Haikal : Mama, papa kata orang dulu-dulu takde kereta. Habis tu diorang pergi tesco naik apa?
.
Me: Kalau haikal nak tahu, orang dulu-dulu bukan setakat takde kereta. Tesco pun takde. 😂
.
Haikal: Oh. Habis tu, diorang pergi jalan-jalan naik apa?
.
Me: Umm..diorang naik kuda.
.
Haikal : Wah bestnya! Tapi kalau kuda tu laju sangat, macam mana diorang nak brake?
.
Lulss! 😂
.
Okay jokes aside.
Sebenarnya saya memang dah lama nak bawa Haikal cuba horse riding.
.
Sebab macam yang kita semua tahu,
Rasulullah saw pun suka aktiviti berkuda nih. Dan baka kuda Rasulullah adalah baka kuda yang terbaik di dunia.
Hebak!
.
In fact, horse riding juga digunakan sebagai terapi dalam merawat anak-anak yang mempunyai mental/physical disabilities.
.
Have you ever wondered macam mana seekor kuda boleh merawat mental dan fizikal manusia?
.
Ini lah yang dinamakan--
horsepower! 😂
.
So lepas ni, kalau anak demam,
pergi jumpa kuda dulu.
Kalau kuda kata tak boleh tolong,
baru jumpa doktor.
Ok tak kelakar. 😑
.
Baru-baru ni, kami sekeluarga berpeluang pergi horse riding dan experience the "therapy effect" sepanjang sesi tersebut.
.
Memang ahmayyyzing!
Dan insyaAllah kami mahu lakukan aktiviti horse riding ni sekerap mungkin lepas ni.
.
Menurut trainer kuda yang guide kitorang hari tu,
horse riding sebenarnya bukan sebagai hobi mewah/ rekreasi santai/ hiburan sahaja.
Ia sebenarnya dapat membantu kesihatan badan dan kecergasan otak si penunggangnya juga.
Bapak ahhh.. but how lahh?!
.
Ini antara benefits yang kita akan dapat daripada aktiviti horse riding:
.
1) Body awareness.
.
Setiap pergerakan ketika horse riding akan meningkatkan stability, coordination, dan strength badan kita.
The more we ride,
the more our body learns to move with the horse.
.
2) Quick thinking & emotional control
.
Kuda adalah sejenis haiwan yang bijak, licik, dan bersifat pembuli.
Dia sentiasa ada agenda tersembunyi untuk si penunggangnya.
Nakal kau yee, kuda.
.
Kengkadang kalau kuda nak mengusik si penunggangnya,
dia akan melompat-lompat,
berlari secara tiba-tiba,
terbersin-bersin,
geleng-geleng kepala, etc.
.
So si penunggang perlu pantas berfikir, kawal perasaan, dan jadi lebih bijak dan lebih licik berbanding kuda.
Siapa yang tak pandai kawal emosi, penakuit, atau mudah gabra,
akan kalah lah dengan si kuda.
Maka si kuda akan ketawa berdekah-dekah lalu berkata neighhhhihihihiiii,
yang bermaksud "padan muka kau, manusia." 😂
.
So when you ride a horse,
you have to be mentally prepared to constantly adjusting to the horse's agenda.
If not, masaklah kau.
.
3) Body coordination
.
Pergerakan ketika horse riding juga akan membantu koordinasi badan. Terutamanya koordinasi antara mata dan badan.
.
So kepada ibu bapa yang ada anak-anak yang poor hand-eye coordination, boleh cuba horse riding.
Nanti kuda tu tahu lah camane nak ajar anak kau. 😂
.
4) Core strength
.
Horse riding adalah sejenis aktiviti isometrik, yang melibatkan otot tertentu, untuk menyeimbangkan badan di atas kuda.
Ini juga akan membantu memperbetulkan postur badan penunggang.
.
So kepada yang ada masalah bongkok ke apa, cuba horse riding.
Nescaya lepas tu kau terus jalan menegak, macam pakai korset. 😂
.
Selain itu, horse riding juga dikatakan mampu meningkatkan cardiovascular capacity si penunggang.
.
5) Muscle tone & flexibility
.
Korang perasan tak muscle kuda kemain sadooo meleleh eklioq tengok.
Bila dia berlari tu,
uihhhhhh terkeluar keluar muscle dia.
Kalau saya jadi kuda betina,
mesti hari-hari minta dukung. 😂
Siapa suruh sado sangat.
.
Yes, kuda mempunyai tone dan flexibility otot yang sangat baik.
Dan ia juga boleh jadikan otot penunggangnya begitu.
.
Bila horse riding, kita perlu berada dalam posisi squat.
So ia banyak menekankan penggunaan otot pinggul, peha dan kaki.
So sesiapa yang mengimpikan pinggul bujur sirih,
boleh bela kuda lepas ni, instead of bela kucing.
.
6) Mental exercise
.
Ada terrrrlalu banyak mental benefits yang diperolehi daripada aktiviti horse riding.
Bukan setakat kita akan lebih kenal kebolehan diri sendiri, kita juga akan experience sejenis "meditative effect" daripada aktiviti ini.
.
Sebab bila di atas kuda, minda kita mula focus kepada satu perkara sahaja,
dan ia secara tak langsung akan mencetuskan satu hubungan rapat atau perdamaian antara kita dan kuda.
.
No wonder lah orang kata naik kuda ni satu terapi.
It really is!
.
Saya nak share jugak kat sini,
10 fakta amazeballs berkenaan kuda yang saya sempat belajar dari pemilik Island Horses Langkawi.
.
1) Kuda boleh tidur dalam posisi berdiri ataupun baring.
.
2) Kuda yang baru lahir, boleh terus berlari.
Power rangers!
Eh silap, Horsepower! 😂
.
3) Umur kuda adalah 3 kali ganda umur manusia.
.
Contohnya, kalau umur kuda tu 10 tahun, tahap kematangan dia adalah seperti manusia yang berumur 30tahun. Dan kuda boleh hidup selama 25 tahun sahaja.
.
4) Kuda mempunyai mata terbesar di kalangan semua mamalia di darat.
.
So wahai manusia sekalian, jangan perasan mata awak besar walaupun dah pakai contact lens kpop.
.
5) Kuda boleh melihat 360 darjah, tanpa perlu menggerakkan kepalanya.
.
Pandang serong, pandang sinis, pandang rendah, semua boleh.
.
6) Untuk bagi kuda lari lebih laju, ia perlu disebat dengan tali.
.
Sebenarnya bukan kuda je.
Manusia kena sebat pun lari laju, bhai. 😂
.
7) Kuda mempunyai sifat pembuli.
.
Lagi si penunggangnya takut, dia akan lagi sengaja menakut-nakutkan.
So bila nak ride kuda, kena buat muka jet black.
Baru kuda tak berani buli.
.
8) Kuda ada instinct yang kuat. Dia boleh rasa apa yg penunggang dia rasa.
.
Macam bomoh la. Belum bagitahu apa-apa, dia dah tahu cerita. 😂
.
9) Harga kuda biasanya dalam RM10-20k.
Tapi kalau baka terbaik seperti yang Rasulullah pakai,
harganya boleh mencecah jutaan ringgit.
Hebat nabi kita, kan? 😊
.
10) Kuda jantan, dipanggil stallion. Kuda betina, dipanggil mare. Dan anak kuda, dipanggil foal.
.
Abih mana datang perkataan horse tuh? 😑
.
.
Apa pun, we enjoyed our horse riding session recently.
Terima kasih team Island Horses Langkawi sebab melayan kami dengan baik tempoh hari.
Dan terima kasih juga kepada si kuda,
Laila dan Bomber,
kerana tak buli kami teruk sangat. 😂.
.
So kepada anda di luar sana,
beri peluang kepada diri dan anak-anak untuk mencuba sesuatu yang baru.
Bagi saya,
horse riding adalah satu aktiviti yang berbaloi dan mind-recharging.
.
Untuk yang tertanya-tanya tentang rate horse riding di Island Horses Langkawi,
RM60 : 15minit
RM240 : 1 jam
And boleh pilih nak track tepi pantai atau dalam hutan. 😍
.
Sebenarnya ada banyak je tempat-tempat horse riding yang dibuka kepada orang awam.
Google it, and give it a try!
.
Bestnyaaa kalau Haikal's Outdoor Playgroup dapat arrange aktiviti horse riding for kids satu hari nanti.
InsyaAllah, amin. 😊
0 comments:
Post a Comment