Mimpi paling seram: Bermadu

Bila sebut HONEY.
Tak seram langsung.

Bila sebut MADU.
Pon tak cukup seram.

Bila sebut BERMADU.
Terus paling serammmmmsssss tahap terlolong-lolong mintak tolong. 

Tanya je mana-mana pompuan, mesti semua setuju bahawa
Keseraman bermadu adalah lebihhhhhh dari keseraman Kak Limah.
Mahupon keseraman hantu kopek.
Setakut-takut kepada Kak Limah pon, masih boleh tergelak.
Setakut-takut kepada hantu kopek pon, masih boleh gelak terbaring sambil tendang-tendang kerusi orang depan dalam panggung.
Tapi setakut-takut untuk bermadu??
Gelak pon dah tak mampu. 
Zikrullah je lah peneman diri.  
*tetiba Dr.Muhaya sangat haha!*

Memang.
Memang poligami tu diizin Allah. Dibenarkan lelaki kahwin 4.
Dah Allah yang ciptakan orang lelaki, Dia pasti kenal dan tahu fitrah orang lelaki ni macam mana dan kenapa lelaki dibenarkan kahwin 4.
Jangan disoal. Sebab Allah tu sebaik-baik pencipta.

Aku pernah tanya hubby pasal ni.
Saje nak test tahap kegatalan beliau kahkah.
So ni pendapat hubby,

"Kalau Papa la kan. Kalau ada duit ribu-ribu lemon, baik spend untuk bukak bisnes ke, untuk pelaburan ke, hantar mak abah pergi haji ke, bawak family pergi holiday luar negara ke. Lagi seronok dari kawen lagi sorang kot."

Eh eh laki aku nih. Belum try lagi kahwin dua dah kompiden kata tak seronok. Haha! Tapi dalam jawapan random begitu pon, terbit la jugak sekelumit rasa lega di dalam jiwa sanubari aku ni. Hihihihihi.
Tapi.....MANUSIA kannnn..who knows. 
Jawapan boleh berubah mengikut keadaan. Kannnn..
Sekarang jawapan begitu mungkin sebab hidup baru bermula.
Kang esok-esok dah veteran, bini pon dah kedut sana sini, duit pon dah banyak,
kita try tanya dia lagi sekali. Sambil standby parang kat tangan. Kompom jawapan dah lain masa tu. Haha!

Mama aku dulu pon pernah ditanya soal plagiarism. Ehh poligami.
Apakah plagiarism pulak tetiba. Ni banyak sangat copypaste la nih kahkah.

Jawapan Mama cool je, 
"Kalau dah Allah pon izinkan poligami, siapa kita untuk marah atau menghalang atau kata tidak. Apa yang ditentukan Allah tu, adalah yang terbaik."

Kalau aku....
Kompom dah melatah terus.
Tapi Mama boleh cool gitu je..

-________-

Bebaru ni aku ada tengok beberapa ceramah ustaz Azhar Idrus kat youtube.
So ada lah beberapa soalan ustaz tu jawab tentang poligami.
 Tapi disebabkan banyakkkkk sangat lah pulak videonya yang pasal poligami kan.
So aku amik beberapa point penting je la yang ustaz tu cakap dalam video-video tu ye.

"Para isteri kena tahu, semua lelaki pasti ada cita-cita untuk kahwin banyak. Jadi jangan marah laki kita. Kerana itu fitrah namanya."

"Para suami pula kena tahu, kalau isteri tak suka suami nak kahwin lagi, isteri tu tak bersalah. Kalau isteri tak seronok, memberontak sebab suami nak nikah lagi, si isteri tu memang berhak bertindak begitu. Kerana itu juga fitrah namanya. Tapi kalau si isteri tadi menyalahkan hukum Allah yang membenarkan poligami, boleh batal akidahnya."

"Nak kahwin dua, suami kena mampu. Mampu tu maksudnya, isteri pertama kita hidup macam permaisuri. Mewah. Bini mintak RM1000, kita bagi RM2000. Bini mintak handbag baru 2, kita bagi 4. Bini mintak tukar kereta myvi, nak beli kereta waja, kita beli BMW 7series. Haaa...suami macam ni, baru boleh kahwin 2."

Keh keh keh..
Terbaiklah part mintak waja bagi BMW. Haha!
Kalau mintak BMW bagi apa lah agaknya kan??

"Camane taknak bagi suami kita kawen lain? Cukup senang. Sayangi suami cukup-cukup. Layan dia sungguh-sungguh sampai dia dah tak nampak lagi wanita lain di dunia selain isterinya. Bangun pagi, kejut suami, pakaikan selipar toilet di kaki suami, pimpim suami masuk toilet, letak ubat gigi di berus gigi suami, tonyoh gigi suami, bentangkan sejadah untuk suami solat subuh, pakaikan serban suami. Pimpin suami ke meja makan, siapkan breakfast suami. Wahhh kalau beginilah layanan isteri, suami tengok Rozita Che Wan pon akan terbayang wajah isterinya."

Amboiiiiii...siap nak berpimpin ke toilet. Berpimpin ke meja makan.
Macam orang buta pulak nak berpimpin-pimpin kannnnnn...

"Isteri yang merelakan suaminya kahwin lain, adalah wanita yang hebat. Wanita ahli syurga. Kerana wanita yang dijumpai di dalam syurga adalah wanita yang susah dijumpai di dunia. Seperti wanita yang merelakan suaminya kahwin lain. Justeru, wanita yang rela dimadukan, syurga lah tempatnya."

"Saya (Ustaz Azhar Idrus) dah pernah jumpa beberapa orang wanita yang meminta saya mencari calon isteri untuk suaminya. Kerana? Bagi wanita itu, bila suami dia kahwin lain, dia boleh bergilir-gilir melayan suami dan dia akan mempunyai lebih masa untuk rehat dan lebih masa untuk ibadah."

Hmm..betul jugak kan?
Terus off day tak payah masak, tak payah basuh pinggan,
tak payah mandi wajib. Ehh?

"Poligami ada hikmah untuk isteri pertama sebenarnya. Kerana bila suaminya kahwin lain, automatik dia akan jadi lebih muda dan cantik. Kerana? Dia akan bersaing dengan madunya, siapa lebih cantik di pandangan mata suami. Masing-masing berlumba-lumba untuk tambat hati suami."

Pulak dahhhhhh...
Macam tak best je kena berlumba-lumba kan.
Dah kalau bini pertama macam Kak Limah, bini kedua macam Megan Fox.
Camane nak berlumba?
Kesiannnn Kak Limah. Terpaksa pergi grooming class. Haha!

Jadi kesimpulannya, daripada semua-semua point yang aku dapat dari video Ustaz Azhar Idrus ni, marilah kita sama-sama memimpin tangan suami ke bilik air dan ke meja makan bagi mengelakkan suami kahwin lain.
Keh keh keh.

Dan untuk Hafify Zulhaimy Hashim, kalau nak kahwin lain, bak sini BMW 7 series 2 ketul. Satu untuk mama, satu untuk Haikal.

Sekian terima kasih.


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

NorrShakor said...

hahaha..jiji dah cuak..hehehe..

Insyaallah jiji, jika kasih sayang hubby masih kuat pada kita,pada anak, dia takkan terpikir nak kawin lain..

Fai Nardir said...

dari awal baca entri akak ni mcm serius jer. berkerut2 muka fai sbb fai pun TAK SUKAAA dgn perkataan bermadu tu.. dh sampai tgh,baca ulasan akak pasal UAI.. fai senyum sorng2,dh mcm senyum kambing pun ade. hehehe... thanks kak, u really make my day. hilang stress dgn kertas berlambak ats meja ni..

jom sama2 sarungkan suami selipar toilet.. pimpin tgn suami ke toilet.. gosokkan gigi suami... (>_____<)

mamabiey said...

salam..sori mamabiey nak bagi pendapat sket...memang tuhan membenarkan lelaki berpoligami...tapi kita sebagai manusia adakah kita sempurna...kerana sekaya mana suami tu..adakah dia akan berlaku adil..pada isteri-isterinya..kalau sorang isteri gemuk dan sorang isteri kurus..sorang kene beli kain lebih..sorang kene beli kain sikit adakah disitu ada keadilan?
kalau seorang ada anak satu dan seorang ada anak 5? kita boleh fikir sendiri? kan..siapa yang akan lebih dan siapa yang akan kurang..hehe...
kalau suami tu tiba-tiba dapat gelaran dato'cume istri pertama jer dapat title datin..lagi sorang?gigit jari hehehe...

Unknown said...

Err kalo sorang kain 1 ela sorang lg 5 ela, rasanya tak boleh kot nak compare bab adil disiru.dah tu kang yg saiznya 5 ela dpt 1 ela kan ke x adil jugak...x adil sbb dia x cukup kain...huhuhu...gitu suami kena adillah bg isteri lg satu makan banyak2 smpi dua2 dpt kain 5 ela sbb sama saiz....bab anak2 kalo dah sorg nak 5 sorg anak dua pn mstilah yg anak lima dpt lebih.kalo x x adillah pd anak2 yg kurang mkn sbb nak bg adil dgn yg anak 2 td. Persoalannya adil tu bl anak sana 2 dia makan yg mahal2 berkhasiat & menggemukkan belaka jgnla yg anak 5 td dpt makan ikan masin & telur mata hari2 sbb dia ramai...gitu? Bab adil ni luas kena bg contoh pn x boleh sempit. Maaf sy pn x suka bab bermadu, siapalah yg suka...malah ada keluarga sendiri dimadukan cuma sy menjawab persoalan tadilah...bak kata penulis, hukum Allah itu dah cantik manusia yg memburukkannya.wallahu'alam