Merpati depan kuil.

Last weekend,
kitorang bawa Haikal main kejar-kejar dengan burung merpati.
Aku tak tahu kenapa. Kat Teluk Intan ni banyak betul burung merpati.
Merata.
Macam burung gagak kalau kat tempat lain.
Macam...
Emm.. macam kat Trafalgar Square London.
Macam la pernah pergi hahahaha.
-______-

Haikal ni jenis yang suka outdoor.
Kalau kitorang bawa pergi giant ke, pergi jusco ke, pergi movie ke,
dia cepat cranky dan serba tak kena.
Tapi kalau pergi berlari kat padang, pergi pantai, pergi kejar ayam itik, pergi sawah,
seronok betul dia.
Berejammmm boleh survive tanpa mengeluarkan air mata walau setitis pun.
Mungkin sebab dah dibiasakan dari kecik.
Kitorang laki bini pun memang jarang ke shopping malls. Orang kampung kan.
Shopping kat kedai rakyat satu malesya sudahhhh. ;D


Tempat kitorang pergi ni kat depan kuil.
Kuil tak jauh dari dataran menara condong tu.
Kebetulan masa tu memang feeding time dia kot.
So banyakkkkkk burung merpati tengah patuk-patuk jalan.
Selalu kitorang lalu diorang asyik bersusun kat atas tiang lampu je.
Tapi kali ni diorang berkumpul kat bawah makan ramai-ramai.
Eh macam manusia pulak nak cakap diorang-diorang.
Diaburung patutnya. -..-
So mungkin rezeki Haikal lah kot dapat tengok diaburung dengan jarak yang dekat.

 

Ni first time Haikal main kejar-kejar dengan burung.
Reaksi dia masa memula tengok burung tu terbang, speechless. Ternganga mulut. 
Lepas tu terus eksaited nak kejar dan kejar dan kejar lagi.
Kesian burung nak minum petang pun tak senang.
:D
  
Ambik setepek kat muka kahkah.


Macam yang aku pernah share sebelum ni,
anak lelaki perlukan RUANG untuk perkembangan otak yang baik.
So kepada mak-mak yang ada anak lelaki,
rajin-rajin la berkejar-kejaran dengan anak.
Aku pernah dapat nasihat dari seorang emak yang ada 5 orang anak lelaki, yang semuanya berjaya.
Nasihat tu aku pegang sampai hari ni.

Aunty tu kata,
"Bila mendidik dan menjaga anak lelaki, kita (ibu) pun kena jadi lelaki. Dia berlari, kita berlari. Dia main bola sepak, kita main bola sepak. Dia main pedang-pedang, kita pun kena ambik pedang dan main! Sebab tu, jaga anak lelaki, badan kena fit. Tak boleh cepat letih. Kenapa? Sebab ANAK LELAKI."

Camtu.

Macam nervous sikit bila dengar nasihat camtu.
Tapi lama-kelamaan aku seronok dengan Haikal.
Aku ni pun bukan lah pompuan sangat. Boleh tahan jugak beh-keng nya.
Tidur sama ganas je dengan hubby. 
In fact ada orang cakap, aku lebih "fatherly" berbanding hubby.
-______-

Like, helloooo. Aku pakai tudung kot.
Walaupun kaki ada bulu-bulu sikit. But still, dada takde bulu ok. 
;D



Ada few readers blog ni dari Teluk Intan yang email aku,

"Jiji, tadi macam nampak awak kat *somewhere*. Tapi macam tak pasti betul ke tak. Nak tegur, takut salah orang."

Ok camni.
Apa kata lepas ni kalau macam ternampak aku tapi tak pasti, 
korang tanya je,
"Sis, muka awak ni betul-betulllllll macam megan fox. Awak ni megan fox ke?"

Kalau orang tu tergeliat-geliat eksaited like,
"Hoemjii hoemjiii awak la orang pertama cakap saya macam megan fox."
Maka BUKAN aku la tu.

Tapi kalau orang tu buat muka keras sambil
hellooo awak orang yang keseribu ratus cakap muka saya macam megan fozz,
hah aku la tu.
;D

 Tapi kalau ternampak pompuan yang makan tak kira tempat camni,
yang kalau dapat makanan memang automatik terus bersila walau di mana jua hatta di tepi tong sampah sekalipun,
 memang tidak syak lagi.
Memang aku.
-_____-

Aku ni selebet je kalau keluar rumah. Hubby dan Haikal pun sama.
Kalau setakat keluar pergi giant nak beli bawang,
pakai tudung tersenget benget itu perkara biasa.
Pakai spenda terbalik juga perkara biasa.
Berjalan sambil kain pelikat tersedut dalam bontot lagiiiiii lah perkara biasa.
;D

Tapi takpe. 
Selebet-selebet pun kitorang ok je nak jumpa orang.
Setakat nak ajak selfie pegang bawang, eh kitorang okkkk.

"Agar kamu mencapai TAQWA."

Kitorang kan, lepas sahur mesti tak boleh tidur dah.
Bukan sebab jadual padat dengan amal ibadah (amboih).
Tapi sebab Haikal.
Ye, budak tu, bila kitorang bangun sahur, dia mesti terbangun sekali. -..-
So bila dia dah terjaga tu ofekosss lah aku pun tak boleh tidur dah.
So dari pukul 4.30 pagi sampaiiiiiiiiii pukul 11 pagi, aku kena layan dia.
Tepat 11 pagi, dua-dua tidur. Tidur sampai pukul 1.30 petang.
Oh syokkkkk~
;D

Itu pun kena bangun sebab nak solat zuhur dan bagi Haikal lunch.
Kalau tak, mahu pukul 7.35pm kang baru bangun.
Teluk Intan berbuka pukul 7.37, so bangun dua minit awal untuk senduk nasi. Kahkah.

Biasanya sesambil aku layan Haikal lepas sahur tu, aku akan tengok ceramah agama kat youtube.
Ye la pepagi subuh takkan nak layan hindustan pulak. 
Mana larat nak berguling celet-celet dahi. Puasa kan. ;D

Pagi tadi aku tengok video Shaykh Ahsan Hanif.
Tentang bulan ramadhan.
Aku rasa dalam banyak-banyak video yang aku tengok, 
video dia paling terkesan dalam jiwa.
Tak tahu kenapa aku rasa macam dia tengah cakap pasal aku.
Macam dia bercakap depan muka aku.
Macam dia bercakap DENGAN aku.
Macam, aku pun tak paham kenapa aku boleh kusyuk gila dan tak ngantuk langsung masa tengok.
-_____-

Korang pun patut dengar ceramah dia. Memang best.
Padat, and the way he delivers his words. Sangat brilliant dan paduuu!

Tu yang aku nak share sikit kat sini.
Dalam video yang aku dengar pagi tadi, intipati dia ialah ramadhan.
Bukan bazar ramadhan ye. -..-
Tapi BULAN RAMADHAN.


Ceramah dia in english.
So aku translate lebih kurang ikut bahasa aku la k.

Kata Shaykh Ahsan Hanif,
"Kita ni, bila sebut puasa, bila sebut Ramadhan, perkara pertama dalam otak ialah,
tak boleh makan tak boleh minum. Oh mesti penat gila. Oh habis la kalau cuaca panas. Oh mesti tak larat nak pergi kerja. Oh ini oh itu. Semua yang kita fokuskan cuma pada fizikal. 
Sedangkan kita lupa TUJUAN dan ROH ramadhan itu sendiri. Yang sepatutnya difokuskan adalah, SPIRITUAL."

 Macam dalam firman Allah yang popular:

Surah Al-Baqarah, Ayat 183.
Maksudnya:
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu mencapai taqwa."

AGAR KAMU MENCAPAI TAQWA.

Bukannya,
agar kamu mencapai berat badan ideal so that baju raya muat ngam-ngam tiada secebis pun isi terkeluar.
Bukannya,
agar kamu dapat detox kulit dan badan so that bersewi-sewi di pagi waye. -..-
Bukannya,
agar kamu mengerti lapar dan dahaga.
Bukannya,
agar kamu ingat orang gaza.
Bukannya,
agar kamu kepenatan dan boleh tidur sepanjang hari.

Tapi,
AGAR KAMU MENCAPAI TAQWA.

Fahamkan dalam-dalam.
 Howwww to capai taqwa tersebut.

Lihat orang-orang sebelum kita.

Imam Malik r.a. tak henti-henti menyampaikan hadis dan ayat Qur'an DI BULAN RAMADHAN.
Said Ibn Jubair khatam Qur'an setiap dua malam DI BULAN RAMADHAN.
Abdullah Ibn Umar r.a. beribadah sepanjang malam DI BULAN RAMADHAN, dan tak berbuka puasa kecuali ada orang miskin yang menemaninya makan.
Imam Az-Zuhri baca Qur'an dan bersedekah, DI BULAN RAMADHAN.
Mu'adh r.a. sebelum pemergiannya berkata, perkara yang paling dirinduinya ialah berpuasa di hari yang panas terik, DI BULAN RAMADHAN.

Semuanya berlumba-lumba nak beramal ibadah.
Kenapa?
Kenapa sampai sanggup tak tidur tak makan sebab nak beribadah?
Sebab mereka faham maksud "AGAR KAMU MENCAPAI TAQWA" tadi.
So di bulan ramadhan, dalam otak mereka cuma ada Allah.

Bak kata Shaykh Ahsan Hanif,
"Hanya di bulan ramadhan, Allah menghujani kita dengan berjuta-juta ganda ganjaran. Ganjaran tersebut ibarat titisan-titisan air hujan. Sangat susah nak tangkap sebab ia terlalu kecil. Tapi kalau kita duduk tadah, kita akan dapat banyak. Boleh ke kita pergi kat hujan, nak tangkap 3-4 titis je? Tak boleh.
Kita kena duduk situ, fokus, ambil masa, sabar sambil tadah setiap titisan itu. That is how we should see the month of Ramadhan. Kena hayati, duduk, luangkan masa, untuk Allah. Punya pemurah Allah nak bagi banyakkkkkkkk ganjaran, kenapa kita taknak duduk sekejap, ambil masa, tadah sebanyak mana titisan yang kita boleh tadah. Ingat, hujan itu datang hanya bulan ini sahaja!"

"Hanya di bulan Ramadhan, Allah bagi Lailatul Qadr. Satu malam, yang lebih baik dari 1000 bulan. Satu malam, yang lebih baik dari 83 tahun! Allah nak bagi peluang untuk KITA SEMUA. Yang jahil mahupun yang alim. Dengan beribadah pada satu malam sahaja (iaitu Lailatul Qadr), kita dapat ganjaran beribadah selama 83 tahun. MaasyaAllah."

Hmm.
Korang rasa macam mana?
3 minggu Ramadhan dah berlalu.
Agak-agak dah berapa titis hujan yang berjaya kita kaut?

Aku,
macam satu titis pun belum.
T___T

Jujur. 
Aku sentap dengan video pagi ni.
Ramadhan bersisa TUJUH HARI sahaja lagi.
Harap masih belum terlambat.
Harap masih banyak titis-titis hujan yang boleh ditadah.

Ramadhan, please don't go. 
T____T

Family Iftar at SACC Convention Center

Last weekend, 
kitorang sempat berbuka puasa beramai-ramai dengan family aku kat Shah Alam Convention Center.

Ok ok aku faham. 
Some of you memang against iftar buffet, Ramadhan buffet ni semua.
Sebab masa aku upload gambar kat IG dan FB hari tu,
ramai yang macam,

"Tak elok kita bermewah-mewahan sedangkan saudara kita di Gaza kelaparan."
"Hormat sikit orang-orang miskin waktu bulan puasa ni."
"Buffet buffet ni adalah pembaziran. Tak digalakkan di bulan puasa."

Ya ya saya faham. 
Guwe ngertik guwe ngertik. Bener bener ngertik.

Saya tak bantah malah saya bersetuju dengan apa yang dicakapkan.
Betul. Bulan puasa kena ingat orang susah.
Betul. Sebagai orang islam, kena ingat saudara kita yang sedang berjihad di Gaza.
Betul. Bulan puasa kena bersederhana supaya tak melanggar maksud dan fitrah puasa itu sendiri.
Betul dan saya amat bersetuju.

Saya teringat satu hadis.
Tapi tak ingat diriwayatkan oleh siapa.
Tapi maksudnya lebih kurang begini:

"Rasulullah s.a.w. menyayangi umatnya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Dan sesungguhnya orang-orang yang beriman itu akan menyayangi saudara-saudara (islam) nya serta merasai setiap kesakitan dan kesusahan yang dihadapi mereka."

(kalau salah tolong betulkan)

So..
Betul, kita patut "merasai" kesakitan dan kepayahan saudara kita di Gaza.
Sebab tu kita "tolong" mereka sehabis mampu.
Kita bagi sumbangan.
Kita doakan mereka.
Kita ambil tahu tentang perkembangan mereka.
Tanda kita bersama mereka.
=)

Ok berbalik kepada iftar kat SACC.
Sebenarnya iftar beramai-ramai macam ni bukan benda baru bagi kami sekeluarga.
Memang dah tradisi keluarga sebenarnya.
Setiap tahun menjelang Ramadhan, akan ada SATU HARI (satu hari je bhai),
Daddy akan set satu tarikh dan satu tempat di mana kami sekeluarga boleh berkumpul berbuka bersama.
We love to spend time together.
Point utama dia ialah untuk spend some quality time.
Itu saje.
Tak terlintas pun dalam hati macam, taknak hormat orang susah orang Gaza ke apa.

Ia adalah satu masa untuk kami berkumpul dan berbuka bersama.
Tak kira lah kat mana-mana pun.
Kat rumah ke. Kat mamak pun boleh je takde masalah.
Asalkan bersama keluarga.
Cuma tahun ni Daddy pilih SACC Convention Center.
Maka kitorang ikutkan saje.

Maka aku harap explanation aku yang panjang lebar ni dapat menjernihkan otak anda yang cakap saya tak hormat orang gaza tapi awak pergi bazar beli berbondong-bondong padahal makan sorang kira hormat orang gaza ke amboi cakap orang tak tengok diri sendiri dulu amboi amboi perangai pondan sangat plis.

-______-

 

 Berbuka kat SACC Convention Center ni agak mahal sebenarnya. 
RM88++ per pax.
Mahal la bagi aku.
Kalau Daddy tak payung, memang aku ajak diorang berbuka kat gerai murtabak je.
RM88 tu dah boleh makan 44 keping dah kahkah.

Tapi pada pendapat aku, bagi yang mampu, 
RM88++ kat SACC hari tu agak berbaloi sebab ada lebih 120 hidangan!
Orang yang jenis makan memilih pun boleh pergi, sebab sure ada benda yang kau boleh makan.
Confirm!

Kau tak makan kambing, boleh makan lembu.
Kau tak makan lembu, boleh makan ayam.
Kau tak makan ayam, boleh makan ikan.
Kau tak makan ikan, boleh makan sayur.
Kau tak makan sayur, boleh makan pinggan.

Haa.

Western, Malaysian, Chinese, Indian, Arabian, Thai, Kampung Style Cuisine,
Semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada!

Haa.



Selain food spread yang super banyak,
diorang siap ada live performance yang best gila.
Pastu ada solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih!
Masa kitorang pergi tu, imamnya adalah Imam Muda Asyraf.

Dan buffet diorang tutup agak lewat.
Selagi kau tak berambus, dia takkan kemas makanan. Camtu.
So macam, lepas solat maghrib kau boleh turun sambung makan.
Lepas isyak dan terawih punnnn kau masih boleh turun sambung makan.
Makan sampai tak boleh bangun.
Balik mengengsot je cari kereta kat parking. ;D


 

Lepas selfie, upload IG terusss!
Tipikal artis. 
Ehh!

Itu gambar aku dengan Jahan (adik bongsu aku) yang super manja.
Aku rasa aku still sayang dia macam masa dia baby dulu. 
Sebab dia punya manja masih sama.
T___T 

 Aww matchy-matchy.
Colour code ialah: Pokok. 
-___-


 

 Korang perasan tak Aqil sekarang bukan main handsome.
Aku tengok muka dia bukan macam budak umur 2 tahun lebih.
Muka handsome yang macho yang macam umur 28 tahun lebih.
Auumm! Kahkah.


 Pompuan tudung hitam tu kan.
Dia taknak ambik gambar dari depan. Kena ambik dari sisi.
Sebab kalau dari depan, nanti nampak hidung dia bentuk cendawan butang BAHAHAHA.


 
 Along is my forever bestfriend. =)


 Kau ingat senang nak berbuka dengan dua orang ni?
-______-

Macam-macam ragam.
Sorang nak balik, sorang nak roti canai.
Kejap kang,
Sorang tengah minum susu, sorang lagi duk gentel cuping telinga yang tengah minum susu tu.
Pastu kang,
main kejar-kejar sampai kemana-mana pergi tah.
-______-

Yang mak-mak ni makan, 
selang sesuap,
"Haikalllll!!! Takmo gentel telinga Aqill!!"

Selang sesuap lagi,
"Aqilllllll!!! Finish your ice-cream firsttttt!!!!"

Haih la.


Oh tapi kan. Masa berbuka hari tu,
ramai jugak selebriti yang berbuka kat situ.
Yang aku perasan, Fahrin Ahmad A-a-a-ali Ali Cafe Kuat, 
A. Galak pun ada,
pastu Yusuf Haslam sekeluarga pun ada,
Yusuf Taiyoob pun ada, tapi dalam pinggan kahkah.
Ok tak lawak. -..-

 Tapi yang kitorang sempat amik gambar mestilah dengan..
 A. Galak.
Haha!

Memula nak amik gambar dengan Fahrin Ahmad sambil ajak dia joget A-a-a-ali Ali Cafe Kuat!
Tapi ramai nak mampp yang nak amik gambar dengan dia.
Kesian pulak aku tengok. Dia nak buka puasa pun susah. -..-

So tak jadi la ajak Fahrin Ahmad ambik gambar.
Tunggu dia datang kat aku je la minta amik gambar.
Tapi dia tak datang pun.
Aku tahu dia malu tu.
;D

Tapi sumpah Fahrin hensem dan tinggi gilaaaaaa.
Dalam tivi macam biasa je aku rasa.
Tapi bila jumpa macam, 
Wahhhhh.. kenapa baru kini kau hadir dalam hidupku..
Sikit la terguris. Kahkah.

Tapi hubby pun cakap dia hensem gila.
Derrrr...?
Maksudnya dia memang hensem la ok dah habis cerita.

Selamat Hari Raya.
Eh belum.
Selamat Lailatul Qadar.
Haa!