Spa Seshhh!

Tak habis-habis pulak cerita ShangriLa ni.
Naik muak aku menaip.
Cehh kunun muak tapi taipppp jugak.
Siakap senohong bercakap bohong gelama ikan duri betoi.

Masa stay ShangriLa aku dapat jugak free spa sesh untuk 3 pax.
So aku invite Mama & Kaklong as well.
Memula Kaklong malu-malu kucik nak joing.
Dia suruh aku ajak hubby je.
Bila diajak hubby pulak, hmmm kau tau je la mamat tu.
Segan la. Malu la. Tak biasa berspa-spa la. Setim masa kena urut la. Takut tertido pastu tersnoring macam anak gajah la. Seboleh-boleh dia nak elak join aku kat spa. Cehh.
So aku berbalik kepada Kaklong yang pada mulanya shy-shy cat nak join.
Biasa lah. Kita-kita ni bukan jenis yang suka berspa bagai. Sebelom ni, kalau nak mengurut, mintak hubby je yang tolong urutkan. Tersendawa bau durian busuk pon tak kesah.
Kalau nak mandi susu pulak, setakat beli susu pekat manis lemak berkrim cair dimulut tidak ditangan. Ok bohong.

So bila dapat pakej spa free camni, harus la membatak ibarat anak rusa nani mendapat bunga. Keterujaannya mengalahkan orang eskimo mendapat ikan sardin!

 Sebelom treatment bermula, kena isi borang dulu plus ada consultation session dulu.

 Muka obvious sedang meniru. Tabiat sejak dibangku sekolah. -..-

 Dan depa suruh lepak-lepak chill-chill dulu kat relaxation lounge.
Sambil menjamu teh herba.

 Kaklong yang pada mulanya, shy-shy cat, tapi lelama berperangai macam orang eskimo mendapat sardin tadi.

 Aku & Mama tak terkecuali menjadi eskimo mendapat sardin.

 Teh yang sangattttt refreshing! Ingat bila dah habis boleh topup lagi. Rupanya memang secawan je. Aku bajet macam air coke kat McD, boleh refill. Kalau pergi McD beramai-ramai pon, cuma perlu beli air coke secawan saje sudah mencukupi kerana boleh di-refill banyak-banyak kali. Infact boleh bawak tumbler sendiri dan isi air coke penuh-penuh tanpa terpalit rasa bersalah didalam jiwa. Makin jelas perangai eskimo.

 Menantu kesayangan.

Lepas habis sesi chill-chill, moh la kita ke treatment room untuk urut-urut.
Aku and Kaklong satu bilik.
Mama bilik single. Bajet VIP la puan seri tu. ;P

 

Dan biliknya huuuuu..beshh!
Siap pasang muzik caklempong yang sangat menenangkan jiwa. Kadang-kadang terdetak juga dalam hati, kenapa tak pasang lagu Pejai Tohir? Kenapa? Kenapaaa???
Tapi semua tu hanya tinggal persoalan.
Sebab caklempong dah berjaya menguasai diri eskimo. Tetiba

 Sebelom start berurut, kena pakai bathrobe dulu.

 Siap provide scarf lagi! BAHAHAHA
Dah macam teletabish pon ade. Kah kah

Maka melanding lah kami di atas katil.
Dan diurut sambil dibuai caklempong.

 Bunga matahari eskimo. BAHAH

Ehhh? Dah habis cerita? Apa terjadi seterusnya?
Tak sampai seploh saat diurut, masing-masing terus tertidurrrr.
Sedar-sedar je, ehh dah habis caklempong?
Dengan muka mamai bersama efek airliur basi ditepi bibir mulus, kitorang terus pakai baju dan balik bilik.
Maka dah habis la cerita. Kihkihkih.


Family timeeee!!

Sebenarnya family aku ni jenis yang suka spend time bersama-sama.
The bond amongst kami adik beradik pon agak kuat jugak.
Sejak zaman bujang lagi, kitorang selalu calling-calling sesaja untuk tanya kabar/ ajak keluar/ plan apa-apa celebration.
Dengan parents pulak, dalam seminggu tak sah kalu tak call/skype.
Banyak kali jugak bila aku tengah gayut ngan Mama, tetiba Mama dapat another incoming call dari Along (kat Sepang) pulak, pastu dari Adan (kat MCKK) pulak.
Pastu harus la aku mengamuk, sebab time aku nak call la semua nak menyempit call Mama jugak. Cehhh!
Tetiba berebut mak.
Nasib baik mak pandai membahagi kasih kepada kesemua 6 orang anaknya. Hehe.
Kalau dengan Daddy, skype je la manjang.
Daddy tak suka call-call, tak best tak nampak muka katanya. -..-"
Aku teringat Daddy pernah cakap,"Ye la Ayah nak tengok jugak anak Ayah ni makin gemok ke makin kurus ke. Kot-kot tak cukup makan ke." 
Hahaha

Jadi begitulah keakraban kami sekeluarga.
Bagai isi dengan kuku kalau diasah tajam jua. tetiba.
Dan sejurus selepas aku menang contest warisan bijak ibuku tu, aku terus call mereka sekalian. Bukan sebab nak maklomkan kemenangan. Tapi sebab nak suruh diorang amik cuti supaya boleh sama-sama join menginap kat ShangriLa..
Apa-apa pon, mesti seboleh-boleh nak the whole family bersuka ria bersama.

Tiga yang last. 
Budak yang tudung pink tu pon selalu menyempit bila aku nak gayut ngan Mama. Elok tengah bergosip ngan Mama, tetiba ok lah Rajiah, I got another incoming call dari Raidah, bye.
Ceh kau.

Atok & Nenek (Daddy's parents) pon join sekaki.

Waktu aku, Mama & Baby Haikal tengah sibuk bershooting kulu kilir tu, depa duk bergebangan saje lah di lobi hotel. Sambil bercamwhoring seluruh pelosok hotel.
Biasalah. Orang kampung. Tiada pelajaran. Tiada keretaku bawa kau jalan jalan. Rumahku pun tiada eh eh ternyanyi pulak.

Fulamak Baby Aqil pakai sunglasses la! Sekali pandang macam Aaron Ajis kott. Nyaris-nyaris nak gesel-gesel bahu mintak sign tadi.

Baby Haikal pulak sedang buat ape kah?

Budak ni bukan sahaja mirip Aaron Ajis, malah Ajis Satar! T_T


Time ni atok cakap,"Kito tompang rezeki Rodiah yo lah makan kek Hotel camni ha. Nak poie sendiri tak mampu agak eh".
Alahai Atok nih. Bukan sey yang bolanjo pon. Sey pon makan pree yo tok. 
Lagi satu tok, namo sey Rajiah bukan Rodiah.
Dari kocik sampai bosar, Atok panggil sey Rodiah. Apo klasik bona bunyi ehhh.


 Di sini la kami berpesta beramai-ramai.

Spacious gilosssss! Kalau ku tahu besor gini suite nya, kan ku invite jiran-jiran sebelah sekali. Haha


4 generasi


Siap ber-glasswall! Dan pemandangannya, huiiiiiii!

Boleh lambai-lambai PM dari kejauhan. Hihi.

Ni pulak aktiviti petang.
Bergelumang dalam infinity swimming pool.
Sampai kecut-kecut kedut-kedut.
Tang mana yang kedut, jangan ditanya. Bahah



Bila malam, sesi melepak di bilik saje lah



Kalau tak lepak bilik, kitorang akan melilau ke seluruh pelosok hotel.

Daddy berkepala gondol lepas balik dari umrah. ;D


Boleh ada sungai pula di tengah-tengah hotel. Rugi tak bawak pancing. -__-



3 hari di sana, sangatlah menyeronokkan.
Walaupon Putrajaya ngan Shah Alam taklah jauh benau bezanya.
Sekangkang anak kera je pong.
Tapi apa yang membezakan percutian kitorang kali ni ialah
dapat merasa duduk Presidential Suite FREEEE pulak tu!
Haha.
Dan yang paling penting, dapat spend time bersama family terchenta! Tak dapat bayangkan kalau spend time tempat macam ni without family, mesti macam haram punya bosang!


Selama menginap kat sini, staff hotel layan baikkk sangat.
Sampai ke waktu nak check out tu pon, siap iring sampai ke kereta.
Rasa macam dah jadi presiden tetiba. Ngeheheh
Overall, beshhhh!