Langkah Dedahkan Anak Kepada Aktiviti Snorkeling

Haikal: Mama, macam mana ikan boleh hidup dalam air? Dia tak lemas ke? 

Me: Tak. Sebab Allah memang buat ikan untuk hidup dalam air. Dia boleh bernafas dalam air. 

Haikal: Oo.. Tapi kalau ikan duduk dalam air je, macam mana dia nak pergi sekolah? 

Me: 😑 Hmm. Dia ada la sekolah dia dalam air tu. 

Haikal: Umm.. Tapi macam mana ikan nak bawak beg sekolah? Dia kan takde tangan? 

Me: Dia sangkut kat ekor la kot. 😑

Haikal: Oo.. Mama, kenapa ikan takde rambut? 

Me: Zzzzzzzzz *buat-buat tido*

😂

Sejak umur 3 tahun lagi, 
Haikal dah start tunjuk curiosity terhadap underwater world.
Dia banyakkkkkkk tanya pasal ikan. 
Shark, stingray, dolphin, swordfish, puffer fish, nemo, dory, turtle, corals, yada yada. 
Dia tak tahu ke mama dia ni kenal ikan bilis je?
Oh dan juga bebola ikan. 😑

So apa saya buat bila Haikal tanya macam-macam pasal ikan? 
Youtube la. 😂
That's the only time, youtube dihalalkan ke atas Haikal. 
Itupun not more than 30mins at a time. 

So kalau dia nak tahu how fishes swim, how sharks cari makanan, how turtles lay eggs, etc, i'll show him videos and explain to him. 
Or sometimes, 
kitorang bawa Haikal pergi aquaria KLCC ke apa, just to let him see sharks depan batang hidung. 

Tapi kalau dah tahap tanya kenapa ikan takde rambut, memang pura-pura tido je la jawabnya.
Takpun pun pura-pura nak berak lalu berlari ke toilet untuk menyelamatkan diri. 😂
Kuasa pulak nak jawab kenapa ikan takde rambut. 😒

My husband and I always wanted to help with Haikal's curiosity tentang underwater world. 
And last year, 
kitorang ada bawa Haikal ke Pulau Lang Tengah, Redang dan Perhentian. 
Konon-konon nak bagi dia rasa snorkeling dalam laut. 
Tapi malangnya masa tu he wasn't ready for that kind of activity. 
He was too afraid, 
sebab dia tak pernah mandi kat open ocean sebelum tu.

Silap kitorang jugak sebenarnya sebab tak pernah expose Haikal dengan air laut. 
Asyik mandi pool je. 
Kalau pergi pantai pun duduk tepi-tepi je. 
Kecut telo meraung-raung budak tu nak masuk laut masa snorkeling tahun lepas 😒

Stress jugak la masa tu. 
Sebab datang jauh-jauh, tetiba hoiii taknak snorkeling pulak. 

But we learn the lesson.

We start exposing Haikal slowwwwwly dengan air laut. 
Ambik masa beberapa bulan juga lah to build that confidence dan bagi Haikal selesa mandi laut. 

Dannn baru-baru ni kami cuba sekali lagi bawa Haikal pergi snorkeling. 
Dan yesssss alhamdulillah, 
he really enjoy his snorkeling experience this time. 
Sampai taknak balik. 
Hujan rintik-rintik pun taknak balik.
Nak mandi hujan dengan ikan, katanya. 😑

Keesokannya, tahniah sebab Haikal demam.
Itu namanya, allah bayar cash bila taknak dengar suruhan ibu. 😂

Tapi alhamdulillah kami puas,
sebab seronok tengok Haikal enjoy snorkeling. 
Haikal tak henti-henti recall pengalaman snorkeling pertama dia. 
And lukis "creatures" yang dia nampak sepanjang snorkeling tu. 😊

Anak-anak ni, 
sebenarnya curiosity mereka sangat powerful, 
dan itu yang encourage diri mereka untuk menimba macam-macam knowledge. 

But unfortunately, 
kita ibu bapa kadang-kadang tersilap langkah atau tersilap jawab soalan-soalan anak, 
sampai tanpa kita sedari, 
we actually kill their curiosity. 
And once kita bunuh curiosity mereka, 
kita sebenarnya bunuh masa depan mereka. 

We should always be careful with our reactions towards their curiosity. 
Biar mereka selalu bertanya. 
Biar mereka selalu curious. 
Sebab itu yang akan menemukan mereka dengan masa depan mereka. 
Kan? 

Nanti saya share in another post, 
tentang cara saya handle "soalan-soalan merepek" Haikal okay? 😂

The key is--
don't kill their curiosity. 
Don't stop them from asking questions. 
Sebaliknya lead them to find the answers. 
I will write more on this later k. 

Sebab kali ni saya nak share 5 tips, 
untuk korang yang nak plan bawa anak-anak pergi snorkeling. 
Benda-benda ni jugak yang saya apply dekat Haikal, 
to get him ready for his very first snorkeling experience baru-baru ni. 

1) KNOW YOUR CHILD'S READINESS 

Bila sebut readiness, jangan tengok umur. 
Tapi kenal tahap anak masing-masing. 
Sama macam bila nak ajar anak membaca, mengaji, mengira, apa semua, 
tengok readiness, bukan umur. 

Jangan sebab anak jiran sebelah yang umur sebaya anak kita dah pandai baca, 
so kita pun assume anak kita pun dah ready untuk membaca. 

Lihat kecenderungan anak dulu. 
Bila dia cenderung, maksudnya dia ready. 
Macam mana nak trigger readiness tu? 
Break down the process. 
Expose secara berperingkat dan perlahan-lahan, 
sampai kita nampak kecenderungan anak terhadap perkara tersebut. 

Sama lah dengan snorkeling. 
Tak boleh expect anak terus ready, 
nampak laut terus terjun, 
pastu terus mampu menari berirama dengan ikan-ikan dalam laut tu. 😑

No. 
Slowwwwwly trigger the readiness. 
Boleh juga tunjuk video orang snorkeling untuk trigger readiness tu. 

And when you think your child is ready, 
then start making the next step. 

2) BIASAKAN ANAK DENGAN OPEN OCEAN

Swimming pool dan laut adalah dua benda berbeza. 
Biasa mandi pool, tak semestinya anak akan suka mandi laut. 

Since snorkeling adalah aktiviti di lautan, 
slowly expose anak kepada air laut. 
Mula-mula main pasir dulu. 
Pastu start cicah-cicah kaki. 
Pasti celup sampai lutut. 
Pastu rendam satu badan. 
Pastu jemur di ampaian. 
Ehh! 😂

3) INVEST IN GOOD SNORKELING GEAR

Ini soal keselamatan anak. 
So jangan berkira sangat. 
Make sure snorkel set yang dipilih, berkualiti. 

Pilih yang silikon instead of plastic, 
to avoid water leaking kat bahagian hidung, mata, dan mulut. 

Cari yang kids size. 
Yang fit pada muka anak. 
Fit ye, bukan tight. 
Kita selalu anggap yang ketat tu bagus. 
Sebenarnya tak. 
Cari yang ngam dan selesa, bukan ketat dan menyakitkan. 

Pemilihan snorkel mask yang salah atau menyakitkan, akan buat anak traumatize dan terus tak minat snorkeling. 

Kalau ikut pakej snorkeling di pulau-pulau, 
selalunya diorang akan sediakan snorkeling gear, 
tapi biasanya diorang takde saiz untuk budak-budak. 
So nak selamat, beli sendiri untuk anak-anak. 

4) BIASAKAN ANAK DENGAN SNORKELING GEAR. 

Selain kena biasakan anak dengan laut,
kena biasakan mereka juga dengan snorkeling gear. 

Biar mereka explore benda tu. 
Ajar mereka cara pakai, dan cara breathing.
Yang ni biasanya ambik masa. 
Sebab anak-anak tak biasa bernafas melalui mulut. 

And make sure they're comfortable with those equipments. 

BAGI MEREKA MASA untuk build that confidence untuk swimming in open ocean sambil memakai snorkel set tu. 
Jangan paksa. 
Let it happen naturally. 

Macam biasa, 
break down the process. 
Mula-mula bagi anak explore snorkel set. 
Lepas tu pakai kat rumah sambil mandi kat bilik air, sambil ajar cara breathing. 
Pastu pakai kat swimming pool. 
Pastu pakai kat tepi-tepi laut. 
Pastu pakai sambil berenang kat laut sambil menunggang jerung. 😂
.
5) PROPER FLOTATION 

During snorkeling, selalunya kita kena pakai life jacket. 
So benda tu pun kena biasakan. 
Tapi tak semestinya kau kena beli life jacket untuk anak la kan. 
You can use pelampung tangan yang macam Haikal pakai tu, atau pool noodle. 
As long as anak biasa kawal diri di atas permukaan air. 


So that's all. 
Semoga berguna untuk korang semua. 

Kalau ada rezeki, try la snorkeling dengan anak-anak. 
Best tau. 
Sebab bagi diorang, 
snorkeling experience ni macam magical gila.
Macam tiba-tiba berada di dunia yang aneh dan fantasi sambil dikerumuni oleh makhluk asing. 😂

Di samping tu, 
dapat juga pupuk sifat mengagumi kebesaran Allah dalam diri anak-anak. 

Apa pun aktiviti yang kita lakukan dengan anak-anak, 
always remember to have fun and always control our emotion! 
Snorkeling dengan anak-anak shouldn't be stressful. 
It should be one of those memorable moments in life.

Just remember, 
anak-anak kita imitate ibu bapa. 
Kalau mak bapak happy dan pandai kawal emosi, 
insyaAllah anak-anak pun akan happy and well-behaved, insyaAllah. 😊

Thank you Allah for this opportunity. 
Lepas ni boleh la bawak Haikal snorkeling kat Bahamas sambil tunggang ikan pari sebesar kuali kacau dodol ittew. 😂





1 comments:

Anonymous said...

Hi, I find reading this article a joy. It is extremely helpful and interesting and very much looking forward to reading more of your work..best snorkeling destination