#HaikalOPG Crewww!

Howkay this will be the last entry pasal #HaikalOPG last season.
Lepas ni tunggu announcement untuk OPG musim baru pulak hoccay.
Ada yang dah siap-siap bagi details nama anak apa semua.
Amboi kemain tak sesabor kan. Padahal tarikh pun belum ada. -__-

So rilek dulu,
ambik laptop dan baca blog Jiji. *tetiba*

Entry hari ni adalah semata-mata pasal crew #HaikalOPG.
Sebab diorang ni lah tulang belakang sebenar OPG.
Acik Jiji ni tulang rawan je heheh.

Sejujurnya saya bersyukur sangat sebab #HaikalOPG ada support system yang paling gigih
paling sporting dan paling havoc.
Tanpa diorang ni, memang aku bukan siapa-siapa dan playgroup ni takkan jadi kenyataan.

 Haa ayat touching-touching je acik bagi hari ni.
;D

Kalau korang nak tahu,
crew #HaikalOPG sebenarnya terdiri daripada adik-beradik dan kawan-kawan rapat aku.
Maaflah sebab setakat ni kitorang belum bersedia nak buka peluang kepada orang luar untuk join crew OPG ni.
Bukan nak sombong ke apa, cuma entah lah.
Macam lebih seronok berkerja dengan orang yang kita dah biasa.
Yang kita dah anggap macam family-family.
Supaya semua pun boleh lantang bersuara.
Dan semua pun boleh bergurau secara pedas-pedas haha. :D



Dua orang ni antara crew terpenting. Pelaris orang kata. ;D
Sebelum orang lain rasmi mainan, diorang dah rasmi dulu.
Tu yang bila kat OPG, diorang ni eksyen sikit.
Mementang semua aktiviti dah tahu buat, so kerja diorang ronda kawasan je.
Dasar ketua darjah sangat ni.


Aku teringat masa malam sebelum first session OPG.
Kitorang punya nervous memang tak tahu nak cakap ah.
Dah macam malam pengantin dah haha.
First session kan. So macam tak tahu lagi apa bakal berlaku.
Walaupun semua benda dah plan baik, tapi tak sure it will work or not.
Tak nampak lagi macam mana reaksi peserta, etc.
Dengan baju crew tak cukup lah apa semua.
Dengan Teacher Namie tak boleh attend sebab ada komitmen lain.
So memang nervous.
Aku la yang paling nervous aduinyapuin.
T___T

Tapi Alhamdulillah ada adik beradik yang supportive teramat.
Diorang pun pura-pura nervous untuk sedapkan hati aku kahkah.
Malam yang first tu, diorang la paling teruk kena pulun.

Ni kena dera pasang banner.
Masa ni dah lewat malam tau.
Dengan semua berkain pelekat kemain sekseyyh. Haha!



Pastu kena pasang langsir surau.
Dengan mama mama sekali tidur lewat malam tu sebab nak tolong.
Terharu tau tengok semangat diorang.

Dah la malam tu paksa diorang meeting untuk brief pasal perjalanan event apa semua.
Pastu kena kerah pulak buat kerja kat surau.
Laahaiiiii.
T____T

Lepas tu keesokan harinya, kena bangun awal pagi pulak.
Hari Ahad pulak tuuuuuuu. Hui!
Tapi diorang still macam, cergas dan bersemangat je masing-masing.


 

 

Walaupun orang luar nampak hanya lah idea acik jiji, program acik jiji,
dan kegembiraan para peserta,
tapi sebenarnya di sebalik setiap kegembiraan, keselesaan, kekenyangan peserta,
dan kelancaran aktiviti program ni,
adalah disebabkan oleh kerja keras diorang.

Diorang ni la yang set up dan clean up untuk setiap aktiviti.


Diorang ni lah yang ketiak lebih lecak dari acik Jiji yang mekap tebal sebab kerja acik pegang mic je.
-______-


Ini Along.

Saya dari kecik memang tak boleh lari dari menyayangi Along.
Dari zaman childhood, ke zaman sekolah, ke zaman unibersiti, ke zaman dah jadi laki orang,
Along adalah seorang abang yang tak pernah berubah.
Dia masih abang yang sama,
 yang membenarkan satu spot yang istimewa dalam hati dia khas untuk adik-adiknya.

Terutama untuk adik dia yang perangai memanjang gelabah cipan ni. -..-
He's always there for me to calm me down.
He's always there to support.
He's always there to share some love.
ALWAYS.

Dan sampai sekarang, rasa awkward kalau buat sesuatu tanpa melibatkan Along.
Along is like one of my driving forces in life.

In fact, dia peminat nombor satu blog ni.
Kalau korang rasa aku ni lawak, wait until u listen to Along punya lawak.
Sumpah lebih varaiiii.
Patploh tahun selepas tu pun boleh tergelak lagi bila teringat.
Sebab kelakor gila yang stok gelak mencucuk-cucuk sampai senak pundi tu.
;D



Dan ini Kaklong, bini Along.
Juga one of the crew.

Walaupun tengah sarat mengandung, nak jugakkkkk dia support OPG.
Padahal aku dah suruh banyak kali supaya dia duduk rumah je.
Tapi tetapppp jugak nampak kelibat dia ni kat OPG.
Badan kecik, tapi degil.
;D

Dear Kaklong, I have always dreamed to have a kakak.
And I thank you for being such a lovely kakak to me and Raidah omomomomo shayang dia
 meh nak kiss perut sambil tekan pusat. ;D



Oh yang ni tak payah kenalkan pun takpe.
Semua orang kenal kot Tam Spider.
Hahahaha.

Hubby ialah seorang yang tak pernah say "No" to my dreams.
Walaupun impian yang paling mengarut dalam dunia sekalipun.
Dia orang pertama yang akan datang to ask apa yang boleh dibantu,
orang pertama yang akan serah diri sebagai kuli,
orang pertama yang akan serah credit card if got any financial constraint,
orang pertama yang nampak air mata sebelum aku menangis,
orang pertama yang akan senyum bila aku gembira,
orang pertama yang tiupkan semangat setiap hari dalam hidup aku.
 
Dia ni lah.

Hubby selalu ingatkan, selagi ada dia, insyaAllah aku takkan pernah keseorangan,
dia sanggup bersengkang mata teman aku buat kerja lewat malam sampai habis,
dia tak pernah merungut bila bini dia tak masak, tak kemas rumah, tak gosok baju kerja dia
sebab terlalu occupied dengan OPG.
Sekelumit pun dia tak pernah tarik muka.
Malah always try to cheer me up, everytime he sees me kerut dahi.

Teringat ada sekali tu dalam perjalanan nak pergi OPG.
Masa tu dalam kereta, sambil pegang tangan tangan aku, hubby cakap,

"Mama kena selalu ingat, Papa sanggup buat apa saje untuk Mama. Susah macam mana pun, jangan risau. Papa ada. Papa sanggup bagi apa sahaja yang termampu, asalkan Mama happy. Papa nak Mama happy. Itu je."

T______T

Padahal nak pergi OPG je pun.
Dia punya bagi semangat macam nak pergi Syria. -___-
Tapi itu sebab lah aku sayang.
Dia buat perangai mental camane pun, kalau takde dia, aku mati kot.
So better mental daripada takde.
Hahahaha.

Ini Ateh dan laki dia, Pali.
Pengantin baru in the family.
Dan actually sedang pregnant 6 bulan tapi perut tak nampak tak tahu dia sedut camane entah.
-______-

Ateh ni adik ipar saya yang terlalu obvious sayangkan kakak iparnya.
Kahkah mampos kena kutuk pasni.
;D

I would say, she's one of the significant people dalam perjalanan hidup saya.
There's too much in her yang buat saya rasa senang dengan dia.
In fact semua orang pun rasa senang dengan dia.
She is such a keeper. 

Pastu bila dah kawen ni, sekali laki dia pun perangai macam dia hahahaha.
Helokkkk sangat la tu.
Tak pepasal dia heret laki dia sekali join OPG.
;D

Thank you Ateh and Pali!
Semoga berbahagia ke anak cucu.
*tetiba*



Ok ni Raidah.
Satu-satunya adik perempuan saya.
Alhamdulillah nasib baik ada satu je kahkah.

Sebab Raidah ni kan, she's like a mirror.
Apa yang dia nampak, apa yang dia rasa, itu lah yang dia cakap.
 Mulut takde insuran, langsung tak hipokrit dan terlebih jujur,
like tetiba je,
"Weiiii kau nak pergi mana pakai macam badut ni? Tudung hijau baju purple herghhh.."

Pastu kejap lagi kang,
"Ya Allah kakngah. Besarnya bontot kau."

Jujur kan?
-_______-

Pastu Raidah ni, kalau aku buat lawak, dia hanya akan gelak kalau betul-betul kelakar je.
Kalau tak kelakar, dia akan buat muka toya yang annoying gila tuh.
Pastu sampai 40 hari 40 malam aku taknak buat lawak dah depan dia sebab serik. Haha!

Kalau hidup lama sikit dengan dia ni memang rasa nak suntik merkuri dalam salur darah.
Sebab tak sanggup hidup dah. ;D

Tapi sebenarnya kan, we need this kind of people in life.
Supaya sentiasa ada orang yang cermin diri kita.
Yang boleh bagitahu setiap kebenaran yang pahit, right in the face.
Baru menusuk ke dalam kholbu sampai mati pun akan ingat hahahaha.

In fact sekarang ni dia dah macam image consultant aku dah.
Nak beli nail polish pun kena minta opinion dia dulu.
-_____-

Thank you and i love you, my mirror sister!



Ini Farhani. Tapi dipanggil sebagai Paan. 
Dulu aku silap dengar, aku panggil dia Saad. -..-
She is Raidah's bestfriend.
Dia satu-satunya kawan Raidah yang berani panggil aku Kakngah. -____-

Pastu lama-lama aku tengok dia ni perangai dan taste pun dah lebih kurang Raidah je,
maka aku redho dia panggil aku kakngah. Heheh.
Thanks Paan for being one of our crew!! Shayang dia.
So lepas ni Kakngah ada dua image consultant ke camane?
;D


 Jangan focus kat pasangan pengantin tu, focus yang kat belakang.
Atam dan girlfriend dia, Lynn.
Crew OPG yang paling senyap tapi paling rajin!
Puas akak cari gambar korang yang clear. Tapi takde. :(
Korang ni menyorok bila nampak camera ke apa?
-______-

By the way, thanks korang sebab sanggup bangun pepagi hari Ahad sebab nak join OPG.
Sebab jarang nak tengok Atam ni bangun pagi kahkahkah.


Ini Ayon. The baby brother in my in-laws family.
Merangkap second fotografer OPG selepas hubby.

Dalam reramai adik beradik lelaki hubby, dia yang paling close dengan aku.
In fact, dia adik-beradik hubby yang pertama aku berborak sejurus selepas nikah dulu. Heheh.
Thank you Ayon kerana terima akak seadanya.
Akak buat lawak tak kelakor pun engko gelak beriya.
Kemain pandai ambik hati akak kahkah.

Kalau dah lawak aku yang tak kelakor tu pun dia boleh support, apatah lagi OPG ni.
Thanks, dik!
;D



 
Ini Adan. Dan girlfriend dia, Najihah.

Ye, kitorang memang open minded bab bercinta sebelum berkahwin ni heheh.
Alaa as long as kau ada ihsan. Tahu yang Tuhan tu maha melihat setiap tingkah laku,
so pepandai la jaga diri. Kan?

Lagipun kitorang agak kagum dengan ke-cool-an Adan dan Najihah ni.
Mana tak nya, diorang ni kalau dating mesti kat surau la, kat library la, kat rumah parents la.
Pastu mesti nak involve parents sekali. Kahkah.

Diorang ni like, jujur gila dan tak sorok anything from the family.
In fact, masa Najihah join OPG as a crew, parents dan nenek dia pun datang sekali bagi sokongan.
Kau nampak tak betapa terharunya bila adik kau ada girlfriend camni.
;D

Thank you Najihah for your support, and thank you Adan for Najihah. Hahaha.
Kakngah sayang korang dua dan doakan yang terbaik untuk korang k.
Amboi belum apa-apa dah join program parenting. Kemain!
Heheh.




Ok ni Jahan.
My baby brother.

The youngest in the crew.
Dia excited nak join crew OPG bukan sebab nak belajar pasal parenting,
tapi sebab nak join main aktiviti dengan bebudak.
Lepas budak-budak habis main, dia pulak pergi serbu mainan.
-_____-

Tapi kakngah sayang dia sebab dia sanggup fly dari asrama on the weekend sebab nak join OPG.
Kalau warden Jahan baca ni, pastu dia nak bantai Jahan dengan getah paip,
jangan salahkan kakngah k.
Hahahaha.


 
Ini Nodie.
My close friend.

Kalau bab-bab charity yang melibatkan budak-budak ni, dia antara yang pertama untuk tampil.
In fact, masa aku nyaris give up pasal OPG ni dulu, sebab rasa tak mampu buat,
dia yang paling jantan push aku kaw-kaw suruh realisasikan jugak OPG ni.
Nampaknya dia lebih kenal aku berbanding aku kenal diri sendiri.
-____-

Thank you, Nodie.
Walaupun kau terlalu banyak komitmen mengalahkan orang dah kawen haha,
kau tetap make time for OPG.
Dan walaupun kau punya lawak kengkadang buat aku nak slap pipi bontot kau,
aku tetap sayang kau.
;D


 
Ini Teacher Namie. Merangkap my close friend jugak.
Most needed crew dalam OPG.
Sebab Namie bertauliah dalam bidang early childhood development.

Dulu masa aku baru jadi mak, selalu stalk FB dia.
Sebab dia selalu share banyak benda pasal perkembangan kanak-kanak.
Sekarang ramai yang kata Jiji ibu yang bagus, pandai ajar anak,
padahal semuanya dari FB Namie.
Kahkah.

Thanks Namie sebab sudi involve secara langsung dalam OPG.
Walaupun kau bertauliah, kau tetap buat kitorang crew yang bongek-bongek ni rasa senang dengan kau.
Lagu-lagu ciptaan kau semuanya menambat hati kitorang.

"I scream, u scream, we scream for ice cream!"
Sing along everybody!
;D


Last but not least, perkenalkan Jiji.
Crew yang paling bossy tapi pemalas dan kuat makan.
Pastu mengomel sengsorang sebab korset tak dapat sembunyikan perut buncit.
Pastu saje pura-pura busy layan peminat sebab malas nak buat kerja kemas-kemas.
Apa nak jadi entah pompuan ni.
Makan banyak, kerja malas. Suntik merkuri baru tahu.
-____-


Walaubagaimanapun, saya bangga dengan semua crew #HaikalOPG.
Tak tahu apa yang ada pada saya sampai layak dikurniakan support system yang macam ni punya best!
Bila fikir-fikir balik, Ya Allah syukurnya.
*bergenang air mata*


Session 1.
Baju crew tak cukup.
Dan semua masih nerd dan skema.


 Session 2.
Baju crew dah ada.
Bonding among the crew makin close sebab masing-masing perangai gila.
;D


Session 3.
Getting cloooooser and crazier.

Aarghh how can I not love these people.
Semua pun gila dan telus. Kahkah.
Kitorang baru je bekerjasama 3 kali but we already feel like family!
Cannot wait for our next crew meeting next weekend, guys.
Rindu dah ni nak bossing around sambil bagi arahan.
Hahahahaha.


Selain crew,
my biggest thank you also goes to our invisible support system.
Iaitu korang.
Korang la, yang tengah baca ni.
Korang antara penyebab #HaikalOPG berjaya dapat sambutan luar biasa,
siap dapat media coverage 3 kali.
Haih.
Aku tak tahu nak cakap terima kasih camane dah.
Korang semua ni memang bersifat supportive sejak kecil ke camane?
-_____-

Thank youuuuuuuuuuuuu, semua!
Kalau terdaya, aku nak je bawak korang semua pergi haji sebagai membalas jasa.
;D

Again,
thank you, crew.
Thank you Mama. Thank you Daddy.
Thank you Along. Thank You Kaklong.
Thank you Papa.
Thank you Ateh. Thank you Pali.
Thank you Bangchik. Thank you Atam. Thank you Lynn.
Thank you Raidah. Thank Paan.
Thank you Adan. Thank you Najihah.
Thank you Ayon. Thank you Jahan.
Thank you Namie. Thank you Nodie.

Thank you, media.
Thank you Utusan. Thank you MamaPapa. Thank you Safiyya TV9.

Thank you, sponsors.
Thank you, participants.
Thank you, blog readers.

THANK YOU, EVERYONE!

 Jom sama-sama excited tunggu next announcement for #HaikalOPG new season k!

Amboi panjang post hari ni.
Macam dah berniat taknak update lama je lepas ni?
;D

**********************************************************************************************************

Baju crew #HaikalOPG adalah daripada:
Mamakids Roof

Kitorang pilih Mamakids Roof sebab kain dia sedap, selesa dan senang serap peluh ketiak. ;D
Plus, ada banyak design yang diorang boleh buat.
Dari baju baby, sampai ke baju budak, sampai ke baju orang tua, semua boleh.


Go and cekidaud yourself.

Facebook: Mamakids Roof
Instagram: @mamakidsroof_customtees
Website: http://mamakidsroof.blogspot.com/
Whatsapp: 018-7762611

4 comments:

Siti Sharini said...

how nice to have such supportive family members n friends..nampak sangat jiji disayangi ramai. really good for u n haikal =)

Cik Puan Tqah said...

bestnya..happening sgt.. nk join pon xdela malu kalau gni.. nnt confirm nak join..tunggu anak 2 tahun

aqel said...

Congrats acik jiji n crew!
Errr.. Bole x kalau nak mintak fb teacher namie? Nak stalk jugak andai diijinkan.. Hehe..

Unknown said...

acik jiji nak join gak.. tapi jauh la.. ina kat kelantan.