Macaroni Masala

 Atau nama lainnya ialah
Macaroni Masalah.
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah, bolehlah cuba masak dan makan Macaroni Masala ni, nescaya masalah engko bukan saje akan hilang, malah bertambah. Heheh.
*nampak sangat takde idea untuk mukoddimah*

Memandangkan laki aku kurang gemar dengan masakan western, so aku memang jarang la nak masak macaroni-macaroni ni kan. Jaranggggg sangat. Seminggu seploh kali je. Haha!
Nak buat camane, hubby tekak melayu, aku tekak megan fox. Ewah gittew!
Tu la aku bagitau hubby, dah kawen dengan megan fox kena biasa-biasakan la makan western kan. Walaupon aku yang tak reti masak masakan melayu padahal kan.. Huhu! 
Belajar la buat nasi lemak namploh kali pon, tetap tak sedap bila aku yang masak. Pffttt! Orang kata, ukur baju di badan sendiri. *tetiba*

 So hari tu, aku buat macaroni masala tetapi mengikut selera orang melayu. 
Haaa camano, engko mampu?

Tengok la aku punya RAJIN MEMASAK sampai biji cabai pon malas nak buang. 
Kang tumbuh pokok cabai dalam usus besar tu tahu la!


 Dan sekali lagi, aku tiru resepi dari Preggo sahaja. Haha!
Cuma engko pepandai la alter sikit-sikit mengikut citarasa tekak memasing. Macam aku, aku tukar spaghetti kepada macaroni. Sebab malas nak slurpp slurpp panjang sangat. Huhu.
Dan kalau suka pedas, macam laki aku, lebihkan cili. 
Tapi kalau cirrr birrr lepas tu, jangan cari aku. Pandai kau lah nak menanggung.
Kalau suka daging lembu, boleh gantikan ayam kepada daging lombu.
Kalau bajet tak cukup, boleh gantikan ayam atau daging kepada ikan bilis.
Tapi kalau kena luku ngan mak mertua lepas tu, padan muka je lah yang mampu aku ucapkan.
Dan kalau suka manis, boleh maniskan iman, maniskan senyuman. *tetiba*
Ok bye!

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

0 comments: