How to stay focused and productive, after a longgg weekend.



Baru menghadap kerja beberapa minit,
tetiba teringat anak kat rumah.
Baru nak check email kat phone,
tetiba terbuka photo gallery,
tetiba ter-throwback gambar percutian.
Baru baca kertas kerja beberapa baris,
tetiba mata tertutup,
tetiba mimpi tengah buat sand castle kat tepi pantai.
Baru meeting beberapa minit,
tetiba muka boss nampak macam muka suami eh eh.
Maka seharian kat tempat kerja duk melayan jiwa dan perasaan yang masih bersama memori indah long weekend yang baru sahaja berlalu.
.
πŸ˜‚
.
Itu sindrom biasaaaa lepas cuti panjang.
Kan?
Bila kembali ke tempat kerja atau ke rutin biasa,
mesti rasa macam terpaksaaaaa je,
fikiran melayang-layang tah kemana.
Kejap kat kampung tengok lembu, kejap kat tepi pantai buat sand castle dengan anak-anak, kejap kat swimming pool tengah kuak lentang. πŸ˜‚
.
Chill, people.
Sindrom begini adalah normal.
Dan insyaAllah akan ada banyak lagi peluang for long & sweet weekends lepas ni.
.
Tapi hari ni--
KERJA DULU!
.
Settle kerja nanti, boleh sambung throwback sambil peluk pelampung swan. πŸ˜‚
.
Saya nak share 7 tips yang saya sendiri buat untuk bantu otak jadi lebih fokus dan lebih produktif dalam kerja atau rutin harian, terutamanya selepas cuti panjang:
.
.
1) Disconnect From The Internet
.
Yes, kadang-kadang kerja kita perlukan internet access. Tapi we really have prioritize our work, because unscheduled internet usage akan mengganggu aliran dan produktiviti kerja.
.
Sebab?
Internet ada banyakkkk benda lain yang jauhhhh lebih fun, daripada kerja yang sepatutnya diselesaikan.
Menurut kajian, internet surfing ketika bekerja adalah sangat merbahaya.
Walaupun hanya beberapa saat, ia boleh menjatuhkan productivity level, dan buat kita susah untuk mulakan dan re-focus pada kerja.
.
So if possible, lebih baik untuk kita disconnect daripada internet sekejap, dan fokus pada kerja yang lebih penting.
.
Untuk orang yang takde kekuatan dalam mengawal diri, yang asal ada internet je mesti nak scroll gambar anak kucing πŸ˜‘,
korang boleh try software “FREEDOM”.
.
It actually prevents your computer from logging onto the Internet for set periods of time.
Bunyik macam tak perluuuu je kan.
Tapi kalau diri sendiri memang tak reti nak prioritize antara kerja dengan gambar kucing,
Maka software tu patut jadi satu kewajipan bagi dirimu.
.
.
2) Turn Off Your Phone
.
Zaman sekarang ni, phone dah macam dadah untuk otak.
Bosan sikit, belek phone, terus leka sampai berjam-jam.
Padahal niat asal nak check satu benda je.
Benda yang boleh settle 5 saat, terus meleret jadi 4 jam—
TANPA SEDAR.
.
Senario biasa, kan?
.
Of course, some jobs require constant access to your phone.
But most of the time, kita sebenarnya yang menipu diri sendiri dengan menyatakan kita “perlukan” phone setiap masa, tapi sebenarnya tak pun.
.
Boleh je sebenarnya,
when we don’t need our phone—
switch it off.
Letak kat tempat lain, atau bilik lain—
out of reach, out of sight and out of mind!
.
.
3) Buat "Things To Do" List.
.
Bukan buat kat dalam phone la, of course!
Patah balik kepada cara lama, yang mungkin dah lapok, tapi sebenarnya jauh lebih effective—
guna pen dan kertas.
.
There’s something VISCERALLY SATISFYING about manually crossing a task off the list.
Sebab kita nampak betapa banyaknya task yang perlukan diselesaikan,
dan kita rasa PUAS lepas banyak task yang berjaya diselesaikan, as we cross it off the list.
.
List adalah salah satu cara paling efektif untuk bantu otak berfungsi dengan lebih produktif.
Tanpa list, kita mudah lupa dan mudah cari kerja lain (yang tak berfaedah) untuk isi masa lapang.
.
So always make your brain a chores list,
and don’t let it go play until the chores are done.
No excuses!
.
.
4) Turn On Some Instrumental Music, or Songs Without Lyrics.
.
Menurut kajian, muzik meningkatkan produktiviti.
Tapi kesilapan ramai orang adalah—
pasang muzik atau lagu yang ada lirik.
.
Muzik atau lagu yang ada lirik akan ganggu fokus otak, terutamanya ketika kita nak membaca atau menulis.
Our brain will automatically try to capture the words and meaning, dalam lagu tersebut.
.
So apatah lagi, kalau kita pasang lagu favourite yang memang kita dah hafal keseluruhan lirik dia!
Itu yang tulis email untuk client pun, tetiba typo—
“Semua jawapannya ada pada mu. Mana kau campakkan hati ku yang ku berikan pada mu kasih.”
.
Memang tercampaklah client baca email kau tuh. πŸ˜‚
.
.
5) Make A Promise / Set A Deadline.
.
Janji pada diri sendiri atau orang tersayang—
kalau kita berjaya selesaikan 5 tasks utama hari ni,
malam ni boleh tengok wayang.
.
Itu contoh.
Wujudkan janji yang susah kita nak tolak, supaya kita lebih motivated untuk siapkan kerja.
.
Dan yang paling penting, setiap task perlu ditetapkan deadline.
Hari apa, jam berapa.
Dah ada deadline, ikut!
Jangan berani pulak nak tangguh-tangguh.
Babap dengan bulu ayam nanti. πŸ˜’
.
Dapat je “Things To Do” List,
don’t think about it,
don’t talk about it,
DO IT!
.
.
6) Pomodoro Method
.
Kalau kita baca buku-buku tentang Time Management, ada banyak sangat method yang boleh diamalkan.
Tapi POMODORO METHOD is one of my favourites.
Teknik ni dah banyak kali bantu saya untuk maintain fokus yang intense, especially dalam kerja yang perlukan focus yang tinggi contohnya menulis.
.
Caranya mudah je.
.
Setiap task yang kita nak selesaikan tu,
bahagikan kepada beberapa bahagian.
Dan pastikan setiap bahagian boleh disiapkan dalam tempoh 25-30 minit.
Lepas siap satu bahagian, rehat selama 3-4 minit (set alarm clock!)
So dalam beberapa minit tu, boleh la minum air, gerakkan badan, check phone sekejap, etc.
Habis waktu rehat (alarm clock dah bunyi), terus sambung kerja balik (bahagian seterusnya) untuk 25-30 minit lagi.
Ulang proses ni, sampai task tersebut selesai.
.
Saya memang gunakan pomodoro method ni setiap kali nak menulis.
Kebiasaannya, saya akan bahagikan 1 artikel kepada 4-5 bahagian.
Kalau 1 bahagian saya boleh siapkan dalam tempoh 25 minit,
maksudnya saya boleh siapkan keseluruhan artikel dalam tempoh 2 jam sahaja.
.
Berbanding kalau saya tak buat jadual, dan hanya buat “bila hati rasa nak buat”,
Satu artikel mungkin makan masa 3 hari untuk disiapkan.
.
This Pomodoro Method works wonders on me, sebab ia bantu saya terus alert dengan “workflow” satu2 task,
tapi dalam masa yang sama otak ada masa untuk recharge.
.
.
7) Have A Proper Work Station.
.
Jangan buat kerja “dimana-mana”.
Have a proper work station, di mana otak akan automatically set untuk bekerja.
Ini penting untuk orang yang “work from home” macam saya.
Working from home can be difficult when where you work is also where you eat, where you sleep, where you play and where you relax.
Kan?
.
That’s why, you need a proper work station at home.
Bukan lah office lengkap kat rumah.
Cuma satu ruang atau sudut, yang dikhaskan untuk kita buat kerja.
Kalau kat rumah takde ruang, boleh pergi library, atau a quiet coffee shop, atau taman awam, etc.
.
But seriously, cari tempat khas untuk buat kerja!
Because by separating the space you use for work from the space you use for everything else, can greatly increase productivity.
.
.
Ok, sekian 7 tips untuk hari ni.
Semoga banyak lah kerja yang boleh selesai hari ni.
Kita dah cuti lama weekend lepas.
Now time to hustle to afford more memorable holidays, insyaAllah. 😁
.
Have a great and productive day, everyone!

1 comments:

bambinofabre said...

Titanium D Tips for Dodge & Other Dodge & Other Skins
If sugarboo extra long digital titanium styler you have a micro touch titanium trimmer game you can play online then titanium tent stove it is a 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ good idea to stay away from your friends. But if you like dodge & other ion titanium hair color gaming games then