Sekeping Kong Heng, Ipoh.

Sebelum apa-apa, nak bagitahu dulu,
entry ni ada banyakkkkkkk gila gambar.

Sebenarnya ini merupakan second hotel review yang saya terima selepas
Grand Lexis, Port Dickson, dua tahun lepas.

Dan kali ni giliran Sekeping Kong Heng yeayy.

Alhamdulillah.
Terima kasih Sekeping Kong Heng kerana mempercayai blog seciput ini aduinyapuin.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengreview seikhlas hati saya.
Sebab to be honest, kalau bukan untuk review pun,
kitorang sememangnya dah jatuh cinta dengan Sekeping Kong Heng,
dan sememangnya akan share pengalaman stay di sini,
dengan semua orang, tanpa disuruh.

Sebab Sekeping Kong Heng ni memang MashaAllah,
sangat lain dari yang lain!
Unik yang sangat unik sampai tak tahu dah perkataan apa lagi yang sesuai sebab dia memang sangat unik.

-_______-

Ok Sekeping Kong Heng ni terletak di Ipoh, Perak.
Agak susah nak cari sebab dia takde signboard.
In fact, orang Ipoh sendiri pun masih ada yang tak tahu kewujudan Sekeping Kong Heng ni.
Tapi takpe.
Susah-susah pun kena cari jugak.
Bak kata orang tua-tua,
jalan yang payah yang berliku-liku yang jerih perih itu,
dihujungnya akan ada satu pemandangan yang cantik.
Wah gitcu.

Dan sabar itu buahnya manis.
*tiba-tiba*

Sebab memang rugi kalau tak tengok sendiri suasana Sekeping Kong Heng ni.
Nak-nak zaman sekarang yang ada waze ni.
Tak payah nak membongak la tak jumpa jalan bagai.
Aku pun cari pakai waze je kot. -____-

Nampak je kedai kopi Kong Heng dan Restoran Plan B, dah boleh park kereta kat situ.
Pastu korang akan nampak satu lorong.
Jalan kaki ikut je lorong tu.
Sampai jumpa satu tempat banyak-banyak buku camni;



Haa ni la dia Sekeping Kong Heng.
Reception counter dia pun dalam semak samun tu jugak.
;D



Siapa sangka building yang scary marry camni sebenarnya adalah sebuah hotel, kan?
Mesti banyak langsuir stay kat sini. -___-
Tunggu!
Sebab korang belum tengok bahagian dalam dia lagi.

Sebenarnya Sekeping Kong Heng ni dibina di dalam bangunan yang berusia lebih 90 tahun.
Dan diorang memang sengaja mengekalkan konsep asal building tersebut.
Haa.
Memang scary kalau dibayangkan dalam kepala otak.

Tapi nanti dulu.
Sebab korang belum tengok bahagian dalam hotel ni lagi.
Confirm jatuh rahang.
;D


Sampai-sampai je Sekeping Kong Heng ni, kitorang disambut oleh owner dia sendiri.
Mr. David dan Ms. Lau.
Peramahhhhh sangat diorang ni. Diorang layan aku macam anak. :')

Kitorang sampai je, diorang terus bawa round satu hotel, tengok semua bilik.
Kebetulan banyak bilik yang kosong sebab kitorang datang hari Ahad.
Biasanya guest akan check out hari Ahad kan.
So banyak bilik kosong dan Alhamdulillah dapat la tengok semua bilik.
Siap Uncle David suruh aku pilih nak duduk bilik mana.
Halahaiiii rasa nak peluk je uncle tu.
T_____T

Diorang terlalu baik sampai aku rasa macam aku ni menteri pelancongan yang datang melawat kawasan
sambil promote GST.
;D



Dan ini,
bilik yang aku pilih.
Jenis 4 O'clock Room.
Bersedia untuk jatuh rahang seraya melihat gambar-gambar di bawah.
;D

 

Hamacam?
Unik kannnnn!!!

Siapa suka vintage, memang akan jatuh cinta pandang pertama.
Kali kelima keenam pandang pun cinta takkan pudar.
Wah gitcu hetcu.
;D

4 O'clock Room ni bilik paling besar kat Sekeping Kong Heng ni.
Ofkos aku pilih yang paling besar kahkah.
Sebab bilik ni complete dan spacious. 
Ada dapur, siap boleh masak. 
Complete dengan peti sejuk, periuk belanga, sudip, pinggan mangkuk, sudu garfu apa semua. 
Microwave pun ada.

Pastu katil ada dua queen bed. 
Satu tergantung kat atas angin, satu atas darat. ;D
Basically 2 queen beds, untuk 4 pax la kan.
Tapi saiz bilik dia macam untuk 40 pax.
Besaq gila bak hang!

Pastu siap ada balcony. 
Pagi-pagi duduk kat balcony tu sambil menghirup udara yang semerbak bau white coffee meresap ke dalam hidung.
Sebab hotel ni dikelilingi oleh kedai kopi. 
Well Ipoh kan memang famous dengan white coffee dia yang perghhhh RINDUUUUUU!!! 
T_____T
So bau kopi tu memang sentiasa terawang-awang mengisi atmosfera. 
Hey siapa je yang tak suka bau kopi kan?? Refreshing kot.
Tak suka bau kopi, jangan duduk Malaysia.
Haa menteri tipikal dah datang. Hahahaha.



Sekeping Kong Heng ni dulunya adalah sebuah asrama yang dihuni oleh pelakon-pelakon teater pada tahun 50-an.
Mind you, building ni dah lebih 90 tahun ok.
Atuk nenek kita pun belum tentu dah lahir masa tu.
Masih di Luh Mahfuz agaknya. :D

Dan sekarang, building ni masih dalam konsep dan keadaan asal,
cuma peranannya dulu sebagai hostel ditukarkan kepada hotel.
So tak payah risau.
Kerana ia bukanlah bekas rumah mayat tentera jepun ke, bekas rumah pembunuhan ke,
bekas penjara tempat pancung kepala orang apa.
So tak payah nak propa kata dengar orang berkawad la,
dengar orang main guli la, main congkak kat atas bumbung la.
Amboi.

Mementang luaran bangunan tu semak-samun, dinding dah naik pokok apa semua,
terus tuduh dengar macam-macam.
Tipikal sangat.
Kot ye pun ada orang main guli, pergi la join sekali.
Hahaha.

Alhamdulillah selama kitorang menginap di Sekeping Kong Heng,
tidur cukup nyenyak dan tak mengalami apa-apa gangguan.
Haikal pun ok je, takde tetiba meracau tunjuk tingkap ke apa.
Kot la dia ternampak makcik karipap ke apa kan.
Sebab bilik kitorang tingkat 3.
Makcik karipap kan biasa jual karipap kat tingkat 3 je.
Level lain dia tak jual.
-_______-



Masa ni sebenarnya dah bukak tudung.
Tapi mood nak bergambar tu datang bertubi-tubi sebab terrrrrrlalu jatuh cinta dengan tempat ni.
Tak cukup-cukup rasa ambik beratus gambar.
Padahal kat spot sama je. -___-

So asyikkk la terpaksa sarung tudung semula. 
Ye la nak masuk blog kan. 
Kang tak pakai tudung berdosa, nanti JAKIM denda RM1000 bahahaha.
So bila nak cepat, tudung main lilit je, 
maka terimalah Tudung Sarabanon Style. ;D


Haikal macam biasa.
Dia memang pantang masuk hotel.
Batak level 9999. Macam mak dia. ;D

So lepas penat melompat-lompat kat setiap pelosok bilik,
terus tertidur atas carpet tu je.


Sarabanon makan pasta. 
-____-

To be honest, makanan halal susah sikit nak dapat within walking distance dari Sekeping Kong Heng ni.
Sebab majoriti penduduk sini ialah cina dan india.
Kat bawah hotel ni ada je kedai halal, Restoran Plan B. 
Halal, tapi agak mahal.
Biasa la fine dining restaurant kan.
So jangan la expect ada jual nasi campur pulak kat situ. ;D

Tapi!
Kedai Yong Suan yang ada nasi ganja ter-famous di Ipoh tu adalah dalam 5 minit drive sahaja dari hotel ni.
Drive la tapi.
Nak jalan kaki boleh.
Tapi penat sikit la.
Masa pergi, jalan kaki. Masa balik, mengengsot.
Kaki dah tak rasa.
;D


Ni Restoran Plan B kat bawah Sekeping Kong Heng.
Banyak duit, boleh makan sini.
Takde duit, boleh tengok je. Sambil tadah tangan.
;D



Eh tetiba dah sampai Paris.
Kehkeh.

Ada jugakkk perangai suka pasang padlock cinta kat sini.
Kitorang tak main la pasang padlock cinta sangkut kat pagar camni.
Kitorang sangkut dalam hati jeww beheh.

Apa benda la sangkut padlock cinta.
Padlock dengan cinta, kan jauh bunyi tu.
Padlock dengan steering lock, nampak la jugak keakrabannya.
-_____-



Sekeping Kong Hengg ni jugak berdekatan dengan the famous 7 Mural.
Lukisan mural cantik yang memang untuk IG freak dan FB check in freak. 
Ambik gambar kat Ipoh, check in kat Sydney Australia.
Orang Ipoh gelak tersembur halkum tengok perangai kau. -____-



 Hari terakhir sebelum check out tu,
staff Sekeping Kong Heng bawa kitorang ronda-ronda sekali lagi tengok semua bilik dan 
semua area hotel.
Ya Allah memang aku jatuh cinta betul la dengan keunikan hotel ni.
Rasa nak sewa satu unit. 
Dapat stay dalam tiga belas tahun pun ok sangat dah.
;D



Tengok la langsir dia tu.
Hindustan sangat.
Tengok je pun dah boleh bawak berangan.
Dah la siap ada kelambu. Aaarghhh!!
Kalau buat videografi wedding ni, confirm viral masuk beautifulnara. ;D

Ini bilik jenis Family Room.
Ada 5 katil single.
So untuk backpackers nak check in ramai-ramai pun sesuai sangat.


Ini dekat roof top.
Ada communal area.

Untuk semua guest Sekeping. 
Tak kisah ambik bilik mana pun, semua boleh lepak kat roof top ni.
Ada TV, ada pantry, ada hammock, ada bean bag.
Bestttttt!!

Hotel ni sebenarnya ada swimming pool jugak tau. Pun unik.
Tapi masa kitorang pergi tu tengah under maintenance. 
T_____T

Padahal dah bawak goggles, kasut kaki itik, tong gas apa semua dah.
Ingat nak prektis scuba diving. ;D
Tapi sayang, takde rezeki.



Ini right before kitorang check out.
Try dulu the famous Ais Kepal.
Kat gerai-gerai bawah Sekeping Kong Heng tu je.
Sebelah Plan B.

Amboi kemain dia makan Ais Kepal.
Menggogok terus.

Hubby pakai baju kerja.
Sebab dia ada meeting right after kitorang check out tu.

Kalau korang nak tengok lebihhhhh banyak gambar dan 
nak tahu lebihhhh lanjut pasal Sekeping Kong Heng,
boleh vsisit:

Nak book terus pun boleh kat sana.
Harga semua ada.
Macam bilik yang kitorang stay tu, rate dia RM400 per night.
Berbaloi gila la kalau korang dah experience sendiri.
Memang lain dari yang lain kotttt.
Kat hotel lain memang tak dapat.

Sebenarnya Sekeping ada sembilan cawangan di seluruh Malaysia.
Semua pun mengetengahkan konsep yang lebih kurang sama.
Vintage-vintage dan damai-damai gitcu.

Korang boleh check out website Sekeping, untuk tengok lokas-lokasi Sekeping yang lain:
http://www.sekeping.com/


Bak kata Uncle David,
"Sekeping is not for everyone. Only those who appreciate history will love it. 
Sekeping is a place where people will learn their origins."

"Tak ramai orang muda yang datang ke sini. Kalau datang pun, untuk ambil gambar sahaja. 
Untuk menginap, mereka takut dan tak selesa tanpa sebab."

Aku tersenyum dengar kata-kata Uncle David.
Sinis, tapi ada betulnya.

Walaupun aku ni bukanlah pencinta sejarah sangat.
PMR dulu pun dapat B je.
SPM langsung taknak cerita kat sini kahkah.
Tapi bagi aku, Sekeping ni betul-betul berjaya menambat hati aku.
Betul-betul lain dari yang lain.
Betul-betul macam RUMAH.
Suasana dia macam kita balik kampung. Kampung yang REAL punya kampung.
Macam balik ke zaman dulu-dulu.
Eh memang susah la nak digambarkan.
Terlalu old-school dan mengusik jiwa.
Haa kau. ;D

Korang kena try stay satu malam,
confirm nak extend lagi tiga malam.
Terus pergi beli MC tiga hari, pastu call boss sambil pura-pura batuk. ;D

Apa-apa pun,
terima kasih Sekeping Kong Heng.
Sebab bagi kitorang pengalaman yang betul-betul berbeza kali ni.
Antara penginapan yang paling memorable dan kitorang takkan lupa sampai bila-bila!
Kalau ke Ipoh lagi, kitorang PASTI akan ke sini lagi.

We will remember you, Sekeping Kong Heng.
=)

19 comments:

Unknown said...

orang ipoh pun tak tahu semua tempat tu. hahaha. agak2 kalau balik kg tido situ mau kena hambat dgn mak :P

Noor Atikah Ramli said...

ika penah survey tempat nie sbb mcm unik . heheheh . tapi takde kesempatan lagi nak pegi . wuwuuww

takpe la . ika dekat je . kat ipoh . hahahaha .bile2 mase boleh pegi :P

Alia Farhan said...

Selalu jgk tgk member upload gmbr check in kat sekeping kt kl tu...sekeping tenggiri ka buntal ka apa ntah...mmg unik...tp bila tengok rate..erkkkk...boleh tahan kauuuu....tp dalam2 dia mmg kelassss sgt....

Razf said...

cantik interior designnya

Syira Lokman said...

kawasan seram..tp cantik..siang bergambar..malam balik..hehehe

Izwa Kamaruddin said...

dah kenapa seronok sgt tempt niii..

yoorinmelacolea said...

nama dia unik.. seunik tempatnyee.. laa.. mcm pernah nmpak cik epal boh hotel ni.. tapi tak tau plak ktne.. shud go laa lepas ni if bercuti kat sana.. cambest je...

Yaati Nor said...

mmg nampak best..en asben saya ajak gi sekeping serendah..tp rs2nya mcm jauh sgt kedalam hotan..mcm seram je..

izzy said...

THANKS JIJI!
Best Giler!!
Tak sangka kat Malaysia ada tempat cemni!

Ema Minami said...

eh eh...tajuk hotel dia sekeping jugak...tadi baru baca blog nadia..kat kl ada villa nm sekeping tenggiri...kekeke..btw mmg sgt cun! arghh..wajib gi skali ni..hurm~

Wak Lat said...

Salam. Hee hotel yang vintage.

natura said...

Cantikkkkkkkkkk sangat.
Memang sungguh tak tau ada hotel macam tue.
Sangat antik.
Best.

Ely Norsuhaili Ali said...

nice sharing..
hotel santek lain dari yang lain..
tetapi seremmm..kalu ad money back guarantee boleh try semalam nih..kih kih

zinziemeewah said...

wah..seriuosly sangat cantik. tgk exterior memg serrrammm tp bila dh masuk dlm memg lupa dunia luar sguh. cantek cantek cantek

zinziemeewah

Cik Puan Farhana said...

babe! i really love this place sebelum u update blog lagi! but my hubby xnk g tempat cmni.. for family lah ofkos.. berdua mau lah! oohhooooo!! how i wish dapat pergi one fine day.. ais kepal, menendang2 baby dalam perot ni haa!!!! huhuhu

PearlKaz said...

first time pergi dec 2013... time tu kedai ais kepal takde... tp mcm dah byk perubahan je... mcm makin best plak.. ni yg rasa nak pergi lagi... btw, swimming pool dia best! hahaha

Unknown said...

Hahaha over sangat tau sampai main congkak atas bumbung.kihkihkih

Unknown said...

Hahaha over sangat tau sampai main congkak atas bumbung.kihkihkih

mhoodang said...


เล่นเกม สล็อต joker slot online เครดิตฟรี
https://www.slotxd.com/jokergaming123