Saguhati je ponggg

Aku ingat memang takmo reveal benda ni kat belog.
Pasal gambar aku & hubby & Baby Haikal masuk majalah Pa&Ma bebaru ni.
Alahhh besar sikit dari cengkerik je gambo nya..

Aku expect mesti nobody will notice our pics punya lah!
Sebab bukannya jadi cover atau featured story pong.
Tapi lepas sorang, sorang. Lepas sorang, sorang. 
Mengkantoikan aku. Haha

The first person to kantoikan aku was Along (my bro).

 Cehhh kantoi jugak aku ngan mamat nih.
Aku bajet mamat ni muka brutal kompom takkan baca Pa&Ma derr.
So kompom takkan kantoi punya. Sekali kawan dia pulak bagitau. Cehh.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya abang tupai boleh ada informer pulak.

So takpe lagi kantoi ngan abang sendiri.
The following day, boleh pulak dua pupu aku (Kak Syedi) pi publish gambo tu kat FB!!
Kah kah kah..
Nganga je la aku nengok.. -___-"

Sejurus selepas itu, lantas sekalian semesta bertalu-talu tanya aku, menang ape, hadiah ape, kenapa tak update kat belog, ada jugak yang ingat aku tak tahu. Adehhh..
Aku rasa macam, segeralah kita ke kedai runcit Pak Leman dan membeli topeng SinChan sejurus itu ditepekkan ke muka seberapa segera agar tiada lagi yang akan notice kewujudan dugong itu dalam Pa&Ma. T_T

Aku malu la ekceli muka tak semenggah duk menayang kat magz kan.
Dah la majalah Pa&Ma je pong. 
Kalau majalah FHM atau Magga atau Mempelam boleh tahan la jugak nak hebah-hebah gambar posing ala dugong kat celah bathtub kan. Heh. ;P 
Sebenarnya gambo-gambo tu dah lama berbulan-bulan lepas dah aku submit.
Tapi baru sekarang pulak nak muncul.
Lagipon, gambo pregnen tu aku menang saguhati je.
Dan gambo Baby Haikal tu menang set product baby ape tah.
Itu saje.
 So aku rasa setakat benda-benda remeh gitu tak perlu kot nak update kat belog.
Lagipon gambar lama. Plus dua-dua gambar tu pon memang aku dah pernah publish kat belog ni sebelom ni kan.

Tapi bila semua duk sok sek sok sek tanya kenapa tak update kat belog, nahhhhh la aku update jugok kekdahnyerrrrr..
 Pasni kalau korang terperasan lagi gambar aku menyelit-nyelit kat magz tu, ignore je la. Mungkin pelanduk dua serupa je tu.
Bahahaha. *seboleh-boleh nak coverrrr*

p/s: Sepanjang minggu ni belog ni akan sunyi without any updates. Sebabnya..I have to attend a conference. Got 1 paper to be presented. Wish me luck okayy. Hopefully, takde la audience tanya soalan pelik-pelik kang. By the way, lokasi conference tu kat Bt. Feringghi saje. Dekat je pongg. So aku hangkut sekali hubby & Baby Haikal ke sana. Hihik. So senang la aku nak breastfeed si kecik tu nanti. Kalau si bapaknya nak breastfeed jugak, aku sumbat ibu jari kaki je la. Haha.
InsyaAllah akan kembali mengadap belog minggu depan.
Stay tiunggg!

Suku kata pertama

Sejak malam tadi, Baby Haikal dah mula sebut suku kata yang pertama iaitu
"Ta"
Ape tah maksudnya. Aku pong dop tahu.
Tapi dari malam tadi la Baby Haikal duk sakan terjerit-jerit sambil sebut
"Tatatatatatatataaaa!!!"
Berguling-guling aku & hubby gelak.
Sudahnya, Baby Haikal tidur pukul 2 pagi malam tadi.
Sibuk ber"tataatatatatatatatataaaaa!!!!"
Sampai pukul 2 pagi baru senyap.
Itu pon bangun pagi sambung balik "Tatatatatatatatata!"
Hahahaha. Kelakar lak nengok nya.
Aku tak sempat lagi nak rekod nak show opp kat korang.
Sebab bila dia start Tatatatata, aku sibuk gelak guling-guling.
Hahah

Tema hari ni: hiphup ya a aw!
Budak Tatatatatataaaa!

Family Precious Moments

Ni la second good news yang dimaksudkan ittewww..
I just won another contest! Kah kah kah.
4th winning in 3 weeks time mehhh... *angkat kening*
Mesti korang dah muak baca pasal keaddictedan aku mengjoin contest eh?
Ok takpe la.. *merajuk nyorok bawah meja*

Ok dah abis majuk.
Actually, aku ada join contest "Family Precious Moments" organized by Hotel Maluri.
And luckily, I was amongst the top 3! Kikikiki..
So masa representative diorang call tu, aku terkinja-kinja sakan sampai diserang asthma attack.
Wakakaka.
Sebenarnya the finalists perlu attend the Hotel Maluri's Family Day kat Cheras last weekend.
And ada prize-giving sama lah masa tu.
So dah ditakdirkan aku kena bertapa kat ward masa tu, tak dapat lah aku attend.
Jenuh aku merayu-rayu kat Cindy (Hotel Maluri's representative) supaya aku boleh hantar wakil. Sebab kalau ikutkan prosedur diorang, memang tak boleh.
Tapi dah tu nak buat lagu mana. Aku dah kena tahan kat ward.
Dan fortunately, Ms.Cindy tu baik and boleh tolerate.

So aku minta tolong ipar-ipar kesayangan untuk wakilkan aku ke event tu.
Nasib baik diorang sudi tolong wakilkan.
Sayang kowanggg! =P

Aku nak jugak hantar wakil bukan sebab sayang terlepas hadiah tu, tapi sebab aku ada dapat 3 tiket untuk buffet lunch masa event tu plus boleh join mana-mana game masa Family Day tu jugak.
So, kalau taknak join family day pon, at least boleh makan lunch buffet untuk 3 orang.
Rugi la kalau takde orang pegi kan.

Ni ada some pics yang aku cilok dari FB Hotel Maluri and FB Ateh (SIL).

 Huishhhh terlioq aku nengok berbondong-bondong makanan! =P

 Here are some pics submitted by the finalists yang masuk "Family Precious Moments"
Spot mine!
 Koordinat 1:3. Heheh

So ni lah insan-insan yang sudi wakilkan orang yang tengah terlantar kat ward. Huhu.
Thanks korang... =)

 Angah & her hubs. Engku, awat muka garang nau?!


 Angah & Ateh 



Lega bila ada orang sudi nak wakilkan. Daripada wasted begitu sahaja kan.
Tapi yang bestnya, Ateh & Engku (Angah's hubby) sempat join Treasure Hunt masa event tu and diorang menang!! Haha. Berbaloi jugak korang pegi. =)


 Ni hasil tangkapan diorang menang treasure hunt.
Ateh, ape isi hadiah tu? Tak bagitau pong! ;P

And finally, prize-giving ceremony for the contest yang aku join tu.
Rupanya, aku menang 1st prize!!!
No wonder la Ms.Cindy tu ketegaq sangat nak jugak aku attend. =)

 Nasib baik ada Ateh tolong amikkan. =)
So hadiahnya ialah..
Penginapan 2D1N kat Family Suite kat Hotel Maluri (4 pax) + Steamboat dinner (4pax) + Muhibbah Set (4 pax).
Alhamdulillah..

Memandangkan hotel tu kat Cheras, so aku rasa better aku bagi hadiah tu kat sesape yang berdekatan Cheras lah.
Lagipon masa aku mintak tolong Angah wakilkan tu, aku dah niat nak bagi family mertua lah hadiah tu sebab diorang sudi tolong wakilkan amik hadiah. =)
Lagipon, aku rasa lagi bahagia bila dapat kongsi kemenangan dengan orang-orang tersayang.
Alhamdulillahhh..

Asthma Attack

Hmm..aku bajet tak berhapdate dah belog aku minggu ni.
Sebabnya.. aku masih trauma kot.
And belom fully recovered.
Tapi memandangkan baru 2 hari tak hapdate, dah ada yang dah sok sek sok sek bertanyakan tentang ke mana hilangnya diriku yang sudah tidak mempedulikan belog ini, malahan membiarkan mereka di luar sana tertanya-tanya sendirian tentang status sebenar belog ini, adapun segelintir daripada mereka telah pun melontarkan persoalan tersebut, justeru aku lantas bertindak untuk menjelaskannya di sini seberapa segera.
Kahak kahak kahak kahak *gelak bergaya*

Actually hari Komis lepas, aku terima satu kejutan.
Kejutan dari Yang Maha Pencipta barangkali.
Mungkin aku sudah semakin jauh dariNya.
Alhamdulillah, sebelom aku terjerumus lebih jauh, Dia segera memanggilku kembali ke jalanNya. After almost 2 years, aku tak kena asthma attack, eventually hari komis malam jumaat lepas aku diserang semula.
Lepas 2 tahun tak kena, tetiba kena balik, memang azab.
Tuhan je yang tahu.

Dah la malam tu malam jumaat.
Laju je otak aku tetiba teringat hadith ni.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud; Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur. (Riwayat Tarmizi) 


Aku siap berdoa lepas solat isyak malam tu, kalau betul ajal aku dah hampir, tamatkan lah ia dengan cara yang baik dan peliharalah anak, suami dan seluruh keluargaku.
Bergenang air mata bila teringat Baby Haikal yang masih menyusu badan. =(
Lepas solat, air mata pon tak kering lagi, kitorang terus rush ke KPJ Penang.
Dalam perjalanan tu, berdebar-debar je rasa.
Sampai-sampai, terus ke emergency.
 Pastu aku terus dicucuk sana sini, masuk ventolin segala.
Dan aku kembali tenang.
Actually bukan tenang, tapi tengah khayal sebab steroid yang diberi. Hihi.
Lepas beberapa minit, aku terdengar, doktor yang check aku tu cakap kat nurse..
"Call Dr. Chan now. We need a specialist here. And she needs to be warded tonight."

Tak sempat aku nak jawab ape-ape, terus nurse amik darah aku bergelen-gelen, sorong aku ke bilik x-ray.
By that time tangan aku dah gigil-gigil.
Bukan sebab takut, tapi sebab effect steroid high dosage yang diorang bagi tadi.
Dah macam penagih dadah ke hape keadaan aku waktu tu.

Pastu sekali lagi air mata aku tumpah bila doktor cakap, aku tak digalakkan breastfeed baby sebab  kandungan steroid tengah tinggi dalam darah.
Kang dengan anak aku sekali boria gigil. Haha
Fortunately aku memang dah standby perah sebotol susu.

Baby Haikal & Papa terpaksa tunggu kat emergency hall tu.


Keluar je dari emergency, aku terus suruh hubby pass Baby Haikal kat aku.
Sebak rasa. Tapi control la. Tak macho pulak nanges depan orang.
hikhikhik

Ni aku tengah laloq & gigil-gigil. Siap kena sorong.
Aku cakap kat nurse, nak jugak bawak Baby Haikal ke mana jua. Haha.
Nasib baik nurse tak kisah.

Dah tengah malam buta tu baru aku ditransfer ke ward.
 Hubby amik single-bedded room. Supaya dia boleh jaga aku.
Kalau bilik reramai, kena mahram perempuan je yang jaga.
Nak mintak tolong sedara mara celah mana nak cari.
Semua orang kat Key Ell.
So hubby cakap, takpe biar dia yang jaga.
Love u hubby! *tetiba*

Dapat katil, aku terus landing.
Tak kuasa aih nak gigil-gigil sambil duduk/berdiri.


Lebih kurang pukul 2 pagi baru everything settled.
Nasib baik Baby Haikal behaved very well.
Macam tau-tau je maknya sakit.

Kesian Baby Haikal. Penat sangat je nampaknya.
Hubby pon kesian. Sepanjang malam duk bersengkang mata jaga aku.
Padahal banyak kali aku suruh dia tido, tapi dia duk keras juga nak tengok aku.
Walaupon kerja dia kat site tu tengah kritikal, hubby tetap jugak amik emergency leave 2 hari. Aku takut jugak kang dia kena marah ngan boss ke hape kan.
Hubby cakap, takpe..sayang lagi penting.
Love u hubby! *eh eh tetiba*

3 hari jugak lah aku bertapa kat sepital tu.
Keje aku, makan tido makan tido je la.
Tibi 24 jam bukak.
Bukan aku yang tengok tibi, tapi tibi yang tengok aku.
Bosanggggg!


Dah la bila selak langsir, Jusco terpacak depan mata.
Kalau lah aku the avengers..... -___-




Alhamdulillah hari kedua aku kat sini, Mama & Daddy sanggup amik coti, drive dari Shah Alam ke Penang, semata-mata nak tolong jaga Baby Haikal supaya aku boleh rest and hubby boleh concentrate jaga aku.
Love u Mama & Daddy! hihik



Selama aku kat situ, terseksa jugak lah rasanya.
Tapi nasib baik hubby selalu ingatkan..
"Sabar ye sayang.. sakit itu penghapus dosa."
Hmmm..bukannya aku tak redha dengan ketentuan, tapi rasanya terlalu berat untuk ditanggung.
Aku kena buat nebulizer every 4 hours.
Kena injection every 6 hours.
Kena masuk 6 botol antibiotik.
Itu belom lagi jadah pil-pil yang nak kena telan. T_T

 

Nasib baik si suami pandai mengalih perhatian isterinya. Cey cey cey
Asal nampak aku tengah free dari sebarang treatment/ubat, hubby akan entertain aku. 
Jenjalan kat sepital tu. Ye, kat sepital sudahhh..
Kalau lah boleh terbang ke Jusco dan tengok wayang sambil menjamah popcorn caramel eh eh....


Ini kah perangai orang sakit??
Ye. Bila dapat makanan, terus tak sakit.
Bila tak dapat makanan, kembali sakit secara tiba-tiba.



Bilik "hotel" saya: 506


Sangattttt ohsem hotel kauuuuu


Setiap hari, Mama & Daddy akan bawak Baby Haikal datang sepital.
Mama cakap Baby Haikal susah nak tido.
Dia macam tercari-cari pelukan mak dia.
Hmm..tapi aku pon sebanarnya tak dapat tidur malam tu, rindukan Baby Haikal T_T



Aku bersyukur sangat sebab dianugerahkan, suami yang penyayang macam hubby.
Walaupon Allah dah tarik satu nikmat kesihatan dari aku, tapi Allah dah zahirkan kasih sayang Dia melalui hubby. Alhamdulillah..
Seazab mana pon keadaan aku sekarang, aku tetap bersyukur kerana aku masih mendapat kasih sayangNya.
Love u Allah.. =)

Lepas 3 hari, aku dibenarkan pulang.
Dua-dua belah tangan bengkak, "hasil" injection setiap 6 jam plus antibiotik 6 botol.
Tahniah!

The following day, hubby dah start masuk kerja.
Pagi tu, aku bangun tido, tetiba tengok ada note kat atas study table...

Thanks Papa.. u're the best hubby in the whole universe! =)


Eh tapi kan tapi kan..
Selama aku bersakit-sakitan kat ward tu, ada dua berita gembira yang dah buat aku happy walaupon sakit.
Satunya, sebab Baby Haikal dah tumbuh gigi pertamaaaa!!


Yeeeeehaaaa!!!
Habis la lepas ni maknya akan jadi mangsa gigitan la.
Aduhhhhh!

Good news kedua?
Eh nanti-nanti lah aku bagitau. ;)

Eksperimentasi dengan muka

Sejak akhir-akhir ni, Baby Haikal sungguh gemar bereksperimentasi dengan muka sendiri.
Berbagai-bagai mimik muka yang cuba dilakukan oleh beliau.
Suatu hari, sedang beliau asyik bermuka-muka, ibunya berpesan.
Jadilah orang yang berguna, kelak kau akan disanjung tinggi.
Sejurus selepas itu..
*Adaptasi dari Kesah Dongeng Pelanduk Yang Tamak Lalu Disumpah Menjadi Dugong*

Eh eh macam segmen kisah dongeng bersama Ustaz Don Mahir Jawi pulak.

Maafkan saya kerana termerapu di pagi Jumaat nan indah penoh barakah ini.
Okay kita berbalik semula kepada pokok pangkal ulam mendatang.

Aku nak cerita pasal Baby Haikal ni.
Yang makin hari makin baaaanyak ragamnya.
Tapi kali ni aku nak cerita ragam yang kelakau la.
Iaitu, Baby Haikal suka betoi kemut-kemut muka tak tentu pasal.
Asal aku biar dia main sengsorang, mula la dia.
Senget-senget mulut. Kerut-kerut dahi.
Sepet-sepet mata. Kembang-kembang hidung.
 Lawak giler kottt.
Dah banyak kali kena bahan dengan aku & hubby.
Baby Haikal pon dah lali kena gelak ngan mak paknya. Kah kah kah
Masalahnya kau buat lawak, mana taknya kena bahan, yang. ;P
*kenapakah wujudnya ibu bapa sebegini -__-*

Ni antara muka-muka fevret yang Baby Haikal suka buat.
 

Masa kitorang snap gambar-gambar ni pon, kitorang sakan gelak berguling-guling. 
Tergelak kegembiraan bagai kera mandapat ciken foldover.
Siyes kelakau!

Maybe korang tengok muka-muka Baby Haikal tu, mesti korang ingat dia macam nak nanges ke, nak ngamok ke, nak marah ke hape kan.
Tapi sebenarnya tak, okay.
Dia memang tengah eksperimentasi dengan muka sendiri!
Percayalah, mamat ni memang drama lebih.
At first, kitorang pon kemain risau bila tengok dia duk buat muka memacam.
Kot la sakit perut ke lapaq ke hape ke kan.
Lelama baru kitorang paham, Baby Haikal tengah memain je.
Tu yang aku cakap, mamat ni memang drama lebih.
Kau takyah duk chuak-chuak sangat. Haha
Tak caya, tengok video ni..


Part yang last tu paling sadis okay.
Aku & hubby dah banyak kali kena sembur ngan budak nih.
Rasa nak semburrr je balik.
Tapi sebab anak, terus merelakan saje diri disembur.
Walau tetiba je, setepek air liurnya di wajahku.
Nak-nak pulak bila si ibu dah siap-siap bermekap cantik-cantik.
Dan-dan tu jugak dia nak sembur. T_T
Takpe lah kasih ibu membawa ke syurga. 
Tetiba.