Bapak Ketam

Si bapak ketam ajar anaknya berjalan lurus,
Tapi bapak ketam pon berjalan ketepi,
Macam mana si bini nak maintain kurus,
Kalau si hubby masak sedap sehingga menjilat keti ehh kaki.

Wakakaka. Harem zadey punya pantun.

Last week, hubby telah mendapat hidayah dari yang Maha Esa untuk mejadi suami yang lebih rajin. Hihi.
Tanpa paksaan dari si isteri, hubby telah ke pasar malam, membeli bahan mentah untuk di masak. Sejurus tiba di rumah, hubby terus mendapatkan isteri dan anaknya lalu berkata,
"Malam ni Papa nak masakkan Mama gulai masak lemak ketam."

Si isteri terus melopong dan terdungu sebentar.
Kenapakah suamiku sungguh baik hati pada malam ini?
Mungkinkah sebab malam ni malam jumaat? ;P
Lalu si isteri mula khuatir..

Haishh laki aku ni mesti dah kena buatan orang! Atau..selalunya orang kata, kalau si suami tetiba bertukar menjadi malaikat, itu tandanya dia nak minta izin kawen lain. NOOOOOOO!!!
*sungguh tak senonoh prasangka si isteri* -___-

Aku pon pi la jenguk-jenguk hubby tengah masak kat dapur.
Nak pastikan itu betul-betul laki aku
atau...laki orang lain salah masuk rumah aku. =P
Dan Alhamdulillah kompom memang laki aku.


Tu dia...Tak sempat buka baju kerja, tak sempat buka jam tangan.
Terus ke dapur nak masak. Hoish pekena laki aku neh.




Bab siang-mensiang ni, sejak azali lagi aku memang serahkan pada yang pakar hubby. Tak kira la ikan ke ayam ke ketam ke sotong ke kambing ke tenuk ke.
Hubby siang memang bersih!
Masa aku dalam pantang dulu, Mama pernah tengok hubby siang ikan.
Pastu Mama cakap kat aku,
"Hafify siang ikan teliti sungguh! Setiap inci bersih! Bagus menantu Mama tu.."
*kalau hubby baca ni mau terkoyak spenda nih*

Ok berbalik kepada topik asal.
Masa hubby tengah sibuk siang ketam tu, aku terkejut bila ternampak hubby ada beli belimbing kecik-kecik tu. Setahu aku, hubby memang tak suka makan bendealah tu.

Aku bertambah pelik bila hubby cakap,
"Abang beli belimbing ni nak letak dalam gulai. Fevret sayang kan?"

Gulpp..telan halkum.
Sebelom ni tak pernah pulak hubby amik tau makanan fevret aku ke hape.
Dalam hati aku, kompom nak mintak kawen lain nih!


Kau tengok, stokin pon tak dan nak bukak!
Terima kasih la tolong mop sekali lantai dapur tu. -__-"


Hamboih letih betoi chef kita memasak, sebotol sekali tegok!


Tadaaaaaaaa!!! Siap dah gulai air tangan hubby kittew.
Aku pon apalagas, terus cedok ke pinggan lah.
First hirup, perghhhhhhhh cukup membahagiakan anak tekak. Sedap uolls.
Ayat pertama keluar dari mulut aku,
Ehh rasa macam makan gulai ketam mak (MIL) pulak. =)

Sambil kitorang dinner tu, aku ada tanya hubby..
Aku: Kenapa abang rajin sangat malam ni? Selalu tak camni pon?
Hubby: Ye ke? Saje je.
Aku: Abang nak kawen lagi ke?
Hubby: Boleh ke?
Aku: ???!! *kan aku dah agakkkkk dah*
Hubby: Kenapa sayang?
Aku: *diam, tahan air mata*
Hubby: Sayang? Kenapa?
Aku: Abang nak kawen ngan sape? :'(
Hubby: Lahhhh..ngan sayang la! Malam ni kan malam jumaat! Haha
Aku: Ceyyytttt!
Hubby: Tu la! Banyak sangat tengok drama tibi la tuuu! Saiko lebih!
Aku: ;O

Dalam hati aku, Yeayeayeayyy nak kawen! nak kawen! ;D

Licin lah 4 ekor ketam kitorang lahap malam tu.
Si demok tu, tengok saje. Haha.
Masa kitorang tengah melantak tuh, sampai Baby Haikal dah termasuk bawah kerusi pon kitorang boleh biar je. Ketam punya pasal.
Nasib la anak duk bawah kerusi tu sampai mak pak habis makan.
Kah kah kah

 Saje nak tepek gambar ni, kasi urat tekak korang jeles.
Mesti air liur berkompolll je kat bawah lidah korang kan?
Hah sila lah telan semula air liur tersebut.
Miahahaha~

Resepi:

 

5 comments:

aiShah_sOfeaTJ@katoJie said...

ha ha! cuwit cangat!

Anonymous said...

kak syedi:

rajiah, kalu ketam tu demok cam haikal baru akak terliur huhuhu

isabelle said...

Demok kan dah leh mkn solid..awat x suap terus ketam tu?

ADLIL RAJIAH said...

aishah,
ketam ke org masak ketam yang cuwit tu? ;P

Kak syedi,
mak oiii ketam demok macam haikal, puas kunyah!

Kak is,
tak boleh sebab utk makpaknya pon tak cukup. Hahaha ;D

Aishahsofea said...

jiji, dua dua.hahhaa.. terus kasik link belog jiji yg entry ketam nih kat en tunang . nak suh dia contohi bila dh kawen sok! HAHAHAHA