cara kawal penggunaan gajet pada anak-anak

Lately dah makin kurang orang tanya saya tentang cara kawal penggunaan gajet pada anak-anak. 
Mungkin sebab saya dah share banyak banyak banyak kali dalam buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna#WhySoSeriousParents, majalah, suratkhabar dan di social media.

Tapi soalan yang selalu ditanya sekarang ialah--
"Macam mana nak kawal penggunaan gajet pada IBU BAPA yang 24jam tak berenggang dengan phone?"
.
😑

Ada 2 tips yang saya boleh kongsi.

Satu, buat peraturan. 
Kenapa? 
Sebab tanpa peraturan, 
manusia akan melampaui batasan. 😂

So do your house rules for gadget usage / screen time at home. 
To put the limit terhadap semua orang yang menggunakan gajet dalam rumah tu.

Contoh--
No gadget during mealtimes. 
No gadget during bedtimes. 
9-10pm is reading time, no screen time please.
(Screen time = phones, tabs, TV, Games, computers) 

Camtu. 
Buat rules yang simple dulu. 
Supaya semua orang senang nak follow.

Dua, buat questions-to-ask macam yang saya sendiri tampal kat rumah (refer gambar).





Saya sengaja guna ayat yang menusuk qolbu supaya diri sendiri rasa tertampar-tampar bila baca. 😂

So boleh amalkan 2 tips ni untuk kurangkan ketagihan dan penggunaan gajet tanpa kawalan pada orang-orang dewasa yang dah belajar tinggi-tinggi tapi nafsu dan priority sendiri tak pandai kawal. 😒

Ingat--
lead by example.

Anak-anak mengikut apa yang mereka lihat pada ibu bapa, 
bukan apa yang ibu bapa nasihatkan pada mereka.

Nak anak bebas ketagihan gajet, 
ibu bapa kena bebas dulu!

Kepada yang beri alasan tak boleh berenggang dengan gajet sebab buat bisnes online tu, 
maaf cakap, 
bisnes takkan berkembang kalau anda takde pengurusan masa yang baik.
Dan takde benda yang boleh diuruskan dengan baik, kalau tak bijak bahagikan masa!

Yes, business is business, 
but family is family! 
There's no one busy in this world, 
it's always about PRIORITIES!

Put away your phone for a while and have a real interaction with the family. 
Spending time with the loved ones akan tambah rezeki dan keberkatan dalam hidup. 
Kan?

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, 
yang dikendong berciciran. 
Eh macam takde kena mengena pulak. 😂

Salam Jumaat, eberibadehhh! 
Semoga bermanfaat. 😊

0 comments: