Rumah hari tua..

Selepas dua anak mereka dah medirikan rumah tangga, dah ada keluarga masing-masing.
Anak-anak lain pulak dah tinggal di hostel kampus masing-masing.
Mama and Daddy mula rasa sunyi katanya.
Terasa macam dah semakin tua dan perlu ada sebijik rumah di kampung.
Supaya nanti bila anak/cucu balik, baru ada feel "balik kampung". =P

Maka mereka mula mencari rumah yang jauh dari kesibukan kota.
Supaya dapat tenangkan fikiran.
Dan rumah tu mestilah mempunyai halaman yang luas.
Supaya boleh tanam sayur-sayuran, ternak ayam itik.
Pastu kena ada "ruang lepak" di luar rumah.
Supaya boleh letak kerusi malas yang diperbuat daripada rotan untuk baca newspaper setiap pagi.
Oh bunyi macam sungguh tipikal aktiviti orang tua di kampung.

Dan pencarian mereka berakhir, bila terjumpa satu rumah yang menepati citarasa tadi.
Rumah banglo yang berkonsepkan "Old Malaya" ni memang pilihan yang tepat.
Dah la nama pon dah Old Malaya. Tak payah nak eksplen pon, orang dah paham memang akan ada halaman untuk ternak ayam itik, ada ruang untuk letak kerusi malas yang diperbuat daripada rotan. Ok dah takyah eksplen.



Tapi bila dah beli ni, taktau pulak siapa yang nak duduk sementara Mama& Daddy belum tua ni..hehhh



1 comments:

h4ni3 said...

cantik..

kat mana rumah tu?