Saya biasa yang murah-murah je awak..

Aku rasa lawak kalau orang puji atau tanya pasal apa yang aku pakai.

Contoh macam,

"Jiji, cantik la baju awak pakai semalam. Mesti mahal kan. Beli kat mana eh?"

Mesti muka aku jadi camni.

Kalau masa tu aku tengah makan, mesti camni.

Kahkahkah.
Awak buat saya geli hati saje tau. :P

Aku bukan apa.
Bukan tak boleh korang tanya gitu.
Cuma setahu aku la, aku ni bab penampilan diri memang jauh la.
Tak reti satu hal. Tak kisah pon satu hal.

Aku jenis yang macam, lantak la pakai apa pon. Janji berpakaian.
Tak kisah la baju patbelas tahun lepas punya ke.
Tak kisah la baju bundle ke.
Tak kisah la baju mydin 5 pasang Rm10 ke.
Tak kisah la baju warna lain, tudung warna lain, seluar warna lain ke.
Tak kisah la baju style makcik-makcik nenek-nenek jual kuih ke.
Tak kisah!

Yang aku kisahkan, cuma satu je.
Kalau tak pakai baju. Hah itu memang dikisahkan.
Bukan aku je, laki aku keluar rumah tak pakai baju pon aku kisah.
Contoh macam dia keluar rumah tebas rumput ke kan, pastu tak pakai baju kan, hah siaplah dia lepas tu. 40 hari 40 malam aku bebelkan.
Berani dia tak pakai baju.
Tetek terbarai nak tunjuk kat orang buat hape kan.
-..-

Tapi kalau bab branded ke tak branded, aku memang tak kisah.
Aku pakai je baju cap apa pon.

Kalau korang tanya,
baju beli mana, seluar beli mana, kasut beli mana, handbag beli mana bla bla bla.

Kadang-kadang aku boleh jawab. Kadang-kadang tak boleh.
Tapi selalunya memang tak boleh jawab lah.
Sebab selalunya aku lupa aku beli mana. Aku selalu beli baju bersepah-sepah tau. Macam tesco ke aeon ke, giant ke, mydin pon pernah.
Tepi jalan pon pernah.
So mesti la tak ingat aku beli mana kan.
Takpon baju tu aku beli masa zaman sekolah menengah dulu.
Mana mahu nak ingat beli kat mana derrr...

Dan kebanyakan baju aku memang tak in pon dengan peredaran fesyen terkini.
Tu yang aku geli hati bila korang berminat nak tahu pasal apa aku pakai. Huhu!Aku memang tak kisah sangat in ke tak in. Lantak pi. Yang penting selesa.

Macam tudung. Aku tak pernah beli tudung yang lebih dari RM50.
Bukan la kedekut sangat nak beli tudung kan.
Tapi kalau dah ada yang selesa dan murah, kejadahnya nak beli yang ratus-ratus bagai. Setakat brooch celah boobs pastu bunga matahari setepek kat otak.
-____-

Minta maaf sangat. Tapi aku rasa tudung simple pon ok je.
Senang nak basuh. Longgok je dalam washing machine. Basuh sekali dengan spenda pon takde hal. Haha!


 Ni tudung paling mahal aku ada. RM47. Mahal lah sangat haha!
Tapi sehelai ni je lah yang RM47 pon. Yang lain semua RM30 ke bawah.
So bila pakai tudung ni, ada rasa angkuh sikit la. Sebab mahal kan. Kahkah!
Tudung ni aku beli kat gerai kecik-kecik tu je. Kat jusco Bukit Mertajam.


Kalau baju dan seluar pulak, jarang cecah RM100.
Dan aku selalu lenjan baju bertahun-tahun.
Ada beberapa blouse yang aku beli masa sekolah menengah dulu, sampai sekarang pon aku pakai lagi. So selagi baju tu muat dan elok, aku pakai.
Muka rilek, tanpa sedikit pon terpalit rasa miskin dan hina. Haha!


Baju yang aku pakai dalam gambar ni ialah baju hubby. Ya baju lelaki.
Hubby dah tak muat, so aku pakai.
Seperti biasa, muka rilek. Sikit pon gua tak kisah. Huhu!
Setakat ni banyak jugak baju hubby dah jadi milik aku.
Baju dia yang dah tak muat, pindah ke almari aku.
Cuma spenda je belum pindah lagi. ;D
Spenda hubby aku tak pakai la kan. Kang jenuh pikir nak isi apa compartment depan tu kan. Kahkah!
Ok tak kelakar. Maafkan saya.

Kalau bab kasut, pon sama.
Selagi kasut tu tak boleh bercakap (tapak rabak), selagi tu aku pakai.
Aku memang ada sepasang je kasut dalam satu masa.
Maksudnya aku takde la almari kasut, pastu penuhhh dengan high heels, flats, wedges apa semua. Ada satu je.
Bila dah betul-betul nazak, baru tukar baru.
Agak menyedihkan disitu.
Tapi takpe. Kaki pon dua je. :D

Apa lagi eh. Oh handbag. Pon sama.
Aku pernah ada handbag yang betul-betul branded dan mahal, sekali je seumur hidup. Masa kawen dulu. Beg atas dulang hantaran. Brand Bonia.
Tapi lepas 3 tahun kawen, bag tu macam ada rosak sikit.
Tapi still boleh pakai lagi.
Lepas-lepas tu, tak kuasa dah nak beli bag mahal.
Aku beli handbag yang makcik-makcik buat letak telekong tu je. Haha!
Yang harga RM30-40 tu.
Handbag pon sama macam kasut, satu handbag dalam satu masa.
Dah rabak sok, baru beli lain.
Aku bukan jenis yang hobi mengumpul setem handbag.

Last week aku upload gambar ni kat FB.
Pastu ada orang puji sunglasses kitorang.
Aku bangga la jugak 2-3 minit. Pastu mengenangkan itu cuma imitation, terus tak jadi bangga lebih-lebih. Haha!
Ya spek tu tiruan je. Beli kat uptown.
Haikal punya beli kat stesen petronas. RM3.50. Hehe!

Dulu aku pernah ada Rayban original. Harga RM900+.
Siap letak atas dulang hantaran masa kawen dulu.
Ye, yang atas dulang semua nak branded je kan. Pui.
Tapi Rayban tu dah hilang. Tercicir kot.
Boleh? T_T

So aku assume aku memang tak ngam la dengan barang mahal ni.
Aku jenis yang tak reti jaga barang.
So lepas-lepas tu semua pon aku beli yang murah-murah je. 
Nak sengaja tercicir banyak-banyak kali pon takpe.
Tengah jalan-jalan, tetiba sengaja campak sunglasses sambil bersiul lagu sesuci lebaran.
Angkuh bukan? ;D


 Cey ceyyy!! Bergaya tak kak ton? Haha!

So kesimpulannya, harga tak penting.
Yang penting selesa pakai.
Dan rupa megan fox tak berubah.
;D

Menulis

Pada suatu hari, aku bersembang dengan jiran A kat luar rumah.

Jiran A: Sekarang Jiji dah jarang keluar rumah kan. Jarang dah lepak dengan kitorang petang-petang.
Aku: Ha'ah kak. Dah sibuk menulis. 
Jiran A: Menulis? Oooo Jiji suka menulis ye?
Aku: Erk..tak tak. Maksud saya menulis jurnal.
Jiran A: *muka blur*


Keesokan harinya...
Terserempak dengan jiran B kat kedai runcit.

Jiran B: Eh Jiji! Hari tu "Jiran A" cakap awak tengah sibuk menulis novel. Tak sangka awak ni penulis ye? Nanti boleh la bagi akak baca novel tu.

*dalam hati, sejak bila pulak aku tulis novel bhaiiii -..-*

Aku: Erk..tak. Bukan. Bukan novel. Jurnal.
Jiran B: *blur*

Hmmm..
Kan dah tak pepasal satu kejiranan ingat aku ni penulis novel.

(-_________________-)

Tahu la jurnal dengan novel tak jauh bunyi.
Tapi isi kandungan dia jauhhh beza kak oiiii.

Dalam novel takde sebut pasal bioremediation of palm oil mill effluent.
Dan dalam jurnal pulak takde sebut pasal Firash kena paksa kawen dengan Syaf pastu masing-masing malu nak ngaku sebab Syaf ialah boss Firash pastu last-last bercinta jugak pastu Syaf baru tahu Firash ialah anak Dato'. 
Pfftt.

Sorry.
Tapi aku layan jugak cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia tu.
Pastu tersenyum sorang-sorang sambil lipat kain.
Hihi. :D

Masalahnya sekarang, camane aku nak clarify kat jiran tetangga? 
-..-

Vontot bergoyang -..-

Ni keywords yang sampai ke blog aku semalam.


Apa ni bhaiii..
Puasa kottt..
Tak payah nak bergoyang sangat la..
Aku libas dengan penyapu lidi kang.
-__________-

Bonding time dengan mummy baru

Ya.
Masih lagi cerita pasal ibu susuan Haikal. Huhu!
Minggu lepas Kak Lini roger-roger tanya stok susu ada lagi ke tak. Sebab dia nak bagi lagi. Fuhhh meriah habis la susu dia kan. Aku pon bincang la ngan hubby bila nak pergi rumah dia amik susu. Sebab rumah Kak Lini agak jauh la jugak.
Pastu tup tup tup Kak Lini ajak buka puasa rumah dia terus. Dia nak masak.
Ohohoiii aku kalau bab-bab makan ni memang angguk laju-laju.
Tindakan refleks. Haha!
Nak-nak pulak Kak Lini cakap dia nak masak.
*Goyang goyang goyang kepala goyang*

:D

So sabtu lepas, kitorang makan kat rumah dia lah.
Kak Lini masak apa tau?

 Tu diaaaaa...
Nasi minyak, kari ayam, jelatah, daging rebus, air asam, kacang buncis, extra moist chocolate cake, tembikai blended.
Perghhhhh...
Tengah taip ni pon terbayang-bayang nasi minyak lalu-lalu kat tekak. 
Sedap tak hengat ok. Aku siap tambah dua kali. 
Kali pertama, Kak Lini yang sendukkan nasi siap-siap dalam pinggan. Pastu kali kedua tambah, aku letak nasi lagi banyak dari yang Kak Lini letak masa mula-mula tadi. Kahkah!
Daging rebus tu pon aku yang habiskan. Lalala~
Kalau mak mertua aku baca ni, mesti geleng namploh kali serta terdetik sedikit penyesalan di dalam jiwa. Huhu!

Gambar atas tu pon aku amik kat FB Kak Lini je. Sebab tak sempat nak amik gambar. Masuk-masuk rumah je, nampak makanan terus gigil-gigil tahan nafsu. Kahkah!
Dah la Kak Lini memang hari-hari pon nak upload gambar masakan dia kat FB tau. Menjejesssss je aku tengok. Sape yang tengok FB Kak Lini pukul 2-3 petang, mesti terus pergi lunch tanpa sedar. Tindakan refleks. Bahah.

 Ni lah Kak Lini kita. Yang aku dukung tu ialah Rayyan. Anak kedua Kak Lini.
Kecik je Kak Lini ni kan? 
Orang pandai masak tapi badan kecik. Tak jeles engko? Pfffttt.
Hubby pon tak habis-habis dengki dengan Abg Rosli (laki Kak Lini), siap cakap
"Bini rajin masak, tapi Rosli tak buncit pon? Kenapa?"

Dah kenapa tak puas hati orang tak buncit kan? Haha!
Sila lah terima kenyataan. Jangan asyik mencari kesalahan orang lain je.. *tetiba*

 Haikal macam biasa. Habis satu rumah dia explore.
Buat macam rumah sendiri.
Sepah-sepahkan mainan pastu suruh Papa kemas. -_____-

 Oh by the way, Adriana dah tidur masa kitorang datang tu. 
Sebab tu dia takde dalam gambar.

Aku mula-mula takut tau nak dukung Rayyan. Sebab takut Haikal jeles.
Kang dicakornya budak tu kang. Mampos aku.
Tapi lama-lama tengok mamat tu ok je. 
Sibuk sangat main sampai tak mempedulikan aku pon. Pfft.

Oh aku rasa macam nak buat poster je gambar ni.
Tepek kat ruang tamu rumah. Huhu!
Bestnya kalau anak dah dua. Pastu dua-dua laki pulak tuuuu. :D

Aku cakap kat hubby,
"Rindunya nak ada baby lagiiii."

Mamat tu setakat jeling je.
Nyampah.

Nasib baik Haikal ok dengan Mummy dia. Siap cium-cium lagi. Amboi!

Ni laki Kak Lini tengah main kangaroo dengan Haikal. 
Bende alah tu la yang Haikal sepah-sepahkan tu.
Pastu tak reti nak kemas. -____-

Dah nak pukul 12 tengah malam jugak la baru kitorang reti nak balik.
Ingat nak tidur sana terus. Bahah.
Rumah Kak Lini best sangat tau. Dah la tingkat 9. Pastu buka-buka sliding door je terus nampak pantai. Siap bunyi-bunyi ombak lagi.
Kalau nak berkelah tak payah pergi jauh-jauh la, bentang je tikar kat verandah tu. Kot-kot rasa nak makan ikan kerapu ke udang galah ke, campak je jala dari rumah. Heaven gilllsss uollsss.

Dah la masa dah nak balik tu, Kak Lini hasut-hasut aku suruh datang lagi pastu nak ajak mandi pantai. Perghhh sekarang jugak aku cari bikini kaler pink ada bunga dua kuntum kat boobs. Pastu bawak jala sekali.
Mana tahu kan. Ikan jantan ramai berkenan kat iolls. Haha!

Ni kitorang dah nak balik. So Haikal sayang (kiss) la Mummy dia.
Siap Mummy hantar sampai ke pintu pastu pakaikan kasut. Amboi!

Thank you, Mummy Lini!
Nanti next time saya datang nak order nasi beriyani burung unta boleh?
Eh tak tak. Maksud saya, nak order air suam je. Silap taip tadi tu.
Air suam jadi nasi beriyani gam kambing pulak. 
Ehh! Silap taip lagi.

;D

Haikal dah ada ibu susuan. Yeay!

Ok kejap. Jangan buat muka terkejut sangat.
Bagi aku cerita selow-selow.
Dan sebelum tu aku nak bagitahu, aku masih breastfeed Haikal.
Masih. =)

So macam ni cerita dia.
Korang pon tahu kan aku ada asthma. Kalau asthma ada 10 tahap.
Aku kira di tahap 7.5 la kot. Nak jugak ada perpuluhan kat situ kan. Haha!
Nak kata teruk, takde la teruk sangat. Tapi memang teruk la jugak. Heh.

Sejak aku beranakkan Haikal dulu, ada dalam 4-5 kali jugak aku kena asthma attack. Baca SINI, SINI dan SINI. Dan yang paling tak kelakar sekali, everytime kena attack mesti breastmilk aku kering mendadak. Doktor kata most probably sebab steroid yang aku consume tu. Entah lah..
Tapi sampai ke hari ni, aku masih survive alhamdulillah belum kiok lagi. Dan masih mampu breastfeed Haikal.
Semuanya kuasa Allah.
Dan terima kasih juga kepada Shaklee.*tetiba*

Sampai lah bebaru ni. Yang masa jerebu teruk tu.
Walaupon aku takde update apa-apa pon kat blog pasal jerebu tu kan. 
Tapi ramai jugak yang tanya aku,
"Jiji, kau tak affected ke?"

Tapi aku jawab rilek-rilek je la kan. Sihat walafiat.
Walaupon dalam hati,
Bhaii..mestilah affected bhaii..
Jerebu teruk kot bhaii..
Asap orang bakar satay pon aku boleh semput, ni kan pulak jerebu bhaii..
Jangan nak buat kelakar kat sini bhaii.

;D


 Ni gambar masa jerebu tu lah. Kaw-kaw punya dia mai attack.
Lewat malam kot. Semua orang dah syok tidur kot. Pfft.
Kesian Haikal kena teman aku berjaga kat emergency.
Siap dia sempat marah nurse yang pakaikan aku nebulizer tu. Haha!

Gambar tu aku upload kat FB je.
Dan-dan tu la ramai call tanya kenapa-kenapa. Tu yang aku malas nak kecoh tu.
Padahal baru buat nebulizer je kot. Belum nazak lagi. Ehh!

Tapi yang masa jerebu tu agak teruk jugak lah aku rasa.
Siap nyaris nak buat surgery Bronchial Thermoplasty.
Apakahhh nama pon dah seram kan. Pfftttt.
Tapi kelakar gila bila Along wassapp, dia sebut broccoli thermostat ke hape tah. Kahkah. Suka-suka diaaaa je!
Broccoli celoh ketiok mung. Ingat nak main pondok-pondok ke apaaaaa!!

Tapi nasib baik lepas seminggu dua, aku macam dah baik sikit.
So tak payah makan broccoli mahupon thermostat. Kahkah!
Tapi masalah lain pulak timbul. Susu badan kering.
Seperti biasa. T__T

Kesiannnnn sangat Haikal bila susu aku kering. Dia susah nak tidur. T_T
Aku memang la amik shaklee breastfeeding set tu kan.
Tapi mesti la it takes time untuk recover balik breastmilk production tu.
Tu yang nyampah tu. Huhu!
Aku memang doa sungguh-sungguh la masa tu kan. Hubby pon kasi semangat tak henti-henti. Tak habis-habis cakap,
"Mama ada susu. Mama ada susu. Mama ada susu."

 Sampai aku komfius kejap, ni siapa yang nak nenen sebenarnya ni??
;D

Dan Alhamdulillah. Masih ada rezeki Haikal.
Susu aku muncul kembali.
Tapi tak sebanyak dan sepekat dulu la. T____T

Sampai la satu hari tu, ada sorang hamba Allah ni approach aku kat FB.
Dia nak donate breastmilk dia kat Haikal dan nak jadikan Haikal anak susuan dia.
Maigadddd..masa tu aku macam...
dapat rasa satu miracle tau.
Contoh macam, korang tengah lapar kan. Pastu pejam mata, dalam otak terbayang nasi beriyani gam kambing. Pastu bila bukak mata, tetiba ada seploh pinggan nasi beriyani gam kambing depan mata.
Haa gitu la rasa dia. Detail tak aku describe? Haha!

Rasa macam..
Alhamdulillah Allah betul-betul hantar bantuan. =)

Dan dari situ lah Haikal dapat ibu susuan (Kak Lini).
Kak Lini tu muda lagi tau. Tua dua tahun je dari aku.
Tapi baikkkkkk sangat.
Dia pon tahu masalah aku. Dan berbesar hati nak tolong.
Siap cakap, dia nak terus supply susu untuk Haikal sampai Haikal cerai susu.
=)

So lepas ni, takde la aku susah hati lagi kalau kena asthma attack kan. Yeehaa!!
Tapi ofkos aku still nak breastfeed Haikal selagi mampu.
So sekarang ni, kalau kat rumah, Haikal masih nenen kat aku.
Tapi kat sekolah, aku bekalkan susu Kak Lini untuk Haikal. Gitteww

Dan bebaru ni masa kitorang pergi rumah Kak Lini kan, aku baru tahu dia ada anak sebaya Haikal rupanya! Anak dara pulak tuuuuu.
Tak boleh kawen ok bila besar kang. Adik beradik susuan kan. Huhu!
Haikal sampai-sampai je kat rumah Mummy Lini dia, terus kemain rapat sangat dengan Adriana. Macam dah lama kenal ke hape.


Susah gila kot nak amik gambar dua budak ni. Lasakkkkk

Ko tengok..
Semua gambar pon blur.
Kejap lompat katak, kejap berguling, kejap terajang-terajang. -..-



Sampai sekarang tak ter"describe" lagi perasaan syukur aku.
Alhamdulillah je lah aku mampu cakap.
Kan ke Allah dah janji doa orang berpuasa akan makbul? =)

“Berkata Rasulullah saw: Terdapat tiga kaum yang doanya tidak akan ditolak: imam yang adil, orang yang berpuasa sampai dia berbuka, dan orang yang teraniaya.” 
(Hadis Riwayat Abu Hurairah ra)

Aku doakan Kak Lini sekeluarga pon dapat kasih sayang yang tak terbatas dari Allah s.w.t. InsyaAllah..
=)

Lola, I've so much things to say, yet u're far away.

So....
Lola dah takde.

:'(

Tak tahu nak cakap macam mana.
Tapi ini kali pertama aku rasa sedih camni.
Rasa sedih yang...SEDIH.

Bayangkan
Apa rasa bila orang yang rapatttt sangat dengan kita,
Hari tu baru je jumpa, tiba-tiba hari ni dah takde.
Dah takde untuk selama-lamanya.

Rasa dia macam...
ditinggalkan.
Ditinggalkan jauhhhhh.

Pastu nanti
Kalau rindu, dah tak boleh jumpa.
Tak boleh peluk. Tak boleh cium.
Tak boleh sentuh.
Tak boleh.

Sebab orang tu memang dah tak de. 
Takde langsung langsung langsung.

:'(

Mama sms pagi tadi. 
"Have u been told Mama (Lola) passed away this morning?"
 Aku masa tu tengah baca Al-Kahfi, terus berhenti.
Terus call mama.
Air mata lajuuuu.
Dengar suara mama. Putus-putus. Esak-esak.
Nak sebut satu suku kata pon payah. 

Aku tak daya nak dengar lama-lama.
So aku letak.

Air mata laju sampai basah telekung.
Aku tak pasti perasaan apa namanya ni.
Menyakitkan sangat.
Mama baru hilang Mama dia.
Aku tak dapat bayangkan.

Tapi Mama kata,
Lola pergi bulan Ramadhan.
InsyaAllah...
Kita akan jumpa dia lagi nanti.
Sebab Allah takkan pernah sia-siakan orang yang baik.

Dalam menangis,
aku tersenyum.
Teringat Lola selalu suruh-suruh Mama,
 "Cora, sing for me! Cora, sing for me!" 
Dan mama akan buka Qur'an dan baca sebelah katil Lola.
Lola cukup suka dengar ayat-ayat Qur'an setiap kali lepas subuh dan sebelum tidur.
Sampaikan Lola kata,
"How I wish I can read the Qur'an."

Aku yakin.
Lola pergi di bulan mulia ni.
Bersebab.

Allah tahu.


Hujan yang turun bagaikan mutiara~

Berkilau bersinar bekerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembutttt~


Bajet suara kalah sudirman. Heheh!

Sejak puasa ni kan memang selalu sangat lah hujan kat Penang ni.
Kalau tak hujan pon, mesti macam mendung-mendung.
Matahari main chak-chak je.
Memang sedaplah puasa cuaca camni. Sejuk sejukkk je.
Tapi bila dah petang-petang sangat macam pukul 6.30pm ke kan. Tengok air hujan pon mencecesss terbayang air tebu. Terus tutup tingkap rapat-rapat taknak tengok hujan.

"Ciss saiko punya hujan!", berkata hati kecilku.
Bahah.

 So hari tu, tak silap sabtu lepas. Hujan selebat-lebatnya kat Penang ni.
Hujan dia bukan yang ribut guruh berdentam dentum kilat sabung menyabung tu tau. Hujan yang air banyakkkkk tapi cilek cilekk je dia turun. Macam shower.
Pastu berangin. Pastu lamaaaa sangat.

Perghhhhh aku tengok pon gerammmm je kan.
Dah la tengah haus pulak puasa kan.
Kalau dapat bergolek-golek dalam hujan tu tak ke syorga namanya?
Hati kecilku terus miming lagu kuch kuch ho ta hai dah.

Aku pon terus panggil Haikal. Dia kan suka tengok hujan.
Aku ingat memang nak suruh Haikal tengok je.
Sekali hubby cakap,
"Lepaskan je Haikal tu. Bagi je main hujan. Anak jantan kan."

GULP!

Tuuuu dia anak jantan main drift tengah hujan.
Lecak ke lobang ke lumpur ke habis semua dia bantai. Huhu!



Aku dan hubby hanya mampu duduk bersimpuh kat tepi pagar tu je la.
Nak join kang takut tersengaja nganga mulut tadah air hujan pulak kan. 
Buat-buat jerit nama Haikal, padahal tengah minum air hujan. 
Kahkah! Motippp!

So hanya mampu duduk tepi sambil miming kuch kuch ho ta hai di dalam hati kecilku. Huhu! Walaupon bibir dah ketap-ketap geram tak dapat join kan. T___T

Pastu hubby poyo gila tau. Tetiba je dia macam,
"Eh dah jauh sangat Haikal pergi tu. Kejap Papa pergi amik dia."

Pastu terus pergi menonong tak pakai payung ke hape pastu jalan perlahan-perlahan buat muka nikmat bila kena hujan. Nyampah tak? 
Apa motif dia sebenarnya?
Nak amik Haikal ke nak mintak hayunan lesung batu?

Aku perhatiiiiiiii je dari jauh.
Padahal hati kecilku dah suruh hayun lesung batu dah masa tu. -..-

 Ni Haikal tetiba masuk parking. Kitorang ingat dia dah puas main.
Sebab hujan belum berhenti lagi dia dah nak masuk.
Rupanyaaaa....

 Nak basuh kereta daaaa..
Kotor ok terpercik lecak tadi.
Gelak berguling aku dengan hubby tengok Haikal tetiba basuh kereta.
Nasib tak vacuum sekali. Kahkah!!

Dah alang-alang basuh kereta tu terus aku bilaskan Haikal kat luar tu jugak.
Seronok la dia. Dapat mandi luar.
Dapat tayang angry bird. -..-

Kang burung pipit datang berjabat "tangan" tahu la.
Dia ingat saudara jauh tadi.
;D

Tup tup tup dah enam hari kita berpuasa.

Tup tup tup tu ialah nak menggambarkan betapa sekejapnya masa berlalu.
Contoh macam kalau korang sambut anniversary ke kan.
Mesti macam tup tup tup dah 3 tahun kawen.
Tup tup tup dah 5 tahun.
Tup tup tup dah 10 tahun.
Tup tup tup dah malas nak kira. Haha!

Tapi tup tup tup pon ada maksud lain tau.
Contoh macam kalau korang tengah naik bas kan.
Pastu orang tengah ramai pulak dalam bas tu.
Pastu tetiba korang rasa macam dah tak tahan sangat kan.
So korang pon lepaskan sikit-sikit, tup tup tup camtu.
Biar bau, asalkan takde bunyi.
Tu prinsip dia.

;D

Ok aku sebenarnya nak minta maaf sangat kepada yang tertunggu-tunggu aku update belog. Siap ada yang berpura-pura tanya khabar, tapi sebenarnya nak suruh update blog. Alaaaa hai!

Jiji, camane puasa? Ok ke?
Ok je. Alhamdulillah.
Haikal puasa tak?
Mestilah tak.
Oooo..korang berbuka apa je hari ni?
Nasi beriyani. Baru masak tadi. Kat bazar. Huhu!
Ooo.. Jiji, bila nak update blog?

-_______-


Jiji, rindu haikal. Dia apa khabar?
Baik Alhamdulillah.
Upload la gambar baru dia kat blog. Plisss.

-________-


Jiji, selamat berpuasa.
Selamat berpuasa juga.
Bila nak update blog?

-_______-


Aku sebenarnya bukan lah kedekut nak update blog.
Tak luak pon jari aku ni menaip. Huhu!
Cuma masa tu takde.
Aku sekarang dah start writing sikit-sikit for the final thesis.
So tu yang macam takde masa waddefuuuuuu sangat.
Dah la hubby paksa aku habis study dulu baru boleh beranak lagi.
Kejam tak? -..-

So mari kita fulun sefulun fulunnya habis belajar cepat.
Pastu boleh berpesta buih.
Ehh! ;D

So aku harap korang faham ok.
Kalau korang mesej, pastu aku tak reply, tu maksudnya korang ialah orang yang ke namplohpat ratus yang tanya bila nak update blog. Haha!
So anggap je la aku dah pergi terjun bangunan.

Ok baiklah. Perjalanan puasa aku so far, biasa-biasa je.
Baru sekali sempat masak juadah berbuka untuk keluarga.
Iaitu puasa hari ke-4 hari tu.
Tu pon masak nasi ayam je.


 Aku masak ni pon sebab kena perli dengan hubby baikkk punya.
Dah 3 hari puasa, tapi aku still tak masak apa-apa pon untuk berbuka.
Semua beli bazar je.
Pastu ada sekali tu kitorang pergi rumah ibu susuan Haikal (Kak Lini).
Ye, Haikal dah ada ibu susuan. Nanti aku cerita entry lain ye.
Pastu Kak Lini tu kemain tau masak ayam masak merah lah apa semua untuk berbuka.
Tetiba hubby cakap,
"Bagusnya kak lini tu. Penat-penat kerja pon boleh masak untuk berbuka."

Pffffttttt...
Ingat aku tak paham la tu.
Padahal perli stok menusuk kolbuuuuuu je kan.

The following day, terus aku masak nasi ayam. Haha!

Pastu hubby kemain happy tau. Siap cakap,
"Wah terbaik nasi ayam mama! Lepas ni boleh la perli banyak-banyak lagi."

Beraniiiii diaaaaa!!!
-..-

Tapi kan.
Dah banyak kali sahur, hubby yang bangun masak. Kahkah!
Aku, cuma bangun dan makan. Pastu sambung tidur.
Terbaik kan perangai bini camni? ;D

Well, aku stay up kot malam-malam. Tolong la paham..
Ada sekali tu aku tidur pukul 4.15 kot.
4.30 dah kena bangun sahur.
T___T

 Tak cukup tidur punya pasal, ni makan dia.
Muka zomba. Huhu!

Selamat berpuasa semua!
:D

Oh my brader...


 So Along, kita nak deal camane sekarang?
Along nak berterus terang atau..
Kita jumpa kat tempat biasa. Satu lawan satu. 
Ada berani?
*celet ibu jari kat hidung sambil mendengus*

;D

Update: Oh my engrishhh.. "Along saya overprotected" ??
 OVERPROTECTIVE la woiii, bukan overprotected. 
Kenapa takde sorang pon yang tegur akuuu?? Dushhh! 
Sekarang mana tin biskut?? Gua malu bebb. Maluuuuu!!! -..-

Lengkali, kalau aku oh-my-english lagi, korang tegur je.
Selamber je cakap camni,
"Overprotective la mangkuk. Overprotected tu bulu kaki hang."
Gitu. 
Kalau aku sentap, biarkan. Siapa suruh overprotected? Kahkah!! 
Tapi at least korang tegur la. Ni takde sorangggg pon tegur.
Padahal ramai je yang like. T_T
Bila aku baca balik entry ni baru aku perasan....
"along saya overprotected"
Pi mampos.
Bahah.

So pasni tegur je ok. Pomish!