Spa Seshhh!

Tak habis-habis pulak cerita ShangriLa ni.
Naik muak aku menaip.
Cehh kunun muak tapi taipppp jugak.
Siakap senohong bercakap bohong gelama ikan duri betoi.

Masa stay ShangriLa aku dapat jugak free spa sesh untuk 3 pax.
So aku invite Mama & Kaklong as well.
Memula Kaklong malu-malu kucik nak joing.
Dia suruh aku ajak hubby je.
Bila diajak hubby pulak, hmmm kau tau je la mamat tu.
Segan la. Malu la. Tak biasa berspa-spa la. Setim masa kena urut la. Takut tertido pastu tersnoring macam anak gajah la. Seboleh-boleh dia nak elak join aku kat spa. Cehh.
So aku berbalik kepada Kaklong yang pada mulanya shy-shy cat nak join.
Biasa lah. Kita-kita ni bukan jenis yang suka berspa bagai. Sebelom ni, kalau nak mengurut, mintak hubby je yang tolong urutkan. Tersendawa bau durian busuk pon tak kesah.
Kalau nak mandi susu pulak, setakat beli susu pekat manis lemak berkrim cair dimulut tidak ditangan. Ok bohong.

So bila dapat pakej spa free camni, harus la membatak ibarat anak rusa nani mendapat bunga. Keterujaannya mengalahkan orang eskimo mendapat ikan sardin!

 Sebelom treatment bermula, kena isi borang dulu plus ada consultation session dulu.

 Muka obvious sedang meniru. Tabiat sejak dibangku sekolah. -..-

 Dan depa suruh lepak-lepak chill-chill dulu kat relaxation lounge.
Sambil menjamu teh herba.

 Kaklong yang pada mulanya, shy-shy cat, tapi lelama berperangai macam orang eskimo mendapat sardin tadi.

 Aku & Mama tak terkecuali menjadi eskimo mendapat sardin.

 Teh yang sangattttt refreshing! Ingat bila dah habis boleh topup lagi. Rupanya memang secawan je. Aku bajet macam air coke kat McD, boleh refill. Kalau pergi McD beramai-ramai pon, cuma perlu beli air coke secawan saje sudah mencukupi kerana boleh di-refill banyak-banyak kali. Infact boleh bawak tumbler sendiri dan isi air coke penuh-penuh tanpa terpalit rasa bersalah didalam jiwa. Makin jelas perangai eskimo.

 Menantu kesayangan.

Lepas habis sesi chill-chill, moh la kita ke treatment room untuk urut-urut.
Aku and Kaklong satu bilik.
Mama bilik single. Bajet VIP la puan seri tu. ;P

 

Dan biliknya huuuuu..beshh!
Siap pasang muzik caklempong yang sangat menenangkan jiwa. Kadang-kadang terdetak juga dalam hati, kenapa tak pasang lagu Pejai Tohir? Kenapa? Kenapaaa???
Tapi semua tu hanya tinggal persoalan.
Sebab caklempong dah berjaya menguasai diri eskimo. Tetiba

 Sebelom start berurut, kena pakai bathrobe dulu.

 Siap provide scarf lagi! BAHAHAHA
Dah macam teletabish pon ade. Kah kah

Maka melanding lah kami di atas katil.
Dan diurut sambil dibuai caklempong.

 Bunga matahari eskimo. BAHAH

Ehhh? Dah habis cerita? Apa terjadi seterusnya?
Tak sampai seploh saat diurut, masing-masing terus tertidurrrr.
Sedar-sedar je, ehh dah habis caklempong?
Dengan muka mamai bersama efek airliur basi ditepi bibir mulus, kitorang terus pakai baju dan balik bilik.
Maka dah habis la cerita. Kihkihkih.


5 comments:

Sidratul Muntaha said...

kak long ko ni nama lily kan?!
if true..
betapa keicknay dunia blogger nih sbb den pernah koje kat MIAT dulu.
kak long ko tu one of the student.
siap dpt dean lsit lagi masa dia amik diploma aviation dia.
klu bkn,salah org daa...

azieazah said...

Besh best! Part free tu la yang paling best.

Betul betul Eskimo, kan? hehehehe

Anonymous said...

Tempat ekslusif. Harap dapat berehat dan tenang fikiran.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

assalamualaikum jiji,
cantikla spa tu..terutama kerusi tu..nmpk selesa..bestnya kalau ade org urut2 kita.hihi~

wahida said...

very the ekslusif okey...bestnya..lama tak berspa ni..last masa pegi Bali tahun lepas...huhu...