Bebelan biasa

Ye sekarang aku memang update blog 2 minggu sekali je.
Sebab?
Dah ketetapan Tuhan.. hihi

Dah tu harga minyak naik pon boleh salahkan Tuhan kan.
-____-"

Aku tengok lepas minyak naik ni kan, 
dia punya "panas" sama macam masa nak PRU13 dulu. 
Merataaaaa perang politik sakan.
Sampai aku pon dah malas nak buka FB.
Bila baca news feed membuak-buakkk je rasa.
Nak-nak bila ada status update oleh Uncle Jibby. 
Memang rasa nak tumbuk profile picture dia. Kahkah.

Iolls memang tak kuasa dah nak layan Jibby sekarang.
Tengok muka pon rasa nak luku.
Nak-nak pulak tengok muka Bik Mama dia.
Terus macam...
Go die. Go die now. -..-

By the way, kepada yang ada suggest kat aku supaya aku ulas/tulis mengenai sesuatu isu tertentu. Atau yang minta pendapat ke hape kat email and FB.
Aku minta maaf ok.
Aku dah baca semuaaaaaaa, tapi belum sempat reply.
Aku baca satu per satu, pastu angguk-angguk sikit, pastu heheh heheh sikit, pastu terus log out. Tanpa reply.

Bukan sengaja. Tapi belum ada masa.
InsyaAllah bila aku ada masa sikit, aku jawab la segala persoalan korang tu ye.
Aku tahu. Aku kan memang prof muhaya sangat. ;D

Tapi aku tak janji la bila boleh reply.
Mungkin...
lepas habis study. Tahun depan. Kahkah.

Time tu aku syak aku akan punya banyakkkkk masa.
Mungkin jugak blog akan diupdate seploh kali sehari. Hah engko.

So buat masa ni, aku memang jarang update.
Aku akan senyappppp dua minggu.
Pastu update sekali.
Pastu senyapppppp lagi dua minggu.
Pastu senyap terus. 
Mungkin aku dah sibuk sangat la tu. Takpon....
sudah ajal. ;D

Biasalah bro.
Jadi student memang busy kan.
Tahun pertama ngan kedua memang tak busy mana. 
Tahun last baru busy.
Sebab buat kerja last minit bro..
Baru challenging. 
Challenging. Tengkorak. Mu. -..-

Oh kejap.
Korang cakap korang rindu Haikal kan.
Bebaru ni dia demam tau. Teruk jugaklah. 39.3'C.
Panassssss gilaaaaa...
Sampai kalau aku nenenkan dia, kan kepala dia kat atas lengan aku, pastu mesti aku rasa macam nak terbakar lengan. Serious panas.
Aku syak kalau aku biar lama sikit, dah boleh buat burger bakar abang burn dah daging lengan aku ni. Lembut pon lembut. Mesti sedap. ;D

Seminggu jugak lah Haikal nak baik demam. 
Makan taknak main taknak. Asik terbaringggg je. 
Suruh berdiri lama sikit, nangis. -___-

Tapi since weekend hari tu, dia macam dah baik sikit.
Badan dah tak panas. Mood pon dah macam biasa.
So semalam hubby ajak pergi pantai. Memang tak beragak laki aku tu.
Budak baru baik demam, ajak pergi pantai kan.
Ada sekali tu, tengah hujan lebat hubby nak kejut Haikal, suruh mandi hujan. Pfft
Den luku botingkek-tingkek tahu la.




Ini ialah pertama kali Haikal pijak pasir pantai.
Pertama kali cecah air laut. 
Sebelum ni kalau pergi pantai, sikittttt pon dia taknak pijak pasir. 
Meronta macam histeria kalau paksa jugak pijak.
Stress aku. Tak megan fox la kan kalau tak mesra pasir pantai. =P

Tapi Alhamdulillah semalam, nak pulak engko pijak kannnnn..
Tapi kerassss je la kaki dia. Bila bergerak sikit, terus macam geli-geli.
Nyampah.
Anak jantan kottt. Geli hape nya. Pijak lipas pon tak boleh geli okkk.
Anak dara macam Mama je boleh geli-geli. *usap bulu hidung*


 Haikal jalan atas pasir punya lah selowwwww ya Rabbiiiii..
Berhati-hati dijalan raya ke hape tah.
Pastu sikit-sikit buat muka mencebik-cebik kegelian.
Sampai-sampai je kat aku, suruh aku buang pasir kat kaki dia. Pffffttt...
Pasir je kot yanggg.. Bukan najis pon.
Kalau terpijak tahi cicak kat rumah, takde pulak engko bising kan.
Elok je bawak tahi cicak tidur sama mama tengok. 
Ini kan pasir pulak yang nak dikesahkan. -_____-


 Ni hubby sengaja main pasir, bagi Haikal tengok.
Dia pon nyampah kot tengok Haikal geli dengan pasir.
Hubby lagi la. Siap jirus pasir kat tangan Haikal. Renjatan terus budak tu. Kahkah!


 Dah lama sikit, baru Haikal mahu dengan pasir. 
Tah hape-hape perangai takut pasir.
Banyak je lagi benda yang lojik untuk ditakutkan. Pasir jugak jadi mangsa. -..-
Pasni aku plan nak pakaikan Haikal spenda je.
Pastu guling-gulingkan dia kat pantai. Rasakan. Haha!
Kalau dia meronta, tanam terus. ;D



 Ok lah tu je la kot update kali ni.
Tah hape-hape je pon intipati entry ni.
Tu la. Siapa suruh korang baca. Hihi!
Baik korang pergi baca buku biografi Rosmah Mansor. 
Boleh la tahu serba sedikit tentang rahsia penjagaan rambut helmet.
Eh ok bye.

Ni. Bibir helmet. ;D

1 comments:

nora razalli said...

bila update 2mgu skali bru dapat idea nk nulis pjg2 cmni kan?

ok la not bad..
boleh buat sy bca smpai habis 1 entri word by word :)

new fren...salam kenal :)