Merpati depan kuil.

Last weekend,
kitorang bawa Haikal main kejar-kejar dengan burung merpati.
Aku tak tahu kenapa. Kat Teluk Intan ni banyak betul burung merpati.
Merata.
Macam burung gagak kalau kat tempat lain.
Macam...
Emm.. macam kat Trafalgar Square London.
Macam la pernah pergi hahahaha.
-______-

Haikal ni jenis yang suka outdoor.
Kalau kitorang bawa pergi giant ke, pergi jusco ke, pergi movie ke,
dia cepat cranky dan serba tak kena.
Tapi kalau pergi berlari kat padang, pergi pantai, pergi kejar ayam itik, pergi sawah,
seronok betul dia.
Berejammmm boleh survive tanpa mengeluarkan air mata walau setitis pun.
Mungkin sebab dah dibiasakan dari kecik.
Kitorang laki bini pun memang jarang ke shopping malls. Orang kampung kan.
Shopping kat kedai rakyat satu malesya sudahhhh. ;D


Tempat kitorang pergi ni kat depan kuil.
Kuil tak jauh dari dataran menara condong tu.
Kebetulan masa tu memang feeding time dia kot.
So banyakkkkkk burung merpati tengah patuk-patuk jalan.
Selalu kitorang lalu diorang asyik bersusun kat atas tiang lampu je.
Tapi kali ni diorang berkumpul kat bawah makan ramai-ramai.
Eh macam manusia pulak nak cakap diorang-diorang.
Diaburung patutnya. -..-
So mungkin rezeki Haikal lah kot dapat tengok diaburung dengan jarak yang dekat.

 

Ni first time Haikal main kejar-kejar dengan burung.
Reaksi dia masa memula tengok burung tu terbang, speechless. Ternganga mulut. 
Lepas tu terus eksaited nak kejar dan kejar dan kejar lagi.
Kesian burung nak minum petang pun tak senang.
:D
  
Ambik setepek kat muka kahkah.


Macam yang aku pernah share sebelum ni,
anak lelaki perlukan RUANG untuk perkembangan otak yang baik.
So kepada mak-mak yang ada anak lelaki,
rajin-rajin la berkejar-kejaran dengan anak.
Aku pernah dapat nasihat dari seorang emak yang ada 5 orang anak lelaki, yang semuanya berjaya.
Nasihat tu aku pegang sampai hari ni.

Aunty tu kata,
"Bila mendidik dan menjaga anak lelaki, kita (ibu) pun kena jadi lelaki. Dia berlari, kita berlari. Dia main bola sepak, kita main bola sepak. Dia main pedang-pedang, kita pun kena ambik pedang dan main! Sebab tu, jaga anak lelaki, badan kena fit. Tak boleh cepat letih. Kenapa? Sebab ANAK LELAKI."

Camtu.

Macam nervous sikit bila dengar nasihat camtu.
Tapi lama-kelamaan aku seronok dengan Haikal.
Aku ni pun bukan lah pompuan sangat. Boleh tahan jugak beh-keng nya.
Tidur sama ganas je dengan hubby. 
In fact ada orang cakap, aku lebih "fatherly" berbanding hubby.
-______-

Like, helloooo. Aku pakai tudung kot.
Walaupun kaki ada bulu-bulu sikit. But still, dada takde bulu ok. 
;D



Ada few readers blog ni dari Teluk Intan yang email aku,

"Jiji, tadi macam nampak awak kat *somewhere*. Tapi macam tak pasti betul ke tak. Nak tegur, takut salah orang."

Ok camni.
Apa kata lepas ni kalau macam ternampak aku tapi tak pasti, 
korang tanya je,
"Sis, muka awak ni betul-betulllllll macam megan fox. Awak ni megan fox ke?"

Kalau orang tu tergeliat-geliat eksaited like,
"Hoemjii hoemjiii awak la orang pertama cakap saya macam megan fox."
Maka BUKAN aku la tu.

Tapi kalau orang tu buat muka keras sambil
hellooo awak orang yang keseribu ratus cakap muka saya macam megan fozz,
hah aku la tu.
;D

 Tapi kalau ternampak pompuan yang makan tak kira tempat camni,
yang kalau dapat makanan memang automatik terus bersila walau di mana jua hatta di tepi tong sampah sekalipun,
 memang tidak syak lagi.
Memang aku.
-_____-

Aku ni selebet je kalau keluar rumah. Hubby dan Haikal pun sama.
Kalau setakat keluar pergi giant nak beli bawang,
pakai tudung tersenget benget itu perkara biasa.
Pakai spenda terbalik juga perkara biasa.
Berjalan sambil kain pelikat tersedut dalam bontot lagiiiiii lah perkara biasa.
;D

Tapi takpe. 
Selebet-selebet pun kitorang ok je nak jumpa orang.
Setakat nak ajak selfie pegang bawang, eh kitorang okkkk.

8 comments:

Unknown said...

Lawaklah kak jiji niee.. Hohoho :P

Noni said...

Apa nak kesah Pakai spende terbalik. Xde sape nampak. Hihihihihihi. Yang pnting, konpiden level tinggi.

Siti Sharini said...

tepeng kat manaaa

talkwithmykeyboard said...

hehehe... lawak jee..
mana ade selekeh..cantik jer.natural beauty.. nak tye.. tudung tu beli mane? kalau online boleh share? tu sarung je kan tudung tu mcm inner? da lame cari labuh n jadi muncung camtu..tp xjmpe lagi.. huhuhu..

Lynn Abd Latib said...

Hahahha!!
Lawak mu nih dik!!
Tak nampak perut lagik
Dah berapa bulan?

ADLIL RAJIAH said...

talkwithmykeyboard,
Beli kat cloverush.com :)

Ida Rohaya said...

Smart kasut ♡♡♡
Nak tau, beli katne?

Anonymous said...

kah kah kah kah...entry ni mmg klakar...

sronok tgok Haikal..sy dah 4 gegirl..blum rezki ank lelaki..tp betulla kata aunty tu anak2 lelaki kna bg RUANG..anak gegirl plak kna rapat2 sampai xda RUANG...baru close each other..hehehe...