Huiyo..lame jugak aku tak hapdate belog neh.
Camne nak start ni ye? Ermm...
Oh by the way, Congrats team bola sepak Malaysia!!!
Depa berjaya bantai Indon 3-0. Memang di luar jangkaan sunggoh.
Aku bajet 1-1. =P
Takpa-takpa toksah duk kalut lagi..
Kita tengok next match kat Jakarta lagu mana pulak naa..
Weekend lepas, aku ada terima kujungan hormat dari kaum kerabat aku sempena cuti sekolah. Kira acara tahunan la ni.
Bila tuan pengetua mengumumkan,"Perhatian semua! Rombongan cuti sekolah kita kali ni akan ke Penang!"
"Horayyyy!!!"
Bila tuan pengetua mengumumkan,"Perhatian semua! Rombongan cuti sekolah kita kali ni akan ke Penang!"
"Horayyyy!!!"
Murid-murid sekalian mula memikirkan barang ape nak dibawa. PS2? Topi? Perkakas untuk buat sandcastle? Cikedis? Mereka juga berbincang sesame sendiri. "Awak, beg awak besar tak? Boleh tumpang letak teddy bear kita?" "Eh mane boleh. Beg kita dah penuh dengan transformers lah."
Rancak sungguh persiapan mereka untuk mengikuti rombongan cuti sekolah.
Bagaimana dengan pihak tuan rumah? Dah bersedia nak menerima tetamu?
Wohhh..tuan rumah lah paling gelabah ting tang ting tang!
Vacuum rumah, mop lantai, basuh jamban, kira bilangan bantal, selimut, tilam, check ade kesan air liur basi atau air-air lain di atas tilam dan bantal. =P
Check bilangan dan kondisi mangkuk, cawan, gelas, pinggan. Supaya takde yang berebut nak pakai mug yang besar, ade dinosaur je. Bilangan pinggan juga, biar lebih dari cukup. Kang bila orang suruh makan nasi, ade yang nak makan 2-3 pinggan. Aku tak paham spesis manusia ape yang duk kunyah pinggan nih. So baik standby je pinggan lebih siap-siap.
Pastikan semua kipas lampu berfunction dengan baik.
Cantik bahasa aku BERFUNCTION!
Cukup hari bulan, rombongan pun tiba. Bas pertama memasuki perkarangan.
Murid-murid disambut mesra oleh tuan rumah.
Bas Sekolah budak-budak sekarang.
Sampai-sampai je, diorang dijamu dengan jamu tradisional Penang iaitu Pasemboq.
Perghhh..licin! Memang perut badak betul la korang nih.
Belum sempat panas buntut lagi, diorang terus nak keluar berjalan naik pulau.
So pihak tuan rumah terpaksa menurut sahaja permintaan kanak-kanak ribena tersebut.
Feri berbackgroundkan Penang Bridge. Memang trademark habisss!
Ikuti gambar-gambar kejakunan kanak-kanak ribena menaiki feri selepas ini.
Weiii..mana aci tudung aku kelepet! T_T
Dah la gelap, kelepet pulak! nightmare dowh!
Murid (Ramadhan) dan penolong kanan HEM (Mama).
PUNDAN??? hik hik hik..
Raidoo dengan muka hidup malu mati tak mahu.
Lebih kurang 15 minit kematu atas Feri, rombongan terus menyerbu Pesta Pulau Pinang!!
Mari bikin liar!! =P
Mama, kenapa comel sangat? =')
Banyak la jugak benda yang boleh dibuat kat pesta tu. Bukan sekadar nasi ayam funfair je.
Gerai-gerai jual baju, beg, kasut, semualah. Kau cakap je kau nak beli ape.
Tikar mydin? Adaaaa..
Rayban made in China? Adaaaa...
Baju ADIDOS, topi NIKI, kasut REEBOKK? Adaaaaa!
Bila lapar pulak, kau cakap je kau ngidam ape. Semua kompom ade.
Burger Romli, Roti John, Murtabak Kaseem, Nasi Kandar Nashmir.
Uihh..kaya betui Romli, John, Kaseem, Nashmir dan rakan-rakan.
Habis ronda-ronda, last sekali baru terjah Funfair.
Memang liar habis Funfair kat sini! Hampir semua 18SG!
Kitorang try la beberapa.
Antaranya yang ni...
HUIYOOOO... *belum ape-ape dah huiyo* Dasar jakun lah kau.
Murid-murid lelaki try dulu.
Manakala murid-murid perempuan jadi pom-pom girl di bawah.
Eh jap! Ketiak aku basah?? Ni mesti camera error. -___-"
Murid-murid lelaki tadi tak mengalami sebarang kecederaan.
Cuma diorang kata macam nak gugur telor jantung!
So murid-murid pompuan pon berani lah nak try! hoho..
Muka tak sabar nak naik. "Awak, cepatlah turn kita pulak..."
Yeayyyyy!!! Here we go babyhhh!
Fuh! Memang stok gugur jantung! Hilang suara sebab puas melalak atas coaster.
Hamboi seronoknya muka masing-masing... =D
Sejak dah kawen ni, Raidoo mula merampas takhta aku sebagai Daddy's Daughter.
Ceyttt!!! *makan hati*
Biar aku geng dengan Mama je lah. =(
Dah puas melalak kat pesta, rombongan berangkat ke Queensbay untuk santap Seafood.
Masa orang sebok pilih lauk, masa tu jugak la kau sebok nak posing kan?
Uihhh..sampai terjuih! Menyelerakan! ;P
Nyam nyam nyam!!
Pulang ke rumah lebih kurang pukul 1 pagi. Masing-masing terus terbongkang kekenyangan.
Ikuti perjalanan hari kedua kami pada entry seterusnya. =)
5 comments:
suke jln2 kat penang..orgnye peramah amat!!!!
dan makanan dia..mmg setapppp.....
meriahhh...
cool la mama, siap pose dgn signage PUNDAN itu.kekekeke.
tapi, dik... part yg 'basket' itu mmg confirm la bukan camera error. sib baik basket..kalo 'bastut' (basah di tuuut)..ha..naya!
kahkahkah
cik puan akish,
org sini dah biasa jumpa pelancong kot. sebab tu peramah kan.. kalo mai penang lagi, singgah la rumah :)
kak is,
BASKET!!! kah kah kah.. kitorang pon dah guna term tu. keh3.. wei kalo dah bastut tu pe citer weiiii!! ;)
waaahhhh
sonok tengok, akak tunggu entry seterusnya,
eeeeemmmmmmm abang kassim ponpon nyer murtabak da rase lom?
kak syedi,
heheh..tunggu..sat gi rajiah publish yg day 2!. murtabak abg kasim tu kat mane ek?? nak try jugak tapi tak tau tempatnya.. :(
Post a Comment