Tangan bersisik - simptom pregnancy ke??

Bersisik???
Errr..sebenarnya kulit kering je.
So jadi kasar-kasar macam sisik la kan.
Dah berminggu-minggu jugak jadi camni.


Aku tak sure la ape sebab boleh jadi camni.
Nak belai hubby pon rasa bersalah je.
Sebab tangan kasar kan. Aku rasa tangan maknyah pon tak camni. =P

Buat masa ni, aku duk tenyeh lotion je la.
Tapi aku wonder, kulit kering camni is bcoz of pregnancy ke eh??
Kepada ibu-ibu berpengalaman, cer citer cer citer..


First day of second trimester!

Hmmm..jarang betul aku update belog lately.
Tak tau kenapa.
Nak kata busy, banyak je waktu lapang.
Nak kata takde modal, banyak je benda nak story kat korang sebenarnya.
Nak kata malas, oh itu mungkin jugak! =P


Last week ada beberapa makhluk perihatin SMS/call aku, tanya camne kondisi ibu hamil sekarang. jawapan aku, macam biasa- sihat alhamdulillah..
Tapi ade sorang ni mesej aku, 
"Jiji, mana ko pegi? Belog tak berupdate. Ke ko dah beranak?"
Hamboiiii kasar benar cara ko tanya kabar tu ye. 
Baru 3 bulan nak beranak kejadah ape nya??


So hari ni mood rajin datang, so aku update la.
Sempena menyambut hari pertama trimester kedua kandungan aku ni. hihi
Hari ni baby dalam perut dah 3 bulan 1 hari. =)
Ewwah dah masuk trimester "honeymoon" ye! ;P
Pagi tadi pi scan perut.
Terlompat-lompat aku and hubby tengok baby kitorang yang dah lengkap ada kepala, kaki, tangan. Kagum betul dengan kejadian Tuhan. 
Tak sangka dalam perut aku ni boleh ada "satu kehidupan" lain.
Dah ada heartbeat and muscle movement.
Comel dia gerak-gerak. Macam tengah buat yoga pon ada. haha


Anakku sayang, jangan nakal-nakal kat dalam tu ye. =)
Alhamdulillah atas kurniaan ini, Ya Allah...



Eh, itu masjid.....Siti Nurhalijaaa!

Last week kitorang jenjalan kat Kuala Muda, Kedah.
Tempat yang kena tsunami masa tahun 2004 tu.
Alah berapa hasta lah sangat dari Penang ni.


Last-last tempat yang nak dituju tak jadi pergi pon.
Sebabnya, asyik singgah tempat makan je. Sampai tak sempat.
Tapi okay la.. happy dapat spend time sama-sama.
Berdua-duaan. Lepas ni, ada anak camne nak berdua-duaan lagi kan?


Nak dijadikan cerita, bila masuk waktu Asar,
kitorang pon berlegar-legar la cari masjid yang berdekatan.
Bila dah nampak sign gambar masjid tu, kitorang follow je la.

Tetiba, ehhhhh... Macam pernah tengok je masjid ni dalam tibi!

 Ler...sekali masjid Siti Nurhalija daaa..
Nama masjid pon sempena nama laki dia.. kompom la tuuuu..
Agak-agak kalo Siti buat masjid kat Kuala Lipis pulak, nama masjid jadi Masjid Sitiah kot eh?


Not bad la masjid tu. Tak de la besar sangat.
Ada air-cond. Sejuk. 
Sebelum pakai telekong kena pakai jaket bulu-bulu dulu.

 Siap ada swimming pool lagi ha..
Nasib aku tak bawak bikini.


Ni tempat pompuan. Divider dia cantik.
Tapi jarang sangat la pulak. Nak bukak telekong pon kena cover-cover.


Belakang masjid ade kawasan kubur.
Hmmm..besar pahala Siti and Datuk K buat masjid kan.
Semoga ramai la penduduk kampung tu yang mengimarahkan masjid ni..


Lepas solat tu, laki aku cakap..
"Tak kusyuk abang solat tadi. Maklom la semayang kat masjid makwe abang.."

Hellooooooo!!! Tak kuasa aku nak melayan miang-miang ni lah! *muncung*
Nasib baik laki aku pujuk dengan laksa kedah lepas tu..hihi.. =P


Kereta Star Trek!

Korang ingat lagi tak cerita Star Trek masa tahun 1990-an dulu?
Alaaa cerita bebudak tuu..


Ni antara pelakonnya. Skemaaaaa je uniform. kih kih kih


Tapi aku paling suka watak ni.
Worf, Son of Mogh (lakonan Michael Dorn)
Trademark dia tang dahi kerut-kerut tu la.
Asal nampak benda kerut-kerut je, mesti ingat Worf Star Trek ni!


Baru-baru ni, aku pi jenjalan kat Autocity.
Aku jumpa kereta Worf Star Trek!!!
Tak caya??
Tengok nih...


Kereta dah sama kerut-kerut cam dahi dia.



Aku ingat kaya sangat la dia (Worf) ni.
Tapi takkan pakai Myvi je kotttt..
Setakat tambah sirip-sirip, orang still boleh recognize Myvi le wei..


Hehehehehehehehe.. ;)

p/s: Kalo aku bagi korang kereta ni, korang sanggup ke nak bawak?

Mak aihh...setok untuk 2 tahun ke??

Since perut dah makin "nampak" ni, 
tabiat makan aku makin meliar! heh
Kenapa aku cakap meliar? 
Sebab setiap masa MESTI MENGUNYAH. wajib.
Rajin muscle mulut aku exercise. 
So hubby tengok perangai bini dia dah camtu, he always make sure kat rumah sentiasa ada setok makanan untuk aku kunyah. Kang kalo takde makanan, aku kunyah hubby pulak kan.. ;)


Tak kesah la makanan ape pun.
Biskut satu tin besar tu, licin!
Roti satu peket besar, licin!
Kerepek, maruku, borong kat pasar malam, LICINNNN!
Itu baru makanan "ringan". Belum masuk makanan ruji lagi. 
Nasi lemak sambal kerang. Spaghetti. Nasi kandar. Pizza. bla bla bla...
Aku tak tau la apsal orang pregnen BERNAFSU BESAR sangat.
Mau botak laki aku tiap-tiap bulan. =P


Nak dijadikan cerita, last week laki aku sampai ke Aloq Setaq nak cari setok makanan. He went to Pekan Rabu. 
Balik je dari kerja, aku tengok dua-dua belah tangan dia penuh.
Penuh dengan benda-benda ni...

 Dah lama aku idamkan dua benda nih.. =')

Rupanya everytime aku cakap, "Rasa macam teringin nak makan......" hubby akan ingat! And he really try to find it. =')
Sampai ke Aloq Setaq pulak tu..

Dodol & Bahulu ni betul-betul memuaskan nafsu! =P


Ni dinner aku untuk malam tu. Mee Udang Sungai Dua! Terhebakk!


Akibat kegembiraan terlampau, bertubi-tubi la aku hugs hubby malam tu. =P
Dapat habuan, baru nak hugs kan..haha
Tapi yang aku noticed, lately aku asik teringin nak makan makanan kampung.
Kuih-kuih kampung.
Lauk-lauk kampung.
Anak aku nanti lahir, jadi orang kampung la kot. heheh


This one is for u, MOMMA..

I woke up in the morning of Wednesday
And wonder if the special day is today
Yes it's 6th April and her birthday
And a month later is already May
I dedicate this special entry without gift, should be okay.. =P


I make this for my Mama
Who has the origin of Manila
Every time I see her, I miss Lola
This life is a kind of drama
It's full of laughter and trauma
But I managed to face it all because i have Mama




I know these days we are so far
Although I can travel by car
Because in my heart, u're not that far
We used to spend time together eating chocolate bar
While having sky juice in a jar
Indeed, memories remain like a scar
Because we're like moon and twinkle star


Lately i seldom hear the voice
It was once like noise
But I dont have a choice
As time goes by, the noise become LOLs
And I suppose I need her more than boys




I used to write her a letter
Because I know she'll understand me later
I apologize for all the bad manner
If letter isn't enough, I'll raise a banner
Because Mama, I'm your daughter
Who always loves her mother
There's nothing else matter


It's been so long since I missed her bedtime kiss
That makes every night in peace
God, let my mother live in bliss
She sacrificed so much, and took so many risks
May Allah bless Mama , I please




She's now 54 
And I'm only 24
I'm the ground floor and she's the top floor
There's so much she's been grateful for
Thank Allah for always serve her with opened door
Mama, I love u more and more
Insert me in your prayer, please never ignore



Happy 54th Birthday, MAMA!
Maligayang Bati, NANAY!



Yang best bila ada "kabel"..

Bila kena buang sekolah/universiti:
Alaa..takpe. Bapak aku Dato'. Cukup umur nanti, aku kerja la ngan bapak aku.

Bila anak jiran dapat straight As:
Alaa..ape nak hairan, guru besar sekolah tu kan bapak dia.

Bila kawan dah lulus Master, tapi kau belum:
Bapak dia kan Propesor, mesti la dia boleh lulus. Bapak dia buatkan thesis dia.

Bila bawak kereta besau kat kampus:
Alaa..kereta bapak dia tu. Bukan kereta dia pon!


Tipikal kan ayat-ayat kat atas ni?
Walaupon maksud lain-lain, tapi reason dia tetap sama- sebab orang tu ada kabel.
Kabel = orang dalam.
Bagi aku, guna kabel ni ada yang bagus, ada yang tak.
To be frank, aku memang suka amik kesempatan bila ade kabel.
Tapi positively lah.
Kangkadang, dengan adanya kabel ni, banyak jugak kebaikannya.


Aku nak highlight benda yang best yang pernah berlaku dalam hidup aku bila ada "kabel".


1) Bila participate dalam majlis ilimiah (seminar/conference), dan mak bapak ialah committee function tu.


 Elok sangat la tu kan. Nak duduk pon mesti sebelah Mama/Daddy. 
Tak perlu susah-susah nak tegur hai-hai orang sebelah. Kalau pergi sorang-sorang, mesti nak kena berkenalan dulu kan. Kalau tak, takde geng la. Bosan le sepanjang seminar. =P



2) Dapat jumpa face-to-face dengan VVVVVIP!


Ni antara yang aku pernah jumpa: 
Datuk Dr Rosti (Vice Chancellor UNISEL)
YB Dr. Halimah (Exco Selangor) Dia ni siap datang wedding aku. =)
Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor)
Dan ramai lagi la ilmuwan-ilmuwan hebat dunia.  



3) Dapat tengok golongan VVIP buat surprise birthday party.
Semuanya nampak cool je. 
Birthday boy (MB) pon takde nak terlompat-lompat kegembiaraan. =P
Rilekkkk je.




4) Dapat join VVIP Tour to The Snow Walk, I-City yang masih under construction.
Ni yang paling best!
Kitorang siap disambut oleh Management Team of I-City. =)


Snow Walk ni mungkin akan dibuka tak lama lagi. 
Tapi kompom la mahal gilewww kottt.



5) Dapat bergambar sakan dengan committee team. 
Siap minta gambar kat diorang punya profesional photographer lagi. 
Padahal aku ni participant murahan je. Tak malu!
 Sebagai participant murahan, terpaksa la aku berkepit ngan "kabel" dua orang ni je supaya tak di abaikan dalam mana-mana gambar. Kesian. T_T



6) Tagteam ngan kawan-kawan Daddy. Termasuk la anak kawan Daddy.
 Secara otomatis, ramai kawan. -__-"

 Daddy's good friend, Prof Jamal.


 Prof Jamal's son, Izani. My good friend. (tetiba)


Kabel besar, Mama & Daddy. =P



7) Dapat hang out dengan golongan VVIP.
Tanpa kemaluan, aku join Mama entertain Prof Ameenah (Deputy Vice Chancellor, University of Mauritius).
Seronok bila dapat berborak personally dengan orang-orang hebat macam ni.



8) Dapat join official visit to Datin Paduka Prof Dr Aini Ideris' Office (Deputy Vice Chancellor, UPM).
Aku rasa student UPM pon belom pernah masuk ofis DVC diorang ni.
Siap dia bawak kitorang round satu kampus UPM!

Aku sempat melantak sakan dalam ofis Prof Aini. Siap mintak gula-gula lagi.
Ishhh perangai!!


Tu lah antara kisah-kisahnya.
Tapi biasa la kan, orang selalu pandang serong terhadap penggunaan "kabel" ni.
Tapi bagi aku, aku tak pernah pakai "kabel" semata-mata untuk jalan pintas/mudah.

Tak perlu la nak dengki-dengki bila seseorang tu ada "kabel" ke ape.
Sebab semua tu rezeki dia. Tuhan dah atur. Tuhan tu Maha Adil.
Dia tak pernah abaikan mana-mana hambaNya pon. =)



Sekian.