Cara Tangani Anak Lasak!



Hampir setiap kali bila saya bagi talk, 
atau terima respon daripada pembaca buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna
mesti akan ada ibu bapa yang timbulkan isu ANAK LASAK. 

Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang, menjerit-jerit 24 jam. 

Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Sampaikan bila makan kat luar, nasi berterbangan lalu melekat di dinding dan siling restoran. Dan juga di muka waitress. 😂

Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais, etc. 

Dan ada juga parents yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD. 😑

So hari ni, topik yang saya nak share ialah--
ANAK LASAK. 
Atau ANAK SUPERMAN. 😂

Bagaimana mindset yang betul, 
yang sepatutnya perlu ada pada ibu bapa yang ada anak lasak? 
Dan apa yang kita boleh lakukan untuk menangani anak lasak, tanpa perlu stress hari-hari terutama bila nasi berterbangan di restoran? 😑

Sebelum saya nak bagi beberapa tips tentang isu ini, 
saya nak semua ibu bapa tahu dulu beberapa fakta menarik tentang anak lasak. 
Ye.. anak lasak ada fakta menarik ye tuan puan. 😁

Anak-anak yang lasak sebenarnya adalah--

1) Tergolong dalam kategori anak yang body-smart atau kinesthetically intelligent! Tapi mereka selalu disalaherti dan dilabel sebagai hyperactive / ADHD

2) Mempunyai energy yang sangat banyak dan badan yang kebal. Atau dalam erti kata lain, mereka mempunyai daya ketahanan badan yang luar biasa! Setakat terhantuk kat dinding, jatuh tangga, tersadung kat batu. Itu semua biasa. 

3) Malangnya, mereka mungkin kurang dari segi self-control, dan sering tantrums yang sukar dikawal. 

4) Anak-anak lasak /energetic sentiasa memerlukan sokongan emosi dan peringatan yang berulang-ulang untuk bantu build self-control mereka secara perlahan-lahan. 

Okay, dah aware dan faham tentang 4 fakta ni, 
baru kita cakap pasal macam mana nak handle anak-anak buaihh nih! 

Berikut adalah beberapa tips macam mana nak menangani anak lasak secara stress-free, tanpa perlu membunuh high-energy atau sifat "super-active" mereka. 


1) Aktiviti senaman / pergerakan setiap hari. 

Aktiviti yang melibatkan pergerakan adalah amat penting bagi anak yang lasak. Ia membantu anak channel their excess energy dan release stress pada masa yang sama. 

Tapi kalau anda bekerja dan tak banyak masa untuk keluar dengan anak-anak, provide some space khas untuk "energetic indoor games" kat rumah! 

Mungkin korang boleh lapangkan salah satu bilik, dan jadikan bilik tu untuk anak-anak melepaskan LASAK dan energy mereka. 
Letakkan lah some pillows, some big balls/balloons, some big boxes, some chairs, a ladder, bouncing tool, etc. 

Ada banyak games yang anak boleh explore dalam bilik tu. Silap haribulan, korang pun join sekaki. 😂 Biarkan anak memanjat, melompat, berlari, pillow fight, tendang bola, main maze, wrestling, main perang-perang, main sorok-sorok, dan macam-macam lagi dalam bilik tu. 

Lagi best kalau korang pasang muzik masa diorang tengah main tu. 
Let them dance and move away according to the music. Dan music sememangnya therapy bagus untuk active kids! 


2) Beri tanggungjawab. 

Bila anak-anak dah ready, anda boleh mula delegate tugas-tugas mudah untuk anak. Contohnya siram pokok, sapu/mop lantai, susun barang, basuh kereta, basuh bilik air, etc. 

Anak-anak yang lasak sebenarnya sangat suka membantu kerja rumah yang memerlukan pergerakan, dan mereka sangat "hands-on" jika budaya ini diterapkan sejak awal. 

Parents have to put some trusts on the children. 
Mula-mula mesti banyak kesilapan yang mungkin anak buat dalam tugas yang diberi. 
Rilekkk dan beri masa. 
Sooner or later, he/she will become your big helper! 

Plus, inilah cara terbaik untuk anda bantu anak lasak channel energy ke arah yang betul, membentuk self-confidence dan self-control dalam diri mereka. 


3) Dedahkan anak dengan sukan/sport. 

Tahukah anda kebanyakan atlet-atlet hebat di dunia, adalah pada masa kecilnya adalah seorang anak yang lasak dan mempunyai high energy? 
In fact, some of them adalah hyperactive semasa kecil! 

See how powerful sebenarnya anak yang lasak boleh capai dalam hidup mereka. Yang penting, kita ibu bapa jangan membunuh sifat energetic tersebut. Bimbing mereka dengan aktiviti-aktiviti yang betul. 

Mana tahu anak lasak kita ni sebenarnya setanding Dato' Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizul Pocket-Rocket satu hari nanti? 
Siapa tahu kan? 
Kang kita jugak yang akan bangga bila anak capai tahap macam tu kelak. 
Amin aminn! 😌


4) Limit screen time. 

Screen bukan bermaksud gajet sahaja, 
tapi termasuk juga TV dan panggung wayang. 
Dah banyak kajian menunjukkan screen time yang berlebihan akan membentuk sifat violence / keganasan pada anak-anak. 
WALAUPUN CERITA YANG DITONTON LANGSUNG TIADA UNSUR GANAS. 

Haa! Ini pelik. 
Tapi ia adalah research-based. 
Anak yang menonton TV atau gajet berlebihan, didapati sukar mendengar arahan, sukar fokus, sering bertindak ganas dan tiada self-control yang baik.

Haa bayangkan jika anak-anak kita yang energetic/lasak ni bertindak ganas.
Lagi lah DOUBLE TROUBLE! 


5) Allow them to get dirty sometimes. 

Biarkan anak-anak lasak ini bermain hujan, main tanah, bergolek atas rumput, panjat pokok. 
Remember i told you earlier, anak-anak yang lasak sebenarnya mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi. 

So parents chill je. 
Jangan paranoid risaukan anak jatuh/luka. 
Because they actually can manage the pain!
Kalau nangis pun kejap je. 
Lepas 2-3 saat buat lagi! 💪😎


6) Buat jadual rutin harian. 

Anak-anak lasak susah nak tolerate dengan masa orang lain, dan tidak mampu untuk being flexible. 
Kerana itu, mereka memerlukan JADUAL. 

Tetapkan jadual masa untuk mereka main lasak-lasak dan masa untuk mereka calm down (tidur, makan, etc). 
Dan sentiasa ingat untuk be firm & consistent with the rules dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual. 
It's hard at the beginning, tapi lama-lama anak akan follow. 

Dan pastikan setiap masa terluang yang ada dalam jadual, adalah untuk aktiviti fizikal yang bantu mereka burn energy! 


7) Cari tadika/sekolah yang memahami keperluan energy anak. 

Slow talk dengan cikgu mereka, untuk benarkan anak berlari setiap kali ada masa terluang atau bila ada gap between activities. 
KERANA MEREKA PERLUKANNYA. 

Untuk anak-anak yang lasak, 
memaksa mereka untuk duduk diam selama berjam-jam adalah umpama penderaan terhadap mereka! 


8) One-on-one quality time sebelum tidur. 

Kebiasaannya anak-anak akan lebih tenang slightly before bedtime. So ini masa yang sangat sesuai untuk anda alone time dan berbual sebentar dengan mereka. 

Kajian menunjukkan anak-anak yang sentiasa dapat alone-time dengan ibu bapa, akan ada self-control yang lebih baik dan lebih mudah mendengar arahan berbanding anak-anak yang jarang dapat alone-time dengan ibu bapa. 

So pastikan setiap malam, anda attend setiap anak anda secara peribadi, dan berbual dengan mereka sebelum tidur. Kalau anak ramai, mungkin boleh bergilir mengikut hari. Tapi pastikan setiap seorang dapat privilege tersebut. 😊


9) Kurangkan gula dalam makanan dan minuman anak. 

Kandungan gula yang banyak terutamanya dalam processed food, akan menyebabkan anak lebih energetic dan sukar dikawal. 
We really are what we eat, kan? 

Dan anak-anak yang lasak sebenarnya memerlukan air kosong yang banyak untuk keep their body hydrated. 

.
10) Provide anak dengan aktiviti setempat yang "hands-on". 

"Hands-on" activities penting bila kita perlukan anak untuk duduk diam sebentar. Contohnya waktu makan, di tempat awam, etc. 

Dan pastikan aktiviti tersebut BUKANLAH MENGGUNAKAN GAJET, 
tapi aktiviti yang membantu anak memerah otak dengan menggunakan ransangan fine motor skills dan intellectual skills mereka. 

Contohnya plastesin, lego, blocks, buku mewarna, simple science experiments, atau aktiviti men-doodle tshirt! 

Adakah korang tahu yang saya ada keluarkan product LOOKISSLAHDoodle Tee yang sangat membantu anak-anak yang lasak untuk duduk diam dan fokus dalam tempoh yang lama? 

Dah terbukti masa Lookisslah Tee Art Playgroup yang lepas, 
anak-anak berjaya duduk diam dan fokus dengan activity Tshirt Colouring & Doodling untuk tempoh yang lama! 
Dan yang paling best, anak-anak dapat skills lain seperti socializing, thoughts sharing, self-esteem dan sebagainya. 

Untuk info lanjut tentang LOOKISSLAH ni, boleh check out page facebook.com/lookisslah , dan join playgroup yang mereka anjurkan. 
Atau kalau malas nak join, boleh dapatkan kit DIY Lookisslah Doodle Tee, dan get creative dengan anak-anak kat rumah! 

Ketika anak melakukan aktiviti setempat yang hands-on seperti ini, kita juga sebenarnya boleh terapkan academic skills seperti reading / counting / memorising. 
Anak-anak yang lasak learn best this way! 


Sekian 10 tips untuk hari ni tentang cara tangani anak-anak lasak! 

Remember, your energetic children is not necessarily being bad,
they're just naturally energetic! 
The trick is to channel that energy and get them to burn as much as possible in positive, productive ways. 😊

So, good luck parents! 
And be ready, 
because your energetic kids will make you proud someday, insyaAllah! 

Untuk lebih banyak tips keibubapaan dan tips psikologi santai tentang parenthood, 
anda boleh dapatkan dua buku saya, 
3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna & Why So Serious Parents
Dalam buku tu ada banyakkkkkk lagi tips yang akan buat korang tak boleh stop baca. 😉

Whatsapp je:
016 217 3349 

Have a nice day, pipol! 

#lookisslah 
#lookisslahteeartplaygroup 
#3kertas3krayon3penselwarna

0 comments: