Creative Questioning

CREATIVE QUESTIONING is one of the techniques yang saya dan suami selalu gunakan untuk meransang creative/logical thinking skills anak kami, Ashraf Haikal.
. 
Kalau anda baca post saya sebelum ni, tentang soalan killer seorang anak terhadap bapanya, sampai tak senang apaknya nak buang air besar ðŸ˜‚ 
Amboi ramai betul yang boleh relate dengan kisah tu kan. 
Ramai rupanya yang kena heret anak sekali masuk toilet bila nak membuang. Hahah. 
. 
It's okay, parents. 
Itu cabaran kecik je tu. 
Sebab hari ni kita akan balas dendam. 
Saya nak share satu teknik powerful iaitu--
Creative Questioning
yang akan buat anak-anak pulak yang fade up nak menjawab soalan kita. ðŸ˜‰
. 
Creative Questioning adalah satu teknik, 
di mana kita tidak menjawab soalan anak-anak secara langsung dengan ayat penyata, 
tetapi kita jawab secara tidak langsung dengan bertanyakan mereka semula soalan-soalan killer secara bertubi-tubi, 
sampailah mereka sendiri jumpa jawapan kepada persoalan tersebut. 
. 
Haa mukaddimah je pun dah pening. 
Betul-betul balas dendam ni. ðŸ˜‚
. 
Saya bagi 2 contoh perbualan kami dengan Haikal, 
yang menggunakan teknik Creative Questioning. 
. 
Baca dan fahami betul-betul pattern soalannya, 
supaya korang boleh amalkan dengan anak-anak sendiri, 
dan kongsikan dengan kawan-kawan lain
yang juga mempunyai niat membalas dendam. ðŸ˜‚
. 
. 
CONTOH 1:
. 
Haikal: Papa, kuaci tu apa? 
. 
Papa: Emm kat mana Haikal dengar perkataan tu? 
. 
Haikal: Kat sekolah. 
. 
Papa: Oh okay. Siapa yang sebut? 
. 
Haikal: Teacher. 
. 
Papa: Masa teacher sebut "kuaci" tu, teacher tengah cakap tentang apa? 
. 
Haikal: Makanan. Pastu teacher ajar cara kopek kulit dia, pastu makan isi dia. 
. 
Papa: Oh maksudnya, kuaci tu boleh makan? 
. 
Haikal: Haah. Kuaci tu memang la makanan.
. 
Papa: Haa pandai pun. Kalau boleh dimakan, maksudnya kuaci tu sejenis makanan lah. 
. 
Haikal: Tapi kuaci tu ada kulit tau. Kulit dia tak boleh makan. Kena kopek dulu. Macam kacang. 
. 
Papa: Ooo.. Habis tu, kuaci ni sebenarnya makanan ke kacang? 
. 
Haikal: Makanan pun boleh. Kacang pun boleh. Dua-dua boleh. 
. 
Papa: Yeayy betul. ðŸ˜Š
. 
. 
CONTOH 2:
. 
Haikal: Mama, kenapa kereta kena ada empat tayar? 
. 
Me: Emm..cuba Haikal ambik kereta lego yang Haikal buat malam tadi. Nanti kita find out why. 
. 
Haikal: *pergi ambik kereta lego* Haa mama tengok ni. Tayar dia ada one, two, three, four! 
. 
Me: Haah betul. Cuba Haikal cabut satu tayar dia. Tengok apa jadi kat kereta tu. 
. 
Haikal: *cabut satu tayar* Dia jalan goyang-goyang hahaha kelakarnya! 
. 
Me: Haah kelakar kan. Cuba Haikal cabut satu lagi. 
. 
Haikal: *cabut satu lagi tayar* Alaa dah senget dah kereta Haikal. Tak boleh jalan dah. 
. 
Me: Kalau Haikal cabut semua tayar apa jadi?
. 
Haikal: Alaa taknak lah. Nanti dia tak boleh jalan langsung. 
. 
Me: Haah betul. So kenapa kereta kena ada empat tayar? 
. 
Haikal: Supaya dia tak goyang-goyang dan boleh jalan shiuuuu lajuuu. 
. 
Me: Yeayy betul! 
. 
Haikal: Tapi kalau kereta takde tayar langsung pun boleh jugak. 
. 
Me: Aikk kenapa pulak? Macam mana dia nak jalan? 
. 
Haikal: Kita boleh letak wings. Nanti dia boleh terbang. 
. 
Me: Hmm. Dari zaman mama tadika dulu lagi, kalau lukisan tema wawasan 2020, mesti akan lukis kereta ada wings. Ni dah 2016 dah, yang. Elok je semua kereta masih bertayar empat. ðŸ˜‘
. 
#prayforwawasan2020
#manakeretaterbangmana?
.
Heheh. 
. 
So itulah serba sedikit contoh yang saya boleh share tentang Creative Questioning. 
. 
Again, 
this is a very powerful technique untuk meransang creative/logical thinking skills anak-anak. 
Kalau anda mahu anak-anak yang bijak berfikir sebelum berkata-kata, 
have good problem-solving skills, 
mempunyai sifat empathy yang tinggi dalam diri, 
ini salah satu teknik simple yang anda boleh praktikkan sendiri di rumah. 
Bagus untuk melatih otak anak-anak.
. 
Kalau rasa otak suami/isteri anda pun macam masuk air, 
mungkin boleh cuba juga teknik ni. 
Cuma tambah, iringi dengan surah Yasiin. ðŸ˜‚
. 
Sebenarnya ada lagi 4 cara lain yang korang boleh amalkan untuk meransang creative / logical thinking skills anak-anak. 
Saya pernah share di blog beberapa bulan lepas. 
Semua pun senang-senang je nak buat. 
Kalau belum baca, boleh klik link di bawah:
. 
http://saatakukaupilih.blogspot.my/…/5-cara-mudah-untuk-tin…

. 
Semoga bermanfaat! 
Kalau ada ilmu baru lagi, saya share lagi okeng! 
. 
#parentingisfun
#funlahsangattttt ðŸ˜‚🔫
#selamatberbukapuasa



0 comments: