Sebenarnya nak tulis tajuk "Cerita Mother's Day"
Pastu pikir-pikir Mother's Day dah 2 minggu berlalu.
Kang nampak sangat macam
hek elehhhh cerita basi! Pergi taruk longkang lagi bagus laaa!
(Amboiii garangnya uolls.. Tatuit)
hek elehhhh cerita basi! Pergi taruk longkang lagi bagus laaa!
(Amboiii garangnya uolls.. Tatuit)
So kita tulis je la "Cerita Ahad 2 minggu lepas". Macam kaver-kaver la sikit kan.
Padahal sama je maksud dia kahkah.
Mother's Day hari tu adalah hari yang penuh bagi aku.
Penuh??
Penuh perut? Itu hari-hari pon penuh bhai.. Haha!
Penuh di sini bermaksud, hari yang sangat terisi dengan perkara-perkara indah yang kelak membuatkan daku tersenyum pabila mengenangkannya kembali tatkala sedang menghadap cermin sambil memasang gigi palsu di hari tua kelak.
Tengokkkk...maksud penuh pon dah penuh satu perenggan penuh.
Derrr........??
Mader's day hari tu, awal pagi lagi aku dah mula jadi ibu.
Hari-hari lain pon jadi ibu jugak, tapi takdelah seawal tu. Haha!
Pastu bangun-bangun je, terus bahagia dapat ucapan hari ibu dari orang-orang tersayang.
Padahal anak sorang je kan. Pastu yang wish ialah beberapa orang?
So macam, eh sejak bila aku jadi ibu korang ni? Hihi!
Mak mertua iolls pon wish tauu. Aww!
Walaupon aku tak pernah melahirkan mak mertuaku kahkah, tapi beliau tetap anggap aku ialah ibu kepada cucunya. Walaupon statement ni aku yang cipta sendiri. Baru tadi cipta.
Oh seronoknya puji diri sendiri haha!
Tatkala
Walaupon perangai kengkadang macam ibu tiri je haha.
So aku cakap kat hubby,
"Hari ni ialah hari kasih ibu untuk Haikal. Mama nak entertain dia sepanjang hari. Mama nak dia tahu, Mama sayangggggggg dia sampai mati. Haikal lah yang buat Mama layak dipanggil ibu."
Wah poyo terkentut-kentut sangat ayat kau kannn.
Hubby angguk-angguk tanda setuju.
Tapi rupanya dia angguk-angguk sebab tengah tengok Gwiyomi Nora Danish.
Pfffftttt! Kameha mehaaa!!!! ;O
So sepanjang hari tu, penuh dengan aktiviti entertain Haikal sahaja.
Pergi makan-makan. Pergi Batu Feringghi.
Eh korang tau, kat Feringghi ada satu pantai tu nama dia Miami Beach. Aku nyaris-nyaris nak connect Facebook, nak check in,
"at Miami Beach with Hafify Zulhaimy."
Kahkahkah!
Pastu kan, masa lepak kat Miami Beach tu kan, tetiba macam
eh ehhhh megan fox pon lepak sini rupanya!
Tuuuuu Megan fox! Nampak tak? Alaa yang baju merah tuuuu.
O.O
Ohhemmmjiiiii terkesima sekarangggg
-_____-"
Anak main pasir, mak tayang kaki. Haha!
Haikal sibuk buat piling kat pasir tu. Nak buat jambatan agaknya. -..-
Sebelom sampai sini, kitorang singgah petronas pastu sebelah petronas tu ada McD. Dalam keadaan separa sedar aku masuk McD tu, terus amik straw, sudu, piring sos banyak-banyak. Pastu masukkan dalam handbag. Pastu bila dah keluar McD baru aku macam, eh apa aku buat ni? Pastu dalam keadaan separa sedar lagi, tetiba je dah sampai pantai, pastu terus bagi Haikal main.
Dengan harapan korang tak nampak motif sebenar aku amik straw sudu tu banyak-banyak.
Hahaha!
Oh ibu.. damailah engkau di sana. Eh eh lagu untuk orang mati pulak. :D
Maaflah. Emosi tak keruan tengok pompuan atas ni gojes sangat. Berdebar rasa.
............
Hempok lesung batu, mahu?? Haha!
Masa ni aku tengah marah Haikal tau.
Nampak tak muka aku tengah berkerut dalam kegorjesan itu?
Dalam amarah pon boleh pegang kipas di tangan? Fesyen kegorjesan apakah ini?
Hihi!
Masa ni Haikal ngada sangat tau. Dah la main pasir simbah kat seluar aku. Pfft.
Ye la kan. Paparazi dimana-mana. So kena la jaga kegorjesan setiap masa.
Lesunggggg batuuuuu sini kau! :D
Pastu, boleh pulak Haikal taknak duduk atas pasir. Bukan setakat duduk, pijak pasir pon taknak. Pffttt! Anak raja ke hape engko ni?
Anak megan fox tu memanglah, tak dapat dinafikan lagi.
Lesung batuuuu bunuh dia sekarang! ;D
Asal aku letak je Haikal atas pasir, dia buat muka geli-geli tau.
Ahhh menyampss nya perangaiiiii.
Kalau bukan hari ibu, dah lama aku bogelkan pastu biar je dia geli geleman dengan pasir satu body. Gerammmm okkkkk!
Kejadah hape geli dengan pasir kan?!
Lepas kena marah dengan aku tu kan, terus pi ngadu kat apaknya.
Pastu terus hubby cakap,
"Takpe takpe, kita geng. Tak payah geng dengan mama tu. Seppp!"
Ohhh..camni la sekarangggg. Hari ni hari ibu okkk. Sob sob.
Pastu sampai kesudah mereka berdua melupakan aku. T_T
Ni nama dia tahap kegorjesan melampaui batasan. Korang jangan tengok lama-lama, kang 3 malam berturut-turut ia menghantui tidurmu. Kahkahkah.
Tetiba hubby dengan Haikal pon nak join menghantui tidurmu.
Habislah koranggg. :D
Kalau muka camni maksdunya dah bosan. Huhu!
Pastu kitorang bawak Haikal pergi padang pulak. Main ball.
Dia tu kan asik nak main balllll je kerja. Boring. Sebab asikk nak main dengan apaknya je. Dah tu maknya? Lepak tepi-tepi je, sambil kunyah Tora Datang Lagi nambelas bungkus.
Sambil kunyah tu, monolog dalam hati, ish boringnya boringnya boringnyaaaa!
Haha!
Ni gaya excited nak main ball.
Ni gaya nak fire. Macam otomen. Fireeeee!!! Eiiiyargghhh!!
Serious ada bunyi eiiyargh tu sekali ok.
Dah puas main ball, main bubbles pulak.
Hai abang bubble... *kenyit-kenyit mata*
Pandai abang buat bubbles. Bulat-bulat je.
Saya nak bubble dua boleh? Nak bentuk love-love. Awww!
Gatal tahap mintak kaki di dahi. Hihi.
Eh dah habis gambar rupanya.
Maka tamatlah entry kita pada hari ini.
Takde gambar, terus tak tahu nak bebel apa dah. Heh.
Kepada Ashraf Haikal anak kesayangan mama, mama yang gojes eh eh.
Mama sayang Haikal.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup Mama, mengisi hari-hari Mama.
Nak harapkan Papa kamu tu isi hari mama, asik isi dengan Kenny Rodgers je.
Boring je papa kamu tu. Hahahaha!
Err..Papa, nak kirim quater meal black pepper sauce satu. Side dish spaghetti selambak, muffin cokelat 3 ketul. Pastu erm erm apa lagi eh? Oh popia basah 5 hinggit!
Mama sayang Papa jugak.
Tetiba. :D
0 comments:
Post a Comment