Peta cinta

Sekali lagi, Baby Haikal telah melukis peta di atas cadar tilam.
Haihhhh..

Selalunya mengeluhhhh la aku bila Baby Haikal pee pee sampai tembus kat tilam.
Bukan sebab pampers dah penuh ke hape.
Tapi selalunya sebab pampers tak center.
Maklom la budak tengah lasak. Haihh.
Tapi kali ni, bila notice pee pee Baby Haikal tembus kena cadar, aku boleh tersenyum pulak.
Cer korang tengok ni.

 Amaaazing ehh..
Kah kah kah..

Kalau aku jemur cadar ni esok, mau jiran-jiran pikir lain nih.
Dah la malam ni malam jumaat.
Nak-nak pulak bentuknya gittewww... ;P
Haha

Geng Papa

Asal nampak Papa je, eksaited.
Asal Papa nak dukung je, seronok.
Asal Papa cakap je, tergelak.
Last-last maknya jugak keseorangan kesepian takde geng.

 Tengok la kemainnnn berkepitttttt!
Macam paham je kau tengok perhimpunan umno kat tibi tu yang!
Asalkan Papa ade sebelah, memang elokkk la dia duk diam.
Poyo lah.

Cer kalau aku nak tengok drama filipin Endless Love tu.
Seminit pon tak kasi chance!
Sakan la merengek menyondol-nyondol celah keti aku.
Memang saje taknak kasi aku feel. Cehhh

Tapi kalau dengan Papa....
Diammmm sediam-diamnya!
Sampai terlena!

 Gaya tidur pon dah menonggeng-nonggeng kemain.
Sejibik macam Papa tidur.
Haha

Haihhh Mama wonder, ape lah yang Papa dah jampi kat Baby Haikal..
*si emak yang jeles tak sudah*