“Alaa biasa lah tu kena denda / pukul / rotan."

“Alaa biasa lah tu kena denda / pukul / rotan. Zaman kita dulu pun ada yang pernah kena rotan dengan getah paip, tali pinggang dan batang kayu. Okay je. Jadi orang jugak.”
.
It annoys me setiap kali dengar orang cakap macam ni.
Seolah-olah keganasan dan kekerasan itu selari dengan fitrah manusia yang digelarkan qalifah mukabumi.
.
Dan most of the time, yang bercakap itu lah sebenarnya yang sedang memikul kesan physical abuse, tanpa mereka sendiri sedari.
Mungkin nak sedapkan hati,
atau nak menghalalkan cara,
atau nak menidakkan didikan dengan kasih dan cinta semata.
.
Entah.
.
Apa pun alasannya,
kekerasan, kekasaran dan keganasan bukan penyelesaian!
Ia pencetus kepada sesuatu yang lebih menakutkan.
Walaupun boleh sembuh atau tiada parut,
ia tetap meninggalkan kesan, tanda, dan negative imprints dalam minda kekal manusia tersebut.
.
It’s something very impactful and sensitive.
It affects individual’s emotional and social development, yang akan dibawa seumur hidup.
.
Kes Adik Mohd Thaqif bukan yang pertama.
Hari bersilih ganti,
nanti-nanti senyap lah semula.
Dan kes baru akan muncul,
dengan mangsa yang lain pula.
.
Sampai bila?
.
Perlu banyak mana lagi bukti untuk meyakinkan kekerasan fizikal itu bukan penyelesaian?
Pukul/rotan/sebat/tumbuk/tendang itu—
TAK OK!
.
How do we stop this?
How do we change this?
.
Fikirkan sesuatu yang lebih daripada tindakan undang-undang.
Sesuatu yang lebih daripada sekadar hukuman penjara.
.
Rawat--
isu hati.
.
Apa yang terjadi baru-baru ni menunjukkan betapa kurangnya kasih sayang, perikemanusiaan dan moral dalam masyarakat kita—
DALAM DIRI KITA.
.
Don’t we feel guilty after what happen to arwah Adik Thaqif?
Kita rasa kita dah buat yang terbaik dalam melindungi anak-anak.
Tapi sebenarnya tak.
.
Kita sebenarnya masih -
DIAM.
.
Kita sebenarnya masih memberi ruang untuk kes dera seterusnya menghiasi berita tempatan.
Dah tentu kita taknak anak kita jadi mangsa atau pendera seterusnya.
Kan?
.
Let's stop the "norm" by saying,
“Biasa lah denda kena rotan bla bla.”
.
Pupuk semula kasih sayang dalam diri sendiri,
supaya kita ada enough sense of love and humanity sesama manusia--
terutamanya anak-anak.
.
Supaya lama kelamaan tiada lagi anak-anak yang terkesan emosi dan minda,
lalu membesar dengan sikap “pendera” yang menebal dalam dirinya.
.
Nauzubillah.
.
Let’s all play our role.
Dalam diri.
Dalam keluarga.
Dalam komuniti setempat.
.
Sama-sama protect the children.
Dan banteras keganasan dalam mendidik anak-anak.
.
Berikut adalah 10 tanda yang boleh diperhatikan pada anak-anak yang sedang didera:
1) Ada lebam, luka, parut yang sukar dihuraikan pada badan anak tersebut.
2) Tidak berselera makan
3) Tidak mampu fokus dan mudah gelisah
4) Mudah bermusuh dan bersangka buruk dengan orang lain, termasuk keluarga dan rakan-rakan
5) Badan lesu dan tiada motivasi untuk lakukan apa-apa
6) Kemurungan dan muka sembap kerana kerap menangis
7) Susah tidur atau tidur terlalu lama
8) Tak pandai bertutur dengan baik. Takut-takut untuk bercakap.
9) Takde kawan dan lebih suka bersendiri
10) Susah untuk gembira, senyum atau ketawa
.
.
Let's together look for these signs.
Listen to their silence.
And take action before its too late.
.
Luka mungkin akan sembuh,
Parut mungkin akan hilang,
but the negative imprints in their minds will remain there forever,
dan lama kelamaan akan berkembang menjadi sesuatu yang lebih misteri.
.
Kekerasan, keganasan dan kekasaran —
membunuh keyakinan diri anak,
membunuh impian anak,
membunuh masa depan anak,
dan membunuh anak itu sendiri--
sebelum ajalnya tiba.
.
Let’s stop this!
.
#WhereIsTheLove
#ItsInsideYou
#StopBlamingAndStartLoving


0 comments: