Cameron Highland

Ni cerita dua minggu lepas.
Kebetulan hubby dapat cuti dua hari.
Ya dua hari SAHAJA. -..-
 Itu pon dah cukup lama bagi aku. 
Sebab kerja hubby memang susahhhhh gila nak cuti.
Nak apply cuti separuh hari pon kena tahajud 3 hari 2 malam dulu.
Itu pon belum tentu dapat. T___T

Haikal, bila besar nanti jangan jadi engineer ye nak.
Kang takde siapa nak melawat mama kat kampung. ;D

So dua minggu lepas, hubby balik kerja dia terus bagitau aku dapat cuti dua hari,
terus aku rasa nak sujud syukur tak bangun-bangun. :D

Initially takde apa-apa plan pun. Kitorang duduk rumah je. 
Dua hari je kot kannn. Takkan nak pergi maldives pulak. -..-
Tapi hubby la. Mengadu bosan duduk rumah.
Hmm mamat tu...
Baru sehari duduk rumah dah bosan. 
Pergi kerja balik lah. -..-

So aku pun pikio punya pikio kemana nak dibawa laki ku yang kebosanan itu.
Terus aku terfikir Cameron Highland. 
Sebab aku teringat stok sayur dalam peti dah kehabisanullazi. 
So elok jugak naik cameron kejap beli sayur.
Ya pergi Cameron sebab nak beli sayur je. -_____-

Lagipon dah lama tak pergi Cameron.
Last pergi masa form 5 kot.
Zaman-zaman tudung bawal selempang. Pedulik hape kelepet senget sebelah. 
Kahkah.

Rumah aku dengan Cameron takde la dekat mana pun sebenarnya.
Dalam dua jam perjalanan jugak lah.
 Dah la jalan nak naik bukit tu bersimpang siur.
Kalau tengok kat google map, dah macam tali pusat dah. -..-

Tapi ku tabahkan jua. 
Demi laki yang kebosanan.
Dan demi nak beli sayur.


Kitorang sampai pun dah malam.
Sebab gerak dari rumah tu petang lepas asar.
So sampai-sampai je terus berenti dinner kat Tanah Rata sebelum check in hotel kat Brinchang.


Kitorang stay kat Brinchang. Kat Iris House Hotel.
Nasihat saya, jangan stay hotel tu. Tah pape. -____-
Best memang best. Harga pun boleh tahan.
Tapi asyikkkk takde letrik. Harem jadet betul.

Memang la hotel kat cameron semua takde aircond sebab kat situ memang dah sejuk.
Tapi kamon..letrik tetap penting.
Water heater kat bilik air tak berfungsi ok. Kesian kitorang.
Pagi-pagi nak mandi sejuk gila. 
Air tersentuh bulu roma pon dah terkemut-kemut.
Bayangkan bila air tersentuh kulit. Biru terus.
T_________T
Hari pertama sampai tu kan dah malam. So takde aktiviti sangat.
Ingat nak pergi night market Brinchang, tapi tetiba hujan pulak.
So lepak bilik je la malam tu.
Lagipun masing-masing "jetlag" lepas mengharungi jalan ibarat tali pusat tu. -..-
So malam tu semua tidur awal gila. Termasuk Haikal.

Dan the next morning, masing-masing bangun awal. Yeay!
Lepas subuh, terus bersiap nak turun breakfast.

 Ya masih berbaju semalam. Kecuali hubby.
Mamat tu tahap disiplin dia memang tinggi. 
Walau sesejuk mana pun air, beliau tetap akan mandi pagi. 
Kulit bercangkerang ke apa entah. -..-
Namun aku dan Haikal tetap mental belum bersedia nak mandi kahkah.
Sejuk gila woi!

Sebelum kitorang turun breakfast tu, selfie dulu kejap.
Sebab view dari balcony bilik sangat cantik pulak pagi tu.
Dah la udara dia sangat segarrrr hnss hnss hnss. Sihat je rasa bernafas kat sana. :D



Masa nak turun breakfast tu, aku chuak-chuak takut aku je kelihatan selebet belum mandi.
Sekali kat buffet breakfast tu, tengok semua orang muka tak mandi. Kahkah.
Siap ada yang sangkut towel kat leher. 
Amboi cik kak. Nak pergi tumpang mandi kat hotel sebelah ke apa? ;D

Food spread dia not bad la. Ok je bagi aku.

Muka tak mandi.
Lubang hidung tu kalau suluh, memang masih banyak khazanah. ;D


Lepas breakfast, terus naik bilik balik.
Sebab aku ngan hubby memang jenis yang membuang sejurus selepas breakfast. -___-
So breakfast jangan nak mewah-mewah sangat. Rugi.
Sempat simpan dalam perut untuk beberapa ketika sahaja. -..-

Dalam pukul 11pagi camtu, semua dah siap mandi wangi-wangi.
Barang dah packed elok-elok.
Check out hotel dan zassss ronda-ronda cameron.

 Kereta nak naik Brinchang adalah sangat banyak.
Sebab musim cuti sekolah.
Nasib jalan nak turun tak banyak kereta.
Aku rasa nak buka tingkap sambil lambai-lambai ratu kat kereta-kereta sebelah. 
Bahah.

Sebenarnya kalau ada anak kecik ni, takde apa sangat pon boleh dibuat kat cameron ni.
Kalau tak tea farm, strawberry farm. Kalau tak strawberry farm, tea farm.
-______-



Banyak iklan kat cameron ni dia tulis,
"Free strawberry picking."
"Pick your own strawberry."

Tapi setiap kali aku datang tak pernah pun dapat petik sendiri.
Asyik-asyikkkk bukan musim. -___-
Kalau nak petik, kau kena beli satu pokok. 
Jadah?
Lain la kalau boleh makan dengan pasu-pasu sekali. Terus sepuluh pokok aku beli. ;D

Tapi pada pengamatan aku, Cameron sekarang dah tak sesejuk dulu.
Mungkin sebab perubahan iklim. 
Maka strawberry pun merajuk nak tumbuh banyak-banyak kat situ.

"Siapa suruh kau tarah semua bukit kat Cameron ni? Kesian saya tak dapat mengekalkan tahap pembiakan yang optimum akibat global warming yang melanda.", kata si strawberry di dalam hati.


 Next, is tea farm.


Aku tak tahu la seluas mana tea farm ni.
Tapi nampak memang luas sangat lah.
Kalau leka mengutip daun teh sampai ke hujung bukit sana, mungkin dah boleh sampai Shah Alam dah.
;D



Next, is Agro Highlands. Tempat ni All-in-one.
Semua ada.
Strawberry, cactus, bunga, sayur, teh, jagung, madu asli, cakap je apa nak semua ada.
Asalkan tak mintak yang bukan-bukan la.
Nasi lemak ayam berempah memang takde la kat sini.


 
Aku ni pelik sikit. Tak suka bunga. -____-
Sejak zaman bercinta lagi aku dah bagitau hubby, jangan bagi bunga.
Better bagi burger bakar. Lebih bermanfaat. ;D
Oh bunga kobis juga bermanfaat. Pun boleh bagi. 
Nak bagi dua tiga jambak lebih dialu-alukan.
Asalkan bukan bunga ros yang simpan dua tiga hari terus layu di tasik madu hah baik tak payah.

Tapi walaupon saya tak suka bunga,
namun saya tetap cantik seperti bunga.
Sekali imbas je pasti terpegun dengan kecantikan saya. 
*Pappp tapak kasut di muka*


Ni salah satu perkara wajib yang perlu dibuat di Cameron.
Makan strawberry cicah coklat.
Sebab nanti bila pulang dari cameron, seluruh keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, rakan taulan
semua akan bertanya,
"Kau ada makan strawberry cicah coklat macam siti nurhaliza?"

-___________-


Orang tua-tua kata, strawberry ni elok makan kat cameron je. Jangan dibawa balik.
Kalau bawak balik ke rumah nanti rasa dia akan jadi masam. -..-
Tapi aku bawak balik berbondong-bondong strawberries kat rumah, elokkk je rasa dia.
Rasa yang sama macam makan kat cameron je. Tak masam pong.

Tak tahu la.
Mungkin lain orang lain taste buds.
Mungkin orang tua-tua mempunyai reseptor masam pada lidah tiga kali ganda lebih banyak dari orang muda.
-_____-


Sekian sahaja aktiviti kitorang kat Cameron. Ya itu je aktivitinya.
Sehari je pon kan.
Tak payah cerita lebat sangat la. ;D


Sebelum balik Teluk Intan, kitorang singgah Lata Iskandar kejap.
Tengok air terjun sambil minum air kelapa.
Ya tengok je.
Tak kompiden nak mandi sebab Haikal kecik lagi. KOT.
Ke mak dia yang paranoid? -..-


Dan ini hasil tangkapan dari cameron..


Kan betul aku cakap nak beli sayur.
:D

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hahahaa...seronok la baca!!ingt nak beli sayur berguni-guni setelah susah payah naik CH!hahahaa...

fazianbatrisyia said...

ok tu berkhasiat...

Mama Zharfan said...

dh berkurun i tak gi CH..last sekali ke sana 8 thn lps kot ie time my eldest masih baby..
tp tak daya nak pegi time cuti sek..kena pegi time low season ;)
i enjoy baca ur entry ;)

Teacher Basariah said...

ko balik kot tapah ke?fuyoo..huhu..serik oo..jalan lintang pukang..

Unknown said...

sweetnya :)