Haikal happy bila mama "good girl"

Tadi while hugging Haikal, 
because he's down with fever, 
he suddenly asked;

Haikal: Mama happy tak kalau Haikal goodboy hari-hari?

Me: Of course mama happy.

Haikal: Mama happy tak bila Haikal good mood masa bangun pagi, bila Haikal cakap elok-elok dengan mama, bila Haikal buat apa yang mama suruh. Mama happy?

Me: Of course, sayang. Kenapa ni?

Haikal: Mama tahu tak, macam tu juga lah Haikal happy bila mama "goodgirl", bila mama tak marah-marah, bila mama good mood, bila mama cakap elok-elok. Haikal happy sangat.


Fuuuuuuhhhh halusssss benar tarbiyah mu itu. 
Jauhhhhhh menikom ke dalom kolbu. 😑🔫

Apparently this boy came into my life, 
just to make me a better person.

Betul orang cakap, 
sayangi anak-anak sebab mereka masih suci dan tiada dosa.
Apa sahaja pengalaman yang mereka beri kepada kita walaupun pahit, 
semuanya sebenarnya sedang jadikan kita orang yang lebih baik. 
Allah takkan bagi sesuatu untuk menganaiya hambaNya. 
Setuju?

Anak--
adalah pembaris kita.

Terima kasih Allah untuk pinjaman ini. 
Dan janganlah Engkau ambil anak-anak kami, 
sehingga kami benar-benar beriman,
sehingga kami benar-benar bersedia dan layak untuk pulangkan mereka semula.

Ameen.

#mamacubasayang
#hatikurapuhhh
#dalamlangkahhh
#demampunbolehbagitarbiyahke




0 comments: