Aku sebenarnya ada berita sedih.
Ada beberapa kali aku dapat notification kat Instagram and Keek camni,
"You have a new follower / subscriber."
Ok patutnya aku happy la kan.
Tapi percayalah korang, aku tak pernah layan instagram atau keek.
Tak pernah langsung.
Tapi korang jangan pelik, sebab aku memang ada akaun IG and Keek. Haha!
Meh aku cerita camane kewujudan akaun tu boleh berlaku.
Peristiwa 1:
Masa tu aku kat hospital. Warded sebab asthma. KLIK SINI.
Kalau aku cakap "warded", memang satu tu je la masalah aku. Asthma.
Korang takkan dengar sebab lain punya lah. Tak pernah lagi aku masuk ward sebab senak prostat atau usus besar besar tersimpul. Memang tak pernah.
So pasni kalau aku check in kat FB, contoh macam
"at Hospital Tanjung Rambutan."
Korang tak payah tanya kenapa kenapa kenapa. Mesti sebab asthma je tu. Walaupon kat situ ada ward gila je. Takpe. Husnuzhon. Haha!
So masa aku tengah warded tu, mestilah bosan sepanjang hari keje makan tido makan tido je. Aku pon suruh la hubby bawak laptop, boleh la aku online supaya tak bosan. Tapi kalau 3 hari menghadap laptoppppp je bosan jugak kan? Aku rasa baik terjun bangunan dari menghadap laptop 3 hari kahkah. Ok tak lawak.
Masa tu instagram baru lagi tau. Tak ramai lagi orang join.
So masa aku tengah scroll news feed FB kan, tetiba ada sorang kawan aku ni dia publish photo via instagram. Aku pon macam, kejadah hapenya instagram nih?
Pastu aku pon klik la gambar tu.
Tujuan nak tengok gambar yang dia publish tu lah.
Tapi aku tak tahu la aku tertekan apa. Kan kat FB kalau kita publish something, nanti dia keluar banyak link kan. Contoh macam kita share something mesti dia keluar camni,
"Adlil Rajiah shared a photo of Adlil Rashid via WidgetApp bapak banyak link hoi."
Yang underlined to link la kan. Yang bila kita klik dia keluar benda lain.
Haa yang tu la, aku pon tak sure aku klik mana tah, pastu tetiba dia keluar new window pastu dia cakap,
"You have to sign in to view photos of your friends"
Lebih kurang camtulah ayat dia.
Kalau masa tu aku sibuk atau ada kerja nak buat, mungkin la aku ignore atau exit je window tu. Pedulik hape aku tak dapat tengok gambar kawan aku tu pon kan.
Tapi sebab masa tu aku freeeeee gila. Duduk kat wad, bontot atas katil dari pukul 7 pagi sampai 7 pagi esoknya, pon bontot masih di atas katil. Haha!
So memang takde kerja lain la kan.
So aku layankan je la sign up instagram tu.
Kalau dia suruh aku sign up nambelas akaun pon aku layan kot. T_T
Dah sign up, dapatlah aku tengok gambar kawan aku tadi.
Padahal nak tengok satu gambar je pon. Sampai kena bukak akaun. Macam dapat pahala lebih je suruh aku sign up segala. Pfft.
Peristiwa 2:
Kes yang sama. Tersign up akaun secara tak sengaja. Tapi kali ni Keek kahkah.
Pon aku tengah freeeee tahap langit kelapan masa tu.
Tapi kali ni bukan kat sepital la. Kita tukar tempat sikit. Baru la nampak real cerita ni. Hahaha. Eh tapi memang real ok.
Masa tu aku tengah seminar. Pastu seminar tu macam takde kena mengena ngan aku. Jadi perlu ke aku memberikan perhatian 100% bila mana terdapat ipad di dalam genggaman dan wifi is in the air? ;D
Aku pon tengok news feed FB. Lagi sekali, FB la punca segalanya. Haha!
Masa tu ada kawan aku ni share video Nazim Othman buat Gwiyomi. Dan video tu ialah video Keek. Maka aku yang tengah kebosanan tahap cabut bulu hidung akibat bosan terlampau ni, pon bukak la video tu. Gwiyomi pon gwiyomi lah. Janji tak licin hidung aku bila habis seminar nanti kahkah.
Dan bila aku nak tengok video tu, pon benda yang sama berlaku. Keluar new windows, suruh aku sign up Keek, baru boleh tengok video tu. Pfffftt
Dan sejak kedua-dua peristiwa tu lah tertubuhnya akaun instagram dan keek aku. Huhu! Sejak hari tu jugak aku asik dapat notification ada follower baru. Pfft.
Pastu sekarang aku tengah meraban cari button nak delete akaun. -..-
Kalau korang tahu, sila ajar sekarang jugak.
Aku tak berminat dah nak ada laman sosial lain. Dah ada FB and belog ni dah cukup aku rasa. Tu pon tak larat nak layan hari-hari.
Tunggu la bila aku free sikit, anak-anak pon dah besar, aku pon dah pencen, sambil rendam gigi palsu dalam polident, boleh la aku sign up akaun Keek semula. Buat tutorial pakai shawl hahaha!
So korang yang dah follow tu, jangan malu-malu nak unfollow balik.
Tapi thanks la sudi follow ye. Aku syak korang mesti tersalah tengok ni. Mesti korang ingat akaun megan fox kan. Tu yang pergi follow laju-laju. Kan? Eh tak ke? Haha!
Deshummm! *terabur gigi*
Tapi nah. Gambar bawah ni hadiah untuk korang.
Sila unfollow IG dan Keek aku dulu sebelum tengok. Hehehe!
Awas. Gas mampat boleh membatalkan wudhu'. Hihi.
Bye!
0 comments:
Post a Comment