7 PERKARA PENTING YANG RAMAI PARENTS TERLEPAS PANDANG

7 PERKARA PENTING YANG RAMAI PARENTS TERLEPAS PANDANG, 
bila anak-anak tak pandai menulis, 
tak pandai melukis / mewarna, 
tak pandai pegang pensel dengan betul, 
tak fokus dan cepat bosan bila buat sesuatu aktiviti.

Sejak saya lancarkan LOOKISSLAH beberapa hari lepas, 
ramai yang mengadu tentang anak masing-masing yang KONONNYA tak pandai menulis, melukis, dan mewarna. 
Lagi teruk, umur dah 5-6 tahun masih tak pandai pegang pensel dengan betul. 

Kenapa saya cakap "kononnya"? 
Sebab sebenarnya bukan anak tu yang tak pandai. 
Tapi ibu bapa tu sendiri yang terlepas pandang beberapa proses dalam membantu perkembangan anak-anak mereka. 
Pastu sedap cakap anak tak pandai macam-macam. 
Lagi sedap, bila parents tu membanding-bandingkan anak dia dengan anak orang lain. 

"Tengok anak jiran kita tu. Dah pandai tulis karangan surat kiriman rasmi. Anak kita ni nak pegang pen pun terketar-ketar lagi. Apalah nasib kita ni, bang." keluh sang isteri kepada sang suami. 

Boleh bayangkan tak, macam mana kalau anak-anak kita pula yang membanding-bandingkan kita dengan ibu bapa lain. 

"Mak tahu tak, mak si Daniel tu baik sangat. Dia tak pernah marah-marah tengking-tengking Daniel. Hari-hari dia tolong kitorang buat homework, sambil hidangkan minuman ribena yang penuh khasiat. Siap selawat 3 kali ketika dibancuh. Saya rasa saya nak pindah rumah Daniel lah. Boleh tak, mak?"

Mesti kita terus smash dia dengan lesung batu bila tetiba anak kita cakap camtu. 
Kan? 
Anak derhaka, anak tak kenang budi, anak si tanggang, semua perkataan keluar. 
Tindakan refleks asian parents, almaklumlah. 😂

Now, let me tell you this. 

Kita parents ni kadang-kadang terlalu obses nak anak kuasai macam-macam kemahiran,
sampai kita lupa nak pupuk sesuatu yang amat penting dalam diri anak-anak, iaitu--

SELF-CONFIDENCE. 
KEYAKINAN DIRI. 

Apa pun skills yang diajar, takkan berjaya dikuasai, 
kalau anak takde benda ni. 

Confidence. 

Saya bagi contoh. 
Kalau anak kita suara sedap,
dan kita nak dia kembangkan bakat dalam nyanyian atau hafazan, 
tapi kita lupa nak build that confidence, 
maka sampai bila pun anak tu takkan mampu menguasai kemahiran nyanyian/hafazan tu secara keseluruhan. 

Sebab apa yang lebih penting dari sesuatu kemahiran itu, ialah--
perasaan yakin dan percaya pada diri. 
That "I can do this!" feeling in one-self. 

Bila anak dah ada kepercayaan tu, 
that "i can do this" feeling, 
apa pun kemahiran akan boleh dikuasai dengan mudah. 😊

Bcoz they will find their own way to master the skills, 
dalam keadaan emosi yang baik, 
dan dalam state of mind yang positif. 

Sebab? 
They already believe in themselves. 
They already have that confidence in themselves. 

So dalam bab menulis, melukis dan mewarna ni, 
macam mana nak build confidence tu? 
Dari mana confidence tu datang? 

Dari dua method ni--
FREE-WRITING & FREE-DRAWING. 

Menatang apa tuh? 
Let me explain. 

Free-writing and free-drawing adalah aktiviti menulis/melukis TANPA SYARAT. 
Anak-anak BEBAS menulis dan melukis dengan apa jua cara dan rupa. 
Comot ke, terbalik ke, terkeluar garisan ke, salah ejaan ke, menggerutu ke, lukisan berupa makhluk aneh ke, pokok warna biru ke, kuda berkaki lapan ke, 
BIARKAN. 

Just observe and keep the interaction going. 
Dan sesekali give some compliments. 
Ini penting untuk build their confidence and enjoyment, 
sebelum memperkemas skill tersebut. 
So biar je anak-anak happy kat situ lukis kuda berkaki lapan. 😂

Tapi untuk build confidence and enjoyment, 
tak lah semudah tu. 
Parenthood kan memang tak pernah mudah. 
Ehh! 😂

You have to break down the process. 
Ada 7 proses penting dalam membentuk confidence, 
seterusnya build excellent writing/drawing skills anak-anak. 

Ramai yang tanya saya, 
macam mana Haikal boleh melukis, menulis dan have that good pincer grasp sejak umur 2 tahun? 
Let me show you how we did it. 
Because actually semua anak pun boleh! 
Cuma parents kena tahu main peranan. 

Ini 7 proses yang parents kena tahu, dan prektikkan kat anak-anak. 

1) Build confidence, before teaching any skills. 

Dalam bab menulis/melukis ni, 
just give them a plain paper and some coloured pencils. 
Atau suka hati lah nak bagi water colour ke, crayon ke, apa-apa ke. 
Let them explore in their own way. 
Diorang nak conteng-conteng ke, 
nak koyak-koyak dan jadikan kepingan dedaunan kering ke, 
nak lipat-lipat jadi jet pejuang ke, 
just let them explore. 

Kalau anak tak tahu nak buat apa, 
just show some examples. 
Show ye, bukan instruct. 

Contoh, 
tunjuk a simple drawing of a house, 
and let them copy in their own way. 
Ataupun, tulis their short name on paper, 
and let them imitate the writing. 
Tunggang terbalik ke, 
diorang tulis dari bawah ke atas ke, 
dari tengah ke tepi ke, 
biarkan. 

Layan je. 
Walaupun yang kita nampak, cuma garisan-garisan hodoh di situ. 😂

Let them enjoy the experience, 
and slowwwwwly build confidence. 
.
2) Don't say "I can't draw" in front of your kids. 

Ni common mistake yang parents selalu buat--
malu dgn lukisan sendiri depan anak-anak.
Siap mengaku depan anak-anak, 
"Sorry, Mama tak pandai lukis la."

Kamon aa. 
Depan anak-anak pun nak malu ke. 
Macam mana nak expect anak ada keyakinan diri, 
bila parents sendiri asyik kemaluan tak tentu hala? 😑

Children learn by example, remember? 
If you don't have that confidence, 
jangan pelik kalau anak-anak pun pemalu, tak yakin diri, dan selalu underestimate diri sendiri.

It starts with YOU!

Bantai je lukis depan anak-anak. 
Show them that you have that confidence and enjoyment. 
Walaupun kita lukis orang lidi je. 
Walaupun kita lukis kereta berupa spaceship. 
Lukis je! 

Ajak anak lukis sama-sama. 
Anak-anak don't really imitate how you draw,
but they imitate your confidence, and emotions you show. 
And sooner, bila diorang dah hold that confidence, 
they will draw/write better than you. 

Masa tu kau nak malu sendiri, silakan. 😂

3) Awas dengan reaksi anda terhadap artwork/tulisan anak-anak. 

Jangan perli, 
atau cakap artwork diorang buruk, salah, etc.
Sebaliknya, puji. 

Puji tu bukan sekadar cakap, 
"Wow cantiknya!", 
tapi fokus kepada effort mereka. 

Contohnya, 
"Wow rajinnya anak mama melukis."
Atau, 
"Mama kagum dengan kesungguhan dan lukisan Haikal."

Lepas tu, tanya tentang artwork yang dia buat. 
Biarkan anak-anak dengan bangganya bercerita tentang kisah di sebalik artwork garisan-garisan halus seperti lalang itu. 😂
End up, rupanya lalang itu adalah power rangers yang sedang beratur nak order makanan. 😂

4) Fokus pada progres. Bukan pada perfection. 

Jangan tunggu lukisan anak dah perfect macam professional artist baru nak appreciate. 
Instead, appreciate setiap improvement atau progress dalam drawing/writing skills dia. 

Perhatikan lukisan bulan lepas dan bulan ni, 
pasti ada improvement walaupun sikit. 
Walaupun lalang cuma tambah 2 helai daun. 😂
Takpe, it's still a progress. 

Jangan terlalu mendesak untuk anak capai lukisan / tulisan yang perfect gila, 
sampai anda membunuh confidence dan enjoyment dia. 
.
5) Kurangkan penggunaan colouring/tracing book. 

Bukan tak boleh, 
cuma kurangkan. 
Sebab ia mengehadkan kreativiti anak-anak dan buat parents lagi tak sesabo nak anak capai perfection in writing /drawing. 

Let them freely discover their own favourite ways to draw and write. 

Boleh je guna coloring / tracing book tu sometimes, 
to give some ideas. 
Tapi jangan terlalu terikat pada buku tu sahaja. 

6) Banyakkan exploratory play. 

Pelbagaikan canvas & art tools. 
Jangan terlalu terikat dengan penggunaan kertas dan pensel semata-mata. 

Bagi anak explore different kind of art tools, macam crayon, marker, paint, water colour, fabric colour, coloured shaving cream, etc. 
Dan bagi anak melukis atas canvas yang berbeza-beza, 
macam fabric, tshirt , kaca, batu, daun, kayu, belon, etc. 
Saya pernah share pasal Haikal doodle atas tingkap kereta kat sini: 
https://m.facebook.com/story.php…
Why not? 😉

7) Writing/Drawing games. 

Create game yang best, 
contohnya, main sambung-sambung garisan, 
anak buat satu garisan, mak sambung dengan bulatan atau shape lain. 

Takpun, main "complete the drawing". 
Mak lukis lembu yang tak complete, 
anak lengkapkan ekornya, matanya, etc. 

Boleh jugak main "colour combinations". 
Main campur-campur warna untuk hasilkan warna yang lain. 
Pastu doodle kat mana-mana guna warna tersebut. 

Yang ni favourite saya dengan Haikal--
"Blind drawing". 
Lukis sambil tutup mata. 
Memang terkekek-kekek gelak bila tengok hasil lukisan sendiri. 
Nak lukis wajah manusia, 
tetiba mata terkeluar, hidung kat dahi, 
telinga di awang-awangan, mulut kat pipi. 😂

Last but not least, 
korang boleh try game "Drawing to music". 
Pasang different genre of music, 
dan lukis apa yang didengar. 
Benda ni amazing gila, 
sebab different music will initiate different emotion, 
maka lukisan yang terhasil pun akan lain-lain. 

Amazeballssss gillssss! 😂


Kita semua tahu ada 1001 benefits dari aktiviti melukis, mewarna, dan menulis ni. 
Korang boleh baca sendiri tentang benefits ni di page LOOKISSLAH. 

Tapi apa yang saya nak tekankan adalah persepsi salah dari kita sebagai ibu bapa. 
Selalu anggap anak tak reti, 
anak tak minat, 
anak tak fokus, 
anak cepat bosan, 
bla bla bla. 

Sebelum buat apa-apa tanggapan, 
let's ask ourselves, 
apa yang kita ibu bapa dah buat dalam membantu perkembangan anak-anak? 
Dah cukup power ke peranan yang kita bagi selama ni dalam mencungkil bakat dan passion anak-anak? 

This is why i come up with LOOKISSLAH. 
To help parents expose their kids to free-drawing and free-writing, 
and build confidence and enjoyment together.
Plus, your kids can "wear" their confidence & enjoyment right away.

One common feedback yang saya selalu dapat dari parents yang dah cuba LOOKISSLAH, ialah--
"Satu tshirt tak cukup sebab hari-hari anak nak lukis, dan nak pakai baju tu tunjuk kat kawan-kawan. Terus terpaksa beli untuk kawan-kawannya sekali." 😑

Saya cuma mampu ucapkan--
takziah. 😂

But hey, look at your kids' happy face. 
Itu yang paling berharga kan? 
When they have self-confidence, 
and good emotional quotient, 
EVERYDAY! 

Semoga post ini bermanfaat. 
Good luck! 




0 comments: