar.
Belum faham kenapa mak dia kena solat.

So adakah bijak kalau aku marah-marah dia?
Ofkos kurang bijak.
Better sabar dan approach secara berhemah, cakap baik-baik dan explain.
Camtu.

Lain la kalau yang tarik telekung tu ialah suami kau yang umur dah 30 tahun.
Kejadahnyaaaa main tarik-tarik telekung waktu orang solat.
Itu bukan setakat kena marah je, kena denda berdiri atas kerusi 3 hari 2 malam terus menerus.
-____-

So ingat.
Sebelum marah, amik masa untuk classify kemarahan. ;D



 2. Tahan mulut, duduk dan baring.

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam."
Nabi saw mengulangi ucapan itu 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(HR Ahmad & Abu Daud)

 So benda pertama kena buat bila marah, TAHAN MULUT.
Nak nak bila dah jadi ibu ni.
Nak marah anak kena jaga-jaga. Jangan keluar perkataan-perkataan tak elok.
Mulut ibu kan masin. Cuba rasa. ;D

Aku pon dah banyak kali kena tegur dengan hubby.
Sebab cakap Haikal nakal la mengada-ngada la tak dengar cakap la.
T___T

So lepas ni kalau rasa nak marah,
aku akan CUBA DIAM dan isolate diri dari tempat kemarahan tu.
Pergi masuk bilik ke.
Masuk bilik air ke.
Pergi basuh pinggan ke. *tetiba*

Kalau marah jugak, pergi amik wudhu' dan duduk.
Kalau marah jugak, baring.
Kalau marah jugak, tidur terus.
Kalau tak boleh tidur, call pizza hut suruh delivery pan pizza hawaiian supreme sepuluh set.
Kalau marah jugakkkkk,
pergi gali kubur.
Heheh.



3. Buat perjanjian dengan pasangan.


Perjanjian 1: Kalau isteri marah, suami puji. Kalau suami marah, isteri puji.

Kalau perjanjian 1 tak work,

Perjanjian 2: Bila isteri marah, suami diam. Bila suami marah, isteri diam.

Gitu.
Tips ni aku dapat dari fadilah kamsah.

Contohnya,
kalau aku marah-marah, hubby kena puji aku bertubi-tubi. Macam,
"Amboi amboi isteri saya ni. Kalau marah makin handsome makin sasa makin macho lah. Aumm!"

Itu contoh. ;D

Tapi kalau pujian itu tak work, dan asap masih berkepul-kepul keluar dari hidung pasangan,
baik kau diam dan berambus saje.
Appedulikkkkk kan dia.



4. Marah itu syaitonn

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.”
(HR Ahmad & Abu Daud)

So selalu ingat,
MARAH TU SYAITONNNN.

Kalau rasa nak marah je,
terus bayangkan diri sendiri tumbuh tanduk, tumbuh taring, tumbuh janggut, muka jadi kerut yang jahat gila tu, kuku jadi tajam merekah-rekah, pastu tetiba ada pedang macam garfu tu.
Sebijik macam setan dalam walt disney.
Mesti korang terus insaf astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah sambil nangis teresak-esak.
;D


So itu lah 4 cara untuk kawal kemarahan.
Sebenarnya kalau kita kaji, (ewah)
marah dan garang ni sebenarnya bahaya.
Sebab marah la boleh heret ke perkara-perkara yang bukan-bukan selepas tu.

Dera anak, dera bini, dera bibik, dera binatang. -___-
Semua benda nak dera. Tah hape-hape.
Dan semuanya berpunca dari kemarahan yang gagal dibendung.

Kamonnn..
Orang gila pon tak dera bini.
Sebab dia takde bini nak dera. Kahkah.
Kelakar tak? -..-

Sabda Rasulullah saw:
"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)


Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya."
(HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

Tengok.
Hebat-hebat je ganjaran untuk orang yang tahan marah.
So, jom jadi orang yang lebih penyayang setiap hari.

Malaysia boleh!
=)

Bukan tak baik. Cuma BELUM baik.

Bila terpandang seseorang,
sesiapa saje,
yang perangainya kurang elok,
yang perangainya kurang ajar,
yang perangainya kurang manis,
yang perangainya macam setan la senang cakap. ;D

Ingat satu perkara.

Setiap dari kita ada cerita.
Setiap dari kita ada pengalaman.
Yang membentuk baik buruk diri ini.
Yang menampakkan cantik hodoh diri ini.

Setiap dari kita.
Termasuk awak. Termasuk saya.
KITA SEMUA.

Kita pun bukannya semua elok.
Kita sebenarnya TAHU, kita juga ada BANYAK perangai setan.
Cuma asyik nampak perangai setan orang lain.
Setan dalam diri sendiri jarang nak nampak.
Sebab jarang "tengok cermin".
Tengok cermin bila nak buang blackheads je. -___-

Cuba kita duduk dan diam seketika.
Tengok dalam diri.
"Oh banyak sebenarnya setan dalam diri aiyolls."
Dan each time kita realize banyaknyaaa perangai setan kita,
of course kita benci perangai-perangai buruk itu.
Kita pasti tak suka akannya.

Tapi entah kenapa.
Benci-benci pun,
kita masih berperangai begitu.
Susah rupanya nak buang perangai setan.
Semacam dah sebati.

Sebati mengumpat.
Sebati tak tutup aurat.
Sebati tinggal solat.
Sebati cakap kurang ajar.
Sebati menipu.
Sebati ambil hak orang.
Sebati bersangka buruk terhadap orang.
Sebati macam-macam.

Walaupun.
Hari-hari kita doa sungguh-sungguh.
Mintak diri dijauhkan dari sifat mazmumah.
Minta diri dijauhkan dari hasutan syaitonirrojim.

Perlahan-lahan kita cuba. Kita usaha.
Muhasabah diri.
Tahan dan latih diri.

Tapi tetap.
Perangai buruk tu ada. Walaupun kadang-kadang.

Kan?

So macam tu juga la dengan mereka di sekeliling kita.
Orang-orang yang kita meluat.
Orang-orang yang kita rasa jijik.
Orang-orang yang kita rasa bodoh, munafik, confirm masuk neraka, dan sebagainya.
Amboi kita.
Senang betul judge orang.

Mungkin.
Perangai setan yang ada dalam diri mereka tu bukan pilihan mereka.
Mungkin.
Mereka juga benci berperangai sebegitu.
Mungkin.
Mereka juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.

Kamon..
Mulai hari ni, tanam dalam otak masing-masing.
Bila nampak orang jahat.
Orang buruk perangai.
Orang kuat menipu.
Orang mulut puaka stok mintak cili.
Orang tak tutup aurat.
Orang tak endahkan solat.

Rilekkk.

Jangan benci mereka.
Tapi KESIAN kan mereka.

Sebab mereka bukan tak baik,
cuma BELUM baik.
Sama macam kita.

=)

 Please.
Stop judging.
AWAK.
 JUGA PENDOSA.

Bila roda di tahap paling bawah.


So.
Dah berakhir pun pencarian MH370.
18 hari kita pulun berdoa moga ditemukan dengan kesudahan yang baik.
18 hari kita bertabah dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.
Tapi betul lah.
Allah MAHA TAHU.
Allah sebaik-baik perancang.

Dan kita yang kecik dan tak tahu apa-apa ni,
 BERSERAH dan REDHA.

Kata orang, hidup ni macam roda.
Kejap kat atas kejap kat bawah.

Sekejap best, sekejap tak best.
Sekejap gembira-gembira, sekejap sedih-sedih.
Ada yang buat kita senyum, ada yang buat kita menangis.
Ada benda yang kita suka, ada yang kita tak suka.

Macam roda lah.
Bila kat atas, kena angin je. Bestttt je.
Bila kat bawah, kena tahi lembu.
Lembu pun satu, berak sambil berjalan. -___-

Aku tertarik dengan satu quote,

"Bila nikmat datang kepada kita,
jangan lupa diri, jangan lupa dari mana ia datang,
kerana nikmat tu takkan selama-lamanya milik kita.
Dan bila musibah datang,
jangan pula bermuram durja, bersabarlah.
Kerana ia takkan lama."

Betul kan?
Duduk kat atas ke.
Duduk kat bawah ke.
Dua-dua tak lama.

Itu nama dia, hidup.
Hitam putih kehidupan. *tetiba*

Semalam aku tengok ceramah Azhar Idrus kat youtube.
Kebetulan malam tadi mata tak boleh lelap.
Seram-seram nak tutup mata bila fikir pasal MH370.
Dah la PM buat announcement tu pukul 10 malam kan.
Aku rasa satu malaysia pun tak boleh tido malam tadi.

Kalau kita yang takde kena mengena ni pon tak boleh tidur semalam,
ahli keluarga mangsa dah 18 hari tak tidur kot aku rasa.
CEO MAS pun mungkin tak tidur. -____-

So disebabkan seram sangat nak tidur semalam,
aku terpaksa cari benda untuk dilayankan.

Mula-mula aku tengok maharaja lawak.
Tapi entah kenapa aku langsung tak tergelak.
Shiro buat lawak pon aku macam -_____- *muka kelepet*
Entah kenapa aku rasa tak lawak langsung pulak malam tadi.
Padahal sebelum ni kalau tengok, mesti gelak terenjat-renjat macam duduk atas kerusi letrik. ;D

So tutup maharaja lawak.
Buka video Azhar Idrus.
Padahal takde beza pun maharaja lawak dengan Azhar Idrus. 
Ustak punya lawak tahap international jugak kottt. :D

Tapi memang silap besar la pergi layan Azhar Idrus.
Dari tak boleh tidur, terus tak boleh tidur sampai bila-bila.
Layan dia punya lawak, boleh barai hingga ke subuh esok.
Terima kasih banyok la ustak mung tunggu aku datang. -_____-

Tapi at least terisi la jugak masa aku malam tadi.
Daripada terbayang-bayang laut bergelora, lega la sikit bila layan ustak.

Tapi ada sesuatu yang aku nak share ngan korang tentang ceramah ustak yang aku tengok semalam.
Satu persoalan yang paling brilliant yang diutarakan kepada ustak dalam video tu,

Kenapa perlu ada musibah dalam hidup?
Bukan ke Allah tu Maha Penyayang Maha Mengasihani?
Kalau sayang dan kasihan, kenapa bagi musibah?
Bagi nikmat je tak boleh ke?

Aku macam, hmm.
Macam kena pulak dengan mood saya malam ni.
Ustak ni tahu-tahu aje dia. Faham-faham aje dia. Romentik pulak rasa. :D


Ada beberapa point yang aku sempat absorb tentang persoalan tersebut,

1) Ketahuilah, dalam 1 musibah yang diturunkan Allah, ada 1000 kasih sayangNya.

2) Tak percaya? Dalam pada kita dilanda masalah kewangan contohnya. Cuba bangun pagi tengok muka kat cermin.
Ada mata untuk melihat dunia. Ada hidung untuk bernafas. Ada telinga untuk mendengar. Ada kecantikan untuk disyukuri. Sebenarnya ada lebih dari 1000 nikmat yang Allah beri kepada kita kat muka sahaja. Tapi kita masih mahu meratapi musibah yang satu itu?

3) Tapi tengok muka je lah ye. Jangan tengok ke bawah ke bawah lagi. Nanti jumpa beberapa musibah lain.
Perut boroi. Selulit banyak. Dah tak jadi nak bersyukur. *kahkah yang ni lawak*

4) Allah turunkan musibah kerana Dia taknak orang-orang yang Dia sayang pergi terlalu jauh dariNya. Bila kita dah semakin jauh, Allah mula rindu doa kita, Allah mula rindu rintihan kita. Dan bila Allah bagi musibah, akan diampunkan dosa-dosa kita, akan menarik kita bertaubat, akan menarik kita kembali dekat denganNya.
Punya lah Allah sayangggggg kat kita. Dia taknak berjauhan dengan kita.

5) Allah kenal dan faham sangat perangai manusia macam kita. Dah Dia yang cipta kita kan?
Dia tahu betapa lalai nya kita. Dia tahu betapa pelupa nya kita. Dia tahu betapa lemah nya kita.
DIA TAHU. So jangan pernah malu untuk sentiasa kembali kepada Dia. Jangan malu mintak ampun.
Jangan malu menangis-nangis depan Dia. Jangan malu. Kerana Dia sentiasa terima kita SEADANYA.

:')

So sweet kan?

Aku pasti, isu MH370 ni adalah tanda Allah sayang Malaysia.
Sayang pemimpin-pemimpin kita.
Sayang kita semua.

Cukup-cukup lah degil kita taknak ikut perintah Dia.
Cukup lah.
Di saat roda kita di tahap paling bawah sekarang ni, 
Di saat jiwa-jiwa kita sedang merintih,
Di saat kita terumbang-ambing dilanda fitnah akhir zaman,
kembali lah semula kepadaNya.

Moga-moga belum terlambat untuk kita,
untuk merasai semula rindu dan kasih sayang, 
dari Allah Ya Maalikul Mulki Zul Jalaali Wal Ikraam,
Yang maha menguasai kerajaan yang agung dan sempurna.

Insyaa Allah.

Orang kata, jangan terlalu benci, takut lama-lama jatuh cinta. =)


Awak,
Sorry tak reply email awak hari tu.
Bukan tak sudi. Bukan juga merajuk atau marah. 
Tapi sebab email awak terlalu special buat saya,
sampai saya rasa nak reply kat sini je.
Supaya semua orang boleh baca.
Mana tahu lepas ni utusan nak interview awak pulak ke.
 -______-

Dulu nenek saya pernah pesan,
"Kalau benci, jangan terlalu benci. Takut nanti benci bertukar sayang."

Betul awak.
Walaupon pada mulanya saya baca email awak tu,
membuak-buak perasaan marah saya sampai saya tunjuk kaki kat skrin komputer. -..-
Tapi bila saya ingat balik nasihat nenek saya,
pelan-pelannnn saya turunkan balik kaki saya. :D

Sebab saya yakin,
kalau sekarang awak benci, lama-lama nanti mesti awak akan sayang saya.
Aww malu tau cakap sayang-sayang camni.
Meremang segala bulu di badan.

Dalam email awak, awak ada mention "Sikit-sikit Allah".
Kenapa?
Awak tak suka eh?
Mungkin awak belum kenal siapa Allah. Sebab tu awak cakap macam tu.
Mungkin sampai masa nanti, awak akan kenal Dia. Dan awak akan jatuh cinta.
Saya akan doakan.
Sebab saya tahu, Allah sayang awak.

Macam mana saya tahu?
Ye la. Kalau Allah tak sayang, mesti awak dah lama mati kena lenyek buldoza.
Pastu mayat awak kena makan lipas.
Awak cuba bayangkan lipas yang kaki berbulu tu hinggap di tengkuk awak dan masuk ke dalam lubang hidung awak.
Bukan seekor ok, ramai. Segerombolan lipas masuk ke dalam lubang hidung awak.
-____-

Tapi sampai hari ni semua tu tak berlaku.
Awak masih sihat walafiat, sempurna anggota badan, cukup 10 jari, siap boleh taip email untuk saya.
Cuma otak je mungkin takde. ;D

Lagi satu, pasal jeans dan jubah.
Saya tak pernah cakap pon pakai jubah confirm masuk syurga dan pakai jeans confirm masuk neraka.
Kalau la saya dah tahu saya ni confirm masuk syurga, uihhh saya terjun bangunan sekarang jugak.
Buat apa saya nak hidup kat dunia ni lama-lama, baik saya pergi syurga terus.
Tak payah saya susah-susah menahan kemarahan baca email awak sambil menuding kaki.

Macam ni la awak.
Saya rasa awak ni tengah sakit.
Atau dalam bahasa mudah, awak ni tengah mereng.
Atau..
awak ni bongok la senang cakap. *puas hati aku*

So saya nasihatkan, awak tak payah la baca blog saya lagi.
Takut membuatkan awak bertambah bongok.
Dah la memang dah bongok, bertambah-tambah bongok pula nanti.
Mohon jangan reproduce kebongokan itu. Guna la kondom. *tetiba*

Saya mohon awak pon jangan hipokrit dan jadi la diri sendiri.
Benci saya takpe. Tapi jangan benci Allah.
Bahaya ok. Ingat cerita lipas tadi. -..-
Jangan lupa dari mana awak datang. Bertaubat la.
Malu saya nak mengaku awak ni reader blog saya.

Readers blog saya semua positif.
Takde yang bongok macam awak ni.

Ok?

I love you.
And I know you love me too.
Kiss sikit?

Nasib anak-anak HIV positif.

Hari ni 14 Februari.
Sekali lagi menjelang musim kasih sayang.

Kemain aku pergi shopping malls semua decorations pon love loveee.
Buka Facebook, semua online shop pon buat promo love loveee jugak.
Siap caption besar-besar,
"HUBBY TAK TAHAN."
"HUBBY MELOPONG."
 -_______-

Amboi over la korang.
Kang kalau budak-budak baca jenuh mak bapak diorang nak explain.
Nak ayat catchy pon agak-agak la.
Jangan sampai sebab ayat-ayat korang tu, remaja-remaja kita salah tafsir dan terjerumus.
Ada tu siap letak gambar lelaki perempuan peluk-peluk blur-blur. -..-
Tahu la nak jual produk malam pertama. Tapi rasional la sikit.
Yang tengok iklan kau tu bukan golongan yang dah berkahwin sahaja.

Camni la.
Aku bukan nak caras bisnes orang ke apa.
Tapi tolong, sebelum buat sesuatu tu, FIKIR secara menyeluruh.
Nak jual produk malam pertama sekalipon,
jangan sampai kita menanggung sebahagian dosa maksiat orang lain.
Jangan.

Sorry.
Mungkin korang tak faham kenapa aku emo dikala orang sibuk berkasih sayang hari ni.
Sebenarnya aku bukan nak fokus sangat produk HUBBY TAK TAHAN tu. -..-
Aku cuma terkenang nasib anak-anak terbuang yang kitorang lawati tempoh hari.
Dah la anak terbuang. 
Positif HIV AIDS pulak tu.
Mana datang anak-anak ni kalau bukan sebab menjelangnya musim berkasih sayang secara tak bermoral, Valentine's Day hazabedah petuih ni.

So sempena hari kasih sayang kononnya ni,
aku nak ajak korang pinjamkan sekejap,
 hati, cinta dan kasih sayang korang tu untuk mendalami nasib anak-anak HIV AIDS.

Adakah korang alert dan tahu tentang kewujudan anak-anak HIV AIDS kat Malaysia ni?
Mungkin korang tak pernah tengok atau jumpa mereka.
Tapi sedar atau tak, mereka ni sememangnya wujud dan mereka ni RAMAI.
Dan kuantiti mereka dijangka bertambah dari tahun ke tahun.
Dari mana eh mereka semua ni datang?

Lahir-lahir je dah kena tanggung dosa mak bapak yang hilang tah kemana.
Mak bapak mereka pulak hanya mewariskan virus HIV sebagai "harta" seumur hidup.

Apalah nasib kan.
Bukan ke fitrah manusia, lahir-lahir ke dunia sepatutnya dilimpahi kasih sayang.
Baby kan. Sepatutnya disayang-sayang ditimang-timang.
Tapi mereka tak.
Lahir-lahir je mak bapak buang merata,
bila besar, masyarakat pulak buang.
 Keadaannya seolah-olah, mereka dihukum seumur hidup atas dosa yang dilakukan oleh orang lain.

Tapi mereka ada pilihan ke?
TAKDE.



POSHE (Positive Shelter Home) ialah projek rumah anak-anak yatim khas untuk melindungi dan membela hak anak-anak HIV AIDS.

Kalau kita tengok kat Malaysia ni, ilmu dan pendedahan tentang HIV AIDS ni masih kurang.
Bila sebut anak HIV AIDS, terus takut nak dekat.
Takut nak sentuh. Takut nak bagi sumbangan.
Takut nak berkongsi makanan minuman.
Seolah-olah mereka ni hina sehina-hinanya di mata kita.
Macam jijikkkkk sangat anak-anak itu.

Memang betul mereka ni datang dari jalan yang salah.
Macam yang kita tahu, HIV AIDS dijangkiti dari air mani (seks bebas) dan darah (suntikan jarum dadah dan sebagainya).
Dan anak-anak ni lahir dari benih HIV positif,
maka mereka takde pilihan dan TERPAKSA MEWARISI virus tersebut.

Tapi siapa mereka untuk dihukum.
Dan siapa kita untuk menghukum.
Mak bapak mereka rosak, salah siapa?
Salah kita jugak.
Kita masyarakat yang kurang prihatin dengan gejala-gejala tak sihat ni.
Asal valentines je, sana sini buat offer berkasih sayang,
yang secara tak langsung sebenarnya sangat cenderung ke arah maksiat.
Sebab tu aku ungkit pasal produk HUBBY TAK TAHAN tadi.
Tolong la.

Jaga hati dan emosi anak-anak muda kita yang tengah membuak-buak nafsunya.
Jangan nanti makin hari makin ramai bayi-bayi HIV yang tak terbela.
Cegah adalah jauhhhhh lebih baik dari merawat.
Cegah sekarang sebelum menggelabah cipan nak menanggung consequence nya nanti.

Ini ialah sebuah rumah POSHE yang menempatkan beberapa anak HIV AIDS kat Kapar, Klang.
Dekat dengan rumah mertua aku.
In fact Abah (bapa mertua aku) ialah salah seorang sukarelawan kat situ.
Ada beberapa lagi sukarelawan kat sana macam,
nurse, driver, penjaga dan sebagainya.
Besar pahala diorang.

Yang comel berbaju oren tu lah Abah ku. :D

Dan ini emak ku. Isteri kepada Abah ku tadi. ;D

From time to time kitorang akan pergi melawat anak-anak yatim HIV ni, 
bukan untuk bagi sumbangan wang ringgit semata,
tapi apa yang lebih penting ialah MENGGEMBIRAKAN mereka.
Korang bayangkan, diorang ni seolah-olah tersisih dari masyarakat tau.

In fact menurut pengasas POSHE, 
agak susah diorang nak cari penempatan untuk anak-anak HIV ni sebab selalunya tak dapat izin dari ketua kampung atau masyarakat setempat.
Alasannya, takut berjangkit la, takut tercemar nama baik kampung la, dan sebagainya.

Habis tu anak-anak ni takde tempat langsung ke kat atas bumi Allah ni?
Kalau macam tu, buang je la mereka dalam tong sampah dan lupuskan. -..-
Korang..
anak kucing berkurap satu badan pon kita tak sanggup buat macam tu.
Inikan pulak ANAK MANUSIA. Setaraf kita.

Betapa tak endah dan tak prihatin nya kita terhadap golongan ni.
Yang kita pandang hanya DOSA dan VIRUS HIV yang terpaksa diwarisi mereka.
Harapan dan kebahagiaan mereka, kita ketepikan.


Ada salah sorang daripada mereka ni, pihak POSHE jumpa dia (semasa bayi),
dibuang di longgokan sampah, dengan kepala digigit anjing.
Sekarang dah 12 tahun umur budak tu. 
Dan dia lumpuh sebab otak dia dah cedera kena gigit anjing masa dibuang dulu.
T__T

Dosa apaaaa la yang dia buat sampai dihukum begitu sekali kan.
Aku since jadi ibu ni memang cukup sensitif dengar benda-benda macam ni.
Kamon.. binatang pon takkan biar anak dia kena gigit anjing.
Aku tak tahu la nak kategorikan manusia macam tu sebagai apa. -____-


So korang, aku merayuuuuuu sangat.
Jom kita sama-sama bela nasib anak-anak ni.
Kalau bukan kita, siapa lagi!

Tunjukkan nilai kemanusiaan dalam diri kita.
Aku rasa binatang pon tahu erti kemanusiaan.
Walau sedaif mana pon keadaannya, dia tahu jaga dan lindungi anak dia.
Inikan kita manusia yang ada akal yang mampu belajar tinggi-tinggi ni.
Otak bijak tapi kemanusiaan takde pon tak guna. Baik jadi tapir. -..-

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek POSHE ni, korang boleh visit blog mereka:

Kalau korang ada masa terluang, cari la rumah-rumah POSHE berdekatan,
dan luangkan sedikit masa dengan anak-anak HIV ni.
Jangan risau, jangan jijik.
Sentuhlah mereka.
Peluklah mereka.
Kongsi lah makanan dengan mereka.
Kongsi lah secebis kegembiraan dengan mereka.
Jangan kalut sangat takut virus HIV tu berjangkit. 
Peluklah mereka seerat mana pun, IA TAKKAN BERJANGKIT.

Tanam dalam hati, mereka ni sama macam kita.
Yang sentiasa perlukan motivasi, perlukan kasih sayang, perlukan sokongan untuk terus hidup.


Untuk sebarang sumbangan, boleh terus salurkan ke:
Maybank POSHE
 562843505242

Percayalah, sedaif-daif kita ni, mereka lebih memerlukan.
Sumbanglah walau sikit.
Sebab yang sikit tu lah yang akan memberatkan neraca amalan kita di padang mahsyar nanti.
InsyaAllah.


 Kepada yang duduk sekitar Klang yang berminat nak ziarah atau bagi sumbangan kepada POSHE Home Kg Bukit Kerayong, boleh direct contact En Hashim Ahmad (Abah ku) atau visit,

Facebook: Rumah Perlindungan POSHE

Lagi satu aku nak mintak tolong.
Kalau boleh lepas solat, hadirkan mereka dalam doa kita.
Tak dapat doa hari-hari, sesekali pon jadilah. Janji ada.
Semoga segala jerih perih yang mereka lalui akibat dosa yang tak pernah mereka lakukan ni,
Allah akan bagi ganjaran syurga tertinggi buat mereka.
Allah tu Maha Tahu. Maha Mengasihani.

Dan kita yang ada anak ada keluarga ni.
Berdoa lah supaya keturunan kita jauhhhhh dari perkara-perkara camni.
Sama-sama kita bantu mengurangkan jumlah anak-anak yatim HIV di negara kita.

Ambil peduli.
Dan mari sama-sama selamatkan generasi anak-anak kita.
Seppp!! :D