5 Cara Mudah untuk Tingkatkan Creative & Logical Thinking Anak-Anak


Yeayyy finally got time to share something dengan korang hari ni!
Hari hari tau saya cuba nak duduk diam-diam depan laptop nih.
Mesti adaaaaa je distractions yang mengganggu. Hantu betoi. -___-

Ada some of you yang pernah jumpa Haikal dan mereka ni selalunya akan tanya saya,
"Pandainya Haikal bercakap. Macam mana Jiji buat?"

Macam mana saya buat?
Saya bercakap dengan dia lah. Sekian terima kasih. ;D

Ok gurau.
Basically ramai yang perasan, percakapan Haikal macam lebih matang dari usianya (he is 4++ y.o),
dan most of the time jawapan atau respond yang dia bagi adalah beyond expectation.
Haa kau jangan berani nak berdebat dengan Haikal.
Nanti kalah, itu satu hal.
Boleh gila juga memikiorkan respond yang dia bagi nanti. ;D

And if you look at Haikal's drawing,
you'll get heart attack.
Dan mungkin brain attack juga. Huhu!
Saya sebagai ibu yang melahirkan dia ni pun, cannot brain tatkala memikiorkan anak saya punya pemikiran.
Rasa macam, dia ni 4 tahun ke 40 tahun ni??
Tapi takkan 40 tahun belum sunat lagi?
Eh ok yang tu takde kena mengena. ;D

So hari ni saya nak share 5 perkara yang saya buat dengan Haikal sepanjang 4 tahun lebih ni,
yang mungkin menjadikan Haikal seperti apa yang korang tengok hari ni. ;D
Ia bukan magik ok.
Semua anak boleh jadi bijak, jika ibu bapa pun bijak.
Gicuu.




 1) Kerap tanya soalan yang buat anak berfikir (creative questioning)

Instead of tanya, "Kereta ni warna apa?",
better tanya,"Kenapa kereta ni ada 4 tayar? Kalau ada dua tayar je apa jadi?"

Atau,
"Macam mana kereta ni boleh bergerak, walaupun dia takde kaki?"

Atau,
"Kenapa burung boleh terbang tinggi? Manusia tak boleh terbang pun?"

At first, memang anak-anak akan jawab mengarut-ngarut atau tak jawab langsung.
Biarkan.
Give them time to digest soalan tu. ;D

Lama-lama bila dah biasa ditanya begitu, diorang akan tetiba bagi jawapan yang mindblown gila.
Sama ada boleh buat korang gelak guling-guling atau stress berguling-guling. Haha!

Dan jawapan yang diberi sebenarnya adalah related dengan experience-experience yang mereka pernah alami dalam hidup sebelum ni.
So jangan takut untuk beri anak banyak pendedahan tentang banyak perkara (refer point seterusnya).
And ask creative questions.
Banyakkan how and why.
Dan soalan mesti dalam bentuk yang imaginable, supaya anak boleh bayangkan.



2) Buat unusual routines / activities. 
Give them new experiences.

Contohnya, kalau kita jarang masak bersama anak, cuba spend satu hari untuk masak bersama mereka.
Kalau tak pernah masuk hutan, bawa mereka masuk hutan.
Let them experience new environment.
Kadang-kadang bukan anak yang taknak masuk hutan, tapi mak bapak yang paranoid takut pacat.
Padahal pacat tu pijak sekali je dah penyek. -____-

Ataupun bawa anak visit rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua.
Semuaaaa pengalaman baru ni akan membuka minda anak-anak,
dan membuatkan mereka lebih aktif berfikir secara tidak langsung.




3) Galakkan anak berimaginasi

Saya selalu ajak Haikal berimaginasi.
Contohnya,
"Cuba Haikal bayangkan kita sekarang dekat negara yang ada salji. Sejukkkk."

Atau,
"Macam mana kalau tetiba rumah kita banjir?"
"Macam mana kalau atas bumi ni takde air?"
"Cuba bayangkan kita sekarang tengah naik helikopter. Macam mana rasa dia?"
"Cuba bayangkan kita sekarang tengah dalam submarine. Wooo!"

Dan dari imaginasi tersebut, tanya anak, apa yang dia nampak, apa yang dia dengar, apa yang dia buat, etc.
For sure akan ada benda-benda mengarut yang dia fikirkan nanti.
BIARKAN.
Jangan intellectualize imaginasi anak.
Biarkan otak mereka ligat berfikir.

Biar dia exercise otak sampai sado.
Badan sado, otak kuruih pun tak guna. ;D



 

4) Berlakon jadi orang lain atau benda lain.

Yang ni favourite saya dan Haikal.
Kitorang suka main switch role.
Mama jadi Haikal, Haikal jadi mama.

Dari situ, kita boleh nampak macam mana diri kita di mata anak-anak.
They will imitate sejibikkkk dan sejujurnya macam kita.
Cara marah, cara cekak pinggang, cara buat muka, cara gelak, cara bercakap, SEMUA!
So dari situ, kau akan nampak betapa buruknya rupa dan percakapan kau sebenarnya. ;D

Selain dari tu, boleh jugak berlakon jadi benda lain.
Contohnya, berlakon jadi kucing ke, helikopter ke, etc.
In fact, Haikal pernah berlakon jadi lipas.
Dia memang sajeeeeeee! -____-




5) Free Writing and Free Drawing.

This is how saya tanam minat menulis dan melukis pada Haikal.
Tak perlu beli buku yang ada step by step cara lukis gajah atau step by step cara tulis huruf A.
Tak payah.

Korang cuma perlukan sebatang pensil dan sekeping kertas kosong.
Dah ada pensil dan kertas, pergi bawa anak keluar.
Pergi pantai ke, pergi taman ke, pergi shopping complex pun boleh.
Bagi dia tengok dunia sekeliling, dunia luar.
Dan jangan lupa bawa pensil dan kertas kosong tadi, biarkan anak tulis atau lukis atau conteng apa saje yang mereka nampak atau dengar.
BIAR.
Jangan bagi apa-apa rule atau instruction.

Or maybe masa tengah duduk-duduk, pasangkan muzik.
Dan bagi anak lukis atau conteng mengikut irama muzik yang didengar.
You will be surprised bila tengok hasilnya nanti!

Mula-mula mungkin anak takkan tulis atau lukis apa-apa.
Atau mungkin setitik dua je dia conteng.
TAKPE.
Teruskan beri galakan.

Macam ni la saya buat kat Haikal sejak hari pertama dia mula pegang pensil.
Dari situ dia mula tulis apa yang dia nampak, macam signboard, nombor plat kereta, nama-nama hotel, etc.
Dan dia mula lukis pokok, bangunan, kereta, logo kereta.
Walaupun ofkos la buruk dan kadang-kadang kita tak faham sepatah haram.


 Tapi as he grows up, Haikal mula berkongsi dengan saya yang sebenarnya dia sedang relatekan setiap apa yang dia nampak atau dengar, ke dalam lukisan tu,
dan lukisan tu rupanya boleh digabung-gabung menjadi sebuah cerita!

Ahmayyyyyy zing!

Kadang-kadang buku-buku mewarna atau buku yang ada guide melukis/menulis yang kita beli tu, akan meletakkan terlalu banyak peraturan terhadap minda anak,
sampai menyekat kebebasan mereka untuk berfikir.
Setuju?

So practice free-writing dan free-drawing juga dari semasa ke semasa.




Sekian 5 cara yang saya rasa sangat powerful dalam membentuk cara pemikiran anak-anak,
dan melatih mereka untuk matang dalam berfikir sesuatu perkara.
Kadang-kadang kita ibu bapa ni yang rasa terlalu pandai sampai terlalu menyekat pemikiran anak-anak.
Terlalu memaksa anak-anak berfikir di dalam kotak sahaja. Kan?

So lepas ni,
JANGAN.

Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yang cool,
supaya anak-anak akan jadi dua kali lebih cool.
:D


********************************************************************************************
Have you registered for our Haikal's Outdoor Playgroup?
Hey ada special promo tau!

http://saatakukaupilih.blogspot.my/2016/03/haikals-outdoor-playgroup-2016-haikalopg.html  

13 comments:

Amyz! said...

Hahaha. X nak la berlakon jadi lipass.. benci!

I@Me said...

Cara ke 4 tu je selalu buat.. Ibu, ayah, abang, adik.. Tapi penat nak pikir. Ibu ni jadi sapa ni??? Hahaha

I@Me said...

Cara ke 4 tu je selalu buat.. Ibu, ayah, abang, adik.. Tapi penat nak pikir. Ibu ni jadi sapa ni??? Hahaha

yanamib said...

my daughter suka berlakon jd upin ipin..i jadi kak ros..sbb kak ros garang T__T

Anonymous said...

Saya pun risau kalau kena jadi labah-labah!

Anonymous said...

Saya pun risau kalau kena jadi labah-labah!

Rozie said...

terima kasih atas perkongsian ini..

Unknown said...

nak sruh ank sulung sy 3 taun blakon jd anai2

Aimi Salwani said...

Terima kasih. Now I know what I'm lacking in parenting my bebudaks. Keep on sharing bebeh :-*

Unknown said...

No 5 paling suka buat! coz mak ayah dua2 designers, so sbb tu suka! Pstu tak terhad kat kertas je, dinding pun boleh..hehe..No 3 anak bermain dgn imaginasi pun selalunya diorang sendiri mulakan. Cuma yang bab nak ajar kemas balik tu hurm.. bru tgk kt page u td cara yg sgt membantu. Thanks 2 u byk info menarik utk dicuba :)

Unknown said...

hihihi..exactly bebudak ni mmg suka tiru, copy paste org tetua...kdg2 heran y la si amjad bila d suh solat pejam mata..sbb walid dia solat pun pejam mata, smbil mulut tekumat kamit..it makes me realize sumthing on child early edukesyen..kikiki...nice info sis..kipidap

Unknown said...

hihihi..exactly bebudak ni mmg suka tiru, copy paste org tetua...kdg2 heran y la si amjad bila d suh solat pejam mata..sbb walid dia solat pun pejam mata, smbil mulut tekumat kamit..it makes me realize sumthing on child early edukesyen..kikiki...nice info sis..kipidap

Unknown said...

good info dear.. bab berlakon2 tu kami selalu buat...yup, memang buruk pon bila dia tunjuk gaya kita macam mana..oh mcam tu...dari situ lah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik -)