Saya baru selesai buat satu panduan lengkap tentang
100 PSYCHOLOGICAL & DEVELOPMENTAL FACTS ABOUT CHILDREN, BASED ON SCIENTIFIC RESEARCH,
untuk diberikan secara PERCUMA kepada semua pembeli set DIY LOOKISSLAH Doodle Tee. π
.
Seronok bila dah ada compilation of facts macam ni.
Senang nak rujuk semula, dan boleh baca bila-bila masa sebagai peringatan supaya maintain jadi ibu bapa yang cool. π
.
Semua facts yang saya kumpulkan dalam panduan ni adalah research-based atau berdasarkan kajian saintifik.
Saya ada selitkan sekali sumber kajian asal, just in case korang nak read more tentang sesuatu isu yang telah dikaji.
.
Actually kebanyakan bahan rujukan yang saya gunakan untuk buat panduan ni, adalah daripada Google Scholar.
I love reading some random papers/journals di Google Scholar once in awhile, terutamanya yang melibatkan children-parents psychology,
sebab ia selalu menjawab persoalan saya tentang PERANGAI MANUSIA. π
.
Some of them are really cool dan ilmu yang semua orang wajib tahu.
Sampai saya rasa memang kena ada orang-orang yang menulis semula semua scientific papers ni dalam bahasa yang yang lebih mudah,
and make it more understandable,
untuk diimplimentasi oleh masyarakat biasa (yang bukan researchers).
.
Research and discovery are just useless bila value nya tak disampaikan dan diimplimentasikan dalam masyarakat.
Kan?
.
That's why i love doing what i do now.
Bergaul dengan golongan researchers,
belajar pelbagai critical research-based knowledge,
dan menyampaikan knowledge tersebut kepada orang ramai dengan kaedah yang lebih mudah dan santai.
Macam dalam buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna.
.
Walaupun saya dah lama pencen sebagai researcher dan terpaksa berhenti PhD kerana anak pada satu ketika dahulu,
but there's still a lot of ways I can do to make this world a better place for everyone, InsyaAllah. π
.
Dan hari ni, saya nak share 10 daripada 100 Amazing Psychological & Developmental Facts About Kids yang saya baru siapkan ni.
Korang baca dengan hati okay?
.
.
1) Your child can understand what you say, before they begin to speak.
.
Anak kecil sebenarnya belajar dengan sangat banyak hanya dengan mendengar suara ibu bapa.
.
Walaupun dia tak react, tak jawab soalan, atau tak pandai menyebut apa-apa perkataan lagi,
anak sebenarnya sedang menyimpan berpuluh hingga beratus vocabulary daripada suara ibu bapa ke dalam sistem otaknya.
.
Seawal usia dua tahun, anak-anak sudah mempunyai lebih 70-300 perkataan dalam otak, dan sudah mula faham apa yang anda cakapkan kepadanya, walaupun anak itu sendiri belum pandai bercakap.
.
Menurut kajian, ibu bapa yang gemar bercakap dan menyanyi untuk anak, akan mengurangkan risiko "delayed speech" atau anak lambat bercakap, dan menghasilkan anak yang mempunyai kawalan emosi yang baik.
.
.
2) At pre-school age, your child begins to see themselves as an INDIVIDUAL.
.
So jangan pelik kalau ada anak yang kedekut,
yang pentingkan diri sendiri,
yang marah atau mengamuk bila barangnya diambil.
.
Sebab sebenarnya dalam sikap mazmumah tersebut, ada benda baik yang sedang berlaku. π
.
Anak sedang belajar tentang individuality atau selfhood.
Anak sedang realize yang setiap manusia adalah berbeza.
Anak sedang realize yang kemahuan dan keperluan setiap manusia berbeza-beza.
Ini sebenarnya perkembangan dari sudut kemahiran kognitif.
.
So jangan risau,
dan slowwwwwly teach the kids to share and tolerate.
Memang tak mudah.
Kita dulu kecik-kecik pun suka menyusahkan orang. π
.
.
3) Your child won’t remember anything before the age of 3.
.
Haa ini khas untuk ibu bapa yang selalu berhabis duit untuk bagi THE BEST MOMENTS untuk anak-anak terutamanya waktu birthday. π
.
Anak-anak takkan ingat apa-apa life memories untuk 3 tahun pertama ye tuan puan.
Walaupun kau beriya bawa dia kat Disneyland Paris.
Tetap dia akan lupakan begitu sahaja ibarat kacang lupakan kulit.
Tapi kacang boleh dimaafkan sebab dia memang takde cerebral cortex untuk mengingat sesuatu. π
.
Otak anak memproses memori secara perlahan-lahan bermula 4 tahun,
dan bersedia untuk menghafal / mengingat sesuatu dengan sepenuhnya pada usia 6 tahun.
Dan pada usia 7 tahun, anak sudah mampu create teknik atau tricks untuk membantu diri sendiri mengingat dengan lebih baik.
.
Setiap pengalaman dan pendedahan yang kita beri kepada anak sememangnya mempunyai high-impact terhadap perkembangan anak,
tapi mereka mungkin tidak dapat mengingat setiap pengalaman itu dengan sempurna.
.
So jangan ingat benda-benda keji yang korang buat depan anak tu takde impact langsung,
.
"Alaaa dia bukan ingat pun aku pukul mak dia. Dia kan kecik lagi."
.
Walaupun anak tak ingat, tetap ada high-impact terhadap perkembangan emosi, behaviour dan kognitifnya.
Ingat! Dari segi perbuatan, anak sentiasa perhatikan dan tiru ibu bapa!
.
.
4) A child’s brain is like a lantern, an adult's brain is like a flashlight.
.
Apa beza lantern dan flashlight?
Lantern menerangi ruang yang luas, tapi samar-samar.
Flashlight pula menerangi satu spot sahaja, tapi sangat terang.
.
So macam tu la beza otak anak dengan otak kita orang dewasa.
Otak anak lebih peka dan lebih nampak semua benda, tapi kurang knowledge tentang nya.
Otak kita pula hanya peka dan nampak satu-satu perkara yang spesifik sahaja, kerana knowledge kita lebih tertumpu kepada perkara itu.
.
Sebab tu, kita digalakkan untuk belajar tentang random knowledge yang di luar bidang kita,
untuk bantu otak berfungsi dengan lebih menyeluruh dan lebih peka.
.
Menurut kajian, hanya orang-orang seni atau creative people sahaja yang mengekalkan sifat otak seperti lantern dari kecik sampai dewasa.
K foinn. π
.
.
5) The development of language & speech.
.
Kemahiran bertutur anak berlaku dalam 4 stages:
a. babbling stage,
b. single-word stage,
c. two-word stage, and
d. multi-word stage.
.
Di peringkat Babbling, ibu bapa digalakkan memberi reaksi terhadap setiap bunyi yang dihasilkan oleh anak.
Walaupun bunyi yang dihasilkan itu hanyalah semburan saliva berperisa brocoli. π
.
Setiap reaksi yang diberi oleh ibu bapa akan membantu anak develop kemahiran bertutur, body language, dan emotional expressions dengan lebih pantas.
.
.
6) Educational television programs DOES NOT help intellectual development.
.
Haa ni mesti ramai yang taknak setuju.
Jiji ni! Gajet tak boleh, TV tak boleh, wayang tak boleh!
Habis apa yang boleh?!!
.
Sabar....
Bukan semua tak boleh.
Ada je yang boleh.
Pergi zoo boleh, mengumpul setem boleh, berkenalan boleh. π
.
Menurut kajian, anak tidak banyak belajar melalui apa yang dipertontonkan kepada mereka,
tapi banyak belajar melalui reaksi dan respon yang diberikan kepada mereka.
Means, hubungan INTERAKSI DUA HALA.
.
Berinteraksi dan bermain dengan anak adalah sistem pembelajaran yang TERMAHAL, PALING BERNILAI dan PALING BERKESAN dalam dunia!
.
Anak yang menonton TV/video/gajet 2-3 jam sehari,
akan berisiko mempunyai masalah emotional management (bertindak ganas/kemurungan), poor relationship with people, low self-esteem, dan poor communication skills atau speech delay.
.
Tapi!
Yang menariknya, jika anak sedang kesakitan,
TV boleh memberi kesan yang sama seperti pain-killer!
Ia mampu pindahkan kepekaan otak anak terhadap kesakitan itu kepada TV dengan serta merta.
So bila anak sakit je, bagi TV. π
.
.
7) OUTDOOR PLAY is a critical and natural part of child development.
.
Anak-anak yang sering membuat aktiviti outdoor dikatakan mempunyai intellectual skills yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang sentiasa berada di dalam kawasan tertutup.
.
Para pakar perkembangan kanak-kanak menyarankan agar anak-anak diberi hak untuk beraktiviti di luar rumah, sekurang-kurangnya satu jam sehari.
Kerana OUTDOOR PLAY dikatakan cara paling efektif untuk anak mempelajari LIFE SKILLS dan kenali potensi dalam diri mereka.
.
.
8) From age 3–8, children’s brain tissue uses twice as much energy as adult brain tissue.
.
So jangan pelik kalau anak asyik lapar, asyik haus dan asyik berpeluh!
Secara purata, anak berumur 5 tahun perlukan 860 kalori sehari!
Dan separuh daripada tenaga yang digunakan adalah pada fungsi otak.
.
That's how sado and strong anak-anak kita menggunakan otak mereka sehingga umur 8 tahun.
Kalau keluarkan otak kita dan otak anak, pastu compare,
mesti otak anak sado macam Dwayne Johnson,
otak kita kuruihh macam skeleton. π
.
.
9) 1 daripada 8 kanak-kanak yang berumur 6-10, mempunyai masalah pendengaran.
.
Sebab tu ujian pendengaran ketika bayi adalah SANGAT PENTING.
Kalau anak belum buat ujian pendengaran, sila buat.
Banyak developmental problems yang boleh berlaku disebabkan oleh hearing impairments dan lack of awareness daripada ibu bapa.
.
Jaga decibel (ukuran bunyi) yang selamat di persekitaran anak-anak.
Toksah la bawak anak kat tempat-tempat bising yang mempunyai lebih 85 decibel.
Jangan asyik fikir FUN, tapi akhirnya merosakkan pendengaran anak.
Na'uzubillah.
.
.
10) CHILDHOOD BULLYING can affect mental, physical, and social well-being!
.
Haa!
Dan menurut kajian, kesan buruk daripada buli ni boleh kekal dalam diri mangsa sehingga berpuluh-puluh tahun!
.
Anak yang gemar membuli kebiasaannya adalah MANGSA BULI.
Dan anak-anak ini lebih mudah terjebak dalam gejala sosial, masalah kesihatan, masalah emosi, dan ketidakstabilan kewangan pada masa akan datang.
.
Lebih buruk lagi,
anak pembuli atau dibuli lebih cenderung untuk menghidap kemurungan sehingga boleh menyebabkan bunuh diri.
Na'uzubillahi min zalik.
.
Semoga Allah lindungi anak-anak kita semua. π
.
.
Haa sekian 10 fakta tentang psikologi dan perkembangan anak-anak.
Best kan baca fakta-fakta ringkas macam ni?
Bacaan ringan tapi sarat dengan ilmu.
.
Untuk baca 90 fakta selebihnya,
boleh dapatkan panduan "100 Psychological & Developmental Facts About Kids" ni SECARA PERCUMA dengan setiap pembelian set DIY Lookisslah Doodle Tee.
.
Facebook.com/lookisslah
.
Ini adalah FREE BONUS terakhir untuk Lookisslah Year End Bonanza 2016.
Sebelum ni saya dah bagi "150 Step-by-step Guide to Drawing with Kids" dan "170 Parent-Child Activity Ideas",
So untuk FREE BONUS terakhir ni,
saya beri koleksi fakta-fakta psikologi pula untuk ibu bapa lebih memahami anak-anak. π
.
So cepat contact mana-mana #lookisslahagent untuk dapatkan set DIY Lookisslah Doodle Tee!
Dan jangan lupa stay tune di Page facebook.com/lookisslah untuk dapatkan lebih banyak FREE GIFTS lepas ni!
.
Semoga perkongsian hari ni bermanfaat.
Have a nice day, pipol! πΌ
0 comments:
Post a Comment