Half a year old

Aku punya lah menghitung hari nak tunggu Baby Haikal genap 6 bulan.
Dan akhirnya masa orang lain duk sebok sambut Hari Pekerja hari tu, Baby Haikal dah pon genap 6 bulan. Dan aku selaku emak paling rajin di dunia, telah menyediakan juadah pertama untuk anakanda kesayangan. Keh keh keh.
Hubby pon pelik tengok aku hyper semacam hari tu.
Ke hulu ke hiliaq teriaq sakan
Haikal dah boleh makan solid foodddddd!! Hoyeahhh hoyeahhhh!
Haha.

So untuk makanan pertama Baby Haikal, aku buat bubur nasi and campur-campur sikit dengan sayur segala. Rebus and blend. Siap!
Oh dan plain water juga. Ini pertama kali jugak Baby Haikal minum plain water! Yang dia terminum air paip everytime masa mandi tu tak dikira ok. Heh.


 Lalu aku suruh hubby suapkan Baby Haikal.
Aku jadi fotografer sahaja. Maklom la kat rumah kan. 
Mesti la aku sedang berpakaian "amat sopan" pada ketika itu. =P

So ni reaksi pertama Baby Haikal..

 Terkemut-kemut-kemutttt je muka dia.
Tapi dua tiga saat lepas tu..

Nganga dan nganga dan nganga lagi.
Seronok dia makan.
Well, aku takde la hairan sangat. Sebab aku masak memang sedap pon. 
Aku tak pernah masak tak sedap. Choiiiiii!

 Kalau dah bubur nasi bersuap-suap, harus la air masak pon berteguk-teguk juga.
Bawah ni ha ada videonya.
Kalau rajin, tengok. Kalau malas, tengok jugak.



Actually beberapa minggu sebelom Baby Haikal genap 6 bulan, kitorang dah testing bagi dia buah. Betik, mangga, pisang, pear, durian belanda dan banyak lagi. Heheh

 Memang pelahap macam si bapa. ;)

 Bebaru ni kitorang pi borong makanan baby kat Tesco.
Macam-macam perisa kitorang borong.
Nak tengok mana yang seswai untuk Baby Haikal so that kitorang boleh bekalkan kat babysitter nanti. Setakat ni, ada satu perisa je yang Baby Haikal reject, yang lain semua dia telan.
Terbukti pelahap macam si bapa. Lalala~



Oh ada lagi satu perkembangan pasal Baby Haikal.

 Baby Haikal dah boleh pegang kaki!!!
Orang tua-tua kata, kalau budak dah mula pegang kaki, tandanya dia dah nak dapat adik.

ALAMAKKK!!!

6 comments:

Ewa Zallie said...

tudiaaa baby haikal sekali suap sekali mengah..comel sgt2! hahahaha
***rasa hilang rasa geram kt video pengasuh dera baby***

mardhiyyah said...

alahai adikku sayang..... tamo la banyak sangat food beli2 tu... masak je... baby beso tu tak mamam banyak sangat puuunnn.....

meh join sini meh... HSFFYB ... gi search kat fesbuk. takpun nnt akak invite yeh..

rajin2 gi tengok blog heavilyspiced.blogspot.com ...

*gi cepat. ni arahan! #bajetkakaksulung#


=p

Anonymous said...

kak syedi:

Rajiah, bukan pegang kaki, isap ibu jari kaki la dia nak adik name nye

ADLIL RAJIAH said...

ewa,
tu belom tengok maknya makan camne lagi. Kah kah kah

mardhiyyah,
xdpt invitation pon! mane nya... biase la kak oiii eksaited anak baru start makan. tapi last2 makpaknya yang sebok nak ngetest rasa semua makanan baby tu. Hahah

kak syedi,
o ye ke..macam2 je lah.

Ji Yan said...

tambah ikan bilis y blend tu lg sedap dlm bubur...(oppss...kantoi mkn makanan baby.hee..)

A mum to-be said...

Hi.Haha. Sopan mcm mama & pelahap mcm papa. Tlg peluk cium kn baby utk I.