Yeayyy finally got time to share something dengan korang
hari ni!
Hari hari tau saya cuba nak duduk diam-diam depan
laptop nih.
Mesti adaaaaa je distractions yang mengganggu.
Hantu betoi. -___-
Ada some of you yang pernah jumpa Haikal dan mereka
ni selalunya akan tanya saya,
"Pandainya Haikal bercakap. Macam mana Jiji
buat?"
Macam mana saya buat?
Saya bercakap dengan dia lah. Sekian terima kasih.
;D
Ok gurau.
Basically ramai yang perasan, percakapan Haikal
macam lebih matang dari usianya (he is 4++ y.o),
dan most of the time jawapan atau respond yang dia
bagi adalah beyond expectation.
Haa kau jangan berani nak berdebat dengan Haikal.
Nanti kalah, itu satu hal.
Boleh gila juga memikiorkan respond yang dia bagi
nanti. ;D
And if you look at Haikal's drawing,
you'll get heart attack.
Dan mungkin brain attack juga. Huhu!
Saya sebagai ibu yang melahirkan dia ni pun, cannot
brain tatkala memikiorkan anak saya punya pemikiran.
Rasa macam, dia ni 4 tahun ke 40 tahun ni??
Tapi takkan 40 tahun belum sunat lagi?
Eh ok yang tu takde kena mengena. ;D
So hari ni saya nak share 5 perkara yang saya buat
dengan Haikal sepanjang 4 tahun lebih ni,
yang mungkin menjadikan Haikal seperti apa yang
korang tengok hari ni. ;D
Ia bukan magik ok.
Semua anak boleh jadi bijak, jika ibu bapa pun
bijak.
Gicuu.
1) Kerap tanya soalan yang buat anak berfikir (creative questioning)
Instead of tanya, "Kereta ni warna
apa?",
better tanya,"Kenapa kereta ni ada 4 tayar?
Kalau ada dua tayar je apa jadi?"
Atau,
"Macam mana kereta ni boleh bergerak, walaupun
dia takde kaki?"
Atau,
"Kenapa burung boleh terbang tinggi? Manusia
tak boleh terbang pun?"
At first, memang anak-anak akan jawab
mengarut-ngarut atau tak jawab langsung.
Biarkan.
Give them time to digest soalan tu. ;D
Lama-lama bila dah biasa ditanya begitu, diorang
akan tetiba bagi jawapan yang mindblown gila.
Sama ada boleh buat korang gelak guling-guling atau
stress berguling-guling. Haha!
Dan jawapan yang diberi sebenarnya adalah related
dengan experience-experience yang mereka pernah alami dalam hidup sebelum ni.
So jangan takut untuk beri anak banyak pendedahan
tentang banyak perkara (refer point seterusnya).
And ask creative questions.
Banyakkan how and why.
Dan soalan mesti dalam bentuk
yang imaginable, supaya anak boleh bayangkan.
2) Buat unusual routines / activities.
Give them new experiences.
Give them new experiences.
Contohnya, kalau kita jarang masak bersama anak,
cuba spend satu hari untuk masak bersama mereka.
Kalau tak pernah masuk hutan, bawa mereka masuk
hutan.
Let them experience new environment.
Kadang-kadang bukan anak yang taknak masuk hutan,
tapi mak bapak yang paranoid takut pacat.
Padahal pacat tu pijak sekali je dah penyek. -____-
Ataupun bawa anak visit rumah anak-anak yatim atau
rumah orang-orang tua.
Semuaaaa pengalaman baru ni akan membuka minda
anak-anak,
dan
membuatkan mereka lebih aktif berfikir secara tidak langsung.
3)
Galakkan anak berimaginasi
Saya
selalu ajak Haikal berimaginasi.
Contohnya,
"Cuba
Haikal bayangkan kita sekarang dekat negara yang ada salji. Sejukkkk."
Atau,
"Macam
mana kalau tetiba rumah kita banjir?"
"Macam
mana kalau atas bumi ni takde air?"
"Cuba
bayangkan kita sekarang tengah naik helikopter. Macam mana rasa dia?"
"Cuba
bayangkan kita sekarang tengah dalam submarine. Wooo!"
Dan dari
imaginasi tersebut, tanya anak, apa yang dia nampak, apa yang dia dengar, apa
yang dia buat, etc.
For sure
akan ada benda-benda mengarut yang dia fikirkan nanti.
BIARKAN.
Jangan
intellectualize imaginasi anak.
Biarkan
otak mereka ligat berfikir.
Biar dia
exercise otak sampai sado.
Badan
sado, otak kuruih pun tak guna. ;D
4)
Berlakon jadi orang lain atau benda lain.
Yang ni
favourite saya dan Haikal.
Kitorang
suka main switch role.
Mama jadi
Haikal, Haikal jadi mama.
Dari
situ, kita boleh nampak macam mana diri kita di mata anak-anak.
They will
imitate sejibikkkk dan sejujurnya macam kita.
Cara
marah, cara cekak pinggang, cara buat muka, cara gelak, cara bercakap, SEMUA!
So dari
situ, kau akan nampak betapa buruknya rupa dan percakapan kau sebenarnya. ;D
Selain
dari tu, boleh jugak berlakon jadi benda lain.
Contohnya,
berlakon jadi kucing ke, helikopter ke, etc.
In fact,
Haikal pernah berlakon jadi lipas.
Dia
memang sajeeeeeee! -____-
5) Free
Writing and Free Drawing.
This is
how saya tanam minat menulis dan melukis pada Haikal.
Tak perlu
beli buku yang ada step by step cara lukis gajah atau step by step cara tulis
huruf A.
Tak
payah.
Korang
cuma perlukan sebatang pensil dan sekeping kertas kosong.
Dah ada
pensil dan kertas, pergi bawa anak keluar.
Pergi
pantai ke, pergi taman ke, pergi shopping complex pun boleh.
Bagi dia
tengok dunia sekeliling, dunia luar.
Dan
jangan lupa bawa pensil dan kertas kosong tadi, biarkan anak tulis atau lukis
atau conteng apa saje yang mereka nampak atau dengar.
BIAR.
Jangan
bagi apa-apa rule atau instruction.
Or maybe
masa tengah duduk-duduk, pasangkan muzik.
Dan bagi
anak lukis atau conteng mengikut irama muzik yang didengar.
You will
be surprised bila tengok hasilnya nanti!
Mula-mula
mungkin anak takkan tulis atau lukis apa-apa.
Atau
mungkin setitik dua je dia conteng.
TAKPE.
Teruskan
beri galakan.
Macam ni
la saya buat kat Haikal sejak hari pertama dia mula pegang pensil.
Dari situ
dia mula tulis apa yang dia nampak, macam signboard, nombor plat kereta,
nama-nama hotel, etc.
Dan dia
mula lukis pokok, bangunan, kereta, logo kereta.
Walaupun
ofkos la buruk dan kadang-kadang kita tak faham sepatah haram.
Tapi as
he grows up, Haikal mula berkongsi dengan saya yang sebenarnya dia sedang
relatekan setiap apa yang dia nampak atau dengar, ke dalam lukisan tu,
dan
lukisan tu rupanya boleh digabung-gabung menjadi sebuah cerita!
Ahmayyyyyy
zing!
Kadang-kadang
buku-buku mewarna atau buku yang ada guide melukis/menulis yang kita beli tu,
akan meletakkan terlalu banyak peraturan terhadap minda anak,
sampai
menyekat kebebasan mereka untuk berfikir.
Setuju?
So
practice free-writing dan free-drawing juga dari semasa ke semasa.
Sekian 5
cara yang saya rasa sangat powerful dalam membentuk cara pemikiran anak-anak,
dan
melatih mereka untuk matang dalam berfikir sesuatu perkara.
Kadang-kadang
kita ibu bapa ni yang rasa terlalu pandai sampai terlalu menyekat pemikiran
anak-anak.
Terlalu
memaksa anak-anak berfikir di dalam kotak sahaja. Kan?
So lepas
ni,
JANGAN.
Semoga
kita mampu menjadi ibu bapa yang cool,
supaya
anak-anak akan jadi dua kali lebih cool.
:D
********************************************************************************************
Have you registered for our Haikal's Outdoor Playgroup?
Hey ada special promo tau!
13 comments:
Hahaha. X nak la berlakon jadi lipass.. benci!
Cara ke 4 tu je selalu buat.. Ibu, ayah, abang, adik.. Tapi penat nak pikir. Ibu ni jadi sapa ni??? Hahaha
Cara ke 4 tu je selalu buat.. Ibu, ayah, abang, adik.. Tapi penat nak pikir. Ibu ni jadi sapa ni??? Hahaha
my daughter suka berlakon jd upin ipin..i jadi kak ros..sbb kak ros garang T__T
Saya pun risau kalau kena jadi labah-labah!
Saya pun risau kalau kena jadi labah-labah!
terima kasih atas perkongsian ini..
nak sruh ank sulung sy 3 taun blakon jd anai2
Terima kasih. Now I know what I'm lacking in parenting my bebudaks. Keep on sharing bebeh :-*
No 5 paling suka buat! coz mak ayah dua2 designers, so sbb tu suka! Pstu tak terhad kat kertas je, dinding pun boleh..hehe..No 3 anak bermain dgn imaginasi pun selalunya diorang sendiri mulakan. Cuma yang bab nak ajar kemas balik tu hurm.. bru tgk kt page u td cara yg sgt membantu. Thanks 2 u byk info menarik utk dicuba :)
hihihi..exactly bebudak ni mmg suka tiru, copy paste org tetua...kdg2 heran y la si amjad bila d suh solat pejam mata..sbb walid dia solat pun pejam mata, smbil mulut tekumat kamit..it makes me realize sumthing on child early edukesyen..kikiki...nice info sis..kipidap
hihihi..exactly bebudak ni mmg suka tiru, copy paste org tetua...kdg2 heran y la si amjad bila d suh solat pejam mata..sbb walid dia solat pun pejam mata, smbil mulut tekumat kamit..it makes me realize sumthing on child early edukesyen..kikiki...nice info sis..kipidap
good info dear.. bab berlakon2 tu kami selalu buat...yup, memang buruk pon bila dia tunjuk gaya kita macam mana..oh mcam tu...dari situ lah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik -)
Post a Comment