Tayar Haus
Haikal: Mama, kenapa kita kena tukar tayar kereta?
.
Me: Sebab dah haus.
.
Haikal: Laa. Kenapa nak membazir duit?
.
Me: Apa yang membazir nya?
.
Haikal: Tak perlu la sampai tukar tayar baru.
.
Me: Kenapa pulak? Tayar dah haus, kena la tukar.
.
Haikal: Tayar haus, bagi la dia minum. Lepas minum, elok la dia.
.
Me: Kelakar ke? 😒
.
Haikal: Apa kelakar pulak? Betul lah. Kalau mama haus, mama buat apa? Minum kan?
.
Me: Haduuuuu...Memang la. Tapi tayar haus tu maksudnya tayar dah botak. Bukan sebab dia haus nak minum.
.
Haikal: Ooo.. Tayar botak sebab rambut dia dah gugur ke?
.
Me: Lahhh. Apa pulak rambur gugur niiii. Tayar mana ada rambutttt adoii!
.
Haikal: Habis tu botak kenapa?
.
Me: Tayar botak tu maksudnya dah nipis, so kena la tukar. Kalau tak tukar, bahaya. Boleh eksiden. Camtuhhh. 😑
.
Haikal: Ooooo.. Cakap je tayar dah nipis, kan senang? Tak perlu kejap haus, kejap botak. Mama ingat tayar tu manusia ke? Kalau mama cakap tayar nipis dari awal tadi, mesti kita tak gaduh.
.
Fine fine fine fineeeeee! 😑😑😑
.
Kepada yang cipta term "tayar haus tayar botak" ni, sila pindah ke planet musytari sekarang, sebab anda telah menyusahkan penduduk bumi. Kot ye pun nak cipta term pelik-pelik, cipta la sekali skema jawapan untuk jawab kat budak-budak ni hergh.
.
#HaikalsLogic
#SenakOtak
#TayarHausBagiMinum
#Haduuuuu😂
.
.
More #HaikalsLogic stories in my bestseller book:#WhySoSeriousParents. 😊
Labels:
Haikal's Logic,
Psikologi Keibubapaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Just come cross to yourblog...k.shidah enjoy your blog...teringat my conversation dgn rayyan about tayar haus & botak...just same like haikal...thanks
ไม่มีเบื่อแน่นอน เกมสล็อตxo สนุกได้ทุกเวลา เล่นเมื่อไหร่ก็สนุกแน่นอน
https://www.slot2xl.com/
เกมใหม่ สล็อตxo มาพร้อมกับระบบฝากถอน auto เล่นได้ง่าย สะดวกรวดเร็วในการถอน จะกี่บาทก็ถอนได้ ไม่มีขั้นต่ำ การันตีโปรโมชั่นเยอะ สดจริงต้องเว็บเรา
Narrative lectionary calendar. The superslot
ทดลองเล่นเกมดัง on the joker website The coolest direct website that helps you get rich, no need to deposit, no need to share, lots of free credit. There are new games updated every day. Sent directly from abroad That comes with a famous game that everyone probably knows. and want to try playing roma, you can sign up. together with friends to try playing immediately at our website 24 hours a day.
Post a Comment