Buang dengki dan benci
Tadi berbual dengan Mama on the phone.
Macam biasa, berbual dengan Mama mesti tak pernah less than 1 hour.
Paling sekejap pun 1 hour and 1 minute. 😑
.
Selain bertanya khabar,
bercerita rutin harian masing-masing,
cerita pasal buah/sayur yang Mama baru harvest kat kebun keliling rumah dia tu.
Kalau tak pisang, cili.
Kalau tak cili, pisang.
Kalau tak pisang dan cili, apa-apa rumput (green leaves) yang dia tanam untuk buat ulam. 😂
.
Tapi yang paling saya nantikan setiap kali call Mama ialah—
nak dengar dia share ilmu yang baru dia belajar dari kelas-kelas agama yang dia join.
.
Kalau ada benda-benda best yang Mama baru belajar,
she will share with us anak-anak.
Biasa lah kita orang-orang muda ni kan sibuk.
Takde masa nak join kelas-kelas camni.
.
Hmm.
Takde masa ke malas, Rajiah? 😑
.
So, apa yang Mama share hari ni agak terkesan di hati,
terkena tepat di batang hidung,
dan tertepek pappp di dahi.
.
And I want to share it here, supaya dapat memanfaat dan menepek di dahi korang juga. 😂
.
Ada satu hari, Rasulullah tengah duduk-duduk dengan sahabat-sahabat.
Dan baginda bersabda,
“Ada seorang calon penghuni syurga dalam jemaah kalian ni. Beliau tak mempunyai banyak amalan (melainkan yang wajib), tapi jiwanya amat dekat dengan Allah dan beliau sangat disayangi oleh Allah.”
.
So sahabat-sahabat pun hairan.
Macam mana tak banyak amal, tapi Allah dah sayang sangat-sangat?
.
Rasulullah jawab—
“Kerana beliau tak pernah ada rasa dengki terhadap rezeki yang dikurniakan kepada orang lain, dan setiap hari beliau tidur tanpa rasa benci kepada sesiapa pun.”
.
😊
.
Semoga tidur kita semua malam ni tenang tanpa rasa benci dan dengki,
walau sekelumit pun.
.
Kalau ada—
senyum dan lepaskan lah.
Rasakan ia keluar dari dada seperti debu-debu hitam yang terbang jauh ke angkasa raya.
InsyaAllah, dada akan kembali lapang dan tenang.
.
Lepaskan—
Maafkan—
bukan untuk orang lain,
tapi untuk diri sendiri lebih disayang Allah.
.
Siapa taknak jadi yang bertuah disayang oleh Pencipta seluruh alam, kan?
.
Selamat malam,
jiwa-jiwa yang tenang. ❤
.
.
Ps: Cerita ni sebenarnya panjang lagi. Saya sengaja pendekkan untuk sampaikan pengajarannya sahaja. Semoga bermanfaat. Terima kasih Mama untuk ceramah hari ni. Next ceramah pendekkan sikit please. Bil telefon mahal sekarang. 😂
Labels:
Random,
Self-Development
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment