Notis balik kampung.

Esok kitorang akan gerak balik Key Ell.
Dan lusa kitorang gerak balik Manila.
Kampung belah Mama aku.
Kitorang stay sana seminggu je.

So hari ni banyak gila benda nak setel.
Packing pon tak sentuh lagi.
Pastu nak kemas rumah sikit.
Pastu ada beberapa perkara lagi nak buat.
Tu yang hari ni tak sempat nak update benda proper sikit.
Ni pon kena taip laju-laju nih. Sambil taip sambil packing barang.
Aku memang dah biasa taip pakai jari kaki. Haha!

So tu je lah kot. Tak tahu dah nak tulis apa lagi sebenarnya.

Oh nasib baik hari ni laki aku tak balik lunch. 
Sebab dia ada lunch hape tah kat opis tu. 
Jadi boleh la aku melantak sizzling kejap lagi kahkah.
Dah lama tau, aku target sizzling tu. Tapi biasa la laki aku tu, manja terlebih. 
Seboleh-boleh, nak lunch sesama. 
Holloh holloh anje angat iye ubit ahu aa. Ok tak paham. Haha!
So kejap lagi nak pekena sizzling oh yummss, pastu nak gi tukar duit peso.

Malam tadi aku skype dengan daddy. Ye dah jadi rutin harian ke hape tah. -..-
Ada sekali tu, Daddy nampak Haikal pegang pen. Pastu laju-laju dia pergi cari pen jugak, pastu excited tunjuk kat Haikal,
"Haikal, atok pon ada pen! Pen Haikal warna kuning, pen atok warna biru!!"

Okkkkk.. -..-
Aku rasa norma seorang atok memang begitu. Haha!

Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa ni. Tu yang kemana-mana je topik ko bebel kan. Jadi, aku rasa aku stop kat sini dulu lah.
Sebenarnya chuak-chuak ubi jugak nak balik kampung kali ni.
Sebab first time bawak hubby dan Haikal.
Hopefully Haikal tak banyak meragam. Dan hubby juga. Harap-harap dia tak rimas. Biasa lah first time nak bergaul dengan family di sana.
Dan aku pula, cuma berharap kitorang masih ada privasi di malam jumaat nanti. 
Eh apakahhh? Haha!

Jadi,
Doakan perjalanan dan percutian kitorang kali ni selamat dan baik-baik sajelah hendaknya. =)

 Jangan gelak tengok muka Haikal. Haha!


Nah aku tinggalkan korang dengan satu lawak antarabangsa dibawakan khas oleh akak rojak buah. Haha! Siapa yang friends aku kat FB dah baca la kot.
Enjoice! ;D
Ok korang.
Balik kang aku update lagi.
Jangan risau. Memang seminggu ni takkan ada apa-apa update. Haha!
Tak sempat la nak buat scheduled post.
Jadi tunggu je lah. =)
Bye.

1 comments:

norhidana said...

salam kenal.... sudi2lh nk kwn ngn akak (kepoci je)

selamat balik kg, bestnyer kampung nun di manila...
heheheh kelakar ngn akak kuah rojak tuh, tak kisah salah sebut,jnji confident kn