.
Pheww boleh tahan jugak la dua hari jaga anak demam.
Eyebags dua bakul, sis.
Dua bakul penuh, sis. 😑
.
Terima kasih kepada yang mendoakan Haikal.
Dia dah okay dah.
Dah pergi sekolah pun hari ni.
.
Anyway, hari ni saya nak share salah satu aktiviti yang saya buat dengan Haikal masa dia domam hari tu.
Just a simple Phonics game,
tapi Haikal seronok main.
Main game ni terus hilang demam dia.
Ok tipu. 😂
.
So, begini caranya.
(sambil korang baca explanation di bawah,
sambil refer video okay!)
.
SIMPLE PHONICS GAME.
.
U will need;
Apa-apa coloured blocks (saya guna morphun blocks)
Coloured pen (ikut warna blocks tadi).
.
Stage 1:
Recognizing & practicing letter sounds.
.
Tuliskan huruf pertama dalam ejaan setiap warna.
Contohnya,
B untuk Blue,
dan tulis menggunakan pen warna biru.
R untuk Red,
dan tulis menggunakan pen warna merah.
.
Kemudian beri anak sebut berulang kali sehingga dia boleh relate the sound of B (beh) dengan perkataan Blue tadi.
.
Refer video untuk lebih faham ye.
.
Stage 2:
Arranging blocks according to colour pattern, and the first letter sound.
.
Next step adalah susun blocks tadi,
mengikut warna pattern yang dah dituliskan.
Sambil susun,
relate kan juga dengan bunyi huruf pertama untuk setiap warna.
.
Supaya anak mampu susun mengikut bunyi dan huruf,
dan bukan mengikut warna dakwat pen pada kertas.
.
Stage 3:
Increasing difficulty level. Tambah warna dalam satu pattern.
.
Bila anak dah lulus stage 2,
tambah warna dalam satu pattern.
3-4 warna in a row.
Dan rumitkan lagi susunan warna.
.
Stage 4:
Make it more difficult. No more colour hint.
.
Jangan gunakan pen berwarna dah.
Tulis first letter of each colour, dengan satu warna sahaja.
Saya guna pen hitam.
Means, anak kena recognise the sound betul-betul to find the colour dalam pattern tersebut.
.
Untuk jadikan ia lebih mencabar dan lebih kejam 😂,
make the pattern LONGER.
Dan anda boleh layan hindustan sambil kopek kuaci sementara tunggu anak siapkan satu pattern tu.
Muahah.
.
.
Selamat mencuba,
dan semoga aktiviti ni memberi manfaat.
.
Ok now.
Ada sesiapa jual ubat eyebags? 😑
.
.
p/s: Maafkan saya, sebab video ni agak gelap. Tapi takpe. Biarkan video ni gelap gelita, asalkan hidup saya terang benderang bila ada awak di sisi. Ciakk
.
#tibatiba
#nakjugakdia
#muntoh
😂
0 comments:
Post a Comment