Ade ape dengan 12 binatang dalam kalendar Cina?

Bila dah duduk dalam masyarakat majmuk ni,
orang lain raya, kita pon sibukkkkk nak raya.
Sibukkkk nak balik kampung.
Sibukkkkkk nak cuti main bunga api, tanglung segala.




Memang meriah hidup kat bumi Malaysia ni kan?
Tapi lebih bereti bila setiap perayaan yang kita sambut tu, kita faham serba sedikit tentangnya. Janganlah celebrate 'kosong' je. 
Semua orang tahu, tahun baru (cina) kali ni datang dengan simbolik Arnab.
Tapi tau ke ape istimewanya tahun Arnab ni??
Malulah kalau tak tau kan.. especially yang lahir pada tahun Arnab (macam aku).
Jom kita amik tahu!






Menurut pakar feng shui, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu.
Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.
Tiga elemen berkenaan, mempunyai kaitan yang sangat rapat
dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.
Justeru, rakyat Cina digalakkan ganti buluh atau hadiah yang lain dengan
elemen tersebut. Juga memakan lebih banyak
buah-buahan selain membela arnab.
 Sumber





Itu untuk tahun ni, Arnab.
Camne dengan tahun-tahun lain??






Harimau -  berani, emosional, tidak terduga
Kerbau - kukuh, tenang, dipercayai
Tikus -  cerdas, menarik, terus-terang
Babi -  tulus, sabar, jujur
Anjing -  setia, jujur, cerdas
Ayam jantan - akal, terancang, tegas
Monyet - aktif, suka bersenang-senang, ingin tahu
Kambing -  kreatif, lembut, penyayang
Kuda -  energik, berdikari, pekerja keras
Ular -  menggoda, pintar, bijaksana
Naga - mulia, energik, ghairah

Arnab - penyayang, tulus, peka 




Menarik kan??
Untuk pengetahun korang, 12 binatang ni sangat istimewa dalam kehidupan orang-orang Cina. Setiap binatang tu, melambangkan keperibadian setiap individu yang lahir pada tahun tersebut.
Ini kepercayaan orang-orang Cina la.
 Tapi tak salah kalau kita hormati dan amik tahu tentang perayaan bangsa lain kan?



Happy Holiday, everyone! =)



Nicknames

Last week, aku tengok WHI, ade sorang mamat ni, dia ade masalah rambut beruban since kecik lagi. 




So nak dijadikan cerita, kawan-kawan sekolah dia, semua panggil dia 'pakcik'. 
Sebab rambut dia beruban macam pakcik.
In fact, nickname tu lekat sampai sekarang. Dan dia pon dah selesa guna nickname tu untuk diri sendiri. Iaitu 'pakcik'.
Haihhh..what a nickname u have la, pakcik! =P



So, what about u, guys?
How many nicknames u have so far?
Ade tak nickname yang macam ala-ala menyindir?
Atau it's juz a short form of ur full name?
Atau nickname tu ialah kau punya 'nama kampong'?
Or it's bcoz u are debab, keding, ketot, panjang, etc?
Nicknames can be anything kan..
Ade orang suka nickname dia, and vice versa.





Setakat ni, aku ade a few la jugak.
 Masa aku primary school, aku duk kat Ganu.
Since my full name is Adlil Rajiah, kawan-kawan prefer panggil aku dengan first name-Adlil. Tapi nak dijadikan cerita, nama Adlil tu diterengganukan. So jadi lah Deley.
Haha.
So diorang ni suka-suka je la panggil aku Deley.
Aku pon layan je la, sebab kat Ganu memang camtu.
Kalau nama Mat, jadilah Mak. Eheh.



Pastu jaman dolu-dolu kan suka buat buku skrap/autograf, pastu suruh kawan-kawan tuliskan biodata, makanan minuman kegemaran, cita-cita, etc  kan?
So aku mesti tulis camni:



Haha. 
Nickname nak bajet nama Power Rangers je kannnnn..



Tapi ade beberapa budak-budak nakal masa aku sekolah rendah dulu.
Diorang ni suka buli-buli aku. Sebab aku mase kecik kuat nanges. T_T
Biasa la, lagi kau manja, lagilah kena buli kan.
So, bebudak ni siap boleh buat lagu untuk aku!
Everytime nampak aku je, mesti nyanyi:
Adeley, Adelok, Adeley kaki belok~~


Siot je weiiii....!!!! Balik umah mesti aku ngadu kat Along aku.
Esoknya, siap la Along aku sekeh budok-budok tu sume!!! ;P





Itu kisah sekolah rendah... =)



Masuk secondary school, ramai yang panggil aku Rajiah instead of Adlil.
Aku suka diorang panggil Rajiah.
Bcoz maksudnya HARAPAN.
Awww, i loike!! =P



Tapi bila masuk Matriks & UiTM, dah takde dah bunyi nama sebenar.
Terus nama aku jadi Ji, Jiji, Raj, Raji etc..
Haihhh..





Yang paling lekat sampai sekarang, Jiji lah.
Sebab tu jugak aku guna nickname Jiji untuk belog ni.



Dalam family pulak, aku dipanggil Kakngah / Rajiah je.
Tapi kalau Mama aku marah, terus keluar nama penuh, Adlil Rajiah!!! =P







Tapi bila balik kampong, Kolo Pilah, nama aku terus jadi Rodiah / Rojiah / Jiah.
Oldskool habis! T_T





Tapi since aku kawen ni, aku ade nickname baru!
Raji! =P
Ni iparan-iparan aku punya kerja la nih! Haihhh.. ;)





So ape pulak nicknames yang korang pernah ade?
Cerita la sikit.. nak tau gak. =)