10 Fakta Kentut

Haikal: Mama, tadi Haikal terkentut tapi takde bau. 
. 
Me: So? 
. 
Haikal: Haikal hairan lah. Kadang-kadang kentut ada bau, kadang-kadang takde bau. 
. 
Me: 😑 Bagus la takde bau. Ke Haikal suka yang ada bau? 
. 
Haikal: Haikal suka yang ada bau. 
. 
Me: Erkk kenapa pulak? 
. 
Haikal: Sebab bau dia boleh tukar-tukar. Kejap bau bawang, kejap bau telur, kejap bau roti. Baru lah best. 
. 
Me: 😑 Ok dah. Taknak la cakap pasal ni. 
. 
Haikal: Kenapa pulak? 
. 
Me: Sebab kentut kan dirty. Taknak lah. 
. 
Haikal: Mana ada dirty? Dia kan bunyi je. 
. 
Me: 😑
. 
*Diam beberapa saat*
. 
Haikal: Mama, kenapa kadang-kadang kita boleh tahan kentut, dan kadang-kadang dia terkeluar sendiri? 
. 
Me: Aduuu.. Soalan apa ni? 
. 
Haikal: Haikal cuma terfikir. Mama tahu kenapa? 
. 
Me: Mama tak tahu la pasal kentut-kentut ni. Nanti tanya papa k. 
. 
Haikal: Haa ok ok. Sebab papa selalu kentut. 
. 
Me: Luls. 😂
. 
*Diam lagi beberapa saat*
. 
Haikal: Tapi kan, kadang-kadang kentut Haikal bunyi macam senjata. 
. 
Me: Aduuu tak habis-habis lagi ke? Senjata apa pulakkkkk 😫
. 
Haikal: Bunyi macam machine gun. Bunyi macam snoring atok pun pernah. 
. 
Me: Okay dah, enough. Kita cakap pasal benda lain pulak ye. Umm..malam ni kita ajak papa jalan-jalan nak? Kita cari durian. Nak? 
. 
Haikal: Yeayyy nak nak! Nanti mesti lepas tu kentut Haikal bau durian. 
. 
Me: Eeeeeeiiiiiiiiiiii 😣
. 
. 
A few hours later, hati saya masih tak tenang sebab soalan-soalan pelik Haikal tadi masih bermain-main dalam fikiran. 
Yes--
tentang kentut. 😑
. 
Dan tetiba saya terfikir, 
why don't I do some readings on that. 
Mana lah tahu dapat jumpa jawapan kepada persoalan Haikal tu. 
Dan boleh jadi knowledge baru untuk diri sendiri jugak. 😂
. 
So i googled everything about kentut. 
Mula-mula rasa macam omggg gross gila apa benda aku baca niii 😑
. 
Tapi after reading some research-based articles, saya jumpa beberapa mind-blowing facts tentang this amazing gas we call kentutsss! Terus excited nak share dengan korang semua hahah. 
. 
. 
These are the 10 facts about farts atau flatulence atau orang kita panggil kontutt:
. 
1) Hanya 1% je daripada gas kentut yang dikeluarkan, yang mempunyai bau busuk. 99% yang selebihnya adalah odourless! 1% tersebut adalah sulfurous. Cis, kongasam kau sulfurous! 😂
. 
2) Secara purata, manusia normal akan kentut 14 kali sehari. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. 
. 
3) Pengambilan makanan yang ber"angin" seperti cauliflower, kobis, kekacang, broccoli, dan gandum akan buat badan produce lebih banyak gas/kentut. Makanan yang mengandungi Fructose (sejenis gula dalam buah / susu) juga akan cause more gas. Itu yang sampai tahap kentut dalam setiap rakaat solat tapi taknak mengaku. 😂
. 
4) Daging, telur dan bawang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, menyebabkan kentut lebih berbau puaka daripada biasa. 
. 
5) Kentut adalah bahan flammable atau mudah terbakar. So jangan kentut di tepi unggun api. 
. 
6) Eat smaller meals, stay calm, dan exercise frequently akan bantu badan dan minda mengawal pengeluaran kentut dengan lebih baik. Hiargh! 💪
. 
7) Kepelbagaian bunyi kentut adalah disebabkan oleh the amount of gas, the force at which it is expelled, and the tightness of the sphincter muscles (otot di saluran tersebut 🙈).
. 
8) Tahan kentut tak merbahayakan kesihatan, tapi boleh menyebabkan kekejangan dan tidak selesa pada perut. 
. 
9) Kaum wanita lebih sensitive tentang kentut di tempat awam, kerana kentut wanita sebenarnya mengandungi hydrogen sulfide yang lebih tinggi (lebih berbau), berbanding kentut lelaki. K fine. 😒
. 
10) Banyak research dijalankan untuk menghasilkan pills yang boleh convert bau kentut kepada bau coklat, rose dan berries. Omgggg nakkkkk 😂
. 
Okay dah. Cukup sepuluh. 
Bagi lebih-lebih kang korang mengkaji kentut sendiri pulak. 
Sebab mind-blown sangat terus curiousity level increase. 😂
. 
Sorry kalau topik hari ni agak gross dan buat anda rasa tak selesa. Tapi ia adalah sesuatu yang sangat related to our daily lives kan? 😂
. 
Kelakar kan bila persoalan-persoalan pelik yang diajukan oleh anak-anak, sebenarnya boleh membuka mata dan minda kita. 
Selama 30 tahun hidup, tak pernah sekali tergerak hati untuk baca pasal kentut ok. 
. 
So hari ni adalah satu pencapaian. 
Terima kasih, Haikal! 😂
. 
Have a good day, everyone! 
. 
I'm still warded. 
Cuma hari ni takde masuk air kat tangan, so boleh menaip panjang-panjang yeay! 😁
Nothing serious, cuma asthma attack dan ada sikit lungs infection.
. 
Terima kasih kepada yang bagi kata semangat dan doa. 
Terus doakan please. 
Nak balikkkkkkkk.




0 comments: