Satu-satunya tetamu raya

 Raya Haji yang ketiga, baru rumah kitorang didatangi tetamu.
Keluarga sendiri walaupon.. Haha!
Family mertua aku sambut raya haji kat Perlis, kampung Abah (FIL).
So raya ketiga, on the way nak balik Key Ell tu, diorang singgah la Penang.
Sebab kesian sangat orang Penang sekadar beraya kat Jusco.
Tu yang diorang datang buat-buat raya sambil menyamar jadi tetamu. Haha.
Aku la teruja lebih bila hubby kata Mak nak singgah rumah hari Ahad.
Dari hari Jumaat tu aku dah pangkah kalendar menghitung hari. Hamboih!

Dari raya pertama tu aku dah berdoa lebih supaya ada orang datang rumah. Kalau tak aku boleh mati kemurungan sebab beraya sengsorang. Heheh.
So bila Abah, Mak, Ateh, Bangchik, Atam, Ayon datang rumah, aku eksaited la sikit kan. Baru rasa macam eh hari ni hari raya la. Ok kesian sangat.

Dah la diorang singgah tu pon dah malam. Sebab jalan jem teruk dari Perlis ke Penang. Nasib baik naik kereta baru Ayon. *tetiba* Adik ipar sendiri kena la up sikit. Huhu!


Aku jamu diorang dengan satay je. Tu pon hubby beli je kat simpang sebelom masuk tol depan sana. First time kot beli satay kat situ. Sekali sedap pulak kan. Lepas ni harus goda hubby suruh beli lagi. Haha!

Hubby ada beli rojak buah jugak. Tapi tak sempat nak serve. Last-last suruh Mak bungkus bawak balik je. Kitorang ada jumpa satu kuah rojak sedap taw.
Memang satu Penang ni rupanya pakai jenama tu. Jenama Masdina-Kuah Rojak Pulau Mutiara.
Sedap tak hengat bak hang! Dah la kilang dia memang dekat je ngan rumah aku. Tu yang kalau aku pergi je pos opis sebelah kilang tu, mesti aku drop by beli kuah rojak berbakul-bakul. Heheh!
Nanti weekend ni nak balik Key Ell, aku ingat nak tapau banyak-banyak nak bagi Mama rasa pulak.

 

Bila ada diorang ni, riuh la sikit rumah aku. Seronok. 
Walaupon untuk sementara sahaja. Huhu.
Bila dengan adik-adik ipar aku ni kan. Aku memang takleh cakap banyak la. Sebabnya diorang ni suka bahan aku. 
Ada sekali tu, Bangchik bahan aku. Bangchik ni adik hubby tapi tua beberapa bulan la dari aku. Tu yang braniiiiiii je dia bahan ahkak ipar dia yang iras megan fox ni kan. Biasaaa dia tu! Babap baru tau. Huhu! Kat Perlis kan, kitorang ada sorang mak sedara ni, kitorang panggil dia Cik Joyah. Tu yang Bangchik usik aku,

Bangchik: Eh engko tau tak nama sebenar Cik Joyah apa?
Aku: Apa?
Bangchik: Rajiah la.. Hahahaha!
Aku: pfffffffftttttttt

Pastu diorang semua bantai gelak terbarai.
Aku pulak sentap buat-buat angkat cawan bawak masuk dapur. Bahah!
Nasib baik Abah tetiba back-up,

"Ehh nama dia bukan Rajiah la. Abah tengok kad dia, nama lain. Abah tak ingat la apa, tapi bukan Rajiah."

Dalam hati aku, Yesssss! You lose, Bangchikkk!
Tapi mamat tu sikit pon tak terkesan. Sampai ke sudah dia tetapppp panggil aku Joyah Joyah taw. Aku pon pandang Mak sambil buat muka bergenang-bergenang. Terus mak cakap, Jahat la ko ni Achik duk mengusik orang je.

Dan itulah bahana bila adik-adik ipar lagi tua dari kakak ipar. Tak pepasal asik kena bahan. Yang aku ni duk mengharapkan belas kah sih han Mak Abah sahaja lah. Haha! Terasa hidupku tiada pedoman lagi. *tetiba*

Tapi ada sekali tu kan, aku beranikan diri buat serangan balas kat Bangchik. Takut-takut berani la walauponnnn kan. Haha! Bangchik ni tak makan daging lembu taw. Pastu hari tu, Mak cerita-cerita kat aku, Bangchik tak sentuh kerabu kat kenduri rumah Cik Joyah sebab kerabu tu ada perut lembu. Pastu aku pon tingggggg tetiba dapat point nak bahan balik.

Aku: Oooo..engko tak makan perut ye Bangchik. Walaupon engko ada perut (boroi).
Bangchik: *sentap sambil jeling ganazzzz* 

Huiiii takuitt mak hincik. Haha!


 Ni la Bangchik yang duk bahan aku Joyah Joyah tu. pffftt! Demyuh.
Tapikan. Antara adik beradik hubby, Baby Haikal paling rapat dengan Bangchik la. Aku syak sebab muka Bangchik paling iras dengan hubby. Walaupon Pejai Tohir lebih hensem *tetiba*


 Ni Ateh. Adik ipar aku jugak ni. Tapi dia pon tua 2 tahun dari aku.
Sumpah tak syiok langsung bila pegang title kakak ipar tapi lebih muda dari adik-adik ipar. Tak boleh nak buli-buli, diorang yang buli aku ada la. Haha! Dah la diorang suka buli-buli aku secara berjemaah. Sabar aje laaaa Joyah *serender terus ngaku Joyah. haha*

Tapi malam masa diorang datang tu kan. Ada satu kejadian tak diduga. Aku memang dah tau si Ateh ni si penakut lipas. Sebab Mak pernah cerita dulu. Walaupon aku ni dua kali lima pat belas je dengan Ateh, tapi aku tak pernah la tunjuk yang aku takut lipas kalau depan inlaws. Sentiasa bajet macho hebat berani, datanglah bapak lipas sekalipon, aku fireee kan saje.
Tapi malam tu, entah macam mana masa kitorang tengah lepak-lepak kat luar rumah, tetiba Mak perasan ada sekor lipas ni, pastu dia boleh tunjuk-tunjuk pulak. Aku tengok lipas tu, dan lipas tu pon tengah tengok akuuuu!!! Shaitttttt!!!
Mencicit aku ngan Ateh lari masuk rumah.
Siap terjerit-jerit segala. Sumpah lebih teruk dari Joyah.
Dah la malam tu aku pakai tshirt superman. Engko bayangkan la superman lari mencicit takut lipas. Mau tergelak lipas tu sambil cakap,"Taruk longkang je la external spenda engko tu, superman.."
Malu gila hoiiii. Rasa nak bunuh diri bila ingat balik. Haha!

Aku memang tak boleh la tengok lipas-lipas ni. Nak taip perkataan lipas ni pon aku dah terbayang kaki bulu-bulu dia tu. Euuuwwwh!
Apatah lagi nampak makhluk tersebut di depan mata, mesti terbayang dia terbang-terbang dan hinggap kat tengkuk.Walaupon lipas mati. Tetiba nanti mesti roh dia masuk balik, dan terbang ke tengkuk kau. Aku tak sure kenapa tengkuk jugak tempat fevret untuk dihinggap. Nak buat love bite kot. Haha!
Imaginasi si penakut lipas memang begitu. Lipas dan tengkuk tidak boleh dipisahkan. Nasib engko lah.


Mula-mula kawen dulu, macam susah jugak la aku nak IN dengan adik badik hubby ni kan. Everytime balik rumah Mak, mesti aku geng dengan Wan je. Haha. Bila cakap dengan adik badik ipar, kejap sentap kejap sentap. Kah kah kah. Tapi bila dah lama-lama, dah biasa. Diorang bergurau sesama sendiri pon memang saling sentap menyentapi. 
So aku jadi seronok pulak.

Ni masa aku nak publish entry ni, aku baca banyak-banyak kali dulu. Kot-kot ada statement menempah maut ke kan. Delete awal-awal. Sebab diorang pon baca belog aku ni. Takuittt! Tak kuasa dah kena bahan. Joyah is takuit! Haha!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

0 comments: