26th birthday - Part 1

So 16 September lepas ialah birthday aku.
Yang ke-26.

Tua ke?
Tua la kan kalau dibandingkan dengan Haikal.
Tapi kalau banding dengan nenek atok di kampung?
Eeeuuuwwwwhhh muda nyewwhh!! ;D

Well, 16 September kan Hari Malaysia.
So ramai la yang nganjing aku kengkonon macam aku ialah insan terpilih sebab birthday jatuh pada hari malaysia.
Bertuahhhhh sangat lah khonnn.
Padahallll...


Biasaaaa korang kan.
Ada tu siap perli,
"Eh eh kenapa hari ni semua orang cuti eh? Laaa birthday Jiji rupanya!"

Amboiiiii..aku peratiiii je perangai masing-masing kan.
Kemain menjadikan hari jadiku sebagai bahan lawak. Pfft.

Kalau rosmah tahu ni, menggigil lutut dia tahan marah.
Birthday dia pon orang tak cuti okkk.
Tetiba birthday aku a.k.a megan-fox-sangat-ni, satu malaysia cuti?
Mahu tak gigil lutut? :D

By the way, weekend hari malaysia tu aku balik kampung.
Sebab Along ada buat akikah anak kedua dia.
Seminggu sebelum tu Along ada call, nak tanya aku boleh datang tak akikah tu sebab kebetulan birthday aku weekend tu jugak kan. So dia takut aku ada plan lain ke apa kan. 
Aku pon laju-laju tanya hubby,
"Papa, weekend ni kita ada plan apa-apa ke?"

Sambil buat muka innocent yang fake gila (haha!). Dengan harapan hubby dah plan nak celebrate birthday aku.
Atau nak bawak aku jenjalan ke mana-mana ke kan.

Sekali hubby jawab,
 "Takde."

Aku macam,
T___________T

Tak sangka hubby dah tak heran pon birthday aku.
Padahal dia bukan tak tahu birthday aku. Dia tahu ok!
Hari Malaysia dan Hari Rajiah jatuh pada 16 september.
Tarikh tu memang dah sekian lama termaktub dalam hotak dia ok.
Beraniiiiii dia tak plan apa-apa??
;(

Aku expect hubby akan jawab,
"Eh mestilah Papa dah plan majlis besar-besaran untuk birthday Mama."

Tak pon,
"Oh Papa dah booked flight. Weekend ni kita pergi Paris seminggu."

Tak pon,
"Nah jongkong emas sekilo. Istimewa sempena birthday Mama."

*hebat-hebat expectation aku. kahkah!!!*

Tapi malangnya.
None of the above.
T__T

*terus sebak lalu mendendangkan lagu mengintai dari tirai kamar*

Dalam sebak-sebak tu terus aku bagitahu Along, kitorang boleh attend akikah anak dia.
Sebab..
sebab..
sebab takde plan apa-apa untuk birthday aku..ohh pedih pedih.


So Sabtu tu kitorang pon gerak balik kampung.
Aku balik rumah mertua dulu. Sebab akikah anak Along Ahad malam.
Masa kat rumah mak, macam biasalah. Makan berak je aktivitinya. Kahkah.

Ahad petang tu baru kitorang pergi rumah Mama. Tolong-tolong apa patut.
Semuanya berjalan seperti biasa.
Tiada pon ura-ura seperti mereka mengingati hari jadi ku.
Ada la terpalit rasa kesedihan sikit-sikit.
Sikit lagi aku nak miming lagu mengintai dari tirai kamar, tapi takut hujan pulak. Kesian kat tetamu yang datang akikah. ;D
Terus miming dalam hati je. Hujan dalam hati takpe.
Hati menangis tiada siapa yang tahu.
*awas, ayat mintak lempang.*

So masa malam akikah tu, ramai la saudara mara datang kan.
Tetamu dalam 200 orang camtu kot tak silap.
Macam biasalah ada makan-makan. Nasi beriyani, lauk kambing apa semua.

Pastu tetiba aku tengok family aku asik berbisik-bisik tau.
Kejap Mama bisik kat Raidah.
Pastu tetiba Hubby bisik kat Mama.
Pastu Rizwan pulak bisik kat Adan.

Aku macam...
Apasal diorang ni???

Semua orang pon tengah cakap kuat-kuat kot.
Tengah kenduri mestilah bising kan.
Yang korang duk bisik-bisik dah kenapa??
Tak payah nak romantik sangat lah kan.

Pastu bila aku tanya Raidah kenapa bisik-bisik, dia jawab,
"Eh nanti la aku bagitahu. Aku tengah sibuk ni."

Bila tanya Mama pulak, dia macam,
"Eh tak payah sibuk lah. Tetamu tengah ramai ni."

Pfffttt..
Semua pon malas nak layan aku.
Apa masalah semua orang ni!!!!

Tetiba Jahan (adik bongsu aku) ajak masuk bilik, dia kata saje nak borak-borak.
Ajak borak? Borak semata-mata?
Tetamu tengah ramai, tetiba ajak masuk bilik nak borak?
Dalam hati aku, dah kenapa semua orang dah tak normal dalam rumah ni??

Ada la dalam 10 minit aku kebodohan duk dalam bilik,
tetiba Mama suruh keluar.

Rupanyaaaaaaaaaa


Surpriseeeeee!!

-______________________-"

Aku tak tahu nak buat reaksi camane.
Aku selak je langsir, terus diorang nyanyi ramai-ramai, pastu semua mata pon pandang kat aku, terus aku macam,
Eh eh nak buat muka camane ni. Eh eh nak buat-buat pengsan lah. Eh eh rasa macam nak kentut je. Terus otak tak function. Kahkah.

Yang paling tak tahan, siap ada belon-belon segala.
Terus kompius, umur aku sekarang 26 tahun atau 2 tahun setengah? ;D


Tahu-tahu je ada kek Baskin Robbins kat tengah-tengah.
Lilin 4 batang. Ok aku 4 tahun la maksudnya. Haha!

Sebagai rekod peribadi, ini ialah pertama kali aku makan kek aiskrim Baskin Robbins. PERTAMA KALI okk!
Birthday sebelum-sebelum ni makan kek span perisa oren je.
Tahniah la ye.
Ada peningkatan tahun ni. T__T

Masa diorang suruh blow and potong kek tu kan,
aku macam nak termenitik sikit air mata tau.
Tapi tahannnnnnn. Haha!
Dalam hati,
"Baskin Robbins woiiiiii Baskin Robbinssss!!!!"


Engko tengokkk. Dia punya nervous, sampai tersilap anak. Kahkah.




Siap diorang tegur-tegur,
"Nak potong kek pon tangan gigil ke?"

Pfftt.
Dah tu, siapa suruh buat surprise??!
-___-

Korang cuba tengok laki pakai baju hitam kat belakang aku tu.
Tu pakngah aku tau.
Masa mata aku tengah bergenang-genang potong kek kan, pakngah cakap,
"Eh bukan engko ke yang pergi beli kek ni tadi?"

Bahaha! Sengal pakngah.
Aku yang nak ternangis, terus gelak barai.
Dia tu memang tak boleh blah sikit tau.
Dalam ramai-ramai family belah Daddy, lawak dia paling win.

Ni antara tetamu yang datang. Family belah Daddy lah ramai.
Family Kaklong (bini Along) pon ramai.


 Mamat baju merah tu ialah Sani Anuar. Goalkeeper Sarawak.
Yang main game lawan Singapore malam tadi.
Dia ialah abang Kaklong.
Bini dia cantik engkoooo. 
Bini dia pandai mekap, dia la yang mekap aku masa bertunang dulu.
Motif bagitahu semua ni??
Saje tumpang glemer. -..-


Ini bukan sebarang muka happy ok.
Happy first time makan kek baskin robbins maklomlahhh.
Umur 26 baru dapat makan baskin robbins.
Tolonglah kesian.
Ni semua salah umno. Ehh! 


Ni hubby panggil aku, suruh pandang kamera. Terus aku bagi muka camni.
Dalam hati, 
"Cisss konon takde apa-apa plan untuk birthday cissss. Siap la malam ni!"
;P


Yang jubah putih ni la Jahan, yang tetiba panggil aku masuk bilik nak ajak borak.
Apakahhhhh sangat. -..-

Yang sebelah Jahan tu nenek aku tau.
Malam tu nenek nyarisssss merosakkan rancangan diorang nak surprise aku.
Sebelum magrib tu, aku nak mandi tapi baju kat dalam kereta. So aku cari la hubby nak suruh dia amikkan baju. Sekali hubby hilang tah kemana. Semua orang aku tanya hubby mana. Semua jawab tak tahu. Pastu bila aku tanya nenek, nenek jawab,
"Fify pergi amik kek ko lah."

Kahkahkah! Terbaik nenek.

Nasib baik masa tu aku tak expect apa-apa tau. Sebab kalau ada majlis makan-makan, Mama memang selalu order kek tradisional macam kek talam ke kek pulut ke kan.
So Alhamdulillah masa nenek jawab "fify amik kek" tu, aku terus terbayang kek tardisional yang Mama selalu order. 
Kalau aku terus terbayang kek hari jadi, hancussss... Haha!

Nenek..nenek...
Lepas ni nenek tak boleh masuk campur lagi ok.-..-


Ini lah orang-orang yang sepatutnya diraikan pada malam tu.
Majlis akikah diorang kan.
Tapi hujung-hujung tu, aku pulak yang terovershadow watak utama. 
Minta maaf lah.


 Ni ha sepatutnya watak utama.
Aqilah Zamiyah.
Sorry la yang. Makngah terpaksa enterprem dalam majlis awak.
Siapa suruh mak ayah awak tu bersekongkol buat surprise untuk makngah.
Nasib baik awak comel. *tetiba*

Bila semua tetamu dah balik, 
terus aku tanya semua orang, siapa dalang utama yang plan semua ni.
Pastu semua pon jawab ngarut-ngarut. Pfft.
Last-last Mama dengan Along bagitahu, semua ni rancangan hubby. 
Terus aku macam...
terharu campur sedih campur berbunga-bunga campur senyum-senyum sikit,
 sambil di dalam hati,
"Ok malam ni ON."
Ehhh!!!
;D


Dah la hubby tengah sakit mata tau sebenarnya.
Mata kanan dia ada ketumbit. 
Sepanjang hari hubby mengaku diri dia ialah khairy jamaludin. 
Kahkah!

Kejap.

Tang mata je lah khairy jamaludinnya pon kan. Haha!

Aku dah la suka tau khairy jamaludin ni.
Dia kan macam hensem macho-macho sikit kan. Huhu.
So sepanjang hari tu aku macam usik-usik hubby,
"Khairy, meh nak sayang sikit."
"Eh khairy, awak hensem betul lah hari ni."

Kahkah terus bajet couple dengan khairy jamaludin.

Pendek kata, memang bahagia betul lah birthday kali ni.
Dah la first time makan baskin robbins.
Pastu celebrate pulak dengan khairy jamaludin. 
;D

Eh macam dah panjang sangat pulak aku tulis ni kan.
Mentang-mentang jarang update kan.
Sekali update, terus tak boleh berhenti. -..-

Jadi sebelum tutup entry ni, saya nak ucap terima kasihhhhhh banyak-banyak kepada yang ingat birthday saya. *tetiba bersaya-saya*
Yang buat surprise. Lain kali jangan buat lagi ok. Nanti saya nangis. -..-
Yang wish kat wassapp and sms, pon terima kasih.
Yang wish kat FB tak aci. Sebab ada notification haha!
Apa-apa pon terima kasih semuanya.

Alhamdulillah.
Saya dah selamat 26 tahun.
Dan tak pernah menyesali akan kehidupan yang sedang dilalui sekarang.
Dengan setiap nikmat yang Allah bagi, aku bersyukurrrr. 
Tubuh badan yang masih sihat masih kuat.
Ada family yang penyayang.
Ada anak yang comel.
Ada suami yang khairy. Ehh! ;D

Terima kasih semua.
Daddy & Mama,
terima kasih bawa Rajiah ke dunia yang penuh dengan kasih sayang ni.
Along & Kaklong,
sorry enterprem majlis korang. Haha!
Adik-adik kakngah,
amboi korangggg dah pandai menipu kakngah sekaranggg. Huhu!
Kakngah sayang korang tau!
Khairy, terima kasih untuk surprise dan kek baskin robbins.
Mama sayang khairy.

:D


2 comments:

Badd2222 said...

Happy birthday Megan Fox!!

Rizziela said...

bestnya....meriah sangat.. semput nak habiskan bacaan :D syok