Raya Haji kita-kita je.

Selama 2 tahun lebih kawen, dah 3 kali raya haji berlalu.
Dan tak pernah lagi balik kampung celebrate dengan family mahupon inlaws.
Ini bukan satu kebanggaan tetapi satu kesadisan yang barangkali perlu diratapi dengan hati yang pilu. Tapi kepiluan yang dirasai ini masih tak boleh nak kalahkan kepiluan hati seekor lembu yang dah ready untuk disembelih. Sambil si lembu mengenang nasib, pasti dia sedang teringat anak bini yang ditinggalkan di kandang. Baru je tadi bergurau senda dengan anak bini, sekarang tengah ready nak bertemu ajal. Terdetak dalam hati si lembu, sabarlah anak biniku, kini tiba masanya kau cari teman pengganti. *ewah! haha*

Hohoho...
Korang mesti peratiiii je perangai aku yang makin pelik ni kan. Dah macam penulis novel dah. Tetiba tulis baik-baik, puitis-puitis, cikedis-cikedis.
Semuanya gara-gara si Mengkudu tempoh hari lah. Hahaha!
Tak habis-habis lagi sentap dia tu! Drama sangat nak sentap lama-lama.

Sehubungan dengan itu, (hamikkk vocabulary khosss untuk Mengkudu haha!) aku nak ucap terima kasih banyak banyak banyak banyaaaaakkkk atas sokongan engkorang-engkorang semua terhadap entry aku sebelom ni. Yang pasal Mengkudu tu lah.
Aku tungguuuuu je si Mengkudu tu komen. Tak jugak muncul samdol tersebut. Entah hidup lagi ke tak tah. Entah berkongsi nasib dengan si lembu tadi tah. Entah si lembu tadi lah sebenarnya yang menyamar sebagai Mengkudu tempoh hari. Disembelih jua akhirnya. Tak sempat nak menatap belog ni buat kali terakhir. Mesti dia tak sempat baca entry yang aku buat khossss untuk dia tu.
Kesian...nasib engko lah Mengkudu..
Aku nak gelak pon tak sanggup. Kang tak tenang roh mu di sana.
Tapi tak boleh. Kena gelak jugak, kang senak perut.
Jadi jom BAHAHAHAHAHAHA ramai-ramai.
Akhirnya engko tewas, Mengkudu. heheheheh~

Ok Mengkudu sudah gone.
Mari kita moving on.

Nak cerita pasal raya haji.
Walaupon takde family di sisi. Walaupon lepas sembahyang raya, hubby terus bergegas pergi kerja.
Walaupon jiran kiri kanan depan belakang sibuk berpakaian sedondon dengan baju raya masing-masing.
Aku? Duk rumah je.
Pakaian pon cuma sedondon dengan langsir dan alas meja je.
Nasib baik pagi tu, ada jiran bagi ketupat dan kuah kacang. At least nampak la sikit simbolik raya tu kan. Dah la kuah kacang ada ayam. Rare habis kuah kacang akak tu. Haha! Sedap pon sedap. Walaupon aku makan sambil sruutt sruutt hingus. Sedih kot raya sengsorang. Ada Baby Haikal pon dia bukan tahu apa.
Nasib baik hubby memahami, pagi tu dia pergi kerja lewat sikit, sebab nak makan suap-suap dengan bini dia (megan fox berhingus) ketupat cicah kuah kacang ada ayam.
Holloh holloh hollohhhh.. Hahahah!


Kat tempat kerja, hubby call aku,

Hubby: Sayang, ramai ke datang raya kat rumah tu?
Aku: Tak ramai pon.. Sorang je.
Hubby: Tu tengah ada tetamu la tu?
Aku: Ha'ah..dia tengah main. Sambil sepah-sepahkan rumah.
Hubby: HAHAHAHA! Tak reti nak balik ke tetamu tu??
Aku: Jenuh dah halau dia balik. Kuih raya taknak makan pulak. Asik nak nenen je. 
Hubby: Haha! Ok lah. Layanlah tetamu tu baik-baik.

Hmmm..tu je lah hiburan kami di pagi raya.
Tetamu pon ialah anak sendiri yang menyamar jadi tetamu. Sadis tahap max.
Balik dari kerja, hubby ajak raya kat Jusco.
Hahaha! Jadah apa raya kat Jusco tah.
Kitorang makan sambil lepak kat Secret Recipe. Nasib baik hubby pandai amik hati. Biasanya dia jarang nak makan kat Secret Recipe. Mamat tu kan tak suka westernnnn. Tapi maybe hari tu dia nak happykan megan fox kesayangan dia ni kan. Maka terpaksalah ke Secret Recipe. Haha! 
Nasib lah banggg..

Buat macam rumah sendiri.


Aku minum milo ais je. 
Cey ceyyy milo ais mende mung ada eskrem pulok atas nung! Haha.

Lepas jenuh lepak kat Secret Recipe, terus blur taktau nak ke mana dah.
Kebanyakan yang berkeliaran dalam mall tu ialah chinese. Sah sah la kan. Raya kan. Orang-orang kita mesti sibuk beraya la tu. 
Orang gila je yang beraya kat Jusco. *ditujukan kepada diri sendiri huhu!*

So keluar dari Secret Recipe, ikut je lah kaki ke mana nak pergi. Magis sangat kaki boleh bergerak sendiri tetiba. Haha. Dan sampai lah kitorang kat tempat playground budak-budak yang inflatable tu. Yang masuk kena bayar tu kan. Tapi mujur Baby Haikal belum kena bayar. Dia kata setahun baru kena bayar. Mak bapak pon masuk free je.



Teringat aku masa pregnen dulu.
Aku peratiiiii je budak-budak main dalam playground inflatable nih. Pastu tengok mak bapak diorang duduk je tepi-tepi tak join main sekali. Aku pelik la kan. Dalam hati, ruginya lah hai korang tak join anak-anak korang main. Kalau aku, dah lama aku melambung-lambung bersama-sama mereka. Waktu tu terus terpasang azam baru, bila dah ada anak nanti, aku akan masuk tempat ni dan lenjan selenjan lenjannya! *sambil usap-usap perut buyung*  
Hahahaha!

Tapi sekarang, bila dah ada anak, hmmmm.. tak bernafsu langsung pulak.
Raya haji hari tu, kali ketiga aku masuk tempat ni.
First time masuk tu batak la sikit. Aku testing la jugak beberapa gelongsor dan kolam bola BAHAHAHA!
Seronok memang seronok. Tapi kejap je la seronoknya. Bila terperasan aku sorang je mak budak yang terencat kat situ, terus sentap dan terus join mak-mak lain duduk di tepi pagar tu je. Kah kah kah. Rasa loser gila bhai... pffft!

Lepas-lepas tu, kali kedua ketiga datang, terus bajet-bajet hot duduk tepi sambil bukak ipad. Dalam hati meronta-ronta nak main! nak main! nak main! walauponnnn.. Haha!
Kesian engko Haikal..mak engko masih pramatang rupanya. Kahkah



Baby Haikal kan, bila jejak kaki ke sini je, terus lupa diri.
Kejap kesini kejap kesana kejap kesinun. Agaknya kalau kitorang tinggalkan dia 3 hari 2 malam kat situ pon dia boleh survive.
Punyalah aku nak tersembul anak tekak duk memanggil-manggil nama dia, tapi dia boleh buat derkkkkkk je. Sambil muka senyum-senyum kat awek dia baru kenal kat situ.
Hamboiiiiii macam kenal je perangai sape nih *jeling ganas kat hubby* Haha!

Ni la awek dia baru kenal tu.
Bukan main. Tetiba macho je perangai.


 Hamboih!
Aku peratiiiii je. Kecik besor kecik besor mata aku perati.

Tapi kan. Aku perasan, sejak masuk taska kan, Baby Haikal dah makin senang berkawan. Bila aku bawak dia keluar mana-mana, dia senang nak attracted dengan budak-budak lain. Tetiba je dah gelak-gelak ngan kawan tu. Lebih-lebih lagi awek.
Aku cakap kat hubby,

Aku: Haikal ni kan, sebijik perangai macam Papa.
Hubby: Hensem dan macho?
Aku: *bluwerghh!* Tak. Gatai.
Hubby: Eh mana ada Papa gatal. Papa ni pemalu orangnya.
Aku: *tak mampu berkata apa-apa lagi. Pitam*


Ni Baby haikal tengah perati sorang lagi awek.
Tapi awek kali ni sumpah cun. Tidak syak lagi.
Aku tengok pon berkenan.


 Ni ha..sumpah cun. Kan? Bahahahaha!
Feeling megan fox walau di mana jua. 
Walau di taman permainan kanak-kanak jua. Kah kah kesiannnn..



Kitorang stay situ daripada Jusco tu ramai orang, sampai lah terpadam lampu-lampu sebab dah nak tutup. Korang bayangkan la berapa jam tah kitorang bertapa kat situ.
Macam orang takde life sungguh. Aku rasa kalau aku apply jadi makgad ke, mesti dah dapat payment untuk beberapa jam. Huhu.

Masa nak ajak Baby Haikal balik tu, punyalah dia meronta-ronta taknak keluar dari situ. Haihhh aku dah cakap dah. Kena letak dia 3 hari 2 malam kat situ. Setakat 2-3jam mana cukup.
Tapi bila masuk je dalam kereta, aku terus sumbat pau (hehe!), terus lena dia.
Penat sangat la tu main tadi.

Sekian laporan tentang raya haji kami.
Sangat unik dan bermakna bukan? 
T_________T

Akhir kata,
Yang bagi sokongan untuk terus berblogging, terima kasih.
Yang bagi daging korban, terima kasih.
Yang call untuk wish "Selamat Hari Raya, padan muka raya sengsorang." pastu siap tuju lagu raya lagi, terima kasih jugak. Kerana sanggup membazir kredit untuk call aku bagi ucapan raya yang hampeh itu. Haha!

Sekian terima kasih.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

NHML said...

sy dgn hsbnd pun raya dekat shopping compelks...mula lah terbayang redang mak nun jauh dekt semenanjung tu sob sobbbbbbbb

mama ieqa said...

salam aidiladha jiji.... itu pon satu pengorbanan gak tu..... pengorbanan beraya disisi suami tanpa mak ayah.... ehhehee.... kem salam kat haikal yang macho....

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

baby haikal macam epi je tak beraya kat kampung...dah redha kot.hu3.

ADLIL RAJIAH said...

ceritera,
holloh holloh hollohhhh...berkongsi nasib lah kita. Huhu!

mama ieqa,
tu lah. mentang2 hari raya korban, maka berkorban lah kita. raya dalam hingusan pun redhakan saje... ;P

pari-pari,
dia tahu ape kannnnnnn. campak je dalam playground tu, tak kira raya tak raya, tetappppp happy memanjang! Haha