I Lost My Wedding Ring

Few months ago—
I lost my wedding ring.
.
Kaum-kaum bini faham lah macam mana rasa bila hilang cincin kawen.
Macam hilang anak kot.

7 tahun pakai kat jari, and suddenly it's no longer there.
Rasa ralat sangat.
Rasa empty yang payah nak describe.
.
It was super hard to accept, 
and I cried like a baby for a week!
.
Bukan mengenangkan cincin tu atau harganya sangat.
Tapi the sentimental values and memories yang seolah-olah hilang bersama cincin tu.
7 tahun punya kenangan wei.
Banyak sangat cerita dia.
.
I cried when telling my husband about the loss.
He was disappointed, of course.
.
Tapi kata dia--
“Takpe lah. Dah bukan rezeki kita lagi. Lagipun it’s just a ring. And you're still my wife. Takde apa yang berubah pun.”
.
Indeed. 
Takde apa yang berubah.
Tapi tu lah. 
Dah nama pun pompuan. 
Memang dramatic cemtu lah sampai ke tua. 😑
.
Sejak kehilangan tu,
berkali-kali saya minta maaf pada suami (for being careless and losing the ring) walaupun dia sebenarnya okay je.
Dan berkali-kali juga saya berharap keajaiban akan berlaku dan cincin tu akan jadi milik saya semula.

Sampai setiap hari bangun tidur mesti terdetik dalam hati—
harap2 doa aku semalam akan termakbul hari ni.
.
Minggu demi minggu berlalu,
still takde apa-apa berlaku.
Hati semakin boleh terima bahawa cincin dah takde kat jari.
Walaupun kadang-kadang bila ambik wudhu macam ternampak-nampak je cincin tu kat jari. 
Pastu bila basuh pinggan asyik nak terpegang jari manis untuk betulkan cincin (dah jadi habit).
Dan setiap kali tu lah tetiba rasa sebak semula. 😭
.
Itu baru hilang cincin.
Tak boleh bayangkan orang yang hilang insan tersayang.
Mungkin terbayang-bayang orang tu lalu-lalu dalam rumah,
orang tu duduk kat dalam bilik, kat meja makan, dalam kereta, etc.
Pergh.
Semoga Allah terus beri kekuatan. 🙏
.
Yang aku ni baru hilang cincin je pun dah boleh nangis teresak-esak kat sinki basuh pinggan. 😑
.
Tapi sepanjang kehilangan cincin tu, 
I realize, sikit pun tak beri apa-apa perubahan pada suami saya. 
He is still as loving as ever. 
He still helps me in the kitchen every day. 
He still helps me doing house chores and cleaning the bathrooms. 
He still kisses my cheeks before he goes to work.
He still surprises me with special treats once a while. 
He still massages my feet when i lie down. 
He still holds my hand while driving. 
He still wraps my waist while walking in the mall.
He is still the same person I married 7 years ago!
.
Lepas beberapa bulan kehilangan cincin kawen tu,
baru saya faham maksud suami saya —
“It’s just a ring, and you’re still my wife. Takde apa yang berubah pun.”
.
It really is.
Takde apa yang berubah.
.
Walaupun cincin yang jadi simbolik ikatan cinta itu dah takde, 
tapi cinta itu masih ada.
Malah lebih kuat daripada hari pertama cincin itu disarungkan ke jari saya.
.
This loss not only taught me to be more cautious, but it made realized that—
love is not in the wedding ring.
It’s in the heart.
It should be manifested through deeds and attitudes.
.
And romantic isn’t merely about buying rings or expensive gifts.
It’s about the thoughtfulness, showing unconditional love and affection.
There’s no romantic in the ring.
It’s in the gestures.
.
Alhamdulillah,
I learned my lesson.
.
And today—
my husband surprised me with a new ring. 😁
.
Saya happy dan bersyukur, of course.
But not because of the ring anymore.
Because of the true meaning of love and romance my husband taught me.
.
He said —

“Ini cuma hiasan kat jari. Tak melambangkan apa-apa pun. Our marriage should be symbolized by ourselves. Peluang beli cincin ni ada banyak. Tapi peluang untuk “kita" cuma sekali. Asalkan kita jaga hubungan ni dengan baik, insyaAllah everything else will fall into place. Papa harap cincin baru ni boleh buat Mama happy semula."
.
Anddddddd I cried a river again. 😭
So apa beza hilang cincin dengan dapat cincin baru kalau dua-dua pun buat kau nangis? 😒
.
Terima kasih Pa for this new ring.
Walaupun bukan senang nak cari cincin untuk bini yang jari manis nya sama saiz dengan ibu jari kaki. 😂

I love you.




0 comments: