Cerita Raya 2014: Ineh & Labu (2 Syawal)

Ok sambung cerita raya kedua.
2 Syawal, kitorang kat Kg. Inas semula.
Sebab rumah darek ado buek open hauss.
Esey kalau bab makan memang wajib poie.
Kot tongah lumpuh pun bulih bangun poie capai pinggan.
 ;D


Hari kedua, baju santai sikit.
Aku pun setakat pakai kaftan or also-known-as baju kelakar je.
Ketiak pun tak lecak sebab beranginnn je celah keti kan.

Masa aku beli kaftan tu, pening kepala nak fikir camane nak matching dengan baju hubby dan Haikal.
Susah kot nak cari baju laki colour soft-soft camtu.
Kalau ada pun...
mesti macam pondan. -..-

Sampai la beberapa hari sebelum raya, kitorang tengok kat Hush Puppies.
Kebetulan jumpa colour yang lebih kurang sama.
So masukkan ke dalam bakul dan bayar.
Alhamdulillah setel jugak baju raya.


Ramai yang cakap Haikal nampak sporting depan camera.
Tapi hakikatnya, kitorang je yang tahu. T__T

Sebenarnya susah okkkk..
Sebab tu kalau korang perasan, 1% je gambar Haikal yang dia pandang camera.
Yang lain semua tak pandang atau candid.
Kalau suruh dia pandang, naharommm dia memang takkan pandang.
Terus lari jauh-jauh lagi ada la.
-______-



Sweet kan diorang niiiii!!

Budak pompuan tu namanya Afriena.
Afriena ni ialah maklong Haikal. MAKLONG okkk MAKLONG.
Apo kocik bona maklong kau? Kahkah.


 Laki den tongah kait buah motan.
Nak bungkuih bawak balik buek makan kek Toluk Intan. Heheh.


Yang baju biru ni atok aku.
Aku dulu kalau cuti sekolah ke cuti semester ke, aku suka tinggal kat kampung.
Duduk dengan atok ngan nenek.
Pastu nanti petang-petang, mesti atok perasan aku macam bosan pastu mesti tetiba dia macam

"Haa Rodiah. Moh la teman atok poie pasar malam kojap haa. Atok nak boli CD. Nanti atok belanjo burger. 
Duit minta kek nenek kau."
;D

Ye, atok panggil aku Rodiah.
Kalau nama nenek aku yang Seripah tu boleh jadi Yam,
maka tidak hairan lah nama aku yang Rajiah ni bulih jadi Rodiah. 
-_____-

Tapi masa aku nak kawen dulu, Atok la banyak bagi motivasi.
Aku ni kawen awal. 21 bertunang, 22 kawen.
Nenek aku macam tak berapa setuju sebenarnya masa tu. 
Sebab aku ni masak tak pandai, kemas tak pandai, semua tak pandai. -..-

Tapi tengok aku sekarang, lepas 4 tahun kawen, 
memang satu hape pun tak pandai. Terima kasih nenek. Haha!

Tapi Atok tak. Atok sokong aku kawen awal.
Atok kata, 
"Takpo. Ekau kawen lah. Kang dah ado keluargo sok, tahulah camano nak buek. Nenek kau dulu pon camtu yo. 
Umur onam boleh (16) dah kawen. Elok haa sampai nijam (sekarang). Tak mampuih laie."

-______-

Hepp jangan gelak.
Orang-orang lama romatisnya memang begitu. ;D
Tapi bahagia elok je walau dah 60 tahun kawen. 
Apa laa rahsia diorang kan?


Kau tengok aku dengan Raidah. Perangai kemain dua kali lima. -..-
Tapi muka aku bila photobomb memang menempah maut betul.
Macam Lady D dalam majalah Ujang kahkah!


Oh dua orang ni. Dah nak kawen dah. *kesat air mata*
Diorang dua ni pakngah-pakngah aku.
Walaupon diorang lebih muda dari aku, tatapppp kena panggil pakngah. 
Panggil oi oi pun tak boleh ok. -..-

Kitorang ni memang rapat sejak kecik.
Kitorang membesar sama-sama.
Main kereta sorong sama-sama.
Panjat pokok kundang sama-sama.
Pergi jalan beraya sama-sama. 
Selagi makcik tuan rumah tu tak hulur duit raya kitorang tak balik. Hahahah!
Pastu main meriam karbait sama-sama.
Main mercun sama-sama. 
Bila terkena kereta orang, semua diam. Hahaha!
Pastu jatuh kolah sama-sama. 
Eh yang jatuh tu bukan aku eh! ;D

Kalau tengok gambar diorang ni memang reminiscing habis ah.
Kecuali yang jatuh kolah tu la kahkah.
Walaupon dorang laki aku pompuan.
Well, korang pun tahu aku camane kannn. -____-

Selamat bertunang Pakngah Sherry dan Pakngah Kelly kesayangan saya.
Mohon kawen nanti jangan panggil aku merenjis, kang aku nangis.
BAAHAHAAHAHAHA.

Ok dah. Cukup cerita sherry dan kelly.
Sebelum bergenang genang di lautan.  T___T


Sambung cerita raya.
Dalam pukul 12 tengahari camtu, kitorang terus ke open hauss rumah darek.
Rumah darek tu maksudnya rumah atas bukit. Bukan tuan rumah tu nama darek ye.
Kot la korang ingat nama tuan rumah tu Wak Darek Tempe ke kan. 

Kalau rumah bawah, dia panggil baghuh. 
Aku tak tahu la ejaannya camane tapi bunyi lebih kurang baruh baruh camtu la haha.



Raya kedua dah jumpa sate. Alhamdulillah.
Tahu-tahu je raya pertama dah makan lemang dan ketupat sampai barai.
So 2nd raya, we ate something else. 
Hoh speaking teruih kahkah.
Baru makan sate ayam je tu. Belum sate ostrich lagi. -..-


Habis open hauss, kitorang gerak ke Labu. Pergi Kampung LBJ.
Aku tak pasti la LBJ tu stands for apa. Tapi J tu is Johnson.
Tapi LBJ tak sure pulak.
 Ermm mungkin...

 Leman Bin Johnson. 
Kot?
Make sense kan?

;D


Dah.
Habis cerita hari kedua Syawal.
Cerita hari ketiga sambung esok.

Hari ketiga punya cerita confirm tak tipikal.
Saya janji. Heheh.
Nadia Rahmat, you wait! Roundabout masjid is coming to you. ;D.


p/s:
Untuk tengok banyak lagi gambar raya,
kindly check out my FB: Adlil Rajiah.

3 comments:

dinamarlianasuparman said...

pakngah2 tu kembor ke?

Has said...

Adoila Jiji..why? why? kenapa setiap baris ayat itu mesti rasa nak gelak... :D

Seronok tengok hubungan family korang rapat..^_^

Anyway baju tu buat Jiji nampak sangat slim okey....

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

Ji LBJ-LABU JOHNSON,