Dua minggu lepas, adik bawah aku (Rizzy) convo.
Atau bahasa nenek aku, "Kombo." atau "Kombokesyen." ;D
Convo dia kat UiTM penang ni je.
So boleh la aku sama-sama pergi raikan.
Daddy, Mama, Raidoo and Jahan pon join.
Diorang ramai-ramai tidur rumah aku. Meriah la sekejap rumah. :')
Atau bahasa nenek aku, "Kombo." atau "Kombokesyen." ;D
Convo dia kat UiTM penang ni je.
So boleh la aku sama-sama pergi raikan.
Daddy, Mama, Raidoo and Jahan pon join.
Diorang ramai-ramai tidur rumah aku. Meriah la sekejap rumah. :')
Congrats, Dik! Finally u've got it!
Rizzy ni chef. Dia masak lagi terer dari mak aku. Haha!
Dan ofkos lagi terer dari aku jugak la. -..-
So dalam masa terdekat ni, dia akan naik kapal.
Kerja chef dalam kapal. Kompom makannn je la kerja kau nanti.
Tapi seronok jugak la kot. Teringin nak makan seafood apa, cakap je.
Campak jala, tunggu seploh minit, tarik.
Kang dapat la kerapu ke bawal emas ke siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri ke.
Boleh buat masak lemak dengan pucuk ubi.
Nak cari pucuk ubi kat mana pepandai kau la yang tu. ;D
Aku ngan Jahan. Adik paling bongsu.
Jahan ni dah 15 tahun, tapi perangai macam baby.
Dia punya manjaaaaaa, tak kuasa nak layan.
Ni Raidoo. My only sister.
Gedik dia sama macam aku.
Kalau dia buat perangai, rasa nak tumbuk je. Padahal lupa perangai aku pon macam dia.
-_______-
Rizzy convo sesi pagi. So Mama ngan Daddy je yang join dia pagi tu.
Aku, Raidoo ngan Jahan datang tengahari.
Datang pagi bukan kau dapat seat dalam dewan pon kan.
Tapi sayang hari tu hubby tak dapat join. Dia kena kerja.
Boring hubby takde. T__T
Perangai-perangai tipikal semasa di majlis kombokesyen. -..-
Ini Rizzy. Tengah kopek jerawat. ;D
Semua pon nak rembat barang Rizzy nak berangan kan.
Termasuklah aku. -____-
Masa aku pakai jubah ni Mama membebel,
"Ehh orang dah ada masters pon nak sibuk yang diploma punya ke? Dah dah la tu!"
Aku jawab,
"Tapi Rajiah belum ada diploma."
Sambil buat muka kiri atas tu. :8)
Raidoo pon tak terkecuali nak rembat jubah Rizzy.
Padahal dia pon nak convo tak lama lagi.
Abaikan mak aku tu, perangai dia memang comel sejak azali. -..-
Ni dialog untuk gambar yang kiri,
Mama: Raidah convo nanti dapat ANC (Anugerah Naib Canselor) kan?
Raidoo: Tak. Ada satu sem tak dapat dean's list.
Tu yang tetiba Mama buat sign "not good", Raidoo buat "satu". :D
Ini Daddy yang paling hensem dalam dunia.
Kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi. *tetiba*
Yang paling rajin layan Haikal ialah Jahan.
Haikal pon sikit-sikit, "Asu! Asu!" (read: Paksu)
Masa ni Mama tengah cerita, ada sorang makcik dia jumpa kat dewan tu nak jodohkan anak dia dengan Rizzy. Kahkah.
Sempat lagi ye makcik.. Amboi..
Pengaruh drama kuat sangat makcik ni. :D
Lepas setel Rizzy punya convo, tetiba Daddy teringin nak makan durian.
Stop la kejap kat gerai tepi jalan tu.
Terus lapah ramai-ramai kat situ jugak.
Muka mintak lempang masing-masing. Terutama yang tie merah tu. ;D
Nasib baik Haikal suka durian.
Kalau tak, kena buang hak kewarganegaraan. Heheh.
Hamikkk.
Ni kereta pakcik jual durian tu.
Tak bocor pulak kereta pakcik ye pakcik?
Alhamdulillah la ye pakcik ye?
Habis makan durian, kitorang pon balik.
Diorang packing-packing barang dah terus gerak balik Shah Alam.
Dan rumahku kembali sunyi.
Ibarat jatuhkan jarum, bergema seluruh alam.
Hamboi tu dia.
-______-
1 comments:
Tahniah Rizzy.
mama is cute as ever.
ye la..ye la..awak ponnnn
Post a Comment