Jumaat lepas, aku dan hubby telah dijemput ke nursery Baby Haikal.
Untuk?
Untuk menghadiri birthday party Baby Haikal yang disponsor sepenuhnya oleh teacher-teacher dia yang baik hati. Aku cuma datang melenggang bawak perut yang kosong. Supaya nanti boleh makan bertambah-tambah tanpa rasa senak ulu hati.
Hamboi perangaiiii!
Masa aku datang tu, aku tak masuk terus, aku intai-intai dulu Baby Haikal dari luar. Aku syak dia tengah nanges teresak-esak kerana terlalu merindui ibunya.
Namun syak wasangka aku meleset tatkala melihat Baby Haikal tengah...
Leka bermain..
Cehhh..kenapa kat sini kau boleh main dengan sakannya, tapi kalau kat rumah sikit-sikit nak ehehek ehehek buat perangai. pfffttt!
Baby Haikal adalah yang paling bongsu dikalangan budak-budak lain.
Sebab tu la dia nampak paling kecik dan seperti dipinggirkan. Haha!
Budak-budak ni kan, bila aku masuk je,
"Makcik makcik, hari ni birthday Haikal! Makcik makcik, hari ni birthday Haikal!"
Adehhh..berkerak telinga aku.
Sah-sah la aku tahu birthday Haikal yang oiiii..
Nak je aku jawab, "Makcik tahu. Sebab makcik ibu dia dan makcik yang lahirkan dia. Harap maklom."
Tapi macam budak-budak tu paham la puleksss kalau aku cakap begitu.. huhu!
Masa aku sampai tu, semuanya dah siap.
Makanan, dekorasi, goody bags untuk budak-budak.
Aku macam terkejut dan tanya teacher dia, ada birthday sape lagi hari ni?
Tapi teacher dia cakap, birthday Baby Haikal sorang je lah.
Haha. Dah sakan sangat nampaknya, aku expect diorang sambut birthday beberapa orang budak termasuk Baby Haikal la kot kan.
Rupanya memang birthday Baby Haikal sorang saje lah.
Hmm..Bertuah engko yang.
Ni girlpreng Baby Haikal, Damia yang aku pernah cerita kat SINI.
Damia ni kan, tua dua bulan je dari Baby Haikal.
Tapi kau tengok la dia punya besarrrr. Geremss!
Memula dulu aku agak annoyed dengan budak ni. Sebab sikit-sikit nak tarik baju aku la. Nak kiss-kiss tangan aku la. Hamboihh amik hati mak mertua betol nampaknya. Haha!
Tapi bila teacher dia bagitau aku, budak ni ada asthma, aku macam sayang pulak kat Damia nih.
Sebab sama-sama OKU kannnn.. Huhu.
Budak "princess" ni apetah nama dia aku tak ingat, dia punya baju va va va sangat, sampai semua parents yang datang ingat dia la birthday girl hari tu. Pffft!
Dah overshadow anak aku pulak kannnn.. Biasaaa dia tuuu!
Ye, parents lain pon datang untuk memeriahkan birthday Baby Haikal pada hari tu. Kemain teacher dia menjemput ramai tetamu. Rajin betul.
Makanan ni semua, dimasak sendiri oleh teacher-teacher kat nursery tu ok.
Tabikkk!
Bila semua dah ada, moh la kita potong kek.
Aku pon tak sabar-sabar dah waktu tu. Memanjang duk tanya,
"Bila nak potong kek? Bila nak potong kek?"
Haha!
Ni Baby Haikal muka terkejut bila semua orang start nyanyi birthday songs untuk dia.
Nyanyi sampai 3 lagu ok. Memula Selamat Hari Jadi, pastu Happy Birthday To You, pastu Allah Selamatkan Kamu. Hamboih!
Aku pulak eksaited ikut diorang nyanyi, sambil muka syahdu. Kekeke..
Memandangkan Baby Haikal belum pandai potong kek & tiup lilin, maka aku lah orang yang paling layak menggantikan dia. Muahahahaha! I loike!
Seronok sangat tengok perangai bebudak makan kek.
Comot tapi comelllsss!
Cute tahap max!
Sampai aku tersenyum-senyum tengok gelagat diorang.
Semua macam berebut-rebut mintak kek. Pastu bila dapat kek dalam mulut, mesti nak menari-nari sebab happy dapat kek. Haha!
Bestnya anak ramai.. *tetiba*
Ok tapi budak ni kan. Makan comot dan memang tak comel langsung ok.
Tolong la dah macam janggut ke hape aku tengok.
Boleh la nak bayangkan Baby Haikal berjambang dari sekarang. -..-
Ni budak rambut megi ni, pada mulanya memang cute aku tengok. Rambut Beyonce plisss. Tapi PADA MULANYA saje lah. Lama kelamaan aku mula annoyed dengan dia.
(ok memang aku bukan pencinta kanak-kanak. Obvious kot)
Sebab budak ni memanjang tarik-tarik kain aku sambil cakap,
"Nak gambar. Nak gambar..."
Walau dah berapa ratus shot aku amik muka engkoooo saje kan. Tetapppp nak tarik-tarik kain aku mintak gambar. pffttt!
Last-last aku dah malas nak layan, pastu dia terus nanges..
Muahahaha!
(ok kejam sangat ke aku gelakkan dia? Hihi)
Namun demikian, aku tak datang dengan tangan kosong sebenarnya.
Aku ada bagi pensel warna, buku mewarna, dan sand drawing untuk setiap budak-budak kat nursery tu. Kengkonon macam hadiah gitu la. Aku ingat nak letak dalam paper bag je, tapi aku tengok kat rumah ada banyak wrapper coklat tu kan.
So hentam saje lah balut guna benda tu.
Tunggu next entry Episod 3.
Ok bye!
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
2 comments:
dr pemerhatian aku.80% gmbar baby haikal akan ade girlpreng beliau.comel pulak menantu kau kak.
same pulak ado penyakit somput hahaha
mmg pandai haikal pilih :)
btw meriah nye tadika haikal nih smbut birthday tadika aku puluhan taun yg lepas.ade bihun dgn air sirap je kot.tu pon dh happy habes la tu huhuhu
hahaha. terbyg kekelamkabutan masa majlis tu. mesti xkurang disaster nya mcm bday adam adib kat nursery dulu
Post a Comment