Ikan ape bertulang hijau eh??

Last nite, macam biasa, bila dah malas sangat nak masak, tapaw je la makanan kat warong depan simpang sana tu ha.. =P
Tapi hari ni, aku bukan nak cakap pasal kemalasan aku memasak.




Sebenarnya aku and hubby terkejut bila tengok ikan yang kitorang makan tu, bertulang hijau!


Selama aku hidup ni, tak pernah pulak aku tengok ikan bertulang hijau!
Masa tapaw lauk tu pon, aku main sebat je lauk gulai ikan tu. 
Standard la bila dah lapar, mana ade masa nak recognize ikan ape segala.



Aku sempat snap gambar ikan tu masa tengah makan. 
Walaupon masa tu tangan tengah penuh ngan nasi.







Aku: Eh, ni ikan ape eh?
Hubby: Ikan Incredible Hulk kotttt..
Aku: *Gulp!*  :-/




Eh jap, tulang Incredible Hulk kaler hijau ke??
Hmmmm..mungkin rupa Ikan Incredible Hulk yang kitorang makan tu camni...





Ni rupa dia sebelum dimasak la.. =P
Uishhhh..tak sangka ikan pon ade superhero!
Korang rasa ikan ape yang kitorang makan tu eh???



Yee Sang, Yusheng, Yuu Sahng..

Ketiga-tiganya membawa maksud yang sama.
Tapi kita orang Melayu selalu dengar Yee Sang je la kan.
Iaitu sejenis makanan yang ade banyak ramuan. 
Yang selalunya digaul beramai-ramai sebelum makan.






Yee sang commonly terdiri daripada ikan mentah (selalunya salmon), daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina, dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat daripada sos plum.  
Generally, "yusheng" ni diterjemah sebagai "ikan mentah", dan dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.






"Lo Hei" pulak ialah budaya melambung yee sang. Macam yang kita selalu tengok kat TV tu. Ia merupakan adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura. 
Seluruh keluarga akan berkumpul di keliling meja dan melambung cebisan yee sang ke udara dengan penyepit, sambil melaungkan ucapan tertentu untuk menandakan bermulanya tahun baru yang makmur.  
How sweeeet.. =)



Sebab tu la orang-orang Cina selalu mengamalkan Yee Sang ni. 
Especially masa raya cina ke, bukak kedai ke, sambut baby, etc..



Korang pernah try tak?
Aku takde kesempatan lagi. Yee Sang sendiri-sendiri dengan kawan-kawan pernah la. 
Itu pon main taram je letak ramuannya. Kitorang gaul jajan-jajan. =P