Aku sedar...

Hai kalian semua.
Bagaimana keadaan kalian pada hari ini? Pastinya masing-masing sudah berada di kampung halaman bagi meraikan raya korban, ya? 

pfffffffffffffttttttttttt!!!

Pergh sumpah nak taip 3 baris gitu pon aku dah tergagap-gagap. Lepas taip sebaris, stuck seploh minit, pastu baru dapat idea taip baris kedua. Mak aihhh tak boleh hidup aku camnih.

Korang... Bebaru ni kan. Ada sorang reader ni. Aku namakan dia Mengkudu la eh. Dia komplen pasal blog aku. Macam biasa, aku memang terima semuaaaaaa kritikan dengan hati yang terbuka. Aku memang dah tanam dalam jiwa raga, set otak, bahawa setiap kritikan adalah untuk kebaikan. 
Ok fine. Set.

Mengkudu tu cakap lebih kurang gini la,

Jiji, aku rasa blog hang macam terlalu mengarut lah. Merapuuuuu je memanjang. Tak memberi apa-apa input pon. Plus, kengkadang buat lawak, bukan kelakar pon. Aku macam tak nak percaya yang kau ni sebenarnya student PhD. Orang PhD mana ada loyar buruk macam hang beb. Cuba hang buat belog hang supaya jadi parallel dengan status hang sebagai orang PhD. Buat entry yang bagi input/knowledge. Pastu ubah gaya penulisan yang lebih professional. Sekarang ni, aku rasa belog hang hanya seswai dibaca oleh golongan remaja baru nak up sahaja. Sekian terima kasih.

Perasaan aku masa baca komen Mengkudu ni?
MESTILAH SENTAP! Hahahaha..
Tapi aku buat-buat cool lah. Aku baca lagi banyak-banyak kali sampai aku dapat point-point yang nak disampaikan.
Tapi kan. Lepas seratuspatbelas kali aku baca, still aku rasa aku tak setuju dengan kritikan beliau. Hamboih! Heibat sangat taknak setuju. Haha

Ok let me explain....

Pertama, aku rasa dalam ramai-ramai readers (ramai ke? Haha!) belog ni, Mengkudu sorang je yang nak aku tulis skema-skema, entry skema-skema, cerita skema-skema. Aku rasa readers lain suka je aku mengarut-ngarut. Heheh. *agak syiok sendiri di situ*.
Well, aku ada bukti. Sebab masa aku dapat komen dari Mengkudu ni, dalam masa yang sama, followers aku bertambah. Pastu readers yang takde belog pulak, ramai yang add aku kat FB sambil mesej kat inbox,"Kita suka belog awak".

So kat situ kengkadang aku kompius. Nak ikut yang mana nih? Ada yang suruh aku skema, ada yang suka aku mengarut. Hamboih! Terus sangap aku kejap. Haha
So kat sini, aku rasa kena ikut majoriti. Aku rasa yang tak suka belog aku ialah engko sorang je lah pon wahai Mengkudu. Yang lain sukaaaaaaa je. Lalalalala~
Unless, memang ada antara korang yang tengah baca ni, yang sependapat dengan Mengkudu tadi. Kalau ada, sila kedepan dan lontarkan suara anda. Ewah! Haha.
Aku nak jugak tahu, korang ni sebenarnya suka ke tak suka belog ni kan? Memang betul ni belog aku, so suka hati mak bapak tok nenek aku lah nak tulis camane-camane pon kan.
Tapi aku faham, bila dah makin ramai orang baca belog kita, kita kena faham dan hormat permintaan orang jugak kan. Tak boleh la nak merapu syok sendiri macam dulu-dulu masa mula-mula buat belog dulu kan. Masa tu memang aku buat entry, aku sorang je baca pon. Takde sape pedulik pon aku nak merapu ke hape ke. Haha.

Yang keduanya, si Mengkudu tadi kata bahawa belog aku ni tak parallel dengan status aku sebagai student PhD. Helloooo dah nama pon STUDENT, belom dapat PhD nya lagi. Haruslah ngok ngek sikit. Hahaha! Kang dah dapat PhD, barulah aku berlagak hipokrit-hipopotamus habaq hang. Eheheheheh. Aku sebenarnya tak marah pon bila si Mengkudu tu tak nak percaya yang aku ni student PhD disebabkan oleh perangai aku yang macam joyah-joyah gitu kan. Well, suka hati dia la nak nilai aku camane.
Dia bukan kenal aku in person pon. Bahah!

Aku rasa, aku lebih selesa jadi diri sendiri. Tak perlu hipopotamus sangat. Letih kot nak pura-pura baikkkkk sepanjang masa. Bagi aku, aku buat belog ni sebagai hobi untuk aku release tension, happy-happy. Dan bila masuk lab, buat research (PhD), that is another thing. Takde kena-mengena langsung dengan belog. Dan I'm always serious and focus masa belajar. Muka ketat, dahi berkerut. Tapi takkan la sampai ke belog pon aku nak kena muka ketat, entry pon serius-seriussss saje kan. Bila masa pulak aku nak happy-happy kan. Ini bukan split personality ok. This is the way  I manage my stress and hormone imbalance. Huhu.

Yang ketiganya, korang nak ke aku buat entry yang sarat dengan info-info semasa, ilmu pengatahuan, isu-isu terkini. Nak? Aku rasa si Mengkudu sorang je nak aku buat entry gitu kot. Ke camane?
Macam aku cakap tadi, belog ni tempat aku release stress, so that's why aku suka cerita yang santai-santai. Yang rileks-rileks. Yang kelakar-kelakar. Yang boleh menceriakan aku dan semua orang yang membaca la hopefully kan.

Aku rasa tu je lah penjelasan aku kepada si Mengkudu.
Dan aku nak mintak readers lain tolong bagi feedback tentang benda ni. Aku nakkkkkkk sangat tahu apa yang terbuku dalam kepala hotak korang tentang belog ni.
Kalau ramai yang setuju dengan komen Mengkudu tadi, aku rasa aku terpaksa kuburkan belog ni kot. Sebab, untuk aku buat entry skema-skema, MEMANG TAK LA! Haha. Bukan sombong atau tak boleh terima teguran ye, tapi aku memang tak boleh la nak hipokrit lelama. Kejap-kejap boleh la.
Aku lebih suka jadi diri sendiri je. Dan kalau korang tak suka, takpe..aku boleh undur diri. Ok?

Aku bukan apa. Aku sedar, tak semua yang baca belog ni, suka dengan cara penulisan aku. Dan pembaca belog ni terdiri dari pelbagai peringkat umur. Aku tahu, kengkawan mak bapak aku pon baca belog ni (lecturers UNISEL), kengkawan abang aku, kengkawan adik-adik aku, kengkawan hubby, family mertua, ipar-duai, jiran-jiran, kengkawan sebaya aku, labmates aku, bekas-bekas cikgu sekolah, bekas-bekas lecturers, itu belum campur readers yang aku tak kenal. So korang tengok, camane aku nak memenuhi permintaan semua orang? Yang muda nak aku buat entry seronok-seronok, yang tua nak aku buat entry berpada-pada (hamboih!). Hahaha. Kan? So camane? 
Jadi korang kena bagitau aku, korang suka yang camane, dan aku akan ikut majoriti.

Oh by the way, kitorang sini raya haji kat Penang je. Tak balik kampung pon. (Kampung kat Shah Alam padahal. Memang kampunggggg lah sangat! Hahah) Bcoz hubby tak dapat cuti. Biasalah kerja dengan company cha-ya-nun-alip memang begitu. Huhu! Aku redhakan saje. Dalam hati, takpe raya korban, so kena berkorban lebih sikit. Huuuuuuu!

Semalam kat lab, si Ngok tu tanya aku,

Ngok: Jiji, kau balik mana?
Aku: Tak balik mana-mana. Balik rumah je.
Ngok: Tak balik kampung? Tak tengok orang sembelih lembu?
Aku:Tak. Duk rumah je. Sembelih diri sendiri.
Ngok: Ehhhhh kauuuu.. Jangan la..Sedih aku taw.
Aku: *Eeeeeeeeeeeeiiiiiiii geliiiiiii. aku sembelih engko lagi bagus*

 Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

22 comments:

Sepet said...

hahaha! Ngok tu masih lagi yeah. Ko abaikan je mengkudu tu. Ko sama je macam aku. Dulu pun ada orang perlekehkan aku. belajar farmasi tapi entry cam tahap upsr. Sentap lapan ploh kali. Akan tetapi. aku pedulik apa. Aku rasa mengkudu tu jugak la yang komen kat aku. Amboiiii diaaa tuuu..haha! Mengkudu ni pun satu, blog je pun..tak payah la nak serius sangat. Kalau dia rasa nak tau benda2 info ni, suruh dia sambung study, ha malas masuk kelas lettew, kakaka! Aku suka je ko merepek.

fatenmeera said...

hakak oh hakak..abaikan lah si mengkudu tuh..lantak lah kita nak buat entry ape pon kan..kisah cintan cintun ke hape ke..takde kaitan pon..ta suke, tapayah bace, tapayah bukak blog hakak kan..lagipun phd tu stand for PIZZA HUT DELIVERY(PHD)..kekeke..nak jugakk buat lawak antarabangsa macam hakak..abaikan je sidia tuh..heee..best ape blog hakak..

Unknown said...

abaikan aje si mengkudu tu.
dia jeles le tew :p
hahahaha....

iela said...

Blog kita sukati kita la nak merepek ke nak buat lawak antarabangsa ke kaannn.. Kalo siapa2 yang tak suka tu takyah la baca dan follow.. byk lagi website yg berinformasi dan berPHD... betul taakkk... hahahaha...

P/S : Blog ni bessst apeer... ish ko ni mengkuduuu!

Amalina Ali said...

aku suka blog ni. teruskan merapu. ^^

mummy alisha said...

suruh menkudu tu makan menkudu banyak2x mesti muntah hijau.. eee.. orang mcm menkudu ni ramai kat dunia ni.. kita boleh panggil derang mentadak menkudu...

ADLIL RAJIAH said...

sepet,
aku setuju lapanplohnam juta kali! nanti aku suruh dia amik phd jugak lah. nak tengok sangap tak sangap jadinya kang. nak jadi knowledgeable sangat kannnnnn.. hahah! btw, thanks sokong aku, sepet!

fatenn meera,
piza hut delivery eh? Tak lawak pon. *sambil muka toya* Hahah! thanks dik! sokongan padu tuh!

chepah,
agaknya lah. kompius mak hincikkk

iela,
thanks awak! hehehe. ok nanti aku suruh dia pergi tengok website lain saje. belog ai ni apelah sangat. tak berinformasi ponnnnn haha!

Amalina,
terima kasih!

mummy alisha,
tak payah mengkudu. baca belog ni je dah cukup buat dia muntah hijau..belog ai kan tak menyelerakan.. huhu! btw, thanks!!!



Adi Solikin said...

Dik, ni ialah blog kamu, sukahati kamu nak tulis apa, style mcm mana. Siapa nak baca boleh baca, siapa taknak boleh berambus. Readers kena faham apa konsep blog ni. Kamu dah explain kot kat "About Me" tu blog kamu ni pasal apa. So what does si Mengkudu ni expect? Imagine a book tajuk "Koleksi resipi masakan melayu" tapi isi kandungan ialah pasal basikal semata2. Kan dah lari konteks tu.

Btw, your blog ada je input, cuma indirect/tersirat la. Like pasal asthma tu, places kt Penang & others, makan2.. Tinggal readers pandai or tak pandai je nak extract the info. Yang tak pandai tu la yg rasa blog ni xde info kot. Eh.

ADLIL RAJIAH said...

Kak adi,
Setuju dgn kak di. Thanks! Sejuk mata membaca. Jadi, kepada mengkudu, sila berambus sekarang juga! Hahahahah!

mama ieqa said...

Jiji... akak suka jew baca blog awak taw....dari tensen2 ngadap keje..leh senyum sorang2.... jd diri sendiri... xpyh ikut apa kt org... kalo dia suka dia baca.. kalo x... sendiri mau ingat la kan.... apapun.. blog jiji mmg sangat best!!!!! teruskan seperti sediakala....

acheed said...

Rajiah, we realy enjoy reading ur blog.. xsemestinye org yg buat lawak merapu tu orgnye merapu jgk..mr.bean, ade phd jgk.. elok je buat lawak bodo, satu dunia tgk lawak dia..tp dia xbodo, he's genius.. ur blog may b useless to that mengkudu jeruk,but who knows, it can b very usefull to someone else.. yg si mengkudu jeruk tu ade blog ke??meh along nk tgk blog dia bagos ke x??
to that mengkudu, ni ade pepatah org moscow utk anda..' mampuih pi kat hang!!'...kalo xpaham sile gune google translate..

ADLIL RAJIAH said...

Mama ieqa,
dulu ade sorang reader cakap sejibik macam yg akak ckap ni. lepas stress kena hentam dalam meeting, terus bukak belog ni. Kalau takde entry baru pon, dia akan bukak entry lama2. Semata2 nak kembali senyum dan happy. Entah2 orang tu akak kot. Hahahahah!

ADLIL RAJIAH said...

Acheed???

what are u doing hereee?? Hahahahah!

Ho ho hoiiiii tu diaaaaa abang kawasan sudah mai. Mampuih la hang kena lanyaq satgi mengkudu oiii.. btw, thanks so banyak-banyak my supportive Along! Cakap pasal mr.bean tu kan, golongan prof2 pon layan lawak dia okkk! bertahun-tahun tayang lawak yang sama tapi prof yang sorang tu tetappppp gelak sampai sempot-sempot. Kannnnnn...hahaha! Long, mengkudu tu takde belog la long. Mengkudu orang buat jeruk je, mana ade buat belog.

To all my belog readers, si acheed ni ialah Along ai. Engko tengok dia punya loyar buruk pon dah sepesen dengan aku je kan. Sumpahan adik bradik la tu namanya. Hahaha!

wHoSeNa said...

just be yourself je dik..that is ur style..pedulikan je..klu die rs xnk bc awk pny blog just tgglkn..cr blog yg ilmiah...sng..dh name pun blog kan..suka hati kite nk tulis ape..

dari sisi hidupku said...

blog aq suka hati aq laa-sentap.

saya suka blog yang santai2, boleh hilangkan stress dengan lawak akak pastu tengok gambar baby haikal.

mama ieqa said...

erkkkk situasi tu mcm sama..... ehhehehee..... tp ntah akak pon lupa la jiji..... kalo nak taw.. 3 hr akak dok study blog jiji dr mula lg.. ehhee cam baca novel lak taw....

YanaHime said...

Ooo...jiji ada phd ka? *blurblurjap*

ekceli, klu tulis skema2 ni boringlaa...personal blog tak bermakna kena tulis ikut tahap education seseorg...kan dh nama personal, klu jiji tulis cam budak upsr sekalipun so what?

tulis jer ikut kesukaan diri sendiri since this is your blog...

Unknown said...

Yuppp!!!Sya pon tak suka blog ni... Serius tak suka!!!

Klu asik serius je... Sebab bile baca blog ni, kompom hilang stress... Tak kering gusi gitu... Hahahaha... My wife yg suru follow blog ni.. Dan ternyata mmg happening... Tak yah skema, klu nak skema, sila baca buku kat library.. Hahaha

Sajida said...

sobs. tadi dah komen pjg2 tp tiba2 ada prob. :(

pendek citer ur blog sgt best, menghiburkan n takde yg merapu.

so just keep calm n continue blogging with your own awesome styles. :D

ADLIL RAJIAH said...

whosena,
thanks kak husna. tak sangka akak masih support belog ni :))

dari sisi hidupku,
tengok gambar haikal je???? sentap lapan ploh kali la camnihhh.. hahah! thanks by the wayyy! Sayang dia. :P

mama ieqa,
hamboihhhhhhh sampai 3 hari layan belog ehh.. ok la tu, at least u got something to do. daripada duk melangut kebosanan heheh.

yanahimie,
student baru. belum dapat phdnya lagi. tak payah nak berlagak sangat. Haha! btw, thanks k! supportive angat!

papablogger,
kim salam kat wife! Auwww..haha! thanks sudi support belog yg gundah gulana ini. ;)

ummu majdiyya,
alahaiii sian nya! memang down habis la kalau terjadi camtu kan. penat je taip pepanjang! huhu! btw, thanks ummu. saya hargai yang awak taip pepanjang tu tadi. Haha!

yun said...

salam jiji...
xcually kak yun baru jer kenal blog jiji nih,kenal melalui blog si sepet tuh,hr2 duk baca blog sepet,tahu lah blog kamu nih....hoooiiiiii...naper blog kamu nih lawak antarabangsa sgt nih?? mmg kak yun takleh nak tinggalkan belog kamu skrg nih..sama ngan blog sepet tuh...hhoooiiiii kamu mengkudu??!! nyahhhh kamu dari cni...pi main jauh2...xpe..xpe...baby haikal..untie yun ada ehh??!!...go and go jer jiji...xpe,nanti kak yun support kamu dari depan...

mss fix89 said...

hai kak rajiaahhhh...Bahawasanya saya dengan ini tidak bersetuju dengan beliau(mengkudu) haha..giler skema ayat..sy pembaca tegar akk..kalau xbca blog akk satu hari samala mcm sy x baca beautifulnara satu hari..haha..kalau tengah tension baca blog akk pun jd best..ayat pelik2 pun dr blog akk jgk...jadi dengan ini kalau akk tukar cara akk tulis 1100 persen readers blog akk akn merudum jatuh.....hahaha.....sy komen ni semata-mata xnk akk gali kubur sbb nk tanam url blog akk...sekiannnnn.......