Agaknya dah jauh sangat dah aku ni

Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni,
aku tak hingin langsung nak buat apa-apa.
Aku asik termenung.
Selalu sangat.
Bangun tidur, termenung.
Tengah makan, termenung.
Tengah tengok tv, termenung.
Tengah berak, pon termenung.
Habis tu nak buat apa lagi kan? Haha!

Tapi sebelom ni aku tak pernah macam ni.
Paling lama aku termenung ialah setiap kali lepas solat.
Kengkadang termenung sampai menangis.
Nangis sungguh-sungguh.

Korang pernah tak rasa macam tu?
Macam rasa kehilangan gitu la. 
Tapi takdelah kehilangan pape pon sebenarnya.
Cuma rasa je.
Macam kosong je jiwa. 

Aku pon tak tahu sejak bila benda ni berlaku.
Yang aku sedar, dah 3 hari jugak kot aku macam ni.

Nak kata mood swing, kejadah apenya??
Ngandung pon tak, period pon tak.

Aku rasa macam mencari sesuatu.
Derrrr...tadi kehilangan.
Sekarang mencari sesuatu  pulak. 
Bukan ke sama je maksud tu?? -..-

Nak kata aku stress, pon tak lojik.
Study pon takde la sampai tahap pecah kepala lagi.
Bulan 6 kang, baru aku start final year inshaAllah.
So bulan 6 sok la baru kita start pecah kepala. Kahkah.

Kengkadang kan.
Sambil mengaji pon aku boleh nangis.
Padahal bukan paham pon verse yang aku recite tu.
Kalau paham lain cerita la kan.

Pastu ada sekali tu, aku mengaji sampai 2 jam non-stop.
Sambil nangis jugak.

Ok aku rasa macam...
tak patut sebenarnya aku cerita camni kan.
Macam nak berlagak pulak.

Korang..
aku bukan nak berlagak.
Aku rasa aku ialah manusia yang lebih lahanat dari korang.
Lebih lahanat dari yang korang sangka.
Seriously.

Sebelom-sebelom ni, nak mengaji satu muka pon tak tentu.
Solat 5 waktu pon tah hape-hape.
Memanglah solat, tapi.... dot dot dot.

-______________-

Aurat pon tak terpelihara sepenuhnya.
Bebaru ni kan, aku dan hubby borak-borak.

Hubby: Anak kedua papa nak anak pompuan boleh?
Aku: .........
Hubby: Tak boleh ke?
Aku: Tak tahu la mama layak ke tak dapat anak pompuan.
 Hubby: Kenapa?
Aku: Mama sendiri pon belum sempurna di sisi Allah. Camane nak didik anak perempuan? *sambil tahan nangis*

Aku betul-betul tak faham kenapa aku jawab gitu.
Aku macam dah tak kenal diri sendiri pon ada.
Masuk hantu ke hape??

Nak-nak pulak, bebaru ni ada seseorang yang warak kata macam ni,

"Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu masuk syurga.
Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu terlepas siksa kubur.
Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu dapat anak yang soleh.
Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.
Tapi yang pasti, Allah berjanji, orang yang taat dan mengtauhidkannya 100%,
adalah orang yang berjaya. Disanjung. Dirahmati. 
Dirinya dan keluarganya.
Dunia dan akhirat."

Ok sentap habis aku dengar statement tu.
Rasa macam..
apa motif belajar sampai hujung dunia kalau...
hujung-hujung nyawa kang baru tahu semua ni sia-sia.
Hujung-hujung nafas kang baru terbayang 
solat kau kemana?
aurat kau kemana?
dakwah kau kemana?
quran kau kemana?
rukun islam kau kemana?
rukun iman kau kemana?
Masa tu mungkin izrail dah duduk sebelah.
Tengah standby.

Hari ni boleh lah.
Pegang scroll sana sini.
Bangga title lebih panjang dari nama.
Dato Seri Panglima Prof. Emiritus Ir. Dr..
Konfiden. Aku lah orang yang paling berjaya.
Padahallll??

 Macam aku cakap tadi.
Ini semua tentang diri aku sendiri. Bukan korang.

Dah lama dah.
Aku tercari-cari sesuatu.
Mungkin sebab tu la aku asik termenung.
Paling lama aku termenung kan, dalam pkol 9-11 pagi gitu.
Aku dudukkkk je.
Sampai nangis.
Tak paham sungguh kenapa perlu nangis.

Hmmm.
Ke malaikat izrail dah seru-seru nama aku ni?

Entah...
 Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak describe.

Cuma aku harap..
Aku akan jumpa benda yang aku cari tu.
Dalam masa terdekat ni.

Aku rasa aku dah jauh sangat dah dari track yang Haqq.
Aku kena cari balik track tu.

At least sebelum aku dikurniakan anak perempuan.

Ok tengah tulis ni pon boleh nangis.
 Korang tolong doakan aku ye.

Aku betul-betul nak jadi..
MUSLIMAH semula.

Breakfast Ekspress tapi menggiurrrrkan (Baked Tuna Rice)

Dah lama saya tak share resepi disini kan?
Tentu anda semua rindukan resepi saya yang ringkas tetapi berkualiti.

Statement mintak tapak kaki ke hape tu??
Haha!

Pernah dulu aku share tips untuk breakfast on the road kan.

Tapi sekarang, aku dah tak perlu lagi pakai apron sambil drive kahkah.
Sebab most of the time sekarang aku kat rumah saje. Woohooo!
Aku dah start writing. Publications and thesis.
So boleh buat kat rumah saje. 
Hidup semakinnnnn bahagia.
Sebab hari-hari pon aku lebih dekat dengan katil, bantal dan peti ais. 
Ye, peti ais pon menjamin kebahagiaan seorang manusia.
Atauuu.. lebih tepat lagi, seorang hipopotamus? 

-..-

So bila dah boleh breakfast kat rumah,
dan peti ais pon sentiasa dalam jarak tak lebih dari 3.8612 meter.
Maka senang la kita nak breakfast macam raja.
Raja kepada hipopotamus kahkah.
 
Jadi, camane dengan mangkuk tingkat? 
Boleh taruk longkang saje sambil berkata,

"Saya tidak memerlukan awak lagi. Bye!"

Kahkah masih terbayang-bayang dulu aku rajin bawak mangkuk tingkat pergi lab.
Kemain ramai promot tupperware kat aku.
Ye la, muka megan fosh, tapi bawak mangkuk tingkat??
Hubungan yang sungguh tak linear. *tetiba*

So hari ni aku nak share satu resepi breakfast yang aku selalu buat kat rumah.
Baked tuna rice.
Dalam BM, nasi tuna bakar. 
Ke nasi bakar tuna? Ke bakar nasi tuna?
Ah lantak ah!
Tapi sumpah senang gillzzz nak buat.
Ibarat kupas kelapa guna gigi. *apakahhh*

Ok korang cuma perlukan tiga bahan.
Tuna dalam tin, nasi putih, dan cheese.


Aku guna tunamagik. Tuna apa-apa pun boleh je. Suka hati engko.
Simbol cili kat tin tu menunjukkan tahap kepedasan.
Aku suka yang satu cili je. Light-light je pedas dia.
Yang dua cili tu macam overrrr pulak pedas dia.
Bagi aku la.
Tapi kalau korang memang suka pedas stok kunyah cili padi sebagai snek harian tu kan. Boleh la amik yang ada simbol dua cili tu.


Jadi, cara buatnya:

1) Amik nasi putih.



2) Tuang tuna atas nasi dan gaullll.

3) Pastu padat-padat kan nasi tu, pastu kalau nak, letak tomato.
Taknak letak pon takpe.
Macam aku ni memang suka tomato. 
Laki aku siap cakap aku hantu tomato.
Ada aku kisah?
Beria cakap aku hantu tomato kan, yang dia tu tak sedar diri sendiri ialah
Suami hantu tomato. ;D

4) Ok lepas setel nasi dan tuna tu, amik cheese.
Tak kisah la cheese cap apa, jenis apa. 
Mana-mana yang korang suka.
Aku guna mixed cheese.



5) Cheese tu tabur je atas nasi tadi.
Dan masuk oven (170'C)
atau microwave (maximum heat)

Pasal masa, aku tak tahu nak cakap camane.
Sebab bergantung kepada size mangkuk korang dan jenis cheese yang korang pakai.
Pepandai lah ye.



Dannnn...
nah hasilnya..

Dapatlah hipopotamus breakfast seperti raja, cheese tarik-tarik bersama nasi. :D

Kalau korang nak cheese tu absorb lebih jauh ke dalam rongga-rongga antara butiran nasi (Bapak ah explaination kau! Haha!), korang jangan mampatkan sangat nasi tu. Kasi loose-loose je.
So nanti masa bakar, cheese tu cair, dan masuk di celah-celahan nasi, dan tak lama kemudian masuk ke celah-celahan gigi dan celah-celahan usus besar. Ehh?

Selamat mencuba! 
=)

Sebab aku tahu korang pemurah dan orang baik-baik =)

Sebenarnya camni.
Aku nak minta tolong satu perkara.
 
Ini serius, bukan main-main ok.
Sila buat muka serius, ikut saya.
Kerutkan dahi, 
kecikkan mata, 
muncungkan mulut.
Ok serious enough.
Teruskan membaca sehingga habis.

;D

Ada sorang kawan aku ni, bulan depan dia nak pergi charity trip  ke Kemboja.
So dah nama pon CHARITY.
Mestilah tujuan nak bantu orang kat sana terutama anak-anak kecil.
 Aku rasa,
sementara ada wakil yang paling "dekat" nak pergi hulur bantuan kat sana,
so ini lah peluang aku dan korang untuk join sekaki sama-sama bagi sumbangan.

Jap aku copy paste status kawan aku tu.

Salam everybody.

I'm going to do some charity in Cambodia this May 2013.

 Muslims are in the minority population there.
I would like to bring some funds to help Muslim kids to have a proper education.
Their school fee is about USD8 (RM25) monthly.
So, I'm looking those who like to do some amal, by contributing/sponsoring 1 kid yearly.

If you are interested, I will hand over the official letter.
Do spread to your relatives & friends.

Let's do some amal.
Ikhlas & istiqamah in everything we do, insyaAllah :)

Reported by Abu Hurairah (RA):
The Prophet (peace be upon him) said, "The upper hand is better than the lower one (i.e., the spending hand is better than the receiving hand); and begin (charity) with those who are under your care; and the best charity is that which given out of surplus; and he who asks (Allah) to help him abstain from the unlawful and the forbidden, Allah will fulfill his wish; and he who seeks self-sufficienc­y will be made self-sufficient­ by Allah".
[Bukhari]

Reported by `Umar bin Al-Khattab (RA):
I donated a horse in the way of Allah. Its new possessor did not treat it properly. I made my mind to buy it because I thought that he would sell it at a cheap price (now that it became weak and emaciated). I asked the Prophet (peace be upon him) about it, whereupon he said, "Do not buy it and do not get back your charity, for one who gets back the charity is like a dog that eats its own vomit.''
[Al-Bukhari and Muslim]


Caranya senang je.
Korang pergi facebook Nadia Rahmat (kawan aku).
Pastu tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Aku rasa tak selesa pulak nak share nombor akaun ke hape kat sini.
Sebab dia guna akaun peribadi.
Sebab charity trip ni adalah dibawah tanggungan dia sendiri, 
bukan pergi under NGO ke apa. =)

Aku yakin, kalau korang betul-betul ikhlas nak hulurkan bantuan,
korang pasti tak keberatan langsung, 
untuk spend beberapa minit,
untuk klik FB Nadia Rahmat
dan tanya prosedur seterusnya camane nak derma.
Bukan menderma untuk Nadia Rahmat ok. 
Derma untuk dia apa kejadahnyeeeee.. Kahkah
Derma untuk anak-anak Islam di Kemboja lah kan.

Kalau ada keraguan ke, pertanyaan ke, 
boleh direct tanya dia.
 Oh by the way, derma diterima sampai 19 May je tau.
Jadi,
jom cepat!

Ringan-ringankan tulang bersedekah,
nanti Allah ringan-ringankan rezeki kita.
In sha Allah.

Sikit pon sikitlah.
Secubit pon secubitlah.
Mana tahu kita bagi secubit,
tapi manfaatnya bercubit-cubit,
dan ganjaran Allah lagi berjuta ribu ratus ribu cubitssss.

Jom! 

Kenapa, kak? Kenapaaaaa!!!

Aku ada kuih kegemaran.

 Gambar Google

Donut Kampung.
Atau Donut Melesya.
Atau Donut Bodoh. 
Secomel-comel kejadian, Donut Bodoh juga nama diberi -..-

Tapi aku panggil Donut Gula. 
Lagi tepat jitu padu dan berwibawa. *apetah*

Kat perumahan aku ni, ada empat tempat jual donut ni petang-petang.
Tapi..
hanya satu tempat yang donutnya betul-betul menepati citarasa reseptor lidah, kelejar liur, esofagus, perut dan usus besar aku.  
Kenapa usus besar pon perlu terlibat sama? Kahkah.

Setiap petang aku akan pergi kat tempat donut sedap tu.
Dan Alhamdulillah, selalunya dah habis bila aku sampai. Pfft.
Sampai-sampai je, tengok dulang tu mesti tinggal gula je. Donut dah habis.
Kengkadang rasa macam nak cakap kat akak yang jual tu,

"Kak, sebab donut dah habis, saya beli gula je lah. Berapa sekilo?"  

Tapi kang, gula dengan dulang-dulang tu sekali naik atas kepala aku.
Kahkah.

 Ekspresi muka bila donut habis. Haha!

So begitu lah, nasib selalu tak menyebelahi aku.
Melainkan kalau aku datang awal.
Akak tu baru nak bukak payung, aku dah terpacak kat situ nak beli donut.
Pernah ok.  
Perasaan teruja masa tu memang indescribable.
Rasa macam, 

"Kakkkkk, saya datang nak beli donut satu dulang yeay yeay yeayyy!!!"

Kalau aku jadi akak tu,
ku hempok jugak dengan dulang ni kang.
Histeria dah kenapa? Nak beli donut je kot. 
Orang beli Big Apple satu dulang fifteen pieces pon tak batak macam kau.

Baiklah.
Pandai aku monolog untuk akak tu. Haha!

Tapi memang jarang la aku dapat merasai saat dapat beli donut awal kat kedai akak tu. Selalu pon aku sampai dah pukul 5 lebih.  
Asyik asyik asyikkkk gulaaaa je yang tinggal.  
*rujuk ekspresi muka Haikal di atas*
  
Ada sekali tu, macam biasa aku terjah kedai akak tu.
Dalam hati berdoa, tolonglah donut belum habis tolonglahhhh.
Bila aku sampai, sungguh donut ada lagi 3 ketul dalam dulang tu yeay!

Aku: Kak, saya nak donut. Bagi semua!
Akak donut: Ok. 
Aku: Berapa kak?
Akak donut: Singgit dah la. Pisang goreng takmau?
Aku: *yessss!! dapat diskaun 50% haha* Takpelah, nak donut je. Saya beli ye.
Akak donut: Akak juai.
Aku: Kak, nak tanya. Donut ni akak buat ke?
Akak donut: Haa la. Awatnya?
Aku: Sedap la kak. Saya suka. 
Akak donut: *senyum* Akak buat tak banyak. 20 biji je sehari. Takut tak habis.
Aku: *tak habis engko kata??!!* Tapi hari-hari habis je saya tengok.
Akak donut: Alhamdulillah.
Aku: Akak buat la banyak. Patratus bijik ke.
Akak donut: Haha. Tengok la dik.

*diam beberapa ketika*

Aku: So.. esok akak nak buat berapa bijik?
Akak donut: 20 bijik la.

-____________________-"

Ze best karaoke sesh with ze famz

Eh eh tetiba hari ni nak update belog lagi hihi.
Tapi nak share video je lah pon. 
(nampak sangat takde modal nak update kahkah)



Sebenarnya dah lama kitorang berkaraoke ni.
Akhir bulan 3 hari tu.
Kitorang ada buat family gathering kecil-kecilan.
Kat Century Bay Private Residence, Bayan Lepas, Penang.
Saje je sempena...
sempena..
sempena ape tah.
Sempena pokok sena boleh?

Foinnn. Tahu la tak lawak.

Habis tu nak jawab apa?

Situasi 1:

Kat rumah,

Aku: Jahan, tolong jaga Haikal kejap. Kakngah nak solat.
Jahan (adik bongsu aku): Ok. Setakat jaga Haikal, senangggg..

Bila aku habis solat,

Jahan: Kakngahhhhhhh!!! 
Aku: Kenapa??
Jahan: Haikal niiiii!! Dia tumbuk Jahan.
Aku: Dah tu? Tumbuk je la balik.



Situasi 2:

Kat nursery,

Rayyan (budak berumur 5 tahun): Makcik, tadi Haikal picit hidung saya.
Aku: Kenapa?
Rayyan: Saya amik pisang dia. Saya acah je tapi. Pastu Haikal marah.
Aku: Hmm yang ko pergi acah tu kenapa. Macam mana Haikal picit?
Rayyan: Macam ni. *bersungguh-sungguh picit hidung sendiri*
Aku: So lain kali, buat je balik kat Haikal macam tu.



Situasi 3:

Malam tadi sebelum tidur,

Hubby: Mama, tengok Haikal ni. Dia tampar Papa. Kuat gila. Sakit kottt! 
*sambil acah-acah nak tampar Haikal balik*
Aku: Woi woi beraniiii Papa nak tampar Haikal! Mama tampar Papa balik tahu la. Bukan dengan tangan. Tapi dengan kaki.  
*sambil jegil-jegilkan mata*



Hmm.
Mana tak anak engko asik nak pelangkong orang je kerja.
Kalau dah maknya pon kaki pelangkong.

-_________________-"

Lepas rindu

Lamanya nak tunggu tiga mingguuuuu!!!
Ibarat tiga ratus namploh ratus ribu tahun je aku rasa.
-___________-"

2 minggu lepas, aku ada buat video. 2 video.
Dua-dua untuk Mama.




 Sebenarnya 6 April hari tu birthday Mama.
Yang ke-56 tahun.
Maka dengan secara rasminya Mama bersara dari kerjayanya.
Dan Mama telah mengakhiri kerjayanya dengan gelaran Associate Proffessor. 
Alhamdulillah.
I'm so proud of you, my mother, Associate Professor Fatimah Corazon Abdullah.
=)

Happy 56th Birthday!

p/s: Sorry la kalau video-video ni macam tak semenggah ke hape. Aku takde la terer mana ponggg. Bye!