Tajuk je dah tahu boring seboring boringnya.
Macammm...perlu ke aku terus membaca blog yang boring seperti ini?
Kan? Haha!
Jadi apa lagi?
Sila tekan pangkah di sebelah kanan atas dan blah.
Hamboiiiii...halau sangat. Hihi.
Sebenarnya aku pon tak sampai hati nak baca blog yang semakin memboringkan sejak kebelakangan ini. Apatah lagi membiarkan korang membacanya. Mesti lah ibarat kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Kaitan sagu dan blog?
Dua-dua pon boring.
??
Err....apakah aku merepek niiiiiii
Ok marilah kita berterus terang.
Aku nak mintak mahap awal-awal kalau tatkala korang membaca blog ni semakin hari semakin boring. Rasa macam nak taruk longkang je blog ni.
Korang memang tak bersalah pon. Sebab aku pon rasa gitu. Huhu.
Dan minggu ni, banyak lagi entry-entry boring akan menyusul.
Hadap lah kalau sanggup.
Haha!
Aku bukan sengaja.
Kalau ikutkan memang tak termampu langsung nak update blog.
Sebab terrrrrrrrrrr
terrrrrrrr
terrrrlalu occupied.
Terrrrrlalu sibuk.
Orang kata, kalau terrrr maksudnya tak sengaja. So boleh dimaafkan.
So korang kena assume aku ni macam,
Eh eh tak sengaja sibuk. Eh eh tersibuk pulak tetiba.
Cepat-cepat rasa nak maafkan aku.
Begitu.
Kihik kihik kihik.
Jadi jujur aku katakan, minggu ni (dan mungkin minggu depan dan minggu depan dan minggu depan jugak HAHA), semuanya adalah secheduled post sahaja dan mungkin semuanya adalah boring. Aku kena bagitau begini, kang takde la korang expect tinggi sangat macam,
masuk office terus bukak computer laju-laju sambil
"uish uish uish tak sabarnya nak baca entry terbaru megan fosh hari ni. Mesti best."
Macam bagus tak aku buat dialog untuk korang?
Kahkah.
So aku expect bila aku dah bagitau awal-awal, dari sekarang korang dah boleh set kepala otak korang, masuk office, bukak komputer, bancuh kopi, tengok fail-fail dokumen yang bergelimpangan atas meja lalu tersenyum, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, buka fail-fail dokumen, jalankan tugas seperti biasa.
Dan tetiba ada sekretari korang masuk,
"Dato', sebentar lagi kita ada meeting dengan Cemara Holdings berkaitan projek eksport rambutan crepe ke amerika selatan yang bernilai 29 juta itu."
"Ok baiklah. Tolong sediakan fail untuk saya tandatangani."
Rupanya korang adalah CEO syarikat tetiba kannnn??
Kejadah apa CEO nak baca belog saatakukaupilih pulak???
Macam bagus nak ngaku CEO baca blog aku kan.
Mudah-mudahan dapat berbesan la kita. Ehh?
-__________-
Lempang tahu la.
Jadi sebelum saya mengakhiri entry ni, izinkan saya meminta maaf memohon ampun dari korang semua. Saya tahu saya bersalah.
Tetiba nak bersaya-saya kannnn. Geli bulu hidung.
Marilah kita beramai-ramai menghayati gambar-gambar di bawah, sambil memaafkan diri ku yang serba kekurangan ini.
Aku terrrrrrlalu sibuk.
Tak sengaja sibuk.
Kan?
Jadi mohon sebarkan maafkan.
Dua makhluk comel ni, kalau kat rumah Atok Nasir & Lola Corazon, memang macam retis lah. Semua-semua yang dibuat ada je yang nak mengsnap gambar.
Aku yang mirip macam meganfff..
ok tak tak.
Belum habis cakap lagi korang dah bluwek bluwek kannnn..
Tahu sangat.
Untung Baby Aqil dan Baby Haikal dapat kasih sayang yang melimpah ruah dari sesiapa sahaja yang melihat. Especially Atok & Lola.
Alhamdulillah.
Kang diorang cuti sekolah kang senang. Takyah susah-susah nak pikir nak taruk mana budak dua orang ni. Longgok kat rumah Atok & Lola je. Haha!
Tapi diorang (Atok & Lola) tu kannnnn..
Sampai tak pergi kerja kalau cucu depan mata.
Cucu datang je, tetiba EL, tetiba MC.
Biasaaaaaa dia!
Akibat terlebih kasih sayang. Kahkah.
Dua-dua bajet bagus.
Yang belah kiri tu (Baby Haikal) hidung terseret kat jalan.
Yang belah kanan (Baby Aqil), lebam terantuk dahi.
Dua-dua atas sebab yang sama.
Iaitu tak reti duk diam, bila berjalan, menonongggggg je kedepan. Nak lajuuuuu je. Dah seronok sangat menonong tu, terus lupa safety first.
Maka ratapi lah akibatnya.
Berjurai air mata 2-3 minit.
Pastu sambunggg menononggg.
Berjalan tu bukan reti nak tengok bawah, tahu-tahu dah tersadung mainan, tersadung karpet, tersadung ibu jari kaki sendiri.
Dah elok satu luka, naik satu luka baru.
Bak kata DaddyLang depa,
"Haaa..kan dah mendapattttt kat hang! Yang duk loqlaq sangat pasaipa.."
Baik punya kena sound. Kahkah.
Tu la duk membajet boboiboy masing-masing.
Tapi....
yang parahnya, ibu-ibu yang asik kena heart attack everytime anak jatuh.
Pfft.
Kesimpulannya,
Errr........
Selamat Hari Kekasih.
Eh dah lepas ke?
Selamat Hari Buruh la kalau camtu.
2 comments:
alolooo..kiutnye la hai..siap main piano bagai..
alolo..macho sungguh..nampak sangat haikal tu abg kawasan..sian abg aqil
Post a Comment